Thursday, 23 September 2010

Awak , Harap Tabah Ya

Assalamualaikum . . .

Aku nak bagitau yang ayah kawan aku , Amir Nur Zahin Gunawan , dah pun meninggal dunia pada hari raya yang lepas . Maaf aku tak tau dengan detail tentang perkara ni ...
buads amir ,

Salam takziah dari aku , Amir .. Aku harap kau tabah ? Actually , nasib kita ni sebenarnya sama je .. Kau kehilangan ayah pada hari raya dan aku pulak kehilangan mama 3 hari sebelum hari raya .

Walaupun aku benci kau , tapi aku masih ada sedikit rasa belas kasihan okay . Sekarang , kau dah rasa apa yang aku rasa selama ni . Aku harap kau faham kenapa aku tak suka kau jadikan perkara macam ni sebagai bahan gurauan antara kau dan kawan-kawan kau dulu .

Kau kena teruskan perjuangan dalam hidup ni . Walau apa pun yang berlaku , jadikan itu semua sebagai pembakar semangat untuk kau jadi lebih kuat okay ? Lagipun kau tu lelaki , mesti kau lebih kuat dari aku . Ya , memang aku tak suka kau , memang aku benci kau , cuma satu je yang aku harapkan . Semoga kau berubah suatu hari nanti ...

Tahun ni last kita belajar sebumbung , satu sekolah . Kau tak nak ke waktu kita berpisah mencari haluan masing-masing nanti , kita berpisah sebagai seorang kawan , bukan sebagai seorang musuh ? Mungkin lepas ni kita semua takkan berjumpa lagi . Tapi insyaallah kalau panjang umur , aku yakin kita semua akan bertemu kembali . Perjalanan hidup kita ni masih jauh ... Aku harap sangat , jangan kau jadikan segala ujian yang berat ni sebagai alasan untuk kau gagal dalam hidup .

Aku berjaya bangkit dari zaman kegelapan aku di mana mama tinggalkan aku dalam keadaan keluarga aku yang sangat tak terurus , di mana baba aku selalu sangat marah-marah aku walaupun kesalahan yang aku buat tu hanya kesalahan yang kecil , di mana aku terpaksa menghadapi kerenah kau dan kawan-kawan kau yang tak pernah berhenti menyakiti hati aku , di mana cikgu-cikgu pun dah tak percayakan aku lagi , di mana aku pernah dicop sebagai pelajar jahat kat sekolah dulu , dan macam-macam lagi ...

Kau takkan faham melainkan kau sendiri merasakannya .. Cuma kau beruntung sangat sebab dikelilingi kawan-kawan yang menyayangi kau , keluarga yang ambil berat tentang kau , cikgu-cikgu yang kasihkan kau , kau bertuah kau tak ?

No comments: