Wednesday, 2 February 2011

Hidup + Cinta atau Hidup - Cinta ?

assalamualaikum...

sepanjang perjalanan hantar bibik Pak Ngah ke Kg. Pandan tadi, aku terfikir tentang perkara ni...hehe...nah lah kan, hidup aku akan berubah lepas balik Johor nanti...iaitu esok, dah dekat dah esok tu hahaha...takde lagi la nak lepak-lepak dalam bilik sambil online, main xbox, and semua yang aku selalu buat kat sini...weeee...au kena cari kerja secepat mungkin....duit dah kering betul...setitik pun takde lagi dah huhu...sedihnya hidup aku kan? takpelah aku terima jer weee....

kata orang, hidup tak semestinya bahagia....cinta pulak tak semestinya memiliki....tapi, kalau hidup tanpa cinta memang lah tak bahagia kan? hidup perlukan cinta dan cinta perlukan hidup...betul tak? kalau kita hidup penuh cinta dan kasih sayang hati pun tenang je...tak lah kacau macam aku...hehe...kat sini aku nak tekankan sikit, CINTA yang dimaksudkan kat sini bukan sepenuhnya cinta antara teruna & dara  tapi cinta terhadap,Allah, ibu bapa kita, adik-beradik, kawan-kawan, malah saudara seagama kita...

tapi kalau hidup kita tak dipenuhi rasa cinta tu mesti tak tenang punya...tak percaya cakap aku? hahaha...aku cakap berdasarkan pengalaman sendiri and pemerhatian aku...bukan main langgar jer...kadang-kadang kita khilaf, kan? kita lupa pada Yang Maha Esa...kita belakangkan keluaga semata-mata nak kepuasan sendiri...kita sanggup berbunuhan sesama manusia...macam mana nak hidup tenang tu? benda tu semua cuma makan diri kita jer...

manusia ni ego...ye aku taw tu...sebab aku pun ego jugak, bukan nak cakap korang jer...huhu...ego ni kadang-kadang melebihi segalanya...nak turunkan ego tu, pehh bukan main susah lagi...y aaku taw, tak salah kalau kita ego, tapi ego tu mestilah bertempat...ni tak, semua nak ego...putih kata kau, putihlah...hitam kata kau, hitamlah...eeeiii kalau aku jumpa orang macam ni meman tak tahan lama laaa...weeeee...

so, korang fikir lah sendiri mana satu yang lebih bagus...hidup penuh rasa cinta ataw hidup tanpa cinta AKA hidup yang kosong..bak kata orang, 'empty life'...

No comments: