Monday, 27 September 2010

Kekasih Awal & Akhir

Assalamualaikum ...

Semalam aku bergayut dengan Firdaus Nizam-san ! Hahaha . Dah lama rasanya tak bergayut dengan sahabata aku yang sorang ni .

Macam-macam yang kitorang sembangkan . Sampailah cerita tentang dia dan makwe dia pun terselit sekali . Sedih kot cerita dia . Nama awek dia Farahana , tapi setahu aku , Fara dah pun pergi menghadap Ilahi , tinggalkan Nizam sorang-sorang kat sini . Dia cakap , Fara accident , kes langgar lari .

Seriously , Fara memang sangat comel . Tapi sayang kan , Allah lebih sayangkan awak Fara . Awak nak tau tak , Awak beruntung sangat sebab dapat seseorang yang betul-betul menyayangi awak . Kadang-kadang timbul perasaan cemburu dalam hati saya , kenapa lah saya tak pernah dapat lelaki yang menyayangi saya seikhlas hati dia ? Saya tau Nizam sayang awak sangat-sangat . Setiap kali saya call dia , mesti dia akan bercerita tentang kenangan antara dia dengan awak . Dia rindu sangat kat awak , Fara . Saya tau , awak selalu memerhatikan dia dari sisi-Nya kan ? Tentu awak pun sangat sayangkan Nizam kan ?

Awak , walau apa pun , saya rasa sangat bertuah dapat mengenali insan yang bernama Firdaus Nizam . Dia lah kawan saya dunia dan akhirat . Awak , saya harap awak tenang di sana . Al-fatihah buat insan yang selalu dirindui oleh kekasihnya yang telah lama ditinggalkan ...

=(

No comments: