Monday, 5 July 2010

Surat untuk Awak

Assalamualaikum .

Haloo - Haloo , Queenara's here ! Untuk pengetahuan korang , aku sangat gembira sekarang ni :D

Sedikit kata-kata untuk si dia ^_^ [Remy Zamri]

Terima kasih sebab memahami saya dan menerima saya semula . Saya hargai sangat-sangat , tak pernah terfikir pun yang awak akan beri saya peluang sekali lagi untuk bina kembali cinta kita .Terima kasih awak ! ^_^ Saya happy sangat !

Harap-harap lepas ni takkan ada apa-apa yang dapat mengganggu hubungan kita lagi . Saya hampir gila masa tu sebab ambil keputusan untuk melepaskan awak , tau tak ? Setiap saat awak datang dalam fikiran saya . Kadang-kadang tu rasa rimas jugak , hehe . Entahlah ,Saya cuba nak lupakan awak tapi tak boleh , susahnya nak lupakan awak . Kenapa ya ?

Kat sekolah , cikgu sibuk membebel kat depan tapi saya cuma dengar suara awak je . Bila hand phone bunyi , saya harap awak yang call saya , bukan orang lain . Masa tunggu baba datang ambil saya kat sekolah , saya asyik teringat pasal awak je . Bila dengar lagu tak kiralah lagu apa pun , saya mesti teringat kenangan kita . Senang cerita , 24 jam sehari saya sentiasa ingatkan awak . Betapa saya rasa menyesal sebab lepaskan awak untuk dia . Rasa macam , mana-mana saya pergi , mesti ada awak , mesti dibayangi bayang-bayang awak .

Satu hari tu saya call Ijan , tapi dia beri phone kat awak , awak tanya kenapa saya buat kerja gila dengan putuskan hubungan ni kan ?Tapi saya diam je , langsung tak nak jawab . Saya tau awak sebenarnya faham kenapa saya ambil keputusan ni . Awak tau saya cemburu bila awak dengan dia kan ? Ingat tak , awak ada cakap awak dah putus dengan dia , saya rasa happy gila kot . Tapi sayang , kebahagiaan tu singgah sekejap je sebab lepas dua tiga hari , awak cakap awak dah sambung balik dengan dia . Memanglah , depan awak , saya marah sebab awak putuskan dia , rasa macam pengorbanan saya sia-sia je . Tapi dalam hati saya gembira sangat . Cuma bila awak dengar sangat cakap saya , awak couple balik dengan dia atas arahan saya , saya jadi sedih , saya rasa seolah-olah tak diperlukan . Kenapalah dengan saya ni kan ?

Saya lepaskan awak , supaya awak boleh beri sepenuh perhatian awak pada dia . Awak tau kan yang dia sakit ? Dia perlukan awak , kalau awak takde masa dia perlukan awak macam mana ? Sebelum awak couple balik dengan dia pun dia dah buat benda-benda bodoh . Dah tau ada penyakit , masih lagi nak berembun malam-malam lah , buang semua ubat dalam laut lah , tak nak makan tak nak minum lah , Sebab tu lah saya tak nak awak lepaskan dia walaupun seboleh-bolehnya saya harap sangat hanya ada awak dan saya yang bina impian kita bersama tanpa dibayangi sesiapa . Saya rasa serba salah , antara cintakan awak , dan kesiankan dia . Kalaulah awak faham ...

Tapi sekarang saya dah tak nak fikir semua ni lagi . Saya nak kita lupakan dia dan tumpukan pada hubungan kita je boleh ? ^_^

No comments: