Monday, 28 March 2011

Contest ♥ Ahh Cun Nye Blog !!

assalamualaikum...

ehem9 ! korang nak join contest tak? jom la join contest ni! amat-amat digalakkan... sebab aku pun baru 1st time try menyelit kat mana-mana contest hehehe.. tak harap nak menang pun just nak try luck jew mana tahu aku menang kot hahaha mula la ni nak perasan... :P

okay, kalau korang nak ikot join contest ni click here !! jangan segan-segan jangan malu-malu har har har tak tahu plak aku pun agak memalu nak join, ye lar, belog kite bese-bese jer pun hihihi... :D

ni dia banner yang comey lote macam kak yaya tuhh... xD


tehehehe....

okehhh, NEXT STEP plak!

♥ tagged ♥

missNAD
MultiTheEclipse

so, kategori yang kite pilih, AHH KEMAS NYE BLOG! to be honest, belog aku tak comel plus cantik heeee :) KEMAS? maybe ye... tehehe, agak2?

OKAY kerja dah setel, sekarang nak offline dulu. lama dah aku terperap dalam cc ni...

comment sikit boleh? :((

assalamualaikum...

haha today feel a bit dizzy kowt... tak tahu nak kata apa, tapi aku rindu kat kawan-kawan aku... especially eira, my pals (",) ... ko rindu kat aku tak weyh? haha... sumpah aku rindu kat kau.. aku suka skod kau kat PC.. why? sebab aku dah tak boleh nak tegur kau macam dulu so apa yang aku mampu buat cuma skod and doakan kebahagiaan kau... walau apa pun aku tak pernah buang kau dari hidup aku... kau sentiasa ada tempat dalam hati aku ni...

ehem... bukak story lain plak k??

start dari hari Khamis lepas rumah atok dah sesak dengan saudara-mara dan rakan-rakan arwah Pak Ya serta family yang lain...keluarga aku besar :) paling best bila time cuti, ramai-ramai balik kampung...meriah sangat! kaluarga aku memang besar dan meriah... mungkin sebab kan tu ada orang yang dengki akan kebahagiaan keluarga besar kami ni?

aicehhh... hhaha, maksud aku, hari tu Nek Esah dari Perak bawa cerita ada sepupu jauh kami cakap yang Nek Esah dengan Atok Mak bela saka... puii! siapa yang mulut takde insurans tu yang duk heboh-heboh cerita khurafat feat pembohongan besar-besaran tohh?

tak baik doe buat keluarga kami macam ni. sebar fitnah yang macam-macam. kalau betul atok nenek aku ada bela saka, mesti akan nampak saka yang menyerupai arwah atok Onn, tak pun mama aku, tak pun ibu Ani, and ramai lagi lah! tapi sekarang cerita tu timbul secara tiba-tiba..

dengar cerita keluarga Pontian yang mengata macam tu. tapi aku tak boleh lah nak cakap apa-apa buat masa sekrang sebab benda ni tak selesai lagi. Pak Jalil mengamuk habis dengar orang cakap atok macam tu. dia call orang tu and suruh orang tu datang rumah atok sekarang jugak, bawak bomoh yang cakap keluarga kami bela saka. memang teruk lah bomoh tu. tok moh tak boleh pakai!

aku cuma nak nasihat kan korang, jangan buat kerja bodoh macam tu. bagus alhamdulillah kami ada keluarga yang rukun walaupun kadang2 ada berselisih faham... tapi kes nih dah kira nak meretakkan hubungan kekeluargaan dari zaman nenek moyang aku dah ni. tak boleh jadi ok. aku tak suka orang sebar fitnah macam ni.

apa yang kau dapat bila sebar fitnah tentang keluarga kami? tak dapat pe pun kan? so stop wat kerja gilerrr tuuuu weyh... aduhai... kesian nenek aku taw tak? kesian sangat kat dia... tolonglah... :(

Saturday, 26 March 2011

layout baru...!!!!

assalamualaikum..

hye hye hye! perasan tak layout kali ni agak lain sikit? haha.. juz another experiment terhadap blog aku yang bese2 jer ni... hehe... kali ni agak colourful sikit lar.... comel-comel gitue... tapi still banyak nak update lagi... tunggu je aaaa...!

hari ni dapat online lama tu yang excited nak tukar layout.... kalau layout yang sama jer boring gak... i'm still trying design my own blog dengan citarasa sendiri. tapi setakat ni tak siap lagi... tunggu bila free baru la aku fikirkan pasal design tu nanti...

kali ni aku agak happy jugak sebab layout ni look simple tapi nice... huhu... thanks!

al-fatihah...

assalamualaikum...

semalam, arwah Pak Ya (Zakaria), suami tercinta Mak Wa & ayah kepada sepupu-sepupu aku, Kak Suria, Syafiq, Dekda, Oren, & Abby meninggal dunia. Arwah Pak Ya dah lama sakit. Ada lah dalam 4 bulan macam tu. kat sini, Aca nak ucapkan takziah buat Mak Wa sekeluarga. Moga roh arwah Pak Ya sentiasa dicucuri rahmat oleh-Nya. Memang betul cakap-cakap orang, setiap yang hidup pasti akan mati. setiap yang bermula pasti akan berakhir kan. So harap korang sabar hadapi dugaan yang paling kita semua tak mahu ia berlaku dalam hidup kita kan.

Arwah meninggal dalam pukul 2.30 pm kat katil wad HSA... Kak Suria & Mak Wa je yang setia berada di sisi arwah masa saat-saat terakhir arwah. Syafiq tengah kerja. Dekda kat kolej. Oren ada dengan Abby kat rumah kat Gelang Patah. Abby masih sekolah. hmm.... sedih bila kenangkan semua ni. Mak Wa yang aku tengok selama ni kuat dan tabah dalam sabar menjaga Pak Ya yang sakit akhirnya menangis jua. Sungguh hati aku tersentuh.

Kak Suria baru je berapa minggu berhenti kerja sebab nak jaga Pak Ya... selama ni Syafiq yang jaga arwah... tapi syukur lah sebab akak sempat jugak rasa nak jaga arwah masa tu... kejap keluar kejap masuk hospital.... kesian... kadang-kadang tengok rumah pun tak terjaga sangat. maksud aku, dulu Mak Wa selalu masak kat rumah. Tiap2 pagi nak pergi sekolah ada sarapan. Tapi sejak arwah sakit sarapan pun Mak Wa tak sempat buat. Syukur Oren dah pandai masak. Haha.... Ringan jugak beban Mak Wa walaupun cuma bab memasak and mengemas rumah...
al-Fatihah buat arwah Pak Ya yang dah selamat disemadikan kat Tanah Perkuburan Kebun Teh.. dekat2 dengan kubur arwah Atok Onn... Insyaallah kalau ada masa nanti aca datang menziarah kubur saudara-mara kat sana termasuk kubur arwah mama....

Wednesday, 23 March 2011

senyumlah walaupun perit :)

assalamualaikum...

banyak betul dugaan yang datang sejak akhir-akhir ni. kadang-kadang buat aku hampir give-up. tapi bial difikir-fikir balik, apa la sangat dugaan yang aku terima ni berbanding orang lain, orang yang lebih menderita dari aku ^^ hehe.

hari tu, aku online BOTS. ala tempat citcat yang disponsor oleh maxis tuu. tipu la ko tatau. HAHA ^^. aku online, aku ushar profile dom. as usual, mesti aku akan nampak benda yang menyakitkan hati. ntah apa silap aku? aku nampak pix dia dengan perempuan lain. caption bawah tu tulis, 2ND DATE ^^. OMG.... jadi inilah sebab kenapa dia jarang contact aku sejak duduk KL. dah ada yang temani sepanjang masa rupanya. bila aku call, mesti kawan dia yang angkat. alasan kuno lagi lapuk plus nyampez aku dengar, "Dom dah pergi kerja pagi tadi. dia tertinggal hp kat rumah. u sape ea? nanti i inform dy u ada call dy hari ni..." eleehhh... gives u hell bebeh. alasan jer tu. macam ar aku trust bulat-bulat.

kat self-intro, dia tulis "sumpah aku sayang kau lyssa zahari" tah hape lagi yang dia tulis aku tak ingat. well, sebagai girlfriend yang terlalu sering disakiti, korang agak-agak aku akan menangis ke? oiyt aku perempuan, mestilah nangis :) sekuat mana pun aku, bila tengok sendiri pix kat situ, baca plak benda yang ditulis oleh boyfiee aku secara terang-terangan tentang kecurangan beliau, menitis airmata ni perlahan-lahan. :)

dalam masa yang sama, aku ada masalah dengan eira... bestie terbaik i ever had... aku betul-betul terluka bila dia mcg aku suruh aku jauh-jauh dari ezal, her boyfiee. ehh sayang, aku takde perasaan langsung kat ezal ar. hmm.. tak guna nak terangkan apa-apa, still, dia akan salahkan aku. apa salah aku sebenarnya eira? takpe, simpan jawapan kau sampai kau rasa kau perlu bagitahu aku suatu hari nanti, aku tak marah pun. aku faham. kita manusia sering terleka, banyak melakukan kesilapan. ye aku faham.

lagi satu, masalah antara aku dengan baba tak settle lagi. ya tuhan... tunjukkan jalan-Mu... aku dah tak tahu nak buat hape. one day, atuk mak inform aku yang baba akan pergi Bali raya nanti. besar kemungkinan dia tak kan beraya kat sini. and of course, adik dengan abang follow. aku? nah... aku dah dibuang jauh-jauh. tak mungkin kan kembali. aku sedih, bukan sebab dia tak nak bawak aku, tapi sebab adik dengan abang ikut sekali. i mean, aku nak beraya dengan sapa nanti? satu-satunya abang, adik, baba yang aku ada tak kan ada di samping aku raya nanti. pilu je rasa hati. raya jauh lagi, hehe. tapi aku dah dapat rasa raya tahun ni tak bermakna langsung.

another story, aku still tak dapat kerja. what to do? oh gosh... bukan aku malas nak kerja tapi aku takde keyakinan... si syafiq plak tak habis-habis tanya, "caca, bila nak keje?" arghhhh fed-up gila aku dengar. i hope lepas ni dia tak kan cakap macam tu lagi. pertanyaan tu pressure aku gila-gila ar weyh. i mean, aku tak suka dengar pertanyaan menyindir macam tu! i hate it!



 terukkan aku ni? well.... ada masalah bukan reti nak solve tapi makin berbelit aje semua... !! haha.. taper arrrrr..





 ouh ye, aku ingat nak pekakkan telinga jer terhadap segala caci maki bagai yang orang lemparkan kat aku. nak balas tak guna. sebab aku pernah terbaca kisah nabi dan sahabat, tapi aku tak ingat apa nama sahabat baginda tu. ada orang caci maki beliau. mula-mula beliau tak hiraukan tapi makin lama makin melampau aje gayanya. so beliau pun balas caci maki tu. rasulullah yang tengah duduk bersebelahan dengan beliau terus bangun dalam keadaan marah. beliau pun pelik. dia bertanya kepada rasulullah, "Wahai Muhammad, mengapa ketika saya dihina dan dicaci kamu tidak memarahi orang tersebut? sebaliknya apabila saya membalasnya kamu bangun dan marah, adakah salah perbuatan saya itu?" kalau korang, korang pelik tak? of coz pelik!! lalu baginda pun menjawab, "wahai sahabatku, ketika kamu dicaci dan tidak membalas perbuatan tersebut, malaikat sentiasa di situ bersama kamu. tetapi apabila kamu membalasnya, syaitan pula yang bersama kamu. aku tak mahu berada berdekatan dengan syaitan tersebut kerana itu aku bangun,"

haha faham? aku main bedal ikut bahasa aku je. maaf ea... huhu.


lepas ni aku ingat nak berubah. tehee.
nak jadi baik kena buat baik. tapi kalau benda baik yang kita buat dibalas dengan keburukan macam mana ea? yahaha.

BREAKING NEWS!

assalamualaikum...

wahai bloggiieee yang aku hormati huhuhuhu. Korang dah tahu kan hari ni result SPM keluar? Sapa dapat straight A's, tahniah kat korang. Aku? Very suck... I know i can't make it... so, aku tak terkejut sangat tadi. But, yang paling buat aku scream like a hell, Math aku dapat C!!!! OMG,  can u believe that? selama nihhh aku tak pernah lulus Math. NOT EVEN D... aku pelik betul, bab MATH mesti ada keajaiban yang berlaku. mase UPSR pun macam tu jugak. tak pernah lulus dalam ujian but then in real exam i got A. wow...

sini aku nak senaraikan keputusan keseluruhan aku. tak bagus mana pun.

BM (A-), BI (B+), PI (A-) HIST (C+), MATH (C), SCIENCE (B+), ADD MATH (G), ACC (G), EA (D).

suck kan? yeahh!

ADD MATH & ACC , aku tak terkejut langsung. just like what i expected the result should be. tapi, HISTORY? macam mana boleh dapat C+? hehe... syukur alhamdulillah. aku taw result korang semua gempak plus da bomb kan... kalau sudi comment la, :)

Thursday, 3 March 2011

...khas buat yang ku cinta...

assalamualaikum...

~ BUAT IZ (my soulmate)



biar gambar yg berkata-kata... walau kau acuhkan diriku, cintaku pd mu takkan pernah padam... sehingga waktu dan ajal memisahkan kita... tengs ~ i'll ♥ ya till i die.




...khas buat yg ku sayang...

assalamualaikum...

~ BUAT EIRA (my BFF)

aku nak ucapkan terima kasih kat kau sebab buat aku macam ni. aku hargai sangat-sangat. kita dah berkawan setahun enam bulan. nak kata lama sangat, tak. nak kata kejap sangat pun, tak jugak. masing-masing dah boleh menilai sejauh mana persahabatan yang kita jalin ni mampu bertahan kan. aku akan selamanya sayang kau... termasuk nad.. sayang selamanya. tapi, mungkin hubungan kita cukup sampai kat sini je. aku tak mungkin jadi sahabat terbaik untuk kau. aku tak mampu. dan aku tak layak. kau layak dapat sahabat yang jauh lebih baik dari aku. jauh lebih sempurna dari aku.

aku ni, selalu sangat jadi punca perbalahan antara kita, kan? sama ada betul atau tak, itu kenyataannya. setiap kali berselisih faham, aku yang akan minta maaf dulu. walaupun kadang-kadang aku rasa sangat kecewa dengan sikap kau tu, tapi nak buat macam mana? di mata kau, aku yang bersalah. so, let me be the one who keep on asking for forgiveness from you. selamanya begitu pun takde masalah buat aku.

selama ni aku yang beralah, mungkin dah sampai masanya untuk aku berterus-terang. aku tak mampu nak tanggung rasa sakit hati ni lagi eira. kenapa kau tak pernah faham? sakit macam mana pun hati aku dengan perbuatan kau, aku tak pernah berdendam dan simpan lama-lama dalam hati. tak pernah walau sekali. tapi kau? benda remeh kau besar-besarkan, kau balas segala rasa sakit hati kau kat aku sampai aku tak mampu nak tahan lagi.

eira, sakit hati yang aku rasa jauh lebih sakit dari apa yang kau rasa... tapi takpe, kau tak perlu taw tu semua. aku yang tanggung sorang-sorang selama ni. aku yang makan hati dengan sikap kau. kau mana taw semua tu? ahahaa... agaknya, kau tak pernah ambil taw pun kan. yelah, sapelah aku bagi kau?



aku cuma nak ingatkan, walaupun kau sendiri yang buat tali persahabatan kita putus, aku tak pernah berdendam. aku cuba untuk memaafkan kau untuk kesekian kalinya. terima kasih sebab buat aku macam ni...

thank you so much babe . . for give me a such beautiful memories to remember . . :D