Wednesday, 27 October 2010

Redbox Time

Assalamualaikum .

Hye hye hye . Lama aku tak post kat blog aku ni kan . Hehe . So kali ni aku nak cerita pasal Dom , pasal first date kitorang . Sepatutnya kitorang date hari Sabtu lepas tapi tak jadi pulak , cancel sebab dia accident . Terkejut aku time dapat tau dia accident . Nasib baik dia takde apa-apa . So ceritanya , petang semalam dia kata nak jumpa aku . Aku pun okay la , keluar pergi taman dan tunggu dia kat situ . Sebab kat taman petang-petang memang ramai orang . Selamat sikit hehe . Tengah syok-syok tunggu dia , tetiba hujan gerimis pulak . Nampak sangat cuaca tak berapa nak elok kan sekarang ? Kelam kabut aku lari nak berteduh kat wakaf yang memang disediakan kat situ . Ada la dalam 15 minit jugak aku tunggu dia . Dia lambat sebab ada hal nak diselesaikan dulu . Bila dia sampai , dia suruh aku masuk dalam kereta , rupanya dia tumpang kereta jiran dia . Lepas tu jiran dia hantar kitorang kat Jusco . Dom yang suruh ^_^

After both of us dah sampai dalam Jusco , aku tanya la dia , "Kita nak pergi mana ?" Dom cakap , "Kita pergi Redbox . Jom cepat !" Tiba-tiba aku pulak yang terlebih teruja hahaha . Sabtu lepas yang tak jadi date tu , Dom dah janji nak bawa aku berkaraoke kat Redbox tapi dia accident pulak kan . So kiranya dia macam nak tebus janji dia kat aku la ni . Alamak , terharu gila weyh !!

Fikiran aku dah melayang-melayang fikirkan mengenai Dom yang sangat pandai ambil hati aku waktu tu hahaha :D

Sampai kat Redbox , kitorang pun apa lagi , karaoke sampai terkeluar anak tekak ni hahaa . Aku perasan satu perkara , Dom ni jenis yang layan lagu omputih je . Lagu Melayu tak berapa sangat . Okay lah tu , aku pun suka jugak lagu-lagu omputih , tapi aku tetap layan lagu melayu hehehe . Masa menyanyi lagu My Immortal , Dom bisik kat aku , ni lagu favourite dia . Sama lagi ! Aku pun suka lagu tu jugak . Auwww . Seriously , aku rasa happy gila . Kitorang karok sampai puas , sampai dah takde suara nak disumbangkan hahaha .

Tengah syok-syok nyanyi , aku teringat yang aku ada bawa camera hadiah dari abang tu . Terus aku ajak Dom bergambar sekali dengan aku . Sebagai kenangan , apa salahnya kan . Lepas dua tiga snap , Dom ajak aku ambil buffet kat luar room , and kitorang makan sama-sama dalam room . Rindu pulak saat-saat macam tu hahaha . Kalau dah dua-dua kaki karaoke , memang takde hal kalau aktiviti menyanyi macam ni dijadikan aktiviti time date wakaka :P

Ecah ♥ Dom
Ecah ♥ Dom

So inilah dia , Dom yang aku sebut-sebutkan tu . Semoga hubungan kami berkekalan sampai bila-bila ^_^ Aku rasa takut kehilangan dia . Sebab aku dah semakin menyayangi dia .



Ecah ♥ Dom
Ecah ♥ Dom

Kenangan Terindah :)R

No comments: