Thursday, 21 April 2011

Maaf... Saya Tak Sengaja...

assalamualaikum...

hurrrmmmm... aku ada berita yang agak mendukacitakan perasaan aku sekarang ni. Korang dah ready nak baca ke? Sure? Aku tak tahu macam mana nak mulakan. Aku sedih sangat sekarang ni. Kenapa mesti jadi macam ni! Serabut dah otak aku ni. Apa yang aku dah buat sebenarnya ni? Kenapa sampai macam ni sekali jadi nya? Aku betul-betul tak sengaja. Sumpah tak tipu. Aku tak sengaja buat macam tu. Masa tu... Aku tengah marah... Faham-fahamlah macam mana orang kalau tengah marah, kan? Macam-macam boleh jadi... Tapi aku betul-betul tak sengaja masa tu. Aku tak tahu nak cerita macam mana... Korang bacalah....


Dua malam yang lepas, Am call aku. Aku tak tahu kenapa dia masih sibuk-sibuk nak telefon aku. Bukannya dia tak tahu yang aku tak suka dia kacau hidup aku. Aku benci betul dengan dia sejak dia dengan Kak Anis tipu aku. Benci gilaaaaaaaaa. Sampai aku jadi gila tengok nama dia muncul tiap kali dia call aku. Yang aku menyesalkan sangat tu, kenapa malam tu aku angkat call dia? Bodohnya aku ni. Kalau aku tak angkat mesti tak kan jadi macam ni kan? Aduhai nasib....

Dia buat aku marah sangat malam tu. Kitorang clash sebab dia tu suka kongkong hidup aku. Aku nak berkawan pun tak boleh. Tak jelas lagi ke dengan sikap aku yang dingin sangat dengan dia selama ni? Pantang betul aku bila ada orang yang sibuk-sibuk nak masuk campur dalam urusan hidup aku ni. Tengah-tengah aku melenting tu la aku hempas hp aku wawawawawawawa.

Akibatnya, hp aku dah hancussss lebussss sekarang. SHit. Aku benci betul kat Am tu. Tak habis-habis menyusahkan hidup aku! Sekarang, aku dah tak boleh nak message2 orang lagi. Pehhh sabar je la kan. HP kesayangan aku dah innalillah huwaaaaaaa..! Awak maafkan saya! Saya tak sengaja! T_T

No comments: