Friday, 28 January 2011

Sahabat Aku Dari Kecikk

assalamualaikum...

okay, entry kali nep aku nak share tntg sahabat baik aku dari kecik...hehehe...bukan nak kate dari baby tapi sejak aku darjah 6...kire kecik la kan? weee.... :)

mase tu aku sekolah kat SKTPW...class 6 Baiduri...haha, aku perasan tentang dia masa dalam perjalanan balik sekolah...walaupun aku naik bas tapi kadang-kadang tu ada jugak tertinggal bas...haha kenangan :) bila dah tertinggal bas apa lagi, jalan kaki la...weee! seronok sangat...aku mula perasan tentang kawan aku ni bila aku start semput-semput and cepat penat serta breathlessness...sape kawan aku tu ye?

dia tu bukan manusia macam kita, tapi dia lah yang temani aku ke mana jua...kadang-kadang beri aku kelebihan kadang-kadang buat aku susah...haa korang tertanya-tanya ke tentang dia? weee~ tapi mase tu aku buat bodoh je kat dia...tak ambil berat langsung pasal dia...sebab bagi aku dia tu benda remeh, tak penting pun...

naik tingkatan dua, aku ikut kem sekolah kat Kem Kaizen, Pontian...seronok gila...dengan suasana hutan yang permai, abang-abang and kakak-kakak faci yang baik and sporting....memang aku tak leh lupa...lagi satu, sebab aku pergi kem ni lah aku mula terfikir tentang kawan aku ni...sape dia? sape dia aishah? kenapalah lambat sangat nak bagitaw...huishh...

time redah hutan, danau, bukit yang ada sepanjang perjalanan ke air terjun kat situ, cikgu kelas aku, Cikgu
Syuhada perasan tentang perubahan dalam diri aku...Syafiq senior aku pun perasan...dia tegur aku lepas tarik aku ke tengah, "wei kenapa kau jalan terhuyung-hayang ni? Jalan betul-betul la doe...tepi kau tu gaung...kang jatuh kitorang yang susah..." aku tak dapat tangkap apa kata dia...sebab aku dah rasa semput sangat...otot-otot kaki and badan aku dah tak mampu nak stabil kan badan ni haha...penat gila...badan aku pun menggeletar...aku tak cukup oxygen weee~

aku terkejut jugak tetiba je Syafiq tarik tangan aku....dalam hati dah fikir macam-macam hahaha...lepas dia cakap macam tu baru aku sedar...ye, sikit lagi aku akan jatuh dalam gaung yang curam tu...thanks Syafiq...Cikgu Jai plak suruh Syafiq bawak kan beg aku...kesian kat aku agaknya...tapi Syafiq mestilah tak nak kan...last-last Cikgu Syuhada yang bawak kan...thanks Cikgu...sebab sudi bantu saya yang tengah sakit mase tu... :)

dua minggu lepas balik dari kem, mama bawak aku pergi check kat Klinik Ihsan & Surgeri kat Bandar Tiram...Dr. Yazid memang baik...mama mengadu kat Dr. Yazid tentang apa yang Cikgu Syuhada bagitaw kat dia...tentang muka aku yang pucat and biru...(betul ke? aku pun tak pasti)...tentang badan aku yang selalu menggeletar...tentang kesukaran aku untuk bernafas...tentang aku cepat penat...tentang aku yang tak fokus and selalu sangat terlepas pegang apa-apa barang yang ada kat tangan aku...bagi aku, "mama terlalu risau...mira okay je..cuba jangan over worried about me mama..." tapi mama degil haha...nak jugak bawa aku jumpa doctor...

Dr. Yazid check heartbeat aku...melebihi 120 dalam masa seminit...aku rasa 150 kot...tak normal ke? haha...mama terkejut...aku lagi la terkejut...weee~ than, Dr pegang tangan aku....dia kata, "aishah, awak takut sesuatu ke? Menggeletar tangan awak ni...hahaha." Aku gelak je..."hahaha takdelah Dr...memang saya macam ni...tak kira masa tak kira tempat, menggeletar satu badan..." Lepas tu Dr. Yazid minta kebenaran mama nak buat blood test...mama setuju...

If i'm not mistaken, lepas dua minggu aku and mama pergi klinik tu balik...result tentang blood test aku dah keluar...hopefully takde apa-apa....tapi, tetiba Dr. Yazid tanya, "Puan Lela, ada tak dalam keluarga puan yang sakit thyroid? Maybe, mak ke? Suami puan ke?" Mama jawab, "Atok Aishah belah baba dia ada thyroid Dr...Kenapa? Aishah ada thyroid juga ke?" Aku tak faham langsung apa yang diorang duk berbincang tu...weee~

Sebenarnya, aku ada buat blood test kat klinik berhampiran rumah, result dia sama...thyroid...mama tak puas hati...so dia bawa aku pergi klinik kat Bandar Tiram...bila dua-dua result sama, mama macam tak percaya...cuma dia tak unjuk depan aku la...tapi aku dapat rasa semua tu :)

bila Dr. Yazid buat research yang lebih mendalam, aku disahkan menghidap Hyperthyroidism....yup, aku tak tau langsung apa tu hyperthyroidism...lepas Dr. Yazid and mama terangkan, barulah aku taw kenapa selama ni aku selalu sesak nafas, menggeletar satu badan, cepat penat, susah nak tidur aka insomnia, nervousness, rasa panas jer and cepat berpeluh, and yang paling ketara, leher aku membesar...macam ada ketumbuhan..hikhik...

maybe bagi korang penyakit ni tak bahaya...dulu aku pun fikir macam tu jugak...aku selalu cakap, "ala mira bukannya dapat cancer sampai kena makan ubat banyak macam ni....its only a thyroid okay...it won't get worse..." tapi lama-lama, aku dapat rasa kesan dia...paling tak boleh elak sampai sekarang, emosi aku tak dapat dikawal...aku cepat marah, kadang-kadang cepat terasa and menangis...macam orang gila pun ada...

susah untuk aku kawal emosi ni bila terlalu banyak masalah datang...aku jadi hypertension...sampai satu tahap, aku overdose dengan sengaja aka telan ubat dalam kuantiti yang banyak....tapi pelik nya, takde apa-apa yang berlaku pun...hahahaha...niat di hati nak bunuh diri, cewahh...tapi alhamdulillah umurku masih panjang...

aku terus makan ubat...dalam masa setahun aku berhenti...aku rasa takde perubahan pun, so better aku berhenti...dari membazir beli ubat yang tak beri apa-apa kesan positif langsung...kan? tapi kemudian, mama dapat taw, dia marah...aku plak terus pertahankan pendapat aku dengan cakap macam ni, "Mama...mira makan ubat tu takde kesan apa-apa pun ma...baik berhenti ambil ubat tu...membazir je taw tak..."

masa mama mula sakit, stock ubat aku masih ada separuh...tapi aku berhenti makan tanpa pengetahuan mama...mama plak mungkin terlupa tentang hal tu...asyik keluar masuk hospital....aku pun lama-lama langsung terlupa tentang ubat ayng aku sorokkan dalam bilik...hehe....keadaan tu berterusan sampai mama meninggal dunia...setengah tahun lepas tu, aku mengadu kat baba, "ba, mira rasa semput balik la....heartbeat pun tak normal..laju sangat, nanti baba tolong amik ubat boleh?" aku mula perasan yang aku sebenarnya perlukan ubat tu...

ku cuma makan ubat tu setengah tahun je...lepas tu berhenti balik...tak tahu kenapa...hakhak...then pelbagai masalah timbul...aku plak langsung tak ambil berat dengan keadaan badan aku yang lemah ni...sampai lah sekarang...semput, menggigil, rapid heartbeat, insomnia, muscle weakness, trembling hands and fingers...and macam-macam lah...


musnahkan hidup aku!

kalau nak taw dengan lebih lanjut mengenai penyakit ney korang boleh try link ney..


No comments: