Monday, 12 July 2010

Go Go Go : SPAIN

assalamualaikum .

Haloo - Haloo , Queenara's here ! Hehe Spain menang la !!

Sebenarnya , aku memang sokong SPAIN sejak pasukan pilihan aku telah dikalahkan oleh GERMAN . Grrrrrr .. Sabar je tengok GERMAN kalahkan ARGENTINA , PORTUGAL dan banyak lagi pasukan kegemaran aku yang lain . Stress !! Tapi takpa , janji kat final tu SPAIN menang lawan dengan BELANDA . Hahahaha . Terubat sikit kekecewaan aku ni .

Dulu aku dengan Abang Rays sokong ARGENTINA but since ARGENTINA dikalahkan oleh GERMAN  kitorang pun berpecah hehe . Dia sokong BELANDA dan aku sokong SPAIN . hahaha , tu lah awak , hari tu awak cakap besar kan ! SPAIN kalah lah apa lah , haaaa tengok siapa yang kalah sekarang ? BELANDA jugak ~ :P

Seronok tengok abang Rays kecewa sebab BELANDA kalah hahahaha .

Dalam pada aku berseronok sebab SPAIN menang , aku diserang stress yang teramat sangat kat sekolah . Tension gila weyhhh . Banyak homework tak siap lagi huhu .

ADD MATH PROJECT WORK belum siap lagi . Aku masih mencari full answer dalam internet sekarang ni , pelik pulak kenapa tak jumpa-jumpa sampai sekarang hurmmm .

NOTA SEJ pun belum siap lago . Kalau tak silap aku , ada lagi 3 bab yang belum disiapkan sebelum kena hantar . Haihhh , Sejarah ni bosankan ?

Semua deadline untuk homework aku ni adalah pada hari JUMAAT ini . Fuhhhh ... Pasrah dan redha je la macam ni . 

Homework tak siap , bertambah-tambah lagi , lepas tu TRIAL pulak 16 OGOS ni ....
Terasa cepat sangat masa berlalu .. pejam celik pejam celik , kejap lagi dah SPM .

Friday, 9 July 2010

Beijing Mariii ^_^

Assalamualaikum .

Haloo - Haloo , Queenara's here ! Eh eh , nak tau tak ? Abang kesayangan aku dah balik ! Hehe ^_^

Kalau tak silap aku , abang sampai Malaysia semalam kot . Then dia tumpang semalam kat rumah profesor dia dulu kat KL sebelum balik JB . Nama profesor tu , Professor Awang :) Sekarang ni katanya , abang aku memang ikut apa saja yang Prof Awang buat kat Beijing tu untuk tambahkan ilmu dia , buat research macam-macam , kadang-kadang tu diorang keluar dari Beijing , merantau ke negara lain . Best kan ? Dalam pada nak belajar , dapat melancong sekali ! Sambil menyelam minum air . Harharhar ~

Pagi tadi dia sampai JB and baba jemput dia dekat bus stop Taman Tun Aminah . Lagi pun hari ni baba tak meniaga . Lepas ambil abang , terus baba ambil aku balik sekolah pulak . Dah sampai rumah , abang cakap dia ada belikan something untuk aku . Tengok-tengok ada camera ! Melonjak keriangan aku dibuatnya hahaha . Akhirnya ada jugak camera sendiri . Lepas ni boleh lah acah-acah jadi photographer kan ? Cuma camera tu bukan camera yang professional photographer guna punya la .

Abang akan stay kat sini sampai hari raya kedua nanti ,then dia akan terus fly balik Beijing semula . Kalau nak jumpa dia lagi , kenalah tunggu dia habis belajar dulu . Lagi setahun setengah habislah tu .

Untuk adik tercinta pulak , abang belikan kereto control dan kamus bahasa Cina . hahaha berbelit lah lidah budak kecik tu nak cakap mandarin nanti ! Aku pun boleh guna kamus tu kalau nak . tu cuma untuk pengetahuan tambahan je untuk adik sebenarnya . Selain sebuah camera , abang ada jugak belikan aku sebuah beg , cantik sangat ! Sumpah tak tipu . Setakat ni je dah 2 jenis beg aku dapat sebagai ole-ole dari Beijing oleh abang tercinta hehe ~~

Thanks abang , :D
Kat sini aku sertakan gambar-gambar abang aku dan kawan-kawan dia di China , mostly in Shanghai
ENJOYYYY ~

[♥] kawan-kawan beliau ~~ c; [♥]



[♥] Abang dan Kak fafa ~~ c; [♥]









Monday, 5 July 2010

Surat untuk Awak

Assalamualaikum .

Haloo - Haloo , Queenara's here ! Untuk pengetahuan korang , aku sangat gembira sekarang ni :D

Sedikit kata-kata untuk si dia ^_^ [Remy Zamri]

Terima kasih sebab memahami saya dan menerima saya semula . Saya hargai sangat-sangat , tak pernah terfikir pun yang awak akan beri saya peluang sekali lagi untuk bina kembali cinta kita .Terima kasih awak ! ^_^ Saya happy sangat !

Harap-harap lepas ni takkan ada apa-apa yang dapat mengganggu hubungan kita lagi . Saya hampir gila masa tu sebab ambil keputusan untuk melepaskan awak , tau tak ? Setiap saat awak datang dalam fikiran saya . Kadang-kadang tu rasa rimas jugak , hehe . Entahlah ,Saya cuba nak lupakan awak tapi tak boleh , susahnya nak lupakan awak . Kenapa ya ?

Kat sekolah , cikgu sibuk membebel kat depan tapi saya cuma dengar suara awak je . Bila hand phone bunyi , saya harap awak yang call saya , bukan orang lain . Masa tunggu baba datang ambil saya kat sekolah , saya asyik teringat pasal awak je . Bila dengar lagu tak kiralah lagu apa pun , saya mesti teringat kenangan kita . Senang cerita , 24 jam sehari saya sentiasa ingatkan awak . Betapa saya rasa menyesal sebab lepaskan awak untuk dia . Rasa macam , mana-mana saya pergi , mesti ada awak , mesti dibayangi bayang-bayang awak .

Satu hari tu saya call Ijan , tapi dia beri phone kat awak , awak tanya kenapa saya buat kerja gila dengan putuskan hubungan ni kan ?Tapi saya diam je , langsung tak nak jawab . Saya tau awak sebenarnya faham kenapa saya ambil keputusan ni . Awak tau saya cemburu bila awak dengan dia kan ? Ingat tak , awak ada cakap awak dah putus dengan dia , saya rasa happy gila kot . Tapi sayang , kebahagiaan tu singgah sekejap je sebab lepas dua tiga hari , awak cakap awak dah sambung balik dengan dia . Memanglah , depan awak , saya marah sebab awak putuskan dia , rasa macam pengorbanan saya sia-sia je . Tapi dalam hati saya gembira sangat . Cuma bila awak dengar sangat cakap saya , awak couple balik dengan dia atas arahan saya , saya jadi sedih , saya rasa seolah-olah tak diperlukan . Kenapalah dengan saya ni kan ?

Saya lepaskan awak , supaya awak boleh beri sepenuh perhatian awak pada dia . Awak tau kan yang dia sakit ? Dia perlukan awak , kalau awak takde masa dia perlukan awak macam mana ? Sebelum awak couple balik dengan dia pun dia dah buat benda-benda bodoh . Dah tau ada penyakit , masih lagi nak berembun malam-malam lah , buang semua ubat dalam laut lah , tak nak makan tak nak minum lah , Sebab tu lah saya tak nak awak lepaskan dia walaupun seboleh-bolehnya saya harap sangat hanya ada awak dan saya yang bina impian kita bersama tanpa dibayangi sesiapa . Saya rasa serba salah , antara cintakan awak , dan kesiankan dia . Kalaulah awak faham ...

Tapi sekarang saya dah tak nak fikir semua ni lagi . Saya nak kita lupakan dia dan tumpukan pada hubungan kita je boleh ? ^_^

Thursday, 1 July 2010

Love Is So Complicated

Assalamualaikum .

Haloo - Haloo Queenara's here ! Hari ni , baba pergi memancing , ^_^ . [tinggallah aku berdua dengan adik kesayangan aku kat rumah] .

So , yeah . Pagi-pagi buta tadi Abang Rays call aku . Untuk apa lagi abang ? Kita kan dah takde apa-apa ! So please , forget me ! No discussion lagi . I'm tired . Let it be what it should be , kita dah putus dan takkan contact each other lagi . Aku bukan berdendam . Tak pernah pun terlintas di hati aku nak berdendam dengan dia . Never ! But what's over is over ! That's all . Aku takkan dapat lupa kan dia kalau macam ni .

Aku tau sangat , takkan ada peluang kedua antara kami . Dia sendiri pernah cakap , dia takkan pernah terima orang yang pernah ada dalam hati dia untuk kali kedua . Okay , aku faham . Sebab tu lah aku nak dia lupakan aku jugak supaya aku pun dapat lupakan dia . Adilkan permintaan aku ni ? :(

Carilah perempuan lain awak . Kita tak ditakdirkan untuk bersama . Maaf . And one more thing , awak tak perlu putus dengan Kak Yana . Saya ambil keputusan ni supaya awak dapat terus bersama dia , tak mengapa kalau saya perlu teruskan hidup tanpa awak . Saya tak kisah pun . Awak tak perlu tinggalkan dia ya . Tolong hargai pengorbanan saya ni awak ...

LOVE IS SO COMPLICATED !

Sekarang aku nak story pasal pelajaran aku pulak . Baru-baru ni aku dapat tau yang aku dapat tempat pertama sekali lagi dalam kelas . Hehe . Alhamdulillah , even though aku dibelenggu pelbagai masalah tapi at least aku masih boleh maintain kan result aku . Tak lah teruk sangat macam last year kan ? Ada peningkatan , kata orang tu . ^_^

Mama , nampak tak ? I can do what I beleive I can do . Sejak Mama pergi akak down sangat kan . Tapi tahun ni takkan ada lagi chatting dan lepak-lepak macam selalu . Its for you Mama :) and Baba too , of course ^_^ .

InsyaAllah , kalau aku berusaha , aku boleh dapat straight A's untuk SPM nanti !

BI
BM
SEJARAH
AGAMA ISLAM
ACCOUNTING                                         = A+
ADD MATH
MODERN MATH
ECONOMY


Jangan lupa , wish me luck ! :D