Thursday, 3 March 2011

...khas buat yg ku sayang...

assalamualaikum...

~ BUAT EIRA (my BFF)

aku nak ucapkan terima kasih kat kau sebab buat aku macam ni. aku hargai sangat-sangat. kita dah berkawan setahun enam bulan. nak kata lama sangat, tak. nak kata kejap sangat pun, tak jugak. masing-masing dah boleh menilai sejauh mana persahabatan yang kita jalin ni mampu bertahan kan. aku akan selamanya sayang kau... termasuk nad.. sayang selamanya. tapi, mungkin hubungan kita cukup sampai kat sini je. aku tak mungkin jadi sahabat terbaik untuk kau. aku tak mampu. dan aku tak layak. kau layak dapat sahabat yang jauh lebih baik dari aku. jauh lebih sempurna dari aku.

aku ni, selalu sangat jadi punca perbalahan antara kita, kan? sama ada betul atau tak, itu kenyataannya. setiap kali berselisih faham, aku yang akan minta maaf dulu. walaupun kadang-kadang aku rasa sangat kecewa dengan sikap kau tu, tapi nak buat macam mana? di mata kau, aku yang bersalah. so, let me be the one who keep on asking for forgiveness from you. selamanya begitu pun takde masalah buat aku.

selama ni aku yang beralah, mungkin dah sampai masanya untuk aku berterus-terang. aku tak mampu nak tanggung rasa sakit hati ni lagi eira. kenapa kau tak pernah faham? sakit macam mana pun hati aku dengan perbuatan kau, aku tak pernah berdendam dan simpan lama-lama dalam hati. tak pernah walau sekali. tapi kau? benda remeh kau besar-besarkan, kau balas segala rasa sakit hati kau kat aku sampai aku tak mampu nak tahan lagi.

eira, sakit hati yang aku rasa jauh lebih sakit dari apa yang kau rasa... tapi takpe, kau tak perlu taw tu semua. aku yang tanggung sorang-sorang selama ni. aku yang makan hati dengan sikap kau. kau mana taw semua tu? ahahaa... agaknya, kau tak pernah ambil taw pun kan. yelah, sapelah aku bagi kau?



aku cuma nak ingatkan, walaupun kau sendiri yang buat tali persahabatan kita putus, aku tak pernah berdendam. aku cuba untuk memaafkan kau untuk kesekian kalinya. terima kasih sebab buat aku macam ni...

thank you so much babe . . for give me a such beautiful memories to remember . . :D

4 comments:

sugar2 kapas strawberry said...

putus macamana pon one day mst korg akn kwn balik.cyelah

aish candy said...

sugar2 kapas strawberry huhu hopefully kitorg akn berbaik jgak 1 day nnti... thanx :D

Talk Active said...

"air di cincang tak akan putus"

cuba kau ambik pisau, kau try potong air tu, sure tak akan putus melainkan "SAJ" (Saya Anak Johor) je yang hebat dalam bab-bab memotong air tu.. tapi kau jangan risau sebab aku akan halang SAJ tu potong air tu supaya kau dapat balik kawan baik kau, wahai adeQ kuh..
Kau faham tak??

Aishah Amira said...

@Talk Active - yela aku faham abg . thanx ye . kau abg aku dunia akhirat . walau pn bkn adik beradik betul , haha :)