Thursday, 21 April 2011

PLKN...

assalamualaikum...

dah 4 bulan aku tunggu, minggu lepas baru Kak Suria inform aku tentang PLKN ni. har har. Untuk pengetahuan korang, aku dapat kat Bandaraya Bersejarah, Melaka. huhu. Jauh la pulak? Macam mana la suasana kat sana kan? Budak2 dia sporting ke tak? Coach dia garang ke? Tempat dia ok tak? Macam-macam yang aku fikirkan. Aku takut jugak sebenarnya, yelah, dah ada pengalaman masuk hutan dan yang pastinya pengalaman tu bukan lah pengalaman yang menyeronokkan bagi aku. So, aku takut sangat kalau dia suruh aku masuk hutan lagi. Huaaaaaaaa tak mahu lah! Takut!!!

Korang dah check tak kat mana tempat korang? Kalau belum, click PLKN ney untuk semak okay. cepat2 semak taw! Aku dijadualkan pergi 15 May ni. OMG.... tak sampai sebulan pun lagi huhuhuhuhu.... Cuak seyh. Macam mana lah nanti ek. Walaupun cuak, aku tetap tak sabar nak pergi. Hehe. Orang kata seronok. Aku pun nak rasa jugak seronok macam mana yang diorang maksudkan tu kan.

Nampaknya aku akan berkampung selama 3 bulan kat Kem PLKN Warisan Masjid Tanah, Melaka. Kat Bukit Cempedak tu la. Barang-barang belum beli lagi. Haha apa lah nasib aku ni. Tunggu abang aku la lambat sangat dia tu. Huhu. Kena rush cari barang lepas ni. Aduhai nasib...

No comments: