Saturday, 26 March 2011

al-fatihah...

assalamualaikum...

semalam, arwah Pak Ya (Zakaria), suami tercinta Mak Wa & ayah kepada sepupu-sepupu aku, Kak Suria, Syafiq, Dekda, Oren, & Abby meninggal dunia. Arwah Pak Ya dah lama sakit. Ada lah dalam 4 bulan macam tu. kat sini, Aca nak ucapkan takziah buat Mak Wa sekeluarga. Moga roh arwah Pak Ya sentiasa dicucuri rahmat oleh-Nya. Memang betul cakap-cakap orang, setiap yang hidup pasti akan mati. setiap yang bermula pasti akan berakhir kan. So harap korang sabar hadapi dugaan yang paling kita semua tak mahu ia berlaku dalam hidup kita kan.

Arwah meninggal dalam pukul 2.30 pm kat katil wad HSA... Kak Suria & Mak Wa je yang setia berada di sisi arwah masa saat-saat terakhir arwah. Syafiq tengah kerja. Dekda kat kolej. Oren ada dengan Abby kat rumah kat Gelang Patah. Abby masih sekolah. hmm.... sedih bila kenangkan semua ni. Mak Wa yang aku tengok selama ni kuat dan tabah dalam sabar menjaga Pak Ya yang sakit akhirnya menangis jua. Sungguh hati aku tersentuh.

Kak Suria baru je berapa minggu berhenti kerja sebab nak jaga Pak Ya... selama ni Syafiq yang jaga arwah... tapi syukur lah sebab akak sempat jugak rasa nak jaga arwah masa tu... kejap keluar kejap masuk hospital.... kesian... kadang-kadang tengok rumah pun tak terjaga sangat. maksud aku, dulu Mak Wa selalu masak kat rumah. Tiap2 pagi nak pergi sekolah ada sarapan. Tapi sejak arwah sakit sarapan pun Mak Wa tak sempat buat. Syukur Oren dah pandai masak. Haha.... Ringan jugak beban Mak Wa walaupun cuma bab memasak and mengemas rumah...
al-Fatihah buat arwah Pak Ya yang dah selamat disemadikan kat Tanah Perkuburan Kebun Teh.. dekat2 dengan kubur arwah Atok Onn... Insyaallah kalau ada masa nanti aca datang menziarah kubur saudara-mara kat sana termasuk kubur arwah mama....

No comments: