Sunday, 26 December 2010

atok aki, we'll miss you...


assalamualaikum...

atok aki baru je meninggal semalam.. kalau aku tak pergi hospital teman mama noor mesti aku tak kan taw yang atok masuk hospital.. dalam icu plak tu.. sedih giler doe.. gara2 gaduh dengan baba aku hampir hilang contact dengan sedara-sedara terdekat.. mungkin Allah nak pertemukan kami, aku terserempak dengan mak ngah kat depan lobby HSA.. taw2 atok aki ada kat icu..

gugur jantung ney.. setahu aku lepas arwah atok aki balik dari mekah dy sehat je. boleh menyapu lagi kat umah tu. tapi kenapa sampai teruk mcm tu. herm.. dengar cite atok terjatuh depan tv.. lepas tu angkat dy msuk bilik suruh berehat. kita suruh dy pergi hospital tapi dy tamao. terpaksa la ikutkan kehendak dy...nak wat camne...org2 tua smemangnye dgil mngalahkan bdak2 kalau dsuruh ke hspital...kankankan? HAH! ney laaa akibat nyer lau tak dgar ckp org...huishh atok2,

tapi dsebabkan kesakitan yg dtanggung tak dpt mnenangkan aty pkck mkck aku, maka dgn izin-NYA atok dibawak ke HSA.. yeahh!! tapi, OTW ke HSA, ambulance yg atok naek uhh ter-accdnt! butoh la teksi yg lggar ambulance yg bwk atok aku toe, mmg celake...ha aku tatao la pmandu tksi tu mintak maaf ke tak, bg aku dy bersalah yg teramat sgt! nape laa pengetahuan am dy cetek sgt? dah taw ade bnyik neno3 uh ketepi jex laa sial! bkn nye susa mane, dasar pemandu tak berhemah!

fuhhh teremosional plakk... tapi kowg tak ley nak salah kan aku 100% gak bile tetibe aku emo mcm ney, kalau terjadi kat salah sorg family members kowg msti kowang pun macam aku gak an? haa, tak yah nak deny kan ape2...hoho.. okay back to main story [aku tatao laaa nape aku slalu terkeluar topic, hisyhh..!], emma yg ade skali dgn atok kat dlm van ambulance uh citer kat aku, mase accident uh atok mcm tercari-cari sesuatu..mybe dy rase terkejut and takut yg dy sorang2 dlm van tuh..kalau aku pun huh msti lagi truk!! terang-terang aku admit kat kowg ahaha :((

emma pun cube tok mententeramkan atok aki yg dah cuak tuh...naseb baik emma ade dgn atok aki mse tu...lau tak mesti atok aki lagi teruk an...hurmmmm....aku rase atok mengalami kejutan yg teramat sgt dgn berlaku nyer accident trsebut! shock hbis! tu yg keadaan dy main teruk tu...alahai teksi drebar yg tak berhemah, kalau aku jumpe kao mmg nahas laaaa kao!! eeeeee!!

smpai kat hspital, atuk msuk icu...erm actually aku tatao citr sbnar or ori pnye story huhu...yg aku taw ato aki msuk icu lpas doc bg dy ubat tytow spaye atok tak rase sakit sgt kat bdn dy tu...tp da beberape ktika atok tetap tak sdar2..mak ndak tnye doc, atok msih tytow ataw coma? well, doc kate ato spatut nye dah sdar...mgkin atok coma skg...ade ke ptot seorg doc kate mcm tu? hhmmm sumpa aku tak prcayekan doc hspital or mane2 doc skali pun...kalau aku skit pun aku akn pastikan cume aku sorg je yg taw....

jumaat mlm ttu mybe atok dmasukkan ke icu...aku pegy hspital pagy christmas..and mlm christmas aka 25hb 2010 atok aki mninggal...pkul 11.05..tapi mak ndak syak y atok aki dah pergy lbey awal...erm myb around 10.50pm...mase tu aku, mak ngah, mok teh, nabila, iqa, kak long, pok teh, aus, bibik, adik aku, emma, n rmai lagi pegy mkn jap kat kdai pok teh, dkat2 tepi laut gak....erm nope, aku rase dkat2 dataran...alah! same je kan? hahh mengong dah otak ney....mase kitorg tga mkn tu la pak ngah gtaw yg atok aki dah mninggal...mngucap pnjg aku dlm hati..tak sngke....aku syg atok taw...sape yg tak syg atok? hmm...innalillah~

kowg, tlg sdekahkan al-fatihah utk arwah atok aki aku ye...kalau korg tak kenal pun, sdekahkan la sbgai tanggungjawab kite sesame muslim...sesame saudare islam kite...tengs...

♥ atok aki a.k.a ISMAIL BIN ABDUL JALIL~

Thursday, 23 December 2010

Dikala Bosan

video

Dikala kebosanan datang menyapa , inilah dia hahahaha .

Thursday, 9 December 2010

bad-day

Assalamualaikum...

Pagi-pagi dah bukak blog. Hari ni ada exam paper Account. Malasnya nak pergi sekolah. After 1 week nanti ada paper Economy pulak. Then baru la merdeka. Hurmm. Today aku rasa sedih sangat. Why? Because Dom dah nak balik rumah dia la. Tak puas la tengok muka dia even dah 5 hari berturut-turut. Haha. I'll miss him so damn much. Hopefully apa yang berlaku dua tiga hari ni tak kan ubah apa-apa. Kalau hati dah mula sayang, susah la kan. Susah sangat nak lepaskan dia. Lagi susah kalau terpaksa lepaskan dia untuk orang lain. Siapa yang sanggup? Hmm.

 and you loves who?
But for sure, sebagai seorag perempuan, aku sanggup. Tu pun if that girl mampu nak bahagiakan dia :/ Mood memang sangat-sangat sedih ~

Wednesday, 17 November 2010

Sedihnyaaa... :'(

Assalamualaikum .

Hye korang... Sorry lama tak unline... Busy sangat... Next week SPM... Takde mase nak outing or pergi CC... Cuak sangat ni... Boleh ke aku jawab soalan dengan baik nanti? Risau sangat taw tak...

Aku nak share satu story ni... Tak taw nak mulakan dari mana.. Serabut dah kepala otak aku ni... Ya Tuhan.. Kuatkan hamba-Mu ini... Aku rasa lemah tak berdaya lagi dah.. sahabat baik aku [zam], dah berubah 100%! T______T

Aku sayang dia.. Tapi dia betul-betul dah berubah.. Dia kata aku buang dia sebagai kawan.. Aku tak peduli kan dia lagi... Aku selfish... Sejak couple aku tak pernah hubungi dia lagi... Dia kecewa sangat dengan aku... Dia kata dia tak patut sayang kawan macam aku... Zam, kau betul-betul maksudkan apa yang kau cakap tu? Aku sedih sangat... Hanya Tuhan je yang taw perasaan aku... AAaarrgghh !!

Kau sanggup maki dan gaduh dengan BF aku semata-mata sebab masa aku bersama kau berkurang ke? Zam, aku tak sangka kau tak suka aku couple dengan Dom.. Aku sayang kau.. Tapi Dom pilihan aku.. kau tak payah la buat macam-macam alasan.. Aku tau kau tak suka kat Dom.. Tapi kenapa? Dom buat apa kat kau sampai kau layan dia mcm tu? Zam, aku tak pernah buang kau dari hidup aku..! SUMPAH DEMI ALLAH.. kau sentiasa dalam hati aku... Honestly, kau memang sahabat yang baik.. Tapi aku tak faham kenapa kau berubah sampai macam ni sekali....

Aku sayangkan persahabatan kita.. Tolonglah Zam.. Maafkan aku kalau semua ni berpunca dari aku.. aku betul-betul tak sangka persahabatan kita berakhir macam tu je.. Kau dah tak sayang kat aku lagi? Mungkin betul cakap kau.. Aku ni selfish... Lebihkan BF dari sahabat sendiri.. Padahal kau yang banyak tolong aku masa aku bergelumang dengan masalah... Kau tak patut dapat kawan macam aku... BUT PLEASE... Tolonglah jangan salahkan Dom.. Dia tak taw apa-apa pun... =(

Kalau kau nak salahkan aku, silakan.. Aku memang bersalah... Aku selalu buat kau kecewa dengan sikap aku... Kau patut benci aku... Aku terima apa pun kelakuan buruk kau terhadap aku lepas ni.. Nak maki? Maki la... Nak benci? Benci la....

Kat sini, aku terlalu merindui kau.. Kau yang selalu ceriakan hidup aku yang suram.. Aku dah tak sanggup nak telan pahitnya kesan perbuatan aku ni lagi... Aku sanggup buat apa saja untuk dapatkan kepercayaan kau balik.. Zam, kalau betul apa yang Kak Zie cakap, yang kau sayangkan aku lebih dari kawan, kenapa tak bagitau aku awal-awal..? Kalaulah kau tau, yang aku pun PERNAH menyayangi kau lebih dari seorang kawan, tentu semua ni takkan terjadi kan....

Tapi sayangnya, Dom datang waktu kau terlalu sibuk dengan kehidupan kau.. Aku rasa terabai.. Aku tak dapat hubungi kau selalu sebab aku sendiri ada masalah kewangan... Aku takkan bagitau masalah remeh macam ni pada kau, aku tak mahu membebankan kau lagi... Aku harap kau faham kenapa aku jarang call kau, mcg kau... Tapi ternyata kau tak faham! Akhirnya kita gaduh.. Dan kau jadikan alasan aku kurang luangkan masa bersama kau supaya kau dapat marah aku.. Aku rasa bersalah sangat kat kau, kat Dom, dan kat diri aku sendiri..

Maafkan aku Zam...





- semuanya tinggal kenangan je sekarang -

Wednesday, 27 October 2010

Redbox Time

Assalamualaikum .

Hye hye hye . Lama aku tak post kat blog aku ni kan . Hehe . So kali ni aku nak cerita pasal Dom , pasal first date kitorang . Sepatutnya kitorang date hari Sabtu lepas tapi tak jadi pulak , cancel sebab dia accident . Terkejut aku time dapat tau dia accident . Nasib baik dia takde apa-apa . So ceritanya , petang semalam dia kata nak jumpa aku . Aku pun okay la , keluar pergi taman dan tunggu dia kat situ . Sebab kat taman petang-petang memang ramai orang . Selamat sikit hehe . Tengah syok-syok tunggu dia , tetiba hujan gerimis pulak . Nampak sangat cuaca tak berapa nak elok kan sekarang ? Kelam kabut aku lari nak berteduh kat wakaf yang memang disediakan kat situ . Ada la dalam 15 minit jugak aku tunggu dia . Dia lambat sebab ada hal nak diselesaikan dulu . Bila dia sampai , dia suruh aku masuk dalam kereta , rupanya dia tumpang kereta jiran dia . Lepas tu jiran dia hantar kitorang kat Jusco . Dom yang suruh ^_^

After both of us dah sampai dalam Jusco , aku tanya la dia , "Kita nak pergi mana ?" Dom cakap , "Kita pergi Redbox . Jom cepat !" Tiba-tiba aku pulak yang terlebih teruja hahaha . Sabtu lepas yang tak jadi date tu , Dom dah janji nak bawa aku berkaraoke kat Redbox tapi dia accident pulak kan . So kiranya dia macam nak tebus janji dia kat aku la ni . Alamak , terharu gila weyh !!

Fikiran aku dah melayang-melayang fikirkan mengenai Dom yang sangat pandai ambil hati aku waktu tu hahaha :D

Sampai kat Redbox , kitorang pun apa lagi , karaoke sampai terkeluar anak tekak ni hahaa . Aku perasan satu perkara , Dom ni jenis yang layan lagu omputih je . Lagu Melayu tak berapa sangat . Okay lah tu , aku pun suka jugak lagu-lagu omputih , tapi aku tetap layan lagu melayu hehehe . Masa menyanyi lagu My Immortal , Dom bisik kat aku , ni lagu favourite dia . Sama lagi ! Aku pun suka lagu tu jugak . Auwww . Seriously , aku rasa happy gila . Kitorang karok sampai puas , sampai dah takde suara nak disumbangkan hahaha .

Tengah syok-syok nyanyi , aku teringat yang aku ada bawa camera hadiah dari abang tu . Terus aku ajak Dom bergambar sekali dengan aku . Sebagai kenangan , apa salahnya kan . Lepas dua tiga snap , Dom ajak aku ambil buffet kat luar room , and kitorang makan sama-sama dalam room . Rindu pulak saat-saat macam tu hahaha . Kalau dah dua-dua kaki karaoke , memang takde hal kalau aktiviti menyanyi macam ni dijadikan aktiviti time date wakaka :P

Ecah ♥ Dom
Ecah ♥ Dom

So inilah dia , Dom yang aku sebut-sebutkan tu . Semoga hubungan kami berkekalan sampai bila-bila ^_^ Aku rasa takut kehilangan dia . Sebab aku dah semakin menyayangi dia .



Ecah ♥ Dom
Ecah ♥ Dom

Kenangan Terindah :)R

Tuesday, 19 October 2010

Dear Dom , Love You :)

Assalamualaikum .

Sorry sorry sorry , lama dah aku tak online . Dah berhabuk dah blog aku ni kan . Aku teramat busy sekarang ni . Tapi jangan risau , blog ni sentiasa berada dalam priority aku hehe .

Okaylah , lama menyepi tak bermakna hidup aku pun hilang serinya kan ? News paling latest sekali ialah aku dah jumpa jejaka impian aku hehehee . Mula-mula tu aku macam tak sangka la , cepatnya semua ni berlaku . Lebih cepat dari kilat . Sedar-sedar je aku dah suka kat dia . Cehh tipu la tu , hahaha .

Jom berkenalan dengan dia . Berkenalan je , jangan gatai-gatai haaa ! Hehe . Kalau menggatal siap la , aku report kat balai polis hehehe . :P

Nama diberi : Zulhanafi Kamaludin
Nama panggilan : Dom
Nama femes : Dominic Darius Zulhanafi Kamaludin
Status : Milik saya [♥]
Umur : 19 xD

[♥] I ♥ you full babe ~

Kalau korang nak tahu , kitorang plan our first day sebelum kitorang sendiri declare tentang hubungan kitorang . PELIK KAN ? Bagi aku , agak pelik la sebenarnya . Plan nak jumpa je . Bukan date pun . Tapi tiba-tiba sebelum jumpa tu terjatuh sayang pulak , tu yang jadi date tu . Hahaha .

Aku harap hubungan ni berkekalan sampai bila-bila . Sebab aku dah penat mencari huhuhu . Biarlah aku teruskan apa yang dah pun bermula . Dan aku harap , janganlah lagi ada orang ketiga dalam hubungan kali ni . Aku cuma nak setia pada yang satu je , nak setia pada dia sorang . Dan aku harap dia pun setia dengan aku sorang . :) Semoga Allah merahmati hubungan kami . Doakan kami ya ! >_<

Sunday, 10 October 2010

10.10.10

Assalamualaikum .

Korang perasan tak hari ni berapa hari bulan ? Unik kan tarikh hari ni ? Aku berharap jejaka impian aku akan melamar aku jadi permaisuri hidup dia hari ni , tapi siapalah aku , hidung tak mancung , pipi tersorong-sorong ~  HAHAHAHAHAA .

Ingat lagi tak story pasal Firdaus Nizam ? Best friend aku tu ? Okay kali ni aku nak tunjuk gambar Farahana , makwe dia yang meninggal sebab accident kes langgar lari tu . Comel kan ? Baru je Nizam hantar gambar ni kat aku tadi . Korang , sedekahkan lah al-fatihah untuk Farah ya . Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh-Nya .



By the way , ni aku nak tempek sikit gambar-gambar aku di pagi hari bersama TOM , kucing kesayangan aku hahaha . Di pagi Jumaat yang hening , aku memaksa beliau untuk bergambar bersama aku sebelum aku pergi sekolah . Heee .






We Are BFF No Matter What

Assalamualaikum !

Akhirnya persahabatan antara aku , Capie , Azlan , Amiri , Aina , Nana , Hisyam dan jugak Zainol hancur berkecai .. Jujur , aku dah tak sanggup nak teruskan persahabatan ni . Aku dapat rasa yang aku ni sebenarnya tak diperlukan pun ... Yelah , aku sedar siapa aku . Aku tak macam korang pun kan ? Korang yang sentiasa up-to-date , korang yang sentiasa stylo , and what so ever ..

Aku ambil keputusan untuk undurkan diri . Ini pun demi kebauikan semua orang jugak . Aku rela takde kawan kat sekolah tu dari ada kawan yang tak boleh terima cara aku .  Aku tak paksa korang untuk ikut cara aku pun . Aku tau , setiap orang ada cara masing-masing . Tapi cubalah respect cara aku ? Itu je yang aku minta . Aku pun tak boleh sentiasa ikut cara korang . Harap sangat korang akan faham kenapa aku ambil keputusan ni .

Kita semua dah nak SPM kan ? So kalau boleh , aku tak nak benda macam ni ganggu fikiran kita . Kita buktikan yang terbaik dalam SPM ni dan kalau kita ditakdirkan sebagai BEST.FRIEND.FOR.EVER aku yakin kita akan kembali bersatu jugak suatu hari nanti . Hanay itu je yang mampu aku katakan buat masa ni . Sekarang mungkin kita belum cukup matang untuk tentukan apa yang terbaik untuk friendship kita ni . Aku berdoa supaya suatu hari nanti kita akan berkawan semula , macam dulu-dulu .

Tak pernah pun terlintas di fikiran aku untuk membenci korang . Jangan lah korang fikir aku ambil keputusan ni sebab aku benci korang . No , aku sayang korang . Kita membesar bersama-sama kan , apa-apa masalah pun kita sama-sama cuba atasi , takkanlah aku sanggup nak benci orang yang sudi jadi sahabat aku walaupun tau aku ni jenis yang macam mana kan . Tapi aku takut , korang yang akan benci aku . Korang benci aku ke ? Hurmmm . Mungkin aku tak cukup sempurna dan tak cukup baik untuk jadi sahabat korang . Tapi satu hal yang perlu korang tahu , aku sayang korang lebih dari aku sayang nyawa aku sendiri . Ingat lagi tak , kita selalu ponteng kelas semata-mata nak have fun sesama kita kan ? Aku takkan pernah lupakan semua kenangan kita .

Aku sayang korang gila-gila !
Capie - Aina - Zainol - Amiri
Capie - Aina - Zainol - Nana - Amiri
Aina - Zainol
Amiri - Nana
Aina - Ecah
Aina - Capie

Wednesday, 29 September 2010

My ♥ Bio

Ouke all , let me intro myself foo more details so u guys can now me better ..
(haha so sorry aku ta pndai BI , sje na test power)
name : AISHAH AMIRA ABDUL RAHIM
age : oneSEVEN
nixname : AKAK & MIRA foo my fmly
ECAH & ARA foo my fwen
ACA & CACA foo my superduperCOUSINS
hobby : buat KOLEKSI NOVEL
kacau my BRO
sakat my FWEN
walau ap pums aku SAYANG korang !!
guil Pictures, Images and Photos
dga lagu especially lagu2 APIT & THE GANG
SLEepy YEepy
keep me save Pictures, Images and Photos
HANCURKAN pkok bunga yg ayah aku TANAM dgn PETIK SMUA BUNGA YG AD !!
Pon Pictures, Images and Photos
status : SINGLE !!
Pon and Zi Pictures, Images and Photos
sebenarnya aku bru je break up , tp na buads mcm mane , antara aku dgn DY mungkin tiada jodoh ??? aku msih syg kn DY .. tp aku ta snggup na tipu diri aku sndiri aptah lg DY ..
pon zi Pictures, Images and Photos
SEDIHH MSIH TERASA LAGI ...
memori aku : aku ad seorang kawan yg snggup berkorban ap sj utk aku ..
aku sygs dy sgt2 !
kdg2 sy rasa sy suke dy .. aku amek berat pcl dy ..
ku risaukn dy , haha ..
tp aku rasa kami ptut berkawan je ..
sbb dy da ad pilihan hati dy sndiri ..
ap2 pums , aku ttp sygs dy ..
tengs awak cuz hdir dlm idup sy n ceriakn idup sy .. =)
Pon and Zi ? Pictures, Images and Photos
bila sy sedih awk ad utk happy kn sy ..
hehe ..
sgala yg awk lakukan utk sy wlu pums hnye sbtas teman sgt2 sy hargai awk ..
Pon and Zi Pictures, Images and Photos
ouhh ye ! aku suka buat keje2 yg aku rasa gila ! hahaa ..
wlu ap pums yg ku buat toe bia la rhsia hehe ...
pon and zi Pictures, Images and Photos
alamak mcm da byk sgt jep aku duk potpetpotpet kat sni ?
urhhh tp ap ad hal !
sukety aku la !
blog ku !
bukan blog korang pums !
:D

Tuesday, 28 September 2010

Am I Right ?

emo love Pictures, Images and Photos

Am I right ? huh ? Betul ke apa yang saya buat ni ? Saya dah betul-betul tinggalkan dia .. Saya rasa bersalah sangat ..Tapi saya tak boleh dan tak mampu nak tipu dia dan juga diri saya untuk selamanya ... Maafkan saya awak ... Kerana mengguris hati awak .. Awak perlu lupakan saya .. Saya tak layak untuk awak , saya minta maaf ...

Saya tak rasa yang kita boleh teruskan hubungan ni kalau hati saya dah berubah . Saya harap awak faham . Saya takde niat pun nak sakiti awak . Saya cuba untuk jujur tentang perasaan awak . Biarlah awak rasa sakit kerana kejujuran saya , saya tak nak awak rasa sakit kerana penipuan saya . :'(

Saya tak pasti yang keputusan saya ni tepat atau pun tidak . Tapi saya harap saya tak salah buat keputusan . Ini keputusan saya dan saya harap awak boleh terima dengan hati terbuka . Maafkan saya awak ...

Monday, 27 September 2010

Maafkan Saya


Assalamualaikum .

Awak , saya mintak maaf . Saya bukan seorang kekasih yang baik untuk awak . Saya ni kan selfish , tak dengar kata , tak pandai jaga hati awak , jahat ... Saya minta maaf awak .. Saya tak boleh teruskan hubungan kita ni lagi .. Jujur , saya tak happy macam dulu .. Mungkin awak happy , tapi saya tak :'( .. Saya memang sayangkan awak , tapi perasaan tu seolah-olah pudar bila awak terlalu mengabaikan saya .. Saya faham awak sibuk dengan kerja awak , awak perlu berikan komitmen yang penuh semasa bekerja . Saya tahu tu . Dan saya tak kisah kalau awak takde kredit nak call atau pun mesej saya .. Saya terlalu memahami keadaan awak sampaikan saya rasa awak tak langsung memahami hati saya ..

saya minta maaf ...

Kita putus je lah .. Mungkin itu yang terbaik buat kita .. Kalau ini merupakan satu bencana untuk awak , fikir-fikirkanlah kenapa saya buat macam ni .. Saya cepat bosan apabila dibiarkan sedangkan awak tu boyfriend saya .. Awak , saya minta maaf sangat-sangat .. Halalkan semua yang awak dah berikan pada saya ..Saya pun dah halalkan semua yang pernah saya beri pada awak dulu .. Saya tak rasa yang kita boleh bina hubungan ni semula walaupun nanti awak minta saya bina hubungan ni bersama awak semula .

Maafkan saya bila tiada lagi ruang di hati saya untuk menerima awak ..
Maafkan saya jika saya terlalu mencintai awak ..
Maafkan saya kerana membiarkan hati saya kosong selama kita menjalinkan hubungan ..
Maafkan saya ..
Maafkan saya ..
Awak akan berjumpa dengan gadis yang dapat menerima keadaan awak seadanya suatu hari nanti .
Lupa kan saya .
Saya tidak berhak mendapatkan kasih sayang dari seorang insan sebaik awak .
Saya tak layak mendapatkan semua tu .
Saya harap awak faham .

Awak , lepaskan saya dengan rela . Jangan kerana terpaksa . Maaf ~

Cc : Remy Zamri

emo Pictures, Images and Photos

Kekasih Awal & Akhir

Assalamualaikum ...

Semalam aku bergayut dengan Firdaus Nizam-san ! Hahaha . Dah lama rasanya tak bergayut dengan sahabata aku yang sorang ni .

Macam-macam yang kitorang sembangkan . Sampailah cerita tentang dia dan makwe dia pun terselit sekali . Sedih kot cerita dia . Nama awek dia Farahana , tapi setahu aku , Fara dah pun pergi menghadap Ilahi , tinggalkan Nizam sorang-sorang kat sini . Dia cakap , Fara accident , kes langgar lari .

Seriously , Fara memang sangat comel . Tapi sayang kan , Allah lebih sayangkan awak Fara . Awak nak tau tak , Awak beruntung sangat sebab dapat seseorang yang betul-betul menyayangi awak . Kadang-kadang timbul perasaan cemburu dalam hati saya , kenapa lah saya tak pernah dapat lelaki yang menyayangi saya seikhlas hati dia ? Saya tau Nizam sayang awak sangat-sangat . Setiap kali saya call dia , mesti dia akan bercerita tentang kenangan antara dia dengan awak . Dia rindu sangat kat awak , Fara . Saya tau , awak selalu memerhatikan dia dari sisi-Nya kan ? Tentu awak pun sangat sayangkan Nizam kan ?

Awak , walau apa pun , saya rasa sangat bertuah dapat mengenali insan yang bernama Firdaus Nizam . Dia lah kawan saya dunia dan akhirat . Awak , saya harap awak tenang di sana . Al-fatihah buat insan yang selalu dirindui oleh kekasihnya yang telah lama ditinggalkan ...

=(

Saturday, 25 September 2010

Radja - Terus Terang [lirik]


lagu ni best ouhh ...
=)
tak tipuuuu pun !!

Thursday, 23 September 2010

Awak , Harap Tabah Ya

Assalamualaikum . . .

Aku nak bagitau yang ayah kawan aku , Amir Nur Zahin Gunawan , dah pun meninggal dunia pada hari raya yang lepas . Maaf aku tak tau dengan detail tentang perkara ni ...
buads amir ,

Salam takziah dari aku , Amir .. Aku harap kau tabah ? Actually , nasib kita ni sebenarnya sama je .. Kau kehilangan ayah pada hari raya dan aku pulak kehilangan mama 3 hari sebelum hari raya .

Walaupun aku benci kau , tapi aku masih ada sedikit rasa belas kasihan okay . Sekarang , kau dah rasa apa yang aku rasa selama ni . Aku harap kau faham kenapa aku tak suka kau jadikan perkara macam ni sebagai bahan gurauan antara kau dan kawan-kawan kau dulu .

Kau kena teruskan perjuangan dalam hidup ni . Walau apa pun yang berlaku , jadikan itu semua sebagai pembakar semangat untuk kau jadi lebih kuat okay ? Lagipun kau tu lelaki , mesti kau lebih kuat dari aku . Ya , memang aku tak suka kau , memang aku benci kau , cuma satu je yang aku harapkan . Semoga kau berubah suatu hari nanti ...

Tahun ni last kita belajar sebumbung , satu sekolah . Kau tak nak ke waktu kita berpisah mencari haluan masing-masing nanti , kita berpisah sebagai seorang kawan , bukan sebagai seorang musuh ? Mungkin lepas ni kita semua takkan berjumpa lagi . Tapi insyaallah kalau panjang umur , aku yakin kita semua akan bertemu kembali . Perjalanan hidup kita ni masih jauh ... Aku harap sangat , jangan kau jadikan segala ujian yang berat ni sebagai alasan untuk kau gagal dalam hidup .

Aku berjaya bangkit dari zaman kegelapan aku di mana mama tinggalkan aku dalam keadaan keluarga aku yang sangat tak terurus , di mana baba aku selalu sangat marah-marah aku walaupun kesalahan yang aku buat tu hanya kesalahan yang kecil , di mana aku terpaksa menghadapi kerenah kau dan kawan-kawan kau yang tak pernah berhenti menyakiti hati aku , di mana cikgu-cikgu pun dah tak percayakan aku lagi , di mana aku pernah dicop sebagai pelajar jahat kat sekolah dulu , dan macam-macam lagi ...

Kau takkan faham melainkan kau sendiri merasakannya .. Cuma kau beruntung sangat sebab dikelilingi kawan-kawan yang menyayangi kau , keluarga yang ambil berat tentang kau , cikgu-cikgu yang kasihkan kau , kau bertuah kau tak ?

Wednesday, 22 September 2010

Eid 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Aishah Sekeluarga :D
Assalamualaikum ...

Walaupun raya tahun ni tak happy sangat , tapi alhamdulillah dapat juga aku beraya dengan keluarga dan kawan-kawan .. Panjang lagi umur aku .. Sempat lagi untuk aku memohon kemaafan untuk segala salah dan silap aku .. huhuhuhu ..

Aku ni hanya insan biasa .. Banyak buat kesilapan dalam hidup . Harap-harap if ada yang berkecil hati dengan aku selama ni , maafkanlah aku ya .. Hidup di dunia ni hanya sementara , takut lepas ni tak sempat nak memohon kemaafan pulak .

Tahun ni macam biasa , macam tahun-tahun sebelum ni . Kitorang beraya dekat rumah Atok Mak dulu .. Sehari sebelum raya kami akan tidur kat rumah Atok Mak .. masa aku datang rumah Atok , hanya ada keluarga Pak Jalil dan Makwa je ... Sangat tak meriah ...

Malam raya , takbir pun bergema .. Sayu sangat hati aku ni . Bukan apa , aku rindu lah kat mama . Tahun ni kira tahun kedua aku beraya tanpa kehadiran mama di sisi . Kalau korang berada kat tempat aku , korang sedih tak ? Of course sedihkan ! hmmm ... Bibir aku ikut mengalunkan takbir , Yang pasti hanya aku je yang boleh dengar alunan takbir dari bibir aku ni huhuhu . And in the same time , aku teringat kat mama . Sedih okay .. Mata terasa panas je ...

Okaylah terpaksa off dulu , baba dah call :/

someday ...

heartbroken Pictures, Images and Photos

someday ...

you'll cry for me ,
like i cried for you .

someday ...

you'll miss me ,
like i missed you .

someday ...

you'll need me ,
like i needed you .

someday ..

you'll love me ,
but i won't love you .

Tuesday, 21 September 2010

You're Suck

Assalamualaikum .

Hurmmmmmmmmmmmm ...
Aku kecewa dengan dia ..
Kecewa sangat ...................

Kenapa dia buat aku macam ni ?
Aku ada buat salah ke kat dia ?
Aaaarrrrrgggggghhhhhhhhhhhh !!!

Tension laaa !!!
Suka sangat kau elakkan diri dari aku kan :(
Kalau aku ada buat salah ,
Cuba bincang elok-elok ....
Bukan macam ni caranya ...

Aku call tak angkat ,
Aku mesej pun tak reply ,
You hurt me so damn much ,
Did you know that ?

Well ....
Kalau kau dah ada orang lain ..
Bagitahulah aku ..
Aku akan undur diri tanpa kau suruh pun ..
Aku takkan ganggu hidup kau lagi ..
Aku bukan jenis perempuan yang terhegeh-hegeh kat orang ..

Maaf ..
Aku sakit hati sangat dengan perangai kau ..
Aku takkan cakap apa-apa lagi dah ..
Lepas ni , TOLONG
Jangan kau contact aku lagi ..
Jangan kau berharap untuk dapat berjumpa dengan aku lagi ..
Dan jangan berharap semua yang kita plan akan terjadi .. !!

Monday, 12 July 2010

Go Go Go : SPAIN

assalamualaikum .

Haloo - Haloo , Queenara's here ! Hehe Spain menang la !!

Sebenarnya , aku memang sokong SPAIN sejak pasukan pilihan aku telah dikalahkan oleh GERMAN . Grrrrrr .. Sabar je tengok GERMAN kalahkan ARGENTINA , PORTUGAL dan banyak lagi pasukan kegemaran aku yang lain . Stress !! Tapi takpa , janji kat final tu SPAIN menang lawan dengan BELANDA . Hahahaha . Terubat sikit kekecewaan aku ni .

Dulu aku dengan Abang Rays sokong ARGENTINA but since ARGENTINA dikalahkan oleh GERMAN  kitorang pun berpecah hehe . Dia sokong BELANDA dan aku sokong SPAIN . hahaha , tu lah awak , hari tu awak cakap besar kan ! SPAIN kalah lah apa lah , haaaa tengok siapa yang kalah sekarang ? BELANDA jugak ~ :P

Seronok tengok abang Rays kecewa sebab BELANDA kalah hahahaha .

Dalam pada aku berseronok sebab SPAIN menang , aku diserang stress yang teramat sangat kat sekolah . Tension gila weyhhh . Banyak homework tak siap lagi huhu .

ADD MATH PROJECT WORK belum siap lagi . Aku masih mencari full answer dalam internet sekarang ni , pelik pulak kenapa tak jumpa-jumpa sampai sekarang hurmmm .

NOTA SEJ pun belum siap lago . Kalau tak silap aku , ada lagi 3 bab yang belum disiapkan sebelum kena hantar . Haihhh , Sejarah ni bosankan ?

Semua deadline untuk homework aku ni adalah pada hari JUMAAT ini . Fuhhhh ... Pasrah dan redha je la macam ni . 

Homework tak siap , bertambah-tambah lagi , lepas tu TRIAL pulak 16 OGOS ni ....
Terasa cepat sangat masa berlalu .. pejam celik pejam celik , kejap lagi dah SPM .

Friday, 9 July 2010

Beijing Mariii ^_^

Assalamualaikum .

Haloo - Haloo , Queenara's here ! Eh eh , nak tau tak ? Abang kesayangan aku dah balik ! Hehe ^_^

Kalau tak silap aku , abang sampai Malaysia semalam kot . Then dia tumpang semalam kat rumah profesor dia dulu kat KL sebelum balik JB . Nama profesor tu , Professor Awang :) Sekarang ni katanya , abang aku memang ikut apa saja yang Prof Awang buat kat Beijing tu untuk tambahkan ilmu dia , buat research macam-macam , kadang-kadang tu diorang keluar dari Beijing , merantau ke negara lain . Best kan ? Dalam pada nak belajar , dapat melancong sekali ! Sambil menyelam minum air . Harharhar ~

Pagi tadi dia sampai JB and baba jemput dia dekat bus stop Taman Tun Aminah . Lagi pun hari ni baba tak meniaga . Lepas ambil abang , terus baba ambil aku balik sekolah pulak . Dah sampai rumah , abang cakap dia ada belikan something untuk aku . Tengok-tengok ada camera ! Melonjak keriangan aku dibuatnya hahaha . Akhirnya ada jugak camera sendiri . Lepas ni boleh lah acah-acah jadi photographer kan ? Cuma camera tu bukan camera yang professional photographer guna punya la .

Abang akan stay kat sini sampai hari raya kedua nanti ,then dia akan terus fly balik Beijing semula . Kalau nak jumpa dia lagi , kenalah tunggu dia habis belajar dulu . Lagi setahun setengah habislah tu .

Untuk adik tercinta pulak , abang belikan kereto control dan kamus bahasa Cina . hahaha berbelit lah lidah budak kecik tu nak cakap mandarin nanti ! Aku pun boleh guna kamus tu kalau nak . tu cuma untuk pengetahuan tambahan je untuk adik sebenarnya . Selain sebuah camera , abang ada jugak belikan aku sebuah beg , cantik sangat ! Sumpah tak tipu . Setakat ni je dah 2 jenis beg aku dapat sebagai ole-ole dari Beijing oleh abang tercinta hehe ~~

Thanks abang , :D
Kat sini aku sertakan gambar-gambar abang aku dan kawan-kawan dia di China , mostly in Shanghai
ENJOYYYY ~

[♥] kawan-kawan beliau ~~ c; [♥]



[♥] Abang dan Kak fafa ~~ c; [♥]









Monday, 5 July 2010

Surat untuk Awak

Assalamualaikum .

Haloo - Haloo , Queenara's here ! Untuk pengetahuan korang , aku sangat gembira sekarang ni :D

Sedikit kata-kata untuk si dia ^_^ [Remy Zamri]

Terima kasih sebab memahami saya dan menerima saya semula . Saya hargai sangat-sangat , tak pernah terfikir pun yang awak akan beri saya peluang sekali lagi untuk bina kembali cinta kita .Terima kasih awak ! ^_^ Saya happy sangat !

Harap-harap lepas ni takkan ada apa-apa yang dapat mengganggu hubungan kita lagi . Saya hampir gila masa tu sebab ambil keputusan untuk melepaskan awak , tau tak ? Setiap saat awak datang dalam fikiran saya . Kadang-kadang tu rasa rimas jugak , hehe . Entahlah ,Saya cuba nak lupakan awak tapi tak boleh , susahnya nak lupakan awak . Kenapa ya ?

Kat sekolah , cikgu sibuk membebel kat depan tapi saya cuma dengar suara awak je . Bila hand phone bunyi , saya harap awak yang call saya , bukan orang lain . Masa tunggu baba datang ambil saya kat sekolah , saya asyik teringat pasal awak je . Bila dengar lagu tak kiralah lagu apa pun , saya mesti teringat kenangan kita . Senang cerita , 24 jam sehari saya sentiasa ingatkan awak . Betapa saya rasa menyesal sebab lepaskan awak untuk dia . Rasa macam , mana-mana saya pergi , mesti ada awak , mesti dibayangi bayang-bayang awak .

Satu hari tu saya call Ijan , tapi dia beri phone kat awak , awak tanya kenapa saya buat kerja gila dengan putuskan hubungan ni kan ?Tapi saya diam je , langsung tak nak jawab . Saya tau awak sebenarnya faham kenapa saya ambil keputusan ni . Awak tau saya cemburu bila awak dengan dia kan ? Ingat tak , awak ada cakap awak dah putus dengan dia , saya rasa happy gila kot . Tapi sayang , kebahagiaan tu singgah sekejap je sebab lepas dua tiga hari , awak cakap awak dah sambung balik dengan dia . Memanglah , depan awak , saya marah sebab awak putuskan dia , rasa macam pengorbanan saya sia-sia je . Tapi dalam hati saya gembira sangat . Cuma bila awak dengar sangat cakap saya , awak couple balik dengan dia atas arahan saya , saya jadi sedih , saya rasa seolah-olah tak diperlukan . Kenapalah dengan saya ni kan ?

Saya lepaskan awak , supaya awak boleh beri sepenuh perhatian awak pada dia . Awak tau kan yang dia sakit ? Dia perlukan awak , kalau awak takde masa dia perlukan awak macam mana ? Sebelum awak couple balik dengan dia pun dia dah buat benda-benda bodoh . Dah tau ada penyakit , masih lagi nak berembun malam-malam lah , buang semua ubat dalam laut lah , tak nak makan tak nak minum lah , Sebab tu lah saya tak nak awak lepaskan dia walaupun seboleh-bolehnya saya harap sangat hanya ada awak dan saya yang bina impian kita bersama tanpa dibayangi sesiapa . Saya rasa serba salah , antara cintakan awak , dan kesiankan dia . Kalaulah awak faham ...

Tapi sekarang saya dah tak nak fikir semua ni lagi . Saya nak kita lupakan dia dan tumpukan pada hubungan kita je boleh ? ^_^

Thursday, 1 July 2010

Love Is So Complicated

Assalamualaikum .

Haloo - Haloo Queenara's here ! Hari ni , baba pergi memancing , ^_^ . [tinggallah aku berdua dengan adik kesayangan aku kat rumah] .

So , yeah . Pagi-pagi buta tadi Abang Rays call aku . Untuk apa lagi abang ? Kita kan dah takde apa-apa ! So please , forget me ! No discussion lagi . I'm tired . Let it be what it should be , kita dah putus dan takkan contact each other lagi . Aku bukan berdendam . Tak pernah pun terlintas di hati aku nak berdendam dengan dia . Never ! But what's over is over ! That's all . Aku takkan dapat lupa kan dia kalau macam ni .

Aku tau sangat , takkan ada peluang kedua antara kami . Dia sendiri pernah cakap , dia takkan pernah terima orang yang pernah ada dalam hati dia untuk kali kedua . Okay , aku faham . Sebab tu lah aku nak dia lupakan aku jugak supaya aku pun dapat lupakan dia . Adilkan permintaan aku ni ? :(

Carilah perempuan lain awak . Kita tak ditakdirkan untuk bersama . Maaf . And one more thing , awak tak perlu putus dengan Kak Yana . Saya ambil keputusan ni supaya awak dapat terus bersama dia , tak mengapa kalau saya perlu teruskan hidup tanpa awak . Saya tak kisah pun . Awak tak perlu tinggalkan dia ya . Tolong hargai pengorbanan saya ni awak ...

LOVE IS SO COMPLICATED !

Sekarang aku nak story pasal pelajaran aku pulak . Baru-baru ni aku dapat tau yang aku dapat tempat pertama sekali lagi dalam kelas . Hehe . Alhamdulillah , even though aku dibelenggu pelbagai masalah tapi at least aku masih boleh maintain kan result aku . Tak lah teruk sangat macam last year kan ? Ada peningkatan , kata orang tu . ^_^

Mama , nampak tak ? I can do what I beleive I can do . Sejak Mama pergi akak down sangat kan . Tapi tahun ni takkan ada lagi chatting dan lepak-lepak macam selalu . Its for you Mama :) and Baba too , of course ^_^ .

InsyaAllah , kalau aku berusaha , aku boleh dapat straight A's untuk SPM nanti !

BI
BM
SEJARAH
AGAMA ISLAM
ACCOUNTING                                         = A+
ADD MATH
MODERN MATH
ECONOMY


Jangan lupa , wish me luck ! :D