Monday, 27 September 2010

Maafkan Saya


Assalamualaikum .

Awak , saya mintak maaf . Saya bukan seorang kekasih yang baik untuk awak . Saya ni kan selfish , tak dengar kata , tak pandai jaga hati awak , jahat ... Saya minta maaf awak .. Saya tak boleh teruskan hubungan kita ni lagi .. Jujur , saya tak happy macam dulu .. Mungkin awak happy , tapi saya tak :'( .. Saya memang sayangkan awak , tapi perasaan tu seolah-olah pudar bila awak terlalu mengabaikan saya .. Saya faham awak sibuk dengan kerja awak , awak perlu berikan komitmen yang penuh semasa bekerja . Saya tahu tu . Dan saya tak kisah kalau awak takde kredit nak call atau pun mesej saya .. Saya terlalu memahami keadaan awak sampaikan saya rasa awak tak langsung memahami hati saya ..

saya minta maaf ...

Kita putus je lah .. Mungkin itu yang terbaik buat kita .. Kalau ini merupakan satu bencana untuk awak , fikir-fikirkanlah kenapa saya buat macam ni .. Saya cepat bosan apabila dibiarkan sedangkan awak tu boyfriend saya .. Awak , saya minta maaf sangat-sangat .. Halalkan semua yang awak dah berikan pada saya ..Saya pun dah halalkan semua yang pernah saya beri pada awak dulu .. Saya tak rasa yang kita boleh bina hubungan ni semula walaupun nanti awak minta saya bina hubungan ni bersama awak semula .

Maafkan saya bila tiada lagi ruang di hati saya untuk menerima awak ..
Maafkan saya jika saya terlalu mencintai awak ..
Maafkan saya kerana membiarkan hati saya kosong selama kita menjalinkan hubungan ..
Maafkan saya ..
Maafkan saya ..
Awak akan berjumpa dengan gadis yang dapat menerima keadaan awak seadanya suatu hari nanti .
Lupa kan saya .
Saya tidak berhak mendapatkan kasih sayang dari seorang insan sebaik awak .
Saya tak layak mendapatkan semua tu .
Saya harap awak faham .

Awak , lepaskan saya dengan rela . Jangan kerana terpaksa . Maaf ~

Cc : Remy Zamri

emo Pictures, Images and Photos

No comments: