Saturday, 30 April 2011

ting tong ????

assalamualaikum...

hari ni... apa yang dah berlaku hari ni? takde pape yang berlaku pun. hehe... adik aku kejut aku pukul 7.30 am sebab dia nak blahhh dengan kengkawan sekolah dia *yg pasti aku xtau dia nak pi mana... lepas aku hantar dia ke muka pintu *dgn muke yg mamai tahap kritikal* aku pun masuk bilik balik and baring-baring dengan harapan nak sambung tidur... beselah hari cuti... *padahal tiap-tiap hari aku duk melepak kat rumah goyang kaki besarkan muntot ni jerrrr* *hehehehehe....

tapi
tapi
tapi

aku tak tidur pun okay... hm... teringat plak azam aku nak menguruskan badan *lau tak silap aku ni azam 3 taon lepas jer???? terbace diary lame pnyer pasal....* so aku pun bangun and terus mandi... whoa segar giler rasa lepas mandi ni... semangat pun dah berkobar-kobar nak pergi tasik and berjoging... lepas siap pakai tudung aku pun ambil beg yang berisi kasut *kasut baru niiieeeee.... baru beli hari rabu lepas... bau kedai lagilahhhh... wahahaha* and capai kunci kereta kat atas meja tuuu... memanglah dekat jer dari rumah aku ke tasik tu cuma aku ingat nak bersarapan kat warung baba lepas joging...

then
then
then

Thursday, 28 April 2011

ILY BABA ♥

assalamualaikum...

hehei nak bagitahu one thing kat ya'll ni. dah ready belum? maybe korang akan rasa pelik kan.. but, this is life... ^^

ahad lepas baba jemput aku balik rumah kat rumah atok. memang berdebar dan takut sangat that time. yelah, as his daughter, aku ni dikira bersalah walau apa pun yang berlaku. i know that. cuma yelah, macam yang atok mak cakap, aku je yang keras kepala... *really?? kalau lembut kepala plak cane??

Saturday, 23 April 2011

again ?!

assalamualaikum...


erhhh tak cukup lagi ke selama ni... kenapa setiap kali duit orang hilang diorang mesti syak aku? kenapa? aduhai... muka aku ni memang muka curi duit orang ke? kenapa la mesti aku yang diorang syak? sedih jangan cakap lah.... sakit hati pun tak terucap dah ni. aku ingat aku nak lari jer dari semua ni. aku nak hidup sorang-sorang! mungkin macam tu lagi bagus? takdelah aku diorang highlight nama aku setiap kali duit diorang hilang! apa semua ni...!

Thursday, 21 April 2011

Maaf... Saya Tak Sengaja...

assalamualaikum...

hurrrmmmm... aku ada berita yang agak mendukacitakan perasaan aku sekarang ni. Korang dah ready nak baca ke? Sure? Aku tak tahu macam mana nak mulakan. Aku sedih sangat sekarang ni. Kenapa mesti jadi macam ni! Serabut dah otak aku ni. Apa yang aku dah buat sebenarnya ni? Kenapa sampai macam ni sekali jadi nya? Aku betul-betul tak sengaja. Sumpah tak tipu. Aku tak sengaja buat macam tu. Masa tu... Aku tengah marah... Faham-fahamlah macam mana orang kalau tengah marah, kan? Macam-macam boleh jadi... Tapi aku betul-betul tak sengaja masa tu. Aku tak tahu nak cerita macam mana... Korang bacalah....

PLKN...

assalamualaikum...

dah 4 bulan aku tunggu, minggu lepas baru Kak Suria inform aku tentang PLKN ni. har har. Untuk pengetahuan korang, aku dapat kat Bandaraya Bersejarah, Melaka. huhu. Jauh la pulak? Macam mana la suasana kat sana kan? Budak2 dia sporting ke tak? Coach dia garang ke? Tempat dia ok tak? Macam-macam yang aku fikirkan. Aku takut jugak sebenarnya, yelah, dah ada pengalaman masuk hutan dan yang pastinya pengalaman tu bukan lah pengalaman yang menyeronokkan bagi aku. So, aku takut sangat kalau dia suruh aku masuk hutan lagi. Huaaaaaaaa tak mahu lah! Takut!!!

Korang dah check tak kat mana tempat korang? Kalau belum, click PLKN ney untuk semak okay. cepat2 semak taw! Aku dijadualkan pergi 15 May ni. OMG.... tak sampai sebulan pun lagi huhuhuhuhu.... Cuak seyh. Macam mana lah nanti ek. Walaupun cuak, aku tetap tak sabar nak pergi. Hehe. Orang kata seronok. Aku pun nak rasa jugak seronok macam mana yang diorang maksudkan tu kan.

Nampaknya aku akan berkampung selama 3 bulan kat Kem PLKN Warisan Masjid Tanah, Melaka. Kat Bukit Cempedak tu la. Barang-barang belum beli lagi. Haha apa lah nasib aku ni. Tunggu abang aku la lambat sangat dia tu. Huhu. Kena rush cari barang lepas ni. Aduhai nasib...

ku rindu dia....

assalamualaikum...

heeheeeee lama aku tak berblogging dalam ni rite. mish me hm?? wakaka. nonsense je aku ni. okay, untuk entry ni aku nak bagitahu yang aku dengan eira dah ok dah. and we all friend balik! sebulan lebih aku tunggu saat-saat ni. finally, its happen. ^^

aku betul-betul terkejut tengok dia still ambil berat dengan berita yang baru aje sampai kat telinga dia tu. and it's about me. aku.... aku ok je sebenarnya. but, aku ada satu rahsia yang tak pernah aku beritahu sesiapa setakat ni. and aku tak tahu macam mana dia boleh tahu pasal secret tu. shock giler weyh. huhu...... ada lagi rahsia yang.... arghhh banyak sangat rahsia sebenarnya, =) .

har har har. takpelah. walaupun mungkin kitorang tak kan serapat dulu, at least dia dah tak benci kat aku lagi. aku plak, masih boleh terima dia sebagai kawan aku dunia akhirat. aku sayang semua kawan-kawan aku. biar lah orang kata ayat ni klise sangat, aku kesah hape? nguahuahuahuahuahuahuahuah.....

yang penting sekarang, persahabatan ni tak boleh terputus lagi walau apa pun yang berlaku. aku sayang dia macam adik aku jugak. tak pernah benci dia walaupun selama sebulan ni banyak kata-kata hinaan yang dilemparkan pada aku. bagi aku, tu satu kenangan hahahahahha ingat senang ke nak tengok true colour kawan-kawan kita?

pengalaman mendewasakan seseorang kan? [O.-]

Tuesday, 5 April 2011

HannyLicious Collection

assalamualaikum...

okay tadi kawan aku yang tercinta iaitu Cik Ida Yuszrin Hani Ishak, actually ex-schoolmate aku masa sekolah rendah dulu ada jual barang-barang yang quite cun untuk teens like us. ha... ha... ha... Dia ada minat nak jadi businesswoman tu. So aku nak promote sikit la mana taw kot-kot membantu ke kan. Aku sokong ko dari belakang la Ida. ha.. ha... Chaiyok3!!

Ops tercurik plak picx ko ni Ida.. Soe... He... he... he...


kalau korang nak taw lebih banyak info bout barang-barang tu korang link kat HannyLicious Collection ni. Sebagai mukadimah aku pun akan tunjukkan goodies tu and perhaps ada yang berminat nak beli.

  • DON ED HARDY DESIGN CAP



  • BABY PHAT
* STYLE - BP5451-PNK-BP
* COLOUR - Pink
* SIZE - 15" 15"
* DROP - 9"

  • COACH
* COACH Key Chain
* SIZE - tip-bottom 3.5" x 1.5"

* COACH LH5 Hobo
* COLOUR - Magenta
* SIZE - 13" x 13"
* DROP - 8"
 * AVAILABLE Long Strap
* COACH Ali Leather Flap
* COLOUR - Gold
* SIZE - 12" x 8"
* DROP - 8"

  • AIGNER 
* ETIENNE AIGNER
* Stella Sport Collection Style 30337x
* COLOUR - Black / Black Fabric
* SIZE - 15"x 9"
* DROP - 10"
* PRICE - RM400

  • VICTORIA'S SECRET
 * VICTORIA'S SECRET Body Care LOVE SPELL come with Handbag

1. Refreshing Body Mist (125ml)
2. Exhilarating Body Wash (125ml)
3. Hydrating Body Lotion (125ml)

* TOTAL PRICE - RM250

 * VICTORIA'S SECRET Body Care PURE SEDUCTION come with Handbag

1. Refreshing Body Mist (250ml)
2. Exhilarating Body Wash (125ml)
3. Hydrating Body Lotion (125ml)

* TOTAL PRICE - RM250

Untuk goodies colour HIJAU tu, harga setiap barang boleh dirundingkan. Harap Maklum ya. So if you interested with the goodies and need more details bout it just text a message to Cik Ida Yuszrin Hani Ishak. TQ.

NOTE : kALAu TurUn HujaN dUet meManG aKu Nak BeLiiii ! =.= he... he... he...


ABPBH 2010

assalamualaikum....

wah! wah! wah! tu dia! tu dia! korang ni, korang tengok tak ABPBH hari tuh? pehhh.... last but not least, jejaka idaman ku yang macho plus hensem dah menang Anugerah Bintang Popular BH 2010... heeee lop u abg Shaheizy Sam!! hah hamek ko, dengan mak dia sekali dia angkut naik atas pentas heheheehe... tahniah wat abg ye cececeh sejak bila plak Sam jadi abg aku nih huh... lalalaalaaa bergegar rumah nenek aku dibuatnya malam tu.. mana tak nya, dengan sepupu aku yang lain duk khusyuk tengok tv tu tetiba berdekah part Jozan amik port nak umumkan siapa bintang paling popular malam tu... dengan pakcik (Usop Wilcha) sorang tu lagi, alahai... memang aku tak leh lupa la... dengan tangan nya yang gemalai tu, dengan wheelchair nya lagi... aduhai... runtuh rumah ku... har... har... har...

em, abg Sam dah raih 126, 168 undi beb... banyak tu... selain menang ABP, abg Sam turut sapu trofi untuk Pelakon Filem Lelaki Popular... wahhhh... memang tak sangka jugak abg Sam nak menangkan... he.. he... he... hebat betul beliau ni. dengan macam-macam spekulasi terhangat dan juga agak hangit daripada aku dengan sepupu2 aku yang kecoh sakan bagi pendapat siapa patut menang akhirnya takde sorang pun yang betul. padan la muka korang. termasuk muka aku. he... he... he...

pape pun, aku nak ucapkan setinggi-tinggi tahniah untuk abg Sam.. hu... hu... hu... hope lepas ni makin mencurah-curah rezeki buat beliau ye...

Saturday, 2 April 2011

Masa depan aku?

assalamualaikum...

okay sebagai pembuka kata dan bicara (cewahhh) aku nak ucapkan terima kasih buat kawan-kawan yang wish happy birthday kat aku semalam =) kebanyakkannya kawan-kawan kat FB le... tQ so much guys... rasa agak bermakna jugak la birthday aku semalam he... he... he... walaupun tak buat apa-apa sempena hari jadi aku kan. kira nya aku terasa dihargai jugak la cewahh hahaha pui9....

ehem...EHEM...ehem...
tadi, Mak Ngah call aku. katanya dia ada kat pameran UPU? where? entah! tapi Mak Ngah sempat pesan kat aku, suruh aku triple check tentang kemasukan ke IPTA/S o tech o pape je... hu... hu... hu... macam taw2 je aku dah terlupa langsung pasal hal tu. Peringatan keras dari Mak Ngah tu. seboleh-bolehnya dia nak aku masuk U. kalau dapat alhamdulillah. tapi dengan keputusan exam aku yang macam tu agak2 boleh dapat ke masuk U? i don't think so... ramai lagi yang dapat result yang jauh lebih bagus dari aku. ramai tuuuu.. peluang untuk aku mungkin tipis hu... hu... huu...

dan sekarang aku tengah bingung [+] keliru [+] arrrggghhh!!!!! course apa yang sesuai aku amik? yang selari dengan keputusan exam aku pastinya. kalau tak huh jangan harap lah nak mohon jauh2 ha... ha... ha.... tension kot?

kalau korang tanya minat aku, aku lebih cenderung kepada seni. tak kisah seni apa? aku minat music, aku minat sketches, aku minat macam2 and officially semua nya tertumpu kepada ART! huh... aku nak kepastian, aku dah lama tak melukis and sketching ni, rasanya jari aku dah jadi kayu? haaaa takut!! aku tersangat-sangat blur sekarang!! GOD HELP ME.....

okay better aku offline now... tumpukan pada tugas yang Mak Ngah bagitaw tadi... har... har... har...

Aishah, jangan memain lagi dah! kang nasi dah jadi bubur baru padan muka ko. Kalau tak penting takde nye Mak Ngah call ko and remind u so many times about this... so better hurry before it's too late har... har... har... bismillahirrahmanirrahim, exit mencari arah tuju~


medically speaking - i'm dying ? urgh.....

Friday, 1 April 2011

Penantianku Berakhir Di Sini

assalamualaikum...

tak dapat tidur...why? why? arrrgghhh....tensionnya aku....plisss! nape aku tak leh tidur...nape? nape?! &8=0@$#%@#^((*)&%!!!!

huh...aku in mopetz, nampak kak zie, ikhwan, tahh sape tahh lagi...then abg aku c amirul....hahaha...sengal betul dy...sempat buat aku tersenyum walaupun aku tengah kusut macam ni...ouhh ye! kenapa aku kusut ni? ntah lah...otakku tepu di pagi yang hening nihh hehe...

aku happy! sebab?? nak balik JB dah....

aku sadsad! sebab?? still tak dapat contact iz....

aku keliru! sebab?? tatao nak stay mane nanti...

aku kecewa! sebab?? iz tak contact aku langsung....

aku pilu! sebab?? tetibe rindu kat mama...(aku nak ziarah kubur mama nanti...teringin sangat)

hmmm ni kot yang aku rasakan sekarang ni? ntah la...serabut! kusut! bila aku sorang-sorang, kat tempat yang sunyi tanpa sebarang makhluk tak berekor, aku akan jadi macam ni....cewaahhh ayat tak ley blah :)

aku rasa penantian aku cukup sampai sini? dia tak kan muncul...percayalah aishah, dia akan terus menghilangkan diri, dia dah lupakan kau sayang....weeee! giler la....hurm walaupun aku cakap yang aku dah tak nak tunggu dia lagi, tapi hati kecil aku mengatakan yang sebaliknya...

hati kecil aku cakap, dia nak terus menunggu....walau juta-juta tahun sekali pun....tapi kenapa? fikiran aku plak cakap nak watpe kita menanti orang yang tak sudi? seolah-olah menanti buah yang tak kan gugur....yeahh, hati dan pemikiran aku bercanggah...bestnya....semuanya gara-gara iz, lelaki yang beri aku kebahagiaan tapi dia jugak yang semai rasa sakit ni...

mana satu perlu aku ikut? kata hati atau logik akal?! arghh feninx tahap ampeh! wahai hati, wahai otak yang tak cukup geliga, tolong lah bagi kerjasama yang padu?? plisss! aku dah cukup tertekan niii...(cewahh ayat tak ley blah giler ar) hehehe...

aku keliru....patut ke aku terus menunggu dan biarkan hati ni terus berdarah? atau pun lupakan tentang dia dan hentikan penantian yang sia-sia ni then bina hidup baru....?

(draft : 02/02/2011, 02.02am)
hurmmm . . .
 

Arwah Tok Esah ... Innalillah

assalamualaikum...

hari ni, pagi-pagi lagi around 10.30 am, mak wa call dekda... sebenarnya aku baru dapat berita yang Tok Esah masuk hospital... tapi tak tahu pun yang keadaan atok masa tu teruk... yelah? minggu lepas masa arwah Pak Ya meninggal pun, Tok Esah tak tunjukkan apa-apa tanda yang dia akan pergi buat selamanya... Innalillah...

aku dengan Dekda tengah memasak kat dapur pagi tadi... macam biasalah... kalau dekda ada aku agak semangat sikit nak memasak hahaha... Pak Sham bangun-bangun jer bagitaw Atok Mak yang Tok Esah masuk hospital sebab semput. lepas tu Pak Sham dengan Aunt Ayu keluar pergi Kampung Melayu. Masa aku dengan Dekda tengah memasak tu lah Mak Wa call...

memang aku terkejut! sungguh, aku terkejut. lepas Mak Wa call, kitorang tak tahu nak buat apa pun! nak bagitaw Atok Mak? macam mana kalau Atok Mak tak boleh terima kenyataan tu? yelah, baru minggu lepas menantu Atok meninggal... minggu ni adik Atok pulak yang diambil... Last-last Mak Wa suruh bagitaw Pak Sham... Dekda call Pak Sham and Pak Sham balik immediately.. aku hampir kena langgar tadi sebab elakkan kereta Pak Sham huhuhuhu T_T

tapi syukur alhamdulillah nampaknya Atok Mak boleh terima takdir yang telah tersurat ni... Tok Esah memang best kalau korang nak tahu. Masa arwah datang majlis tahlil arwah Pak Ya, arwah lah yang paling kecoh bercerita dengan Atok Mak sampai ke pagi. Arwah tak tidur langsung. berbual dengan Atok Mak macam itulah pertemuan terakhir diorang. aku perasan jugak. sebab sebelum ni tak pernah pun sampai berjaga ke pagi.

Atok Mak cakap dia nak pergi Perak time tu jugak. So, Atok Mak, Pak Sham, dengan Pak Ngah gerak pergi Perak naik kereta Pak Ngah. Kesian Atok Mak kan.... tu lah satu-satu nya adik-beradik Atok yang masih ada... tapi kini Tok Esah pergi jua... bertimpa-timpa masalah yang datang dalam keluarga aku sekarang... Atok Mak dah gerak pergi Perak pukul 12 lebih tadi. harap takde apa-apa yang berlaku sepanjang perjalanan Atok ke sana. mungkin sekarang dah sampai. 6 jam perjalanan ke Perak >.<


innalillah buat arwah Tok Esah... moga roh Atok sentiasa diberkati... kami sayang Atok... Aca sayang Atok... al-Fatihah.....

aku dah tua? really?!! OMG!

assalamualaikum...


hooray! hooray! today is my birthday! cehh poyo betul har har har. nampak tak kat tepi niy?....NO APRIL FOOL TODAY PLISSSSS!!!!! hihihihiii...

bukan apa. teringat cerita lama dengan kawan-kawan masa sekolah rendah dulu... hari jadi aku paling meriah kot... har har har... macam2 cara dorang nak kenakan aku, and they did it! aku memang betul-betul terkena... maybe lepas ni aku mengharapkan birthday party yang normal? wakaka... gurau je, bertahun dah aku tak buat birthday party ni... kalau ada pun among family je la...


birthday kali ni... sambut sorang-sorang je?? tak lah... actually tak sambut pun.. uwwaaaa sedih nya... tak sambut langsung... plus, aku tak dapat free call from maxis! this is too much! huhuhuhu kesian doe kat aku, berjaga sampai pukul 12 pagi sebab nak call kawan-kawan, tapi last2 sampai sekarang takde nye maxis bagi aku free call... sedih! hurmmm =(

takpe, jom happykan diri sendiri hehe... aku selalu berangan nak hadiah ni, jeng3! 

  •  DISNEYLAND


kalau aku dapat pergi Disneyland ni kan, rasa macam nak jadi kanak-kanak balik!
bayangkan, tempat dia dah lah luas tahap 10 biji padang bola sepak, ntah2 lebih hahahaha
aku nak enjoy sepuas hati.... main permainan dia satu-satu....
heeee~
mesti seronok kalau dapat pergi, lagi-lagi dapat stay kat hotel dia yang mahal tu.
pehh...

  • SILVER PORSCHE CARRERA 

kalau aku dapat kereta ni, kompom melaram je kan, merayap tak ingat nak balik!
hehee ~ untung nya aku kalau dapat kereta ni free wakaka.
mimpi la ko aisha, nak dapat kereta free macam ni...
kereta sorong? yang tu maybe senang nak dapat?
hahaha.
  • LOUIS VUITTON






korang nak bagi ke? ha... kalau nak bagi cakap je aku terima dengan hati yang terbuka kot.
hahaha... aku tak mampu nak beli ni semua...
takat beli kat pasar malam boleh la heee~
 
  • MUGS









ha ni lagi 1, comel kan mug-mug ni? 
aku ada simpan beberapa janis mug yang kiut kat rumah..
memang fav aku kumpul mug-mug yang comel hehhehe.....
aku sangat berbesar hati kalau ada yang nak tolong tambahkan koleksi mug aku
yang sedia ada tu >.< ♥

  • iPAD

hell yeah ~
mahal ni... aku pernah guna masa kat rumah pak ngah...
best jugak taw hehe... game dia boleh tahan!
lepas tu boleh online and macam-macam lagi...
nipis and senang nak bawak pergi mana-mana...
well, officially, aku nak sangat ipad ni!!
plis plis plis! 
>.<
hmmmm apa lagi ya? perut dah membebel dah T_T nak kek!!! andai kata tinggal cupcake je pun aku tetap nak!!! har har har..... takpelah, birthday kali ni lain banyak, bukan lain sikit lagi dah... hmmm... aku nak akhiri entry ni dengan 1 doa.... 


-wassalam-