Wednesday, 26 January 2011

jb ~ adakah satu pilihan yang tepat ?

assalamualaikum...

okay, rasa berkobar-kobar sikit sebab dah nak balik jb..hehe...rindu kat kampung, kat cs, wawawa....tak lah, aku rindu semua orang...bilik aku toe, apa khabar la agak nye kan? hahahaha...im very sure someone will take care of it...takpe lah, aku tak harap yang aku akan kembali ke rumah tue balik...

tadi mase makan malam, mak ngah cakap tentang sesuatu yang membuat aku agak tersentak sikit....well, obviously mak ngah menyebut tentang "BALIK RUMAH"...aku sebenarnya tak suka mak ngah dengan pak ngah membangkitkan perkara tersebut di depan aku...bukan apa, aku cuma tak nak stress macam dulu balik...

iqah bagitaw mak ngah yang balik rumah atuk nanti aku tak dapat online selalu...hahaha memang betul pun sebab kat rumah atuk takde laptop ataw desktop yang aku boleh guna...kalau ada pun laptop dekda, aku bukan boleh guna selalu...harta orang, nanti rosak aku jugak yang salah :) mak ngah terus cakap nanti dia akan suruh baba pasang internet kat rumah biar aku tak payah susah-susah nak online...mak ngah jugak akan bagitaw baba yang dia nak baba sambung balik hantar aku pergi kat tempat ambil lesen tu...

aku tak nak semua tu, aku bukan nak kan benda-benda macam tu...aku cuma nak baba sayang aku, thats all...i don't need his money, the internet, or whatever that mak ngah told me before...i just want him to love me as his daughter...HIS ONLY DAUGHTER!


tapi tu lah...diorang fikir dengan cara tu aku akan balik ke rumah...hmm, its not that easy okay...aku tak nak pisang berbuah dua kali...biar lah aku takde kat rumah tu...aku rela...orang nak kata aku lari rumah? silakan...aku dah tak nak cakap pasal hal ney lagi...tapi orang tak faham...they keep talking about this...

aku penat lah....please, don't force me to do something bad...aku nak hidup tenang...benda-benda lepas semua aku dah lupakan...sengketa dengan kawan-kawan, dengan adik-beradik, dengan saudara-mara, dengan iz yang curang tu pun aku dah tak kisah sangat...semua aku dah lupakan....aku tak nak benda ni berpanjangan...let it over....benda ni semua makan diri aku...aku dah tak sanggup nak meratap setiap hari, bersedih setiap hari...biarlah...

aku boleh lupakan tapi ia mengambil masa yang lama....terlalu lama....mungkin untuk aku kembali tersenyum macam dulu merupakan sesuatu yang tak kan boleh diulang kembali...ye, aku gelak ketawa dengan sepupu-sepupu aku, dengan kawan-kawan aku, tapi hakikatnya, diorang tak kan tahu...hati aku perih...semua yang berlaku seolah-olah ingin menghukum aku...

ye aku sedar aku bukan manusia yang sempurna, baik pun tak, tapi aku berusaha untuk jadi yang terbaik, berusaha sedaya yang termampu...aku harap diorang faham, harap sangat-sangat...aku tak perlukan segala harta dan kesenangan kalau aku perlu kehilangan orang yang aku sayang demi untuk mendapatkannya...aku sedar, hidup kat dunia milik-NYA penuh dengan dugaan...cabaran demi cabaran datang dan kadangkala aku hampir menyerah kalah...

namun, suara-suara mereka yang mengambil berat dan sentiasa memberi semangat kepada ku membuatkan aku mampu berdiri semula...walaupun antara suara-suara tu tak satu pun milik baba...aku redha dengan apa yang berlaku...perjalanan hidup aku masih jauh...aku terlalu muda untuk menilai segala yang berlaku...tapi pengalamanlah yang mematangkan aku....

mama dah takde, aku  terima kenyataan tu walaupun perit untuk aku terima kata-kata baba tentang punca baba tak dapat berada di sisi mama sewaktu akhir hayat mama...aku pasrah..yes, memang semua tu berpunca dari aku...tapi baba tak tahu ke, segala yang terjadi ni dah ditetapkan oleh Allah...? Aku sendiri rasa terpukul dengan pemergian mama, bukan baba seorang...bukan juga cuma aku, tapi atuk, kakak abang dan adik mama turut rasa semua tu...

aku sendiri pernah menyalahkan diri sendiri di atas semua ni...tapi mak ngah menyedarkan aku...kita tak boleh menyalahkan diri sendiri, apatah lagi menyalahkan takdir...aku dah jauh tersasar...kerana sedikit ujian yang Allah berikan aku dah musnahkan masa depan aku...kalau lah masa boleh diputar kembali, kalau lah aku boleh mengubah takdir, hidup aku tak kan macam ni...

orang yang memahami penderitaan orang lain hanyalah orang yang pernah melaluinya...aku setuju...kalau tengok kat rumah anak-anak yatim, atau pun golongan-golongan OKU, aku rasa aku lebih bertuah dari mereka kan? kenapa manusia tak pernah bersyukur? :) dan KENAPA AKU SENDIRI TAK PERNAH BERSYUKUR?


SO, sekarang ney aku ta tahu sama ada pilihan aku untuk balik JB adalah satu pilihan yang tepat buat masa ni...tinggal kat Shah Alam bosan, Iqah pergi sekolah...Edin dah kerja, Kak Long pun kerja, tengah practical...aku plak duduk kat rumah online memanjang, pastu makan minum tidur...haha teruk betul! Balik JB plak belum tentu dapat kerja, duduk kat rumah atuk mak pun bosan jugak...hmm, takpe lah...maybe keputusan aku ney tepat...

aku tetap akan balik JB...apa-apa hal yang bakal berlaku au akan tanggung sendiri...aku dah tak nak menyusahkan orang lain lagi, especially keluarga pak ngah...insyaallah...~

No comments: