Monday, 26 December 2011

Dapat Baby Baru !!!!



Assalamualaikum .

Yeahhhh akhirnya , masa yang dinanti nanti telah pun tiba . Masa apakah itu ? Masa di mana aku bergelar seorang mama !!!! Pheeewww . . Lega . Comel sangat anak anak aku tu . Sebenarnya ada 3 kesemuanya tapi unfortunately tinggal 2 je sekarang sebab yang lagi 1 tu umur dia tak panjang . Sedihhhh T_____T .

Ahaks . Mesti dalam kepala otaks korang tu dah tersusun bermacam macam pertanyaan kan ?
Ya aku memang belum kawen lagi . Tapi tak salah kan dapat anak sebelum berkawen ?
*kehkehkeh .

Aku belum bagi nama lagi untuk anak anak aku nie . 
Tak tau nak bagi nama apa . Kalau boleh biarlah nama tu secomel muka diorang kan .
Hukhukhuk . Saat saat aku menerima kelahiran anak anak aku tu , memang berdebar debar gila . 
Aku tak tau nak buat apa kot . Dahlah tak bagi signal langsung nak keluar . 
Tuptup dah terkeluar . neeeeee . Terkejut ft tak sangka . 

Hahahahahaha . . Tapi yang penting anak anak aku tu comel macam aku jugak .
*auchhh . . perahsantan manjang --"

Nak tengok diorang tak ? Jap jap . . tengah loading nie . .




Yeahhh . Comel tak mereka ? Wie . . Jalan masih merangkak lagi ( memang diorang merangkak pun kan ? err bukan ek ? ) --"
Size diorang hanya sebesar tapak tangan je sekarang ni . eee tak sabar nak tengok diorang membesar !!! Kehkehkeh . Tu ha mak dia yang sebenar , si Minah tu . Takut benor tengok aku pegang HP . Ala bukan nak buat pe pun . Nak amek gambar si kecik berdua tu je pun . Gedik lebih je si Minah nie kannn .

Tapi walau siape pun bapak dia ( tak dapat dikenalpasti ) aku nak ucapkan terima kasih sebab ko dah merogol Minah & buat dia bunting tetiba kan . Tapi takpe , yang penting , kepulangan aku kali ni disambut dengan kelahiran mereka berdua depan mata aku sendiri . Hahah happy makkkk !!

Minah kan , dia kan , kedekut nak mampus bila kitorang amek anak dia nak main main . Nanti bila anak dia meowwwww jerk terus dia amek bawak masuk bilik . Kurang ajar betol . Geram je aku . Ko tengok la nanti , aku culik anak ko sekor bawak balik hostel huahuahuahuahua . Padan muka ko kehkeh . Kejam betol aku kan ? Who care ? HAHAHA .

Ok fine . Haiwan peliharaan tak dibenarkan bawak ke hostel . Ala sesekali kita langgar peraturan tak salahkan ? Lagi pun , kucing ni kan common , kat mane mane ade , Hoho dah mula berfikiran jahat aku nie .
--"

Ok la . Over excited gile aku nie bila dapat anak baru . Arghhh damnnn !! Sampai baba gelakkan aku okenggg . Dia cakap apa tau ? "Nie baru anak kucing........" Lepas tu dia ketawa , ceittt ! Sabo jer lahhhhh jahhh oiiii . . :P

*ehem , jangan jeless ea . kite dapat anak baru dah . Awak bile lagi ? Hahaha . 

Blog Hanya Dari Mata Mini Give-Away : TQ Followers !



Assalamualaikum .

Hari ni jari jemari aku terasa gatal nak meng-join-kan diri dalam GA yang dianjurkan oleh jiran aku yang paling howt & sexy gituueee iaitu : Cik Innanie Ariffin . keh3 ,

Sebelum aku membebel dengan lebih lanjut lagi , ape kate kita tengok dulu hadiah hadiah yang bakal di..give-away..kan . wiwiwiw ^^


1x Eksklusif Custom Made Satin Shawl
Design by KZ Nabihah Boutique
( follow & like FB sponsor ) 
2x Leopard - Pronted Cosmetic Bag
Inspired by ELLE
2x Set Hair & Body Care La Source Series 
by Crabtree & Evelyn
Tajaan : Mrs. Lady's Stylo Closet
( follow & like FB sponsor )
dan . . . . .

5 Blog x Blog Review @ Blog HDM

Mangsa Tag :


Tarikh Tutup : 31 Disember 2011 ( SABTU ) Jam 12.30 Tengah Malam

Kalau nak join ringan ringankan jari anda untuk klik :: SINI ::
Jom kasik meriah ini GA . wikikiki >_<

Sunday, 25 December 2011

:: Ragam Mereka ::



Assalamualaikum .

Well hello peeps !
Aku nak ucapkan selamat bercuti buat kaum kerabat BM111 1D , gunakan cuti mid sem ni dengan sebaik baiknyer okengg ! Sebab lepas ni kita akan dilambakkan dengan assignment , quiz & test . ( gegel lutut mase taip ayat ni walaweyy ) Dah bersedia ke diri ni nak menempuh saat saat menjadi seorang pelajar UiTM yang sebenar ? Bukan lah bermaksud selama ni aku bukan pelajar UiTM tapi . . . errr . . ahhh lupe kan !!! Cultural shocked tak hilang hilang lagi . Grrrr .

Aku baru je sampai rumah petang semalam . Penat pun tak hilang lagi kot . Tido manjang . kehkeh . Anak dara ape la macam ni , kalau arwah Tok Mak ada lagi mesti dia bising je kan huhu . Tetibe rindu kat arwah Atok plak T___T . Semalam kan , aku naik bas dari Larkin ke Taman Pelangi Indah , ada la pakcik drebar tu aku tengok hampeh semacam je .


Ade rasa tak puas hati je dalam hati aku ni . Hoho . Bukan ape , pakcik drebar tu macam tak hormat orang langsung . Kot ye pun sibuk kira duit merah merah tu , bila orang tanya jawab la . Takde la orang tu bengang je . Nak dijadikan cerita , mungkin abg brader tu masih baru kat JB ni so tak berapa nak tau jalan & tempat , bila dia tanya pakcik drebar tu buat bodo jekk . Heii geram betul aku . Last last abg brader tu turun terus , agaknye bengang & menyampah bila pertanyaan dia diabaikan . Kalau aku lah , dah menyumpah nyumpah dalam hati agaknyer . Hohok .

Lepas tu , ada pakcik omputih nie , rambut pun dah beruban sikit sikit , dia naik bas yang sama dengan aku bawak luggage , tak tau la dari mane kan . Dia nak ke mane ntah , lupe plak aku . Dia cakap kat pakcik drebar tu kalau dah sampai bagitau dia sebab dia pun tak tau jalan jugak macam abang brader tadi . Dalam masa nak tunggu sampai tempat tu , dia selalu gak bangun ke depan untuk amek duit baki dia dari pakcik drebar . Kali ke-2 dia bangun , ada sorang tu amek tempat duduk dia . Makk aiii sedih aku tengok perangai warga Johor nie .

Tak kesian pe kat pakcik omputih tu , dah name pon pakcik , jangan la wat camtu kat dia . Masa pakcik tu pusing belakang nak duduk kat tempat dia , alih alih tempat dia dah ada orang duduk . Dia plak yang terpaksa berdiri . Dia berdiri depan aku ( sebab aku duduk depan sekali ) sambil pegang luggage dia . Aku nak je cuit pakcik tu suruh dia duduk kat tempat aku , tapi sebab bas tu dipandu dengan laju so aku tak berani nak bangun . Aku ingat nak tunggu bas tu berhenti kejap baru aku bangun . Ada la dalam 3 minit camtu , bila bas berhenti aku bangun la .

Belum sempat nak cuit , orang yang amek tempat duduk pakcik omputih tu tetibe bangun & bagi tempat tu kat pakcik tu balik . Dalam hati aku , alhamdulillah . Masih ada sifat hormat menghormati & berperikemanusiaan dalam diri dia . Takde la aku mengumpat dia banyak banyak kan . Ngaaa .

^^ Tak banyak story yang nak dimorykan . So , tunggu next entry untuk tau apa yang buat aku happy gila hari ni >_<

Sunday, 18 December 2011

Aktiviti Di Hujung Minggu ~



Assalamualaikum .

Hello peeps !! Yeah yeah . Hujung minggu yang mendamaikan sebab takde aktiviti yang perlukan aku si situ hahaha . Ekceli semalam ada perlawanan futsal antara kolej , tapi disebabkan semalam hujan lebat yang teramat sangat so terpaksa lah ditangguhkan ke pagi hari ni . Adik , our fren ( tak tau why we call her ADIK sebenarnya ) suruh aku dengan Nia , my roommate , untuk datang padang futsal kat Tun Fatimah sokong Tun Hassan punya group . Tapi kami ni pemalas yang amat , terpaksa lah kirim salam je .

Hehe sorry Adik . But pape pun , gud luck yarrr !!

Nia , pepagi lagi dah berangan nak kemas bilik la hape la . Tapi tup tup dia buat kuak lentang plak atas katil kan . Haihh sabor je lah cik Myra oiii !! --" . Hahahaha . Sampai aku gerakkan dia suruh basuh baju baru dia bangun . Kalau tak , memang haram lah . Basuh baju nak pakai mesin je . Sebab tapak tangan dia sensitif dengan sabun basuh baju tu . Kesian la kan tak pasal pasal nanti tapak tangan dia mengelupas lah hape la , kesian ya adik adik akak akak abang abang .

Aku plak , lepas rendam baju baju kotor tu ( padahal 3/4 helai jer , biaselah terlebih rajin ginilah jadinya ) terus mandi & bergerak menuju ke library . Hawau tol , pehal skema sangat ayat aku nie ?? --" . Bila perut dah lapar , tekak aku tetiba mengidam nak makan GCB . Ok dear , mane nak cari McD kat sini ? Sanggup kau nak berhempas pulas menahan bas pergi MC ? Harammmm .

Ok ok takpe . Ade lagi seminggu je masa untuk kau tahan nafsu kau nie . Lepas ni bila dah jejak kan kaki di bumi Johor Darul Takzim kau puaskanlah nafsu kau tu :DD

OMG tak sabar nak balik . Balik nanti , aku nak suruh baba masak ikan bakar dengan sambal , maksud aku , selain ikan keli la . Tak kisah ikan ape pun huahuahua tapi selalunya ikan cencaru la . Muak kot makan ikan keli tiap tiap hari . Lepas tu , nak makan roti canai puas puas . Kehkeh . Rindu kat roti canai baba aku . Haha . Korang tak tau kan , baba memang penebar roti canai paling hensem & digemari ramai kat tempat aku :P . <----- [ statement berani mati ]

Pinjam gambar pakcik Google sat >_<

Arghh jadi makin lapar plak perut aku nie . Haha . Ciao dulu yup sayang sayang semua , aku nak gi mentekedarah jap :D . Sesiapa nak join sila lah . Aku belanja pakai duit korang ye ^^ kikiki .

Wednesday, 14 December 2011

Annual Grand Meeting (De'Best) - 07 December 2011



Assalamualaikum .

Hello peeps !! Psstttt nak tau satu gosip tak ?
Dengar kata kat Zon C - Kolej Tun Ali UiTM Lendu , ade skandel Apek tu .
Sape tak kenal ? Alaaaaaa . Penjaga gol bola sepak terhebakkk zaman ini tu hihi .
Skandel dia plak sape ea ?? Yang duk ckp hubungan diorang tu hanya stakat adik abang semata tu lah .
Atoiii tak dapat tangkap lagi kew ??
- dengar kata Dahlia Teck sekarang study kat sini amek MassCom -

Kehkeh . Saje la aku kecik kan statement tu . Korang nampak ke ? Cakap lah tak nampak . Aku nie bukan nye penggosip tegar cam korang hahahaa ( sempat mengutuk ) , aku just bagitau info info terbaru cewahhh . Poyosss . Member aku yang stay kat Tun Ali ( nama asrama ) cakap beliau ni konon hot stuff sangat lah . Ape ape meeting or perjumpaan tak nak join bagai . Tau ayat dia camne ?? Camnie haaaa : Eh ape dia pikir dia tu hot stuff sangat ke sampai tak nak turun & join meeting ni semua ?? .

Haha gila bengang dia . Ntah lah aku pun tak tau nak cakap camne kan . Memang minggu ni kecoh kat FB semua cakap beliau ada kat sini . Memula ingat kan khabar angin jer . Rupanya memang betul pun . Ok lah abaikan cerita pasal beliau . Ekceli aku nak story pasal event yang berlangsung pada 07 December 2011 , event ni sebenarnya induction budak budak Part 1 yang amek Business Studies kat sini . Induction yang meriah jugak .


Semua kelas budak budak Part 1 ada persembahan masing masing . Sebenarnya kitorang kena cabut undi untuk tau siapa yang dapat tarian , yang dapat dikir barat , yang dapat koir , and macam macam lagi lah . Yang malang nya tu , kelas kitorang ( Group D ) dapat cabutan untuk TARIAN KONTEMPORARI .

Nak tau ekspresi kitorang semua masa mula mula dapat tau kitorang dapat tarian tu macam mana ? Hahahhaa . kalau aku , dah rasa nak menangis dah . gila kau !! Seumur hidup aku , aku tak pernah belajar apa apa step untuk menari nie okenggg !! Tetiba kena menari di khalayak ramai , pehhh . Memang OMG lahhhh !! haha .

Tension giler masa belajar step by step tu . Roommate aku , Nia , memang terlebih lebih muka tension dia kalau dapat tengok hahaha . Kesian aku tengok dia . Dah lah kecil molek bagai , lepas tu comel chubby gitue , dapat plak tarian Melayu yang kena bergelek gelek hahahaha . Memang kelassssss lah sebab at last but not least tu dia dapat tangkap step jugak . Tengok tengok tengok !!!! Salute tak ? Heheheehe .

MTs yang jaga kitorang , Iya & Amad . Memang best sebab diorang ni agak sporting jugak . Sporting bila dah lama kenal la . means , bukan dah lama kenal tu dah setahun or 2 tahun kenal tapi , dah beberapa kali perjumpaan tu yang buat kami dengan diorang boleh ngam . Iya tu penari kebudayaan untuk U kitorang . Dia wakil . Memang best lah tengok lenggok dia menari .

Amad plak , Grrrr !! Tak pernah tengok dia menari langsung !!! Hahahahaaah .

Minggu yang memenatkan ( tiap tiap malam pukul 8 or 8.30 pm kitorang ada latihan dance ) . kalau tak sempat buat malam , siang tu pun kitorang buat latihan jugak . kan sebelum next class bermula ada gap kan ? ha time tu lah kitorang berlatih . Sumpah penat !! Sampai demam demam sakit sakit semua . Nia , dah seminggu dia demam tak baik baik . Nani plak dah makin Ok dah . alhamdulillah . Sue , sampai masuk air dibuat nyer hahhaaha . Maheran just sakit sakit biasa je . Aku ? Ohhh , aku fobia nak masuk unit kesihatan tu bila tau Sue masuk air . Hahahaha . Takut noqssssss tengok jarum dia . mak aihhh . trauma kat Hospital Alor Gajah pun tak hilang hilang lagi wakakakaka :DD

Banyak lagi nak story . Tapi aku nak setting gambar dulu . hehehee . Nak upload kat sini ler ape lagi . Ok ciao dulu yup sayang sayang ku . ^^ . Tunggu hupdate terbaru nanti !! Aku upload pic time kitorang menari hahhahaha .

- c i a o -

Friday, 9 December 2011

Another Quick Update ~



Assalamualaikum .

Yeah . Sejak masuk U ni . Aku dah teringin tahap gaban nak ade lappy sendiri .
Ok fine , tau le korang dah ade lappy sendiri hahahaha . Aku masih lagi jadi pengunjung setia perpustakaan dalam ni . Boleh dikatakan aku nak duduk depan PC ni dari pagi sampai ke malam !! Tapi nak buat camne , dah peraturan dia cakap cume boleh guna 2 jam jer , so , 2 jam je lah dapat online .

2 jam tu semata mata untuk buat task & assignment je ok . hehe . Sebab tu aku perlukan lappy untuk aku online mlm2 muahaha . Really need it T__T . Penat tau berjalan dari Kolej/Class untuk ke Ps . . Seriously . Memang semput aku tak baik2 le camni huhu . Tapi takpe , pengorbanan :DD

Ouhh ye , for followers (tak habis2 --") yang rasa Myra belum follow dier , kindly drop ur URL kat bawah ni so senang untuk Myra follow u back . Well , followers sangat berharga bagi Myraa !! :) . Kebanyakkan nye takde link so susah la Myra nak follow :( . Please please & please !! I'm so busy with my assignment & task & segala mcm program kat sini , sangat sangat penat & sangat sangat takde masa nak check satu persatu . Maaf dear T___T . Jadual sangat pack !!

Sebelum Myra mengundurkan diri , ade satu peringatan untuk kita semua .
Tak salah kalau nak share :DD

jika mereka sibuk mencari cinta,biarlah kita sibuk mencari iman..
jika mereka sibuk mencari pasangan,biarlah kita sibuk mecari keredhaan...
jika mereka menangis kerana kecewa,biarlah kita kita menangis rindukan ilahi dan dosa2 yang lalu..
jika mereka lebih cintakan manusia,biarlah kita cintakan allah rasul dan syahid...
jika mereka dambakan dunia biarlah kita dambakan akhirat..

Saturday, 26 November 2011

Maaf Pada Semua Followers Belog Myra :'D



Assalamualaikum .

Anda semua sihat ? Apa cer di hujung minggu ni ? Dah solat belum agak2 nyer ? Kalau belum baik anda solat dulu sebelum anda disolatkan ye . Lepas tu , sila pastikan anda duduk dalam keadaan statik . Jangan bergerak sehingga anda rasa lenguh . Harap maklum .

Okay abaikan intro yang skema tahap kucing bertanduk ni . :DD
Sebenarnya aku nak mintak maaf pada korang especially followers aku yang makin bertambah sejak aku join segmen segmen dari jiran tetangga kan . Seingat aku , sebelum aku tinggalkan blog bersawang ni dulu followers aku tak lebih 300 pun . Apa apa pun , thanks sangat3 ! sebab sudi follow belog picisan aku nih . 

Dah 2 minggu aku berada di sini , Insyaallah kalau ada masa nanti aku akan update semua nya . Banyak yang aku nak cerita kan . Just masa yang tak mengizinkan , nak buat macam mane ? Haha . So far aku kat UiTM Lendu Alor Gajah Melaka nie , aku kepenatan sampai dimasukkan ke dalam wad 2 hari 2 malam :'( Mungkin sebab kejutan budaya kan , naik turun bukit , rushing , kejar masa & semua tu . Senang cakap , malam pertama ( bukan malam pengantin tu okeh !! :D ) aku dah dikejarkan ke Hospital Alor Gajah .


Sedih sebab Kak Hanna ( senior part 3 ) tinggalkan aku sorang sorang kat sane waaaaa masa tu rasa nak nangis je sebab 1st time aku masuk wad ni . Selama ni just pergi klinik je . Well , sebab aku tak amek berat pasal thyroid aku so bila diorang check semua , dah jadi makin teruk , means , dari Hyperthyroidism sahaja dah bertukar ke Uncontrolled Hyperthyroidism . Hambekk ! Haha . 

Padan muka aku :P

Lepas keluar wad , budak budak part 1 dah siap hantar semua borang , dari borang fakulti masing masing sampai ke kad matrix . Tinggal aku sorang yang belum buat . Dengan keadaan UiTM yang masih samar samar bagi aku ni , agak susah aku nak carik kat mana Pejabat HEA kat mana Unit Kesihatan kat mana nak buat kad matrix . Agak serabut sikit otak aku sekarang ni . Huhu gara gara masuk wad !! Grrrr . .
Tapi takpe , slow slow buat insyallah setel semua nya kan . 

Doakan semua nya baik2 ok . Doakan jugak semoga selesai segala urusan ni . ^^

P/S : Nanti aku blogwalking satu satu followers tersayang aku yea . Maaf . Keadaan tak mengizinkan lagi . Insyaallah nanti dah free , dah tak banyak aktiviti , aku akan luangkan sikit masa untuk follow korang balik . Maaf sangat .

Thursday, 10 November 2011

Sweet Memories Contest by Mimie



Assalamualaikum .


Erk lama tak join contest aku rasa . Yang paling banyak tuh segmen segmen segmen !!
So kali nih jiran aku buat contest , alah senang jer contest nih ,
sebab senang la aku nak join hihik .
Korang nak join ? Klik Sweet Memories Contest laju laju !!

Aku pilih gambar nih :


Gambar tahun lepas , sape tau background pixa nih kat mana ? hehehe .
Nie lah last aku & semua BFF aku hang out ramai ramai . 
Time nie kat Jaya Jusco Tebrau City , tau dak ? tau kannnn ???
Sape duduk JB tuh tau la hehe . 

Gambar ramai ramai , dari yang nerd sampai yang havoc habis . kihkih .
Aku tetap sopan bertudung . Bluerkk poyo ! :D
Kenangan yang sangat manis .
Seharian kitorang merayap , sampai ke bandar okehh .

First , jalan jalan kat CS , makan makan . 
Then amek taxi pergi Dangan City Mall sebab time tu ada Pesta Buku kat EXPO sebelah DCM .
Plan nyer nak beli buku rujukan untuk SPM lah . Harga pun murah murah yer sayangg .
Kalau ada Pesta Buku , pergi jer tauu . Even tempat nyer sesak sekali pun , yang penting MURAH .
Opss nampak macam aku nih kedek sangat ek --" bukan kedekut okehh , berjimat jer . haha .

Lepas tu , naik bas ( kami pengguna setia pengangkutan awam haha , lesen pun takdak lagi kot nak merayap naik kete hehehe ) pergi Jaya Jusco . Kat sini , mula mula nak tengok wayang lah . Nak tengok gagdet lah . Nak tengok itu nak tengok ini . Yang aku hairan , Jusco ni jauh sangat ke dengan rumah kau sampai tak boleh datang lagi lain kali ? Hihik .
Last last hape pun tarak . Kitorang cuma makan kat food court and keluar lepak lepak kat parking lot uh sambil amek gambar macam orang gilaks !

Balik , baba yang hantar ^^ Sweet giler doe .
Tak tau bila lagi kitorang nak hang out macam nie lagi ?
Bayang kan , semua dah study jauh jauh :(

Aina study kat LA .
Amiri study kat Port Dickson .
Hisyam study kat UIA kolej .
Zainul study kat SMK Ulu Tiram .
Azlan study kat SMK Taman Daya .
Capie & I study kat UiTM Alor Gajah .

Sebab tu aku pilih gambar nie . ^^ 
Korang !! if korang baca entry ni , cepat cepat balik JB !! hehe .

Maaf panjang sangat membebel !! :D

Segmen | HasrulHassan Jelajah dan Gegar Blog 2011 !!



Assalamualaikum .

Segmen dari HH ^^ 
Nak join ? Tekan SINI laju laju okeh !!


Nama sebagai blogger : AishaMyra
Nama blog : Myra's Belog
Tarikh mula berblog : 29 / 06 / 2010
Target blog untuk tahun 2011 : Nak nombor kat followers tu cecah 1000 !! Okeh hahaha tau dah hanya mimpi semata tu hehe . Belum tercapai pun lagi , masih di awang - awangan hiehiehie .

Tarikh tutup : 13 NOVEMBER 2011 !!

Wednesday, 9 November 2011

Segmen | Naikkan Trafik, Tambahkan Follower, Ramaikan Pembaca



Assalamualaikum .

Hello peeps ^^ CP buat segmen lorh .
Nampak macam dah ramai yang join , rugi laa kalau den tak ikot join hihik .


Okeh untuk entry yang Myra rasa korang patut baca , ada 3 kesemuanya ^^

Kalau awak perempuan awak baca kat sini , lelaki tak yah baca pun takpe | Link1
Suka lukisan tak ? Dah tengok jangan lupa comment sekali okeh dear huhue | Link2
Peminat kucing ? Same la kiter meowww ^^ | Link3

Entry ni tamat pada : 11/11/2011 pada jam 11 pagi .

Terbaikkk . Hehehehe .

Tagged From Cik Balqis Syafikah



Ehem . Dapat tag lagi . Kali nih dari Cik Balqis Syafikah puleksss ,
 So kiter nak jawab nih . Baca dengan teliti !! 
Jangan miss satu huruf pun okehh ! HAHA .

1 . Aku handsome tak ?
Sorry awak tak handsome tapi . . . . 

2. Suka / tak suka baca blog ni ? Kenapakah ?
Suka suka suka ! Sebab blog awak tuh sempoi habis . Wiewiewie .

3. Geram dengan marah ada beza tak ?
Of course adeeee . .

4. Macam mana reaksi marah korang ? (1) Diam je. (2) Maki sampai lebam. (3) Bunuh terus.
Harus lah yang ke3 tuh !! Kikiki . Takde lah , i tak diam tak jugak memaki . Cuma membebel sampai bernanah telinga orang yang mendengar kehkeh .

5. Lagu paling korang suka ?
Jar of Hearts by Christina Perri

6. Macam mana nak gembira ?
Makan aiskrim banyak banyak . Haha . >_<

7. Bahasa yang korang teringin sangat nak belajar ?
Banyak sangat . Kalau boleh nak belajar semua bahasa yang ada ^^

8. Korang pakai perfume jenama apa ?
Ada 1 perfume nie , from my lovely aunt , tapi tak ingat plak brand apa . Hehe .

9. Suka makan apabila tension nak pecah kepala ?
Cadbury black forest

10. 3 words describe me ?
Friendly , Gorgeous gila and . . santai . Hihik .

11. Mimpi paling hampeh pernah korang alami .
Termimpi seorang musuh ketat . Wakakaiii . T__T

Segmen : Aku Adalah Blogger



Assalamualaikum .

Kembali menyemak entry dengan segmen segmen terbaikkk dari bloggers hehe .


Hihie . Satu jerk nak cakap , comey giler banner nih haha ^^
Okehh , kalau korang pun seorang blogger , jom join segmen nih reramai .
Tekan Sini untuk join !

Tarikh tutup : 12/11/2011 . 
Tak lama jer lagi . Cepat cepat cepat !

Monday, 7 November 2011

Dup Dap Dup Dap



Assalamualaikum .

Hello peeps . Wow korang tengah watper nih ?  ^^ aku tengah lepak lepak minum milo ais ( aku buat sendiri . memang muke tak malu :D ) kat rumah jiran tersayang nih , well , saje nak meluangkan masa terluang dengan family nih sebab lepas ni kan aku nak pergi Melaka dah .

So , bila diorang tanya UiTM Alor Gajah tu macam mana rupa dia , aku terus google kot kot ada pic yang boleh ditunjuk kat diorang ( padahal aku pun tak pernah tengok --" ) kehkeh . bajet la aku dah pernah tengok kan kuikuikui . Nampak agak besar jugak , bila aku search untuk image , almost keseluruhannya datang dari belog belog yang of course owner nye belajar kat sana .

Wah , baca cerita diorang yang first intake untuk tahun nie time MDS , macam best , macam cuak pun ada , yelah , ada tour aka tawaf kampus tu sampai melecet lecet kaki , grrrr . Cuak neh cuak neh !! Apakah aku akan mengalami nasib yang sama ? Hoho . Nanti aku nak pakai kasut jer weh , tak mau pakai high heels hehehee . Tapi kan memang diorang suruh pakai kasut time tu kan ( ada tulis kat panduan panduan tuuu ) , camner boleh melecet lak kaki ? 

- garu garu kepala -

Err lagi satu , aku memang tak sabar dah nak pergi . Kalau tak silap , ada lagi 9/10 hari lagi untuk aku bertolak ke sana . Hohohoh . Makin dekat makin rasa berat hati plak . Berat hati mungkin sebab akan berjauhan dengan baba , adik . Kehkeh . Sejak bile aku pandai buat ayat geli geli nih ? --"

So far , takde apa apa persiapan lagi . Memang adat ker bila kita nak belajar jauh ni ( jauh la sangat wakaka ) kita jadi malas nak packing2 ahahahakkk . Macam tak nak pergi tapi itu lah yang perlu aku buat sekarang . Belajar dan belajar sampai otak krem . Even dalam toilet pun aku akan tetap belajar . Walaweyh , ayat tak boleh belah . 

Semangat berkobar kobar !! Yeah !

Yuran dah setel , medical check up setel , packing still in progress , what else ? 

Aku still goyang kaki kat rumah , goreng tempura pagi pagi buta bila terasa lapar ( sejak bila aku ada tabiat macam nih pun tak tau lerrrr ) , tengok tv dari celik bijik mata sampai terpejam bijik mata neh , lepas tu , dah jadi makin malas nak ngemas bilik . ppppfffttttt ! Bilik aku dah mcm tongkang pecah , serious , macam sarang tikus pun ada . Baba cakap , "apa nak jadi anak dara aku niee , ya Allah !!" Haha . Bawak bertenang baba , sehari sebelum pergi , Myra akan tidy up bilik tuh ! Mission terakhir sebelum bertolak kehkeh .

Macam lah nak pergi bertahun tahun tak balik haha . Excited beno aku neh .

1 minggu aku akan berorientasi dan diorientasikan di sana . 1 minggu juga aku akan menyepi . Yelah nak online kat mane pulop kan dah tentu tentu port aku online hanya kat cc jer . Cuma hari ni jiran aku berbaik hati nak bagi aku online kejap kehkeh . What ? Kejap kau kata ?!!

Okeh fine . Dah lebih 2 jam tercongok depan lappy nih . Takper , bukan selalu pun kan aku menyemak kat sini haha .

Eh eh , nak tau ? BFF aku masa kat sekolah dulu , Capie , akan bersama sama dengan aku melalui hidup baru di sana ! Takde lah aku rasa keseorangan !! Wah excited nak mampos haha . Mana tak nye , kami 1 kampus , 1 course , dan pernah 1 sekolah dulu . 1 bilik ? Ntah ! Haha . Dia ni memang asal sana . Dia kata rumah dia dekat sangat lah dengan UiTM Alor Gajah . 

Capie , haha senang lah kau ! Tiap kali takde class boleh melencong balik rumah kejap kehkeh . So kawan , congrats sebab dapat UiTM juga akhirnya . Kami akan mendaftar pada 16 November ni , serious tak sabar dah nak jumpe okenggg . Hari tu nak jumpa time hantar Aina ( BFF kami ) pergi Singapore before dia take flight kat Changi Airport menuju ke LA ( study there ) . Memang kelasssss kau Aina . haha . Tapi aku tak dapat follow . Ada emergency . Sodehhh !!! Aina mishhh uuuuu babe !! :(

K larhhh ciao dulu . Berjela jela plak aku membebel .

BTW , UiTM Di Hati ku selalu ngeee . 


Tagged Game



Assalamualaikum .

Okay , dah 2 orang tag saya pasal nie haha . So sekarang nie Myra mau jawab dua dua sekali gus . Kehkeh . Boleh kan ? Baiklah Cik Alline & CINTA's territory , hope both of u puas hati . Wiee . Jom kita mengeTAG !!

rules:
1. You must post these rules.
2. Each person must post 11 things about themselves in their journal.
3. Answer the questions the tagger set for you in their post . And create 11 new questions for the people you tagged to answer.
4. You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
5. Go to their page and tell them you have tagged him/her.
6. No tag backs.
7. No stuff in the tagging section about "YOU ARE TAGGED IF YOUARE READING THIS" YOU LEGITIMATELY (a.k.a REALLY , TRUST, WITH ALL HONESTY) HAVE TO TAG 11 PEOPLE.

11 THINGS ABOUT ME 

Suka makan buah durian hahahaha .
Tak pandai memasak . Ngeh3
Love singing ^^
Saya pandai melukis ! Auww . Masih seorang pelukis amatur jeee .
Akan menjadi seorang pelajar di UiTM Alor Gajah , Melaka dalam masa kurang 11 hari lagi ! Tak sabar dah nie :D
Kalau coklat, saya paling suka Cadbury black forest . Yang lain tu , boleh laaaa .
Lagu faveret saya : Jar of Heart by Christina Perri ^^ Cer try dengar , best gila .
Selalu buang duit kat CC semata mata nak bukak dan update belog kesayangan .
The only daughter in my family :)
Suka bergurau . Kalau saya ada terkasar dalam bergurau dengan korang , mintak maaf awal2 dulu yup ngee .
Saya yang paling rendah kalau berdiri sebelah adik adik sepupu --"

Itu tentang Myra okeh . Memang tak menarik pun HAHAHA . Ni plak 11 soalan dari FM . Berdebar debar nak jawab ni . Hihik .

nama , tarikh lahir dan tempat lahir
Aishah Amira Abdul Rahim . 01 April 1993 . Hospital Sultanah Aminah .

favourate quotation anda
Kejayaan Semanis Madu Memerlukan Pengorbanan Sepahit Hempedu .

subjek kegemaran di sekolah
Subjek  Science & Bahasa Inggeris .

warna kegemaran dan kenapa
Warna BIRU sebab kalau Myra tengok warna biru time tengah marah / sedih , selalu nya buat Myra rasa tenang ^^ Hehe . Sebab tu belog Myra pun warna biru .

makanan & minuman kegemaran
Masakan arwah mama :D . Sure lah MILO AIS . 

adakah anda mempunyai bestfriend/bestfriends, jika ada, sebutkan namanya/mereka
Ada . Aina , Azlan , Capie , Hisyam , Amiri , Eira .

kenangan childhood yang paling best
Kenangan berkelah kat Pantai Lido dengan family :) Sekarang Pantai Lido dah takde & arwah mama pun sama . It's very meaningful .

azam 2011 yang telah dicapai
Dapat sambung belajar ! 

definisikan 'cinta'
'CINTA' tak kenal siapa . Tua atau muda . Jauh atau dekat . Kadeang kadang ia datang tanpa diundang dan pergi tanpa disedari .

apa perkara pertama yang kalian buat bila buka blog ya?
Check comments & followers . Hehe .

pendapat/komen tentang blog cinta's terrirori
Owner blog nie ramah tau ! Sebab tu bila jenguk blog nie Myra rasa macam dekat di hati . Haha . Yang penting , blog sis nie simple dan kemas yaww .

Soalan dari Cik Alline :

Nama sebenar korang?
Aishah Amira Binti Abdul Rahim


Kegemaran korang sepanjang hayat?
Tengok cerita katun , jalan jalan tepi pantai , baca novel , dengar lagu .

Pekerjaan sekarang @ belajar kos apa?
Pelajar @ Dip Pengajian Perniagaan

Kenangan paling manis dan akan dikenang sampai bila bila.
Jaga arwah mama kat hospital :'D

Perkara paling lucu pernah dihadapi?
Terjatuh kat depan pasangan sedang ber'couple' . Haha . Malu jerrrrr .

Makanan kegemaran korang.
Sama macam kat atas , masakan arwah mama ^^

Apa yang paling korang takut?
Allah

Apakah hadiah paling special pernah korang dapat?
Jam loceng comel , ada ikan dolphin dua ekor kat kiri and kanan jam tu lepas tu ada coral yang berwarna keemasan kat kaki dia . Sangat special .

Kalau korang marah korang buat apa?
Kadang kadang mengamuk , membebel , and kalau dah marah tahap max , diam jer la . 

Apa status korang?
Status ? Complicated wahaha .

Rancangan tv kegemaran?
Banyak ! Kaki tengok tv la kata kan .

Done ! Hehe . Ok now , giliran korang yang jadi mangsa tag Myra plak untuk jawab 11 soalan yang Myra cipta nie . Senang je . Lebih senang dari soalan UPSR haha .

Jenama HP korang .
Korang ada berapa orang adik beradik .
 Nick FB korang .
Lagu faveret yang selalu korang dengar .
Korang berasal dari mana nie ? Haha .
Dah berapa lama korang blogging ??
Tempat yang korang nak sangat pergi tapi tak berkesempatan .
Subjek paling tough bagi korang ?
Kalau diberi kesempatan , apa yang korang nak buat sebelum korang hembuskan nafas terakhir ?
Korang suka guna / beli jenama apa ?
Last question , pendapat korang tentang blog Myra ?

Mangsa TAG yang telah dikenalpasti adalah seperti yang berikut :-


Korang , jangan marah ea . Myra tag secara random je nie . Sape sape yang ada post entry and keluar kat bahagian item tu la yang Myra tag haha . Tag sampai cukup 11 orang . Maaf sangat sangat . Hiee .