Wednesday, 27 October 2010

Redbox Time

Assalamualaikum .

Hye hye hye . Lama aku tak post kat blog aku ni kan . Hehe . So kali ni aku nak cerita pasal Dom , pasal first date kitorang . Sepatutnya kitorang date hari Sabtu lepas tapi tak jadi pulak , cancel sebab dia accident . Terkejut aku time dapat tau dia accident . Nasib baik dia takde apa-apa . So ceritanya , petang semalam dia kata nak jumpa aku . Aku pun okay la , keluar pergi taman dan tunggu dia kat situ . Sebab kat taman petang-petang memang ramai orang . Selamat sikit hehe . Tengah syok-syok tunggu dia , tetiba hujan gerimis pulak . Nampak sangat cuaca tak berapa nak elok kan sekarang ? Kelam kabut aku lari nak berteduh kat wakaf yang memang disediakan kat situ . Ada la dalam 15 minit jugak aku tunggu dia . Dia lambat sebab ada hal nak diselesaikan dulu . Bila dia sampai , dia suruh aku masuk dalam kereta , rupanya dia tumpang kereta jiran dia . Lepas tu jiran dia hantar kitorang kat Jusco . Dom yang suruh ^_^

After both of us dah sampai dalam Jusco , aku tanya la dia , "Kita nak pergi mana ?" Dom cakap , "Kita pergi Redbox . Jom cepat !" Tiba-tiba aku pulak yang terlebih teruja hahaha . Sabtu lepas yang tak jadi date tu , Dom dah janji nak bawa aku berkaraoke kat Redbox tapi dia accident pulak kan . So kiranya dia macam nak tebus janji dia kat aku la ni . Alamak , terharu gila weyh !!

Fikiran aku dah melayang-melayang fikirkan mengenai Dom yang sangat pandai ambil hati aku waktu tu hahaha :D

Sampai kat Redbox , kitorang pun apa lagi , karaoke sampai terkeluar anak tekak ni hahaa . Aku perasan satu perkara , Dom ni jenis yang layan lagu omputih je . Lagu Melayu tak berapa sangat . Okay lah tu , aku pun suka jugak lagu-lagu omputih , tapi aku tetap layan lagu melayu hehehe . Masa menyanyi lagu My Immortal , Dom bisik kat aku , ni lagu favourite dia . Sama lagi ! Aku pun suka lagu tu jugak . Auwww . Seriously , aku rasa happy gila . Kitorang karok sampai puas , sampai dah takde suara nak disumbangkan hahaha .

Tengah syok-syok nyanyi , aku teringat yang aku ada bawa camera hadiah dari abang tu . Terus aku ajak Dom bergambar sekali dengan aku . Sebagai kenangan , apa salahnya kan . Lepas dua tiga snap , Dom ajak aku ambil buffet kat luar room , and kitorang makan sama-sama dalam room . Rindu pulak saat-saat macam tu hahaha . Kalau dah dua-dua kaki karaoke , memang takde hal kalau aktiviti menyanyi macam ni dijadikan aktiviti time date wakaka :P

Ecah ♥ Dom
Ecah ♥ Dom

So inilah dia , Dom yang aku sebut-sebutkan tu . Semoga hubungan kami berkekalan sampai bila-bila ^_^ Aku rasa takut kehilangan dia . Sebab aku dah semakin menyayangi dia .



Ecah ♥ Dom
Ecah ♥ Dom

Kenangan Terindah :)R

Tuesday, 19 October 2010

Dear Dom , Love You :)

Assalamualaikum .

Sorry sorry sorry , lama dah aku tak online . Dah berhabuk dah blog aku ni kan . Aku teramat busy sekarang ni . Tapi jangan risau , blog ni sentiasa berada dalam priority aku hehe .

Okaylah , lama menyepi tak bermakna hidup aku pun hilang serinya kan ? News paling latest sekali ialah aku dah jumpa jejaka impian aku hehehee . Mula-mula tu aku macam tak sangka la , cepatnya semua ni berlaku . Lebih cepat dari kilat . Sedar-sedar je aku dah suka kat dia . Cehh tipu la tu , hahaha .

Jom berkenalan dengan dia . Berkenalan je , jangan gatai-gatai haaa ! Hehe . Kalau menggatal siap la , aku report kat balai polis hehehe . :P

Nama diberi : Zulhanafi Kamaludin
Nama panggilan : Dom
Nama femes : Dominic Darius Zulhanafi Kamaludin
Status : Milik saya [♥]
Umur : 19 xD

[♥] I ♥ you full babe ~

Kalau korang nak tahu , kitorang plan our first day sebelum kitorang sendiri declare tentang hubungan kitorang . PELIK KAN ? Bagi aku , agak pelik la sebenarnya . Plan nak jumpa je . Bukan date pun . Tapi tiba-tiba sebelum jumpa tu terjatuh sayang pulak , tu yang jadi date tu . Hahaha .

Aku harap hubungan ni berkekalan sampai bila-bila . Sebab aku dah penat mencari huhuhu . Biarlah aku teruskan apa yang dah pun bermula . Dan aku harap , janganlah lagi ada orang ketiga dalam hubungan kali ni . Aku cuma nak setia pada yang satu je , nak setia pada dia sorang . Dan aku harap dia pun setia dengan aku sorang . :) Semoga Allah merahmati hubungan kami . Doakan kami ya ! >_<

Sunday, 10 October 2010

10.10.10

Assalamualaikum .

Korang perasan tak hari ni berapa hari bulan ? Unik kan tarikh hari ni ? Aku berharap jejaka impian aku akan melamar aku jadi permaisuri hidup dia hari ni , tapi siapalah aku , hidung tak mancung , pipi tersorong-sorong ~  HAHAHAHAHAA .

Ingat lagi tak story pasal Firdaus Nizam ? Best friend aku tu ? Okay kali ni aku nak tunjuk gambar Farahana , makwe dia yang meninggal sebab accident kes langgar lari tu . Comel kan ? Baru je Nizam hantar gambar ni kat aku tadi . Korang , sedekahkan lah al-fatihah untuk Farah ya . Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh-Nya .



By the way , ni aku nak tempek sikit gambar-gambar aku di pagi hari bersama TOM , kucing kesayangan aku hahaha . Di pagi Jumaat yang hening , aku memaksa beliau untuk bergambar bersama aku sebelum aku pergi sekolah . Heee .






We Are BFF No Matter What

Assalamualaikum !

Akhirnya persahabatan antara aku , Capie , Azlan , Amiri , Aina , Nana , Hisyam dan jugak Zainol hancur berkecai .. Jujur , aku dah tak sanggup nak teruskan persahabatan ni . Aku dapat rasa yang aku ni sebenarnya tak diperlukan pun ... Yelah , aku sedar siapa aku . Aku tak macam korang pun kan ? Korang yang sentiasa up-to-date , korang yang sentiasa stylo , and what so ever ..

Aku ambil keputusan untuk undurkan diri . Ini pun demi kebauikan semua orang jugak . Aku rela takde kawan kat sekolah tu dari ada kawan yang tak boleh terima cara aku .  Aku tak paksa korang untuk ikut cara aku pun . Aku tau , setiap orang ada cara masing-masing . Tapi cubalah respect cara aku ? Itu je yang aku minta . Aku pun tak boleh sentiasa ikut cara korang . Harap sangat korang akan faham kenapa aku ambil keputusan ni .

Kita semua dah nak SPM kan ? So kalau boleh , aku tak nak benda macam ni ganggu fikiran kita . Kita buktikan yang terbaik dalam SPM ni dan kalau kita ditakdirkan sebagai BEST.FRIEND.FOR.EVER aku yakin kita akan kembali bersatu jugak suatu hari nanti . Hanay itu je yang mampu aku katakan buat masa ni . Sekarang mungkin kita belum cukup matang untuk tentukan apa yang terbaik untuk friendship kita ni . Aku berdoa supaya suatu hari nanti kita akan berkawan semula , macam dulu-dulu .

Tak pernah pun terlintas di fikiran aku untuk membenci korang . Jangan lah korang fikir aku ambil keputusan ni sebab aku benci korang . No , aku sayang korang . Kita membesar bersama-sama kan , apa-apa masalah pun kita sama-sama cuba atasi , takkanlah aku sanggup nak benci orang yang sudi jadi sahabat aku walaupun tau aku ni jenis yang macam mana kan . Tapi aku takut , korang yang akan benci aku . Korang benci aku ke ? Hurmmm . Mungkin aku tak cukup sempurna dan tak cukup baik untuk jadi sahabat korang . Tapi satu hal yang perlu korang tahu , aku sayang korang lebih dari aku sayang nyawa aku sendiri . Ingat lagi tak , kita selalu ponteng kelas semata-mata nak have fun sesama kita kan ? Aku takkan pernah lupakan semua kenangan kita .

Aku sayang korang gila-gila !
Capie - Aina - Zainol - Amiri
Capie - Aina - Zainol - Nana - Amiri
Aina - Zainol
Amiri - Nana
Aina - Ecah
Aina - Capie