Monday, 12 July 2010

Go Go Go : SPAIN

assalamualaikum .

Haloo - Haloo , Queenara's here ! Hehe Spain menang la !!

Sebenarnya , aku memang sokong SPAIN sejak pasukan pilihan aku telah dikalahkan oleh GERMAN . Grrrrrr .. Sabar je tengok GERMAN kalahkan ARGENTINA , PORTUGAL dan banyak lagi pasukan kegemaran aku yang lain . Stress !! Tapi takpa , janji kat final tu SPAIN menang lawan dengan BELANDA . Hahahaha . Terubat sikit kekecewaan aku ni .

Dulu aku dengan Abang Rays sokong ARGENTINA but since ARGENTINA dikalahkan oleh GERMAN  kitorang pun berpecah hehe . Dia sokong BELANDA dan aku sokong SPAIN . hahaha , tu lah awak , hari tu awak cakap besar kan ! SPAIN kalah lah apa lah , haaaa tengok siapa yang kalah sekarang ? BELANDA jugak ~ :P

Seronok tengok abang Rays kecewa sebab BELANDA kalah hahahaha .

Dalam pada aku berseronok sebab SPAIN menang , aku diserang stress yang teramat sangat kat sekolah . Tension gila weyhhh . Banyak homework tak siap lagi huhu .

ADD MATH PROJECT WORK belum siap lagi . Aku masih mencari full answer dalam internet sekarang ni , pelik pulak kenapa tak jumpa-jumpa sampai sekarang hurmmm .

NOTA SEJ pun belum siap lago . Kalau tak silap aku , ada lagi 3 bab yang belum disiapkan sebelum kena hantar . Haihhh , Sejarah ni bosankan ?

Semua deadline untuk homework aku ni adalah pada hari JUMAAT ini . Fuhhhh ... Pasrah dan redha je la macam ni . 

Homework tak siap , bertambah-tambah lagi , lepas tu TRIAL pulak 16 OGOS ni ....
Terasa cepat sangat masa berlalu .. pejam celik pejam celik , kejap lagi dah SPM .

No comments: