Tuesday, 31 May 2011

Kongsi

Assalamualaikum...

Malam ni nak review sikit pasal movie Kongsi ni... Aku baru je tengok cerita ni pagi tadi... Lambat ker? Ah aku kesah hape... janji dah dapat tengok haha... Sape dah tengok sila angkat kaki! OOOpppssss... angkat ibu jari kaki cukup lah eah hehehe... bahaya angkat kaki ni, silap hari bulan krem tetiba terus tak leh turun dah kaki tu... nenonenoneno....


Sebenarnya aku tak suka tengok cerita berunsurkan aksi macam ni. Sorry i tak minat. ha lebih kurang macam tu lah kan. Tapi adik aku yang ajak gi tengok wayang so apa lagi aku pun ikut je lah... last-last dia pilih cerita ni. Memandangkan pakwe aku (perasann jap) jadi pelakon utama, so why not kan??

Jom baca sinopsis cerita ni dulu kalau korang belum tengok.

TUMULAK, seorang pembunuh upahan berasal dari Thailand telah diupah oleh Ketua Gangster Thailand iaitu KIMPEDU. KIMPEDU yang tamakkan kuasa dan wang, merancang untuk membunuh setiap ketua kongsi gelap di Malaysia bagi menimbulkan kekacauan diantara kumpulan kongsi gelap Melayu, Cina dan India. Ini akan memudahkan kumpulannya menyusup masuk dan menguasai kawasan pemerintahan dan perniagaan ahli kongsi gelap di Malaysia.
Segala kekecohan ini berlaku bermula di Pulau Pinang. ASP SHARIF yang bertugas di bahagian D7 kongsi gelap, judi dan maksiat bertanggungjawab di dalam kes – kes yang melibatkan ahli kongsi gelap. Setelah banyak kes pembunuhan berlaku dan berita tersebut tersebar luas. Wajah fotofit TUMULAk terpampang di poster dan televisyen sebagai orang yang paling dikehendaki di Malaysia. KIMPEDU lantas mengarahkan MAIA iaitu pembunuh upahannya yang kedua untuk memburu dan membunuh TUMULAK agar rahsia perancangannya tidak terbongkar kepada pengetahuan kumpulan kongsi gelap Malaysia dan pihak Polis.

TUMULAK diburu oleh Polis, kumpulan kongsi gelap dan seorang pembunuh upahan. Pelbagai strategi dirancang bagi meloloskan dirinya dari pihak – pihak tersebut. TUMULAK mengugut ASP SHARIF agar tidak mengganggunya. MAIA, pembunuh upahan kedua berjaya ditangkap oleh TUMULAK. TUMULAK berjaya melepasi sekatan Polis dan keluar dari Pulau Pinang menuju ke sempadan Thailand tetapi akhirnya beliau tumpas ditangan Skuad UTK Polis.


Sumber : Sinema Malaysia
Ha nampak macam aksi giler kan cerita ni? Tapi yang tak boleh belah nyer tu cerita ni agak lucu. Kenapa aku kata lucu? Meh aku ceritakan secara ringkas meh.

  1. Bahasa yang TUMULAK gunakan tu kadang-kadang tak sesuai dengan watak dia sebagai pembunuh upahan. Bayangkan dia cakap slang Melayu Kelantan, memang menjadi kadang-kadang tu.
  2. TUMULAK ni jenis manusia yang tak tahu nak gunakan senjata besi hehe sengal jugak dia ni sebenarnya. Nak pasang senjata pun tak tahu apa lagi nak tembak orang! Terketar-ketar lah dia...
  3. Ada satu babak yang betul-betul buat aku gelak besar, time dia tawan si Mikail tu, dia cubit puting (maaf kasar hahahaha tapi kelakar sangat babak ni...) Mikail kuat-kuat. Merah padam muka Mikail dibuatnya hahahaha... Korang kena tengok taw!!
  4. Then, skip to babak yang paling last, untuk melepaskan diri dari pihak polis yang sempat berlawan drift dengan dia, dia sanggup terjun dalam sungai... alih-alih tengok sungai yang dia terjun tu rupa-rupanya lumpur. TUMULAK plak dah terpacak dalam lumpur tu.
  5. tak boleh cerita banyak-banyak sebab korang must watch this movie ASAP...
So? Best tak? Tapi yang tak memuaskan tu watak ASP Sharif lakonan Fizo Omar, sebab nya aku tengok lakonan dia ni tak melambangkan watak sebagai seorang pegawai polis ok. Lakonan dia tak berapa nak 'ummpphhh' la kata orang... Lain kali kena perbaiki lagi ye brader Fizo...

Overall memang best. Filem ni teramat sesuai untuk ditonton oleh seisi keluarga. Nak tengok tak?











Monday, 30 May 2011

Thanks ^^"

Assalamualaikum...

Hari ni nak cerita sikit pasal entry Skytech BELOG hehe...duk follow-mengfollow & berkenalannnn dengan para blogger semalam tetiba tuan punya belog iaitu incik Izzat beritahu yang Myra ni follower yang ke-200 blog dia. Siap direview lagi my blog ni yu... Tak percaya?

Tengok ni,


Thanks ya incik Izzat. Follower awak makin banyak tu hehe. Moga terus sukses ok. Jangan risau Myra akan selalu sokong blog incik Izzat kita ni. ^^"

Sunday, 29 May 2011

Ben Ashaari Redah Blog Baru Jer

Assalamualaikum...

Pakcik BA buat segmen lagi la! Aku nak join jugak tak kira tak kira.... sebab follower aku bawah 500 derr... erk apa kena-mengena dengan follower?? ehhh ada banyak kena-mengena nya wahai kakak abang adik makcik pakcik sekalian hehe.... nak taw apa?


syarat wajib kalau nak join : follower korang mesti 500 juta ke bawah ok . senang kan ?
Sebagai orang baru dalam dunia blogging ni, aku rasa terpanggil untuk join segmen pakcik BA kali ni... (poyo...) hehe...

Sapa-sapa yang follower beliau bawah 500 juta tu jom la join reramai... meh klik sini... dah klik dah? ha alang-alang korang dah klik tu apa kata korang undi terus pakcik BA kita ni... haa dah undi belum? jangan tipu-tipu taw!

lepas tu klik sini plak. kali ni aku tak kelentong korang ye... betul tak tipu... klik je jangan risau... hahaa.... trimas-trimas...

Saturday, 28 May 2011

Tips Untuk Kekalkan Persahabatan

Assalamualaikum...

Terasa nak berkongsi tips dengan para blogger pulak petang-petang macam ni... hehe... Sebelum Myra mulakan, Myra nak bagitahu yang ni cuma pendapat peribadi Myra je... terpulang untuk korang semua nak follow or abaikan... but tak salah kalau kita mencuba betul tak??

Jom cekidaut :

  • Katakan la korang tengah bergaduh dengan sahabat korang, cara terbaik adalah meminta maaf walaupun korang tak salah. Macam yang Myra selalu buat =) Myra yakin mesti dia akan memaafkan korang & ada rasa bersalah sikit sebab terlalu ego. Tapi kalau dia yang bersalah, maafkan je. Tak luak ape2 pun.
  • Lepas tu, jangan pernah ungkit semua yang pernah korang lakukan pada dia sebab kalau kita mengungkit, macam tak ikhlas jer apa yang kita buat untuk dia tu?
  • Bila ada masalah, tolong setel baik-baik. Jangan plak korang terus serang dia... Macam tu jugak kalau sebaliknya.
  • Selalu berhubung. Sebabnya? Kalau kita selalu contact dengan kawan2 ni diorang akan rasa dihargai. Bila diorang rasa dihargai, kompon diorang akan selalu ingat korang.
  • Kalau boleh, susah & senang hadapi sama-sama. Baru lah kita dapat memahami apa tu erti teman sejati, setuju?
  • Kalau dia jenis yang susah nak terima nasihat korang, satu je yang korang perlu lakukan... nak taw? senang je... korang jangan tegur dia selagi dia tak sedar kesalahan yang dia buat. Bila korang diamkan diri, mesti dia akan terfikir, "betul ke apa yang aku buat ni salah?"
  • Tapi kalau tips kat atas ni tak menjadi, Myra suggest korang slowtalk dengan dia...
  • Jangan pernah ketepikan kawan2!! Ni penting sebab kalau kita ketepikan walaupun seorang kawan, korang rasa apa akan jadi? Tak pun macam ni la... bila diorang pinggirkan korang, apa yang korang rasa? Fikir2kan okay.
  • Terima diri beliau seadanya... Takde sape yang perfect dalam dunia ni.. Setiap orang ada kelebihan & kekurangan.. So kenapa mesti nak pertikaikan kelemahan orang kan? Ingat, kita pun tak sempurna...
So apa lagi? korang tinggal try & error je tak susah pun.. Hehe... Kalau ada apa-apa pendapat yang korang nak tambah2 atau nak kongsikan jangan segan-segan tinggalkan tapak kaki korang dalam entry ni okay.

Macam Mana ni?

Assalamualaikum...

Tension betul bila aku bukak blog ni, tengok jer kat gadget follower, mesti hilang... susah la macam ni, macam mana orang nak follow kalau gagdet nye hilang betul tak?

So untuk memudahkan korang yang nak follow blog myra yang tak berapa nak cantik ni, boleh tekan kat gambar mushroom kaler oren + cream yang comel kat sidebar myra... harap-harap setel lah masalah ni untuk sementara waktu ea... just click on it kalau-kalau gadget follower Myra hilang.

Thanks Sis Hannafauzann for the tuto... sangat2 berguna untuk Myra.

Sekarang Myra dah happy dah.. heee ~ kalau korang pun nak boleh lah try =)

Pengumuman!

Assalamualaikum...

sape taw hari ni hari apa? Ada peristiwa penting ker hari ni? Sure takde? Tipu... Cuba fikir2 balik... Hari ni aku kahwin lah! eh... Sorry korang aku lupa nak bagi kad jemputan... Tak sempatlah... Tetibe je terasa nak kahwin tu yang aku kahwin tu... Opppsss....

Okay sesi merepek dah abes... Aku sebenarnya tengah kepenatan ni... Maklumlah dah lama tak mengemas rumah dengan jaya nye... Yelah selalu nya aku kemas rumah gitue2 je... Heheh pemalas punya anak dara =D

Bukan malas, just aku takde masa nak tawaf satu rumah semata-mata nak mengemas... Huhu... kerja banyak tu yang tak sempat tu... since sekarang tengah cuti 2 minggu so aku memang punya banyak masa nak menyepahkan dan mengemas balik rumah kesayangan aku ni.. haha....

Memandangkan takde sape-sape yang boleh tolong aku mengemas pagi tadi, semua kerja aku yang buat sorang-sorang... penat jangan cakap lah yu... dah lah ai ni belum makan pape... hahah.. Dari menyapu rumah atas ke bawah, almaklum lah rumah 2 tingkat... fuhh, lepas tu mop rumah atas ke bawah, lap meja bagai, lap cermin tingkap plak, kemas bilik baba ku, bilik adik ku, and paling penting, bilik aku sendiri, lepas tu basuh baju, okay aku guna mesin basuh jer tak kuasa nak buang tebiat basuh kat bilik air pakai tangan aku ni padahal mesin basuh dah ada... kalau tak nak guna bek bagi orang ye dok? lepas basuh 2/3 round sidai baju plak...

lepas tu baru aku makan... ekceli takde ape sangat kat rumah aku tu, ada telur ada roti so aku pun buat lah telur hancur makan dengan roti wuuu sedap2 rugi sape tak makan tu sebab telur yang aku goreng tu boleh tahan lazat nyer... ada rasa telur dalam tu... sure sedap...

lepas tu lepak depan tv tengok cite magic kat tv3 tu... alah cerita dah banyak kali main la... aku memang hafal jalan cerita dia tu sampai langsung takde unsur-unsur saspen hahaha bosaaaannnnn...

sambil-sambil tunggu baba aku balik, aku pun meroyan dengan kucing kesayangan aku... kejap2 peluk dia, kejap2 usap2 kepala dia, kejap2 timang2 dia, kejap2 men kejor2, kejap2 tah hape lagi yang aku buat kat dia... haha ya aku taw, Minah hanya pasrah jer dengan perbuatan ku yang agak kegilaan itu...

baba balik, aku terus menerpa ke pintu macam sambut buah hati sambil angkat tangan tinggi-tinggi huahuahuahua kompon baba aku kate, "apa kena anak aku ni... buang tebiat agaknye... kesiann..."

takpe la aku tak kisah sebab dah memang kenyataannya begitu, mau gi mana lagi pak...

tanpa berlengah2 lagi dengan mukan tak taw malu aku pon berkate, "ba, nak gi cc bley?"

"pergi laaaa...." ooohh yessss... aku terus amek car key and drive pergi cc... dan akhirnya, aku berjaya jugak sampai cc ni...

OOOhhh hari yang memenatkan... agak-agak turun 2 kilo tak? mane taw kan... turun naik tangga kat rumah tu boleh buat aku turun berat badan ke haha *abaikan..... dah sepuluh tahun lebih aku tinggal kat rumah ni, tak pernah pun berat badan aku turun walaupun tiap-tiap hari aku turun naik tangga... cehh.. makin naik ada la... huhu...


Friday, 27 May 2011

Hang wif 4A's


Assalamualaikum...

Yay cuti 2 sem dah start!!

2 weeks yu... ai ingat ai nak kerja dengan baba lah... in the same time dapatlah ai tolong baba...

wee... memandangkan esok dah start cuti, so aku, Fifi, Tika, & Atul masing-masing dah plan nak pergi karok reramai heee... best! kitorang just karok kat Tiram Mart je lah... Malas nak pergi jejauh (padahal bajet kureng) huahuahua... takpe lagipun kat situ ada promosi, 1 jam RM5... ok pew?? Ok an?

macam-macam lah lagu yang aku nyanyi... kitorang nak sorang satu bilik, so takdelah berebut & tak memalu gitue nak nyanyi sampai terkeluar anak tekak pon bley haha.. takde hal nye... memula pening gak aku, dah pilih lagu tapi takde suara pun? rosak pe? haha. last-last aku panggil akak kat kaunter tu mintak tolong, dia kata volume tak kuat. ecehh.. wat malu aku je...

lagu favourite aku, My Immortal by Evanesence, Just The Way You Are by Bruno Mars, Grenade by Bruno Mars, Party Like This by V.E, U Smile by JB, Jar of Hearts by Christina Perri, Hurt by Christina Aguilera, Un-break My Heart by Toni Braxton, Jangan Pernah Berubah by ST12... banyak lagi sebenarnya.. tu pun tak sempat nak nyanyi semua sebab kitorang bayar satu jam aje...

Masa tengah nyanyi lagu My Immortal, Un-Break My Heart & Just The Way You Are tu, hati aku sebak tetiba... nasib baik bilik sorang-sorang... memang aku layan feel gila kot... Teringat kat Mr. Pinokio... Semua tu lagu kegemaran dia... Kitorang pernah nyanyi lagu tu sama-sama masa karok kat RB... Perghh memory paling berharga bagi aku masa kitorang still a loving-couple dulu...

Arghhh tidakkkk....!!!!!!

Rindu dalam hati ni tetiba membuak-buak tahu tak... Rasa macam nak peluk dia kalau dia ada depan mata aku... Tapi yes ai know, mustahil... Dia dah tipu aku, tak mungkin aku akan kembali pada dia lagi...

Lepas tu, aku try buang semua kenangan antara kitorang... Aku pilih lagu rancak sikit... But still, rasa sedih tu ada... Haha tetibe jer terdetik rasa menyesal dalam hati sebab pilih lagu tu... apa nak buat, dah aku pun minat lagu yang sama...

Pssssstttt... nak tahu tak? Afifi nyanyi lagu raya.. hahahahaaha dah tak sabar nak raya agaknye tu... kelakar betul... sampai Atul pun menyibuk nak nyanyi lagu tu...

Then kitorang pergi makan kat MCD... kat situlah yang best,,

kalau berborak dengan si Atul ni, memang tak boleh nak seyez... betul aku tak tipu... apa yang dia cakap tu selalu sangat buat kitorang gelak sampai nangis-nangis... hahahaa...

Paling tak boleh blah, dia cerita kan balik pasal persembahan kumpulan Sepah kalau tak silap aku lah (sorry takde astro), part gigi taring tu. benda tu kalau tak lawak pun, bila keluar versi Atul terus sakit perut tahan gelak. hahahahahhaha... aku yang duduk sebelah dia sampai tak boleh nak habiskan Quarter Pounder with Cheese tu sebab takut tak dapat telan punya pasal... gila hampeh.. hahahhahaha...

lepas makan jer kitorang pun berposing kat McD punya signboard tu. Yang bengangnya, ada abang tu bawak Myvi silver lau tak silap aku, dia hon-hon kitorang lepas tu siap lambai-lambai lagi... gila ke hape, kenal pon tak noqssss... nak lambai-lambai plak abg brader ni... haishh...

kang kitorang lambai versi Usop Wilcha kang baru taw...

masih lagi berposing, dua orang makcik ni tegur kitorang, "nanti jangan lupa masuk FB taw!" pergghh dasatttt la makcik ni, hahahaha. kitorang plak "ye2" kan aje la... memang tergelak-gelak jer sebab macam-macam yang jadi kat kitorang tadi...

dah penat berposing, tiba-tiba Afifi cakap, "eh tu bukan kereta abang yang lambai2 kat kita tadi ke?! Eeee malunya! Ntah-ntah dia tengok jer kita posing-posing dari tadi!!"... aku, Atul & Tika pun ape lagi, terus pandang kat kereta yang Afifi tunjuk tu... lepas tu nak taw ape? Abg brader tu boleh lambai2 lagi kat kitorang.. takde kerja ke asyik melambai jer... hhahahaha.... Bengang punya pasal cepat-cepat kitorang masuk dalam kereta...

Kitorang tunggu je nak tengok abg brader tu blah ke tak... tup-tup dia lalu depan kereta aku sambil hon 3 kali... wow abg brader, yu ni buat kitorang malu jer huahuahuahua... seb bek dia blah... rupa-rupanya dia perhatikan kitorang dari tadi..

bahaya betul kalau dia ada niat jahat kat kitorang kan? tapi kalau perhatikan perempuan lama-lama sangat pun jahat gak tu... dosa... yelah zaman sekarang jangan harap dapat jalan-jalan dengan tenang... mesti ada jer hal yang berlaku... walau ape pun, kitorang bersyukur sebab diorang just duduk dalam kereta and tak turun jumpa kitorang... takut ada hal-hal buruk terjadi...

to abang brader 2 orang yang duk perhatikan 4 orang budak perempuan form 6 kat McD Tiram Mart, please beware... cehh hape aku merepek ni.. takdelah... just nak bagitaw, tak bek perhatikan anak dara orang macam tu haha... segan jadinya tadi...

P/S : 4A's mewakili ...........


Aishah


Afifi


Atika


Atul

Ekceli tujuan kitorang hangout ni sebab Afifi nak berhenti sekolah so masa ni je yang mungkin kitorang boleh lepak sesame... tak taw masa lain nanti sempat lagi ke tak... just, lupa nak bawa tepung nak baling kat Afifi hahahah...
 Jom cekidaut gambar-gambar kitorang =)

Wednesday, 25 May 2011

Oohhh agak kekayuan jugak tangan aku ni...

Assalamualaikum...

Tadi aku, Sherah, & Afifi sama-sama pergi kelas seni atas kelolaan Cikgu Addin. Haha dah lah datang lambat! Kena sound pulak tu dengan cikgu... "Awak ni nak pergi kelas ke nak pergi Jusco?" Grrr... manalah aku perasan yang aku pakai seluar jeans. Balik nak mandi pun kelam kabut ye dok, tu yang main sarung jer hape ade depan mata hakhak.

Tak sangka pulak si Afifi & Sherah pun pakai jeans. Ampeh la korang ni. Haish malu pulak depan senior-senior yang lalu tadi. Haihh nasib badan la haha, aku kan jadi driver orang. Tu yang lambat tu. Kelas start pukul 2, sampai rumah pulak pukul 1.45. Ape korang ingat sempat ker nak siap-siap dalam masa 15 minit tu? Dengan peralatan seni nye lagi. Adehai.

Ni plak situasi dalam kelas seni.

- Aku duduk sebelah Afifi kat depan sekali .

- Sherah duduk depan aku .

- Salam duduk selang dua meja dari aku .

- Mujie duduk kat belakang kelas sebab tak nak kitorang tengok lukisan dia . hahaah .

- Yusnita duduk tepi kelas . dekat dengan aku .

- Mila duduk selang semeja berhadapan dengan Yusnita .

Haa pikirlah sendiri macam mana haha aku tak sempat nak buat map ni. Maap2 .

kitorang lukis gambar budak tengah main permainan tradisional. Aku kan minat melukis kan. Bila hari ni kena melukis, tetibe tersedar yang jari jemari ku yang runcing ni dah lama tak diservis sebab tu kayu semacam masa melukis. Jadi tak lawa lukisan tu tau tak.

Sherah dengan Afifi lagi best, diorang main lukis jer janji nampak dua budak tengah main congkak. Budak lelaki dalam lukisan Afifi tu aku tengok sekali rupa macam monyet, tengok dua kali macam beruk pun ada, tengok tiga kali, tak dapat nak komen lebih-lebih dah sebab tak tahan gelak. ahahahah siot lah Afifi.

Sherah plak, lukis gambar selipar tepi tikar alas tempat bebudak main congkak, boleh pulak selipar tu terbalik. Habis kena bahan dengan si Salam. hahahaha Salam pun lebih kurang sama jugak sebab dia lukis pokok kelapa terbalik. Muahahahha. sumpah sewel betul bebudak ni. Pelepah pokok kelapa kan patut ada kat atas, bukan menghala kat bawah, sekali tengok lukisan dia macam pokok kelapa tengah kuncup hihihihikk.

Ai sampai sakit perut tengok perangai diorang ni. Yelah, memula Salam gelakkan Sherah sebab selipar terbalik. Yang patut kat kanan dia lukis kat kiri, macam tu jugak la yang patut kat kiri dia lukis kat kanan. Aduhai. Bila si Salam dengan bangga nya tunjuk lukisan dia kat cikgu Addin, dengan selamba Cikgu Addin cakap, "eh kenapa pokok kelapa awak terbalik ni?" Serta-merta kitorang gelakkan dia.

WEeeiiiii sengal, ape lah ko. Gelakkan orang, diri sendiri pun ting-tong jugak hahahha -to Salam.

Si Mujianto ni plak (known as Mujie) dia duduk belakang sekali dalam kelas. Konon tak nak kitorang tiru lukisan dia. Poooraaahhhh Mujie, gila tak boleh belah ko. Hahahaha. Dah lah lukis budak lelaki main congkak sorang-sorang, perasan lukisan dia lawo plak tu. Hahahaiii.

Tapi kelas seni pertama kitorang ni memang seronok. Dapat release tension gak. Cikgu Addin plak memang jenis cikgu yang berseni. Bayangkan eah, bila dia bercakap, perghhh terasa macam dengar orang-orang baca skrip... hahahha... "kita lukis kena ada emosi... gembira sedih serabut kusut bingung... tu semua akan terzahir di atas kertas bila kita mula melukis... kalau gembira, akan nampak bunga-bunga gembira tu walaupun hanya sekadar garisan..."

Perghhh bayangkan... nak tergelak ada, nak tersenyum ada... Tapi tu lah dia, cikgu seni kami yang teramat berseni hehe. Yang penting lukisan dia lawa.... tu yang penting... boleh aku manfaatkan kesenian yang ada pada cikgu Addin tu sebab dari kecik aku suka melukis... Kita kena pandai gunakan peluang yang ada kalau nak berjaya betul tak?

*Cita-cita terpendam aku, nak jadi seorang pelukis yang serba boleh... =)

Tuesday, 24 May 2011

Biar betul ?

Assalamualaikum...

Hell... Apa motif awek dia mesej aku macam tu? Arghh ko pergilah jaga pakwe ko bebaik... Aku tak pernah pun kacau hidup korang. Aku bukan kenal pun ko sape!! Tak nak kenal pun taw tak! Demmmmnnnn...

Ingat ko sape arr nak mengacau hidup kengkawan balak ko? Behave sikitla girl.. Memalukan betul peragai ko ni taw tak? Aku post entry macam ni bukan sebab nak burukkan ko tapi aku betul-betul geram dengan ko!

Maaf entry kali ni agak emo, kalau korang tak nak baca just skip... Hell... Bengang tahap gaban dah ni...

Wei perempuan, kalau ko perempuan mesti ko ada maruah dan harga diri betul tak? Tak payahlah nak buat kerja bodoh nak laga-lagakan aku dengan balak ko.. Aku kenal dia lama dari aku kenal ko and FYI, kitorang memang rapat till ko masuk dalam hidup dia paham tak?

Aku sendiri tak pernah ada hati dengan balak ko tuh. So jaga dia bebaik sebelum orang rampas pakwe kesayangan ko tu *yang pastinya bukan aku... sebab kalau ko masih nak jaga tepi kain batik orang sape-sape pun takkan tahan dengan ko. hmm termasuklah balak ko tu.

Aku masih lagi bersabar walaupun kebengangan sekarang ni dah capai tahap kritikal... kalau ko TERbaca, PLEASE STAY AWAY FROM ME! Muakk giler lah.

Korang-korang ni, pernah tak alami apa yang aku alami sekarang? Apa nak buat? Dalam otak aku ni cuma teringat nak cili mulut dia & potong jari-jemari beliau serta bakar rambut dia biar dia sedooo... Kejam.

Kejam lah ko buat aku macam ni. Aku sikit pun tak kacau korang taw tak. Jahat betul la. Buat hal sendiri-sendiri pun masih lagi ada yang tak puas hati. Dah lah stop kacau aku & semua member girl balak ko. Balak ko sendiri dah bagitaw yang kitorang takde pape ngan dia kan? yang peliknya, ko nak melebih-lebih nape? Sod. Arghh...

kalau balak ko ada cite pape pun pasal aku, tu semua kisah dulu. Kisah 2/3 tahun lepas. Stop mengungkit seolah-olah benda tu berlaku sekarang. Aku ada my own life dan dia ada his own life, so ko jangan jadi perempuan penyibuk, boleh kan?

Hell....


My Girl ~

Assalamualaikum...

Terkejut lah weyh bila Afifi kata dia nak masuk poli and this week minggu terakhir dia dengan kitorang kat SMKUT... wahh sedihnya nak berpisah ni... Dia tu kawan baik aku since kitorang darjah 6 kot =) then terpisah bila masuk high school... terpisah sepenuhnya bila masuk form2... sebab masa form 1 kitorang masih lagi rapat walaupun dah tak sama sekolah cuz kitorang satu kelas dalam darjah khas Sekolah Agama Bandar Tiram...

3 minggu kitorang ke hulu ke hilir bersama... Tetiba dia kata nak berhenti sekolah bila dapat panggilan masuk Politeknik kat Shah Alam... huuu aku ingat nak hasut jer budak ni biar dia stay dengan kitorang... tak payah masuk poli hahahahahha... bukan dia sorang yang aku, tikah & sherah hasut, tah dah berapa orang yang kitorang hasut tah... biarlah... berat jer hati ni nak berpisah untuk kali kedua tahu tak...

tapi dah rezeki dia masuk poli =)

aku cuma boleh doakan dia berjaya dunia & akhirat... sahabat kan akan sentiasa mendoakan sahabatnya yang lain... So awak jangan risau Fifi, doa kitorang always mengiringi perjuangan awak kat Poli tu.. hehe..

Dia pergi bulan sebelas nanti, yelah lama lagi tu. Tapi port kitorang nak berjumpa cuma kat sekolah jelah sebab aku jarang keluar pergi rumah kawan-kawan... kadang-kadang tu terlupa mana satu rumah dia hihi... Dah lama tak menjenguk sebab tu lah boleh lupa...

Fifi oooo Fifi..
Nanti dah kat Shah Alam tu jangan lupakan kitorang pulak k...
Ingat!!!! BFF taw...
Kalau lupa siap awak!!!
Kiter datang baling tepung kat muka awak nanti =P

Monday, 23 May 2011

Sedih tengok tangisan adik-adik...

Assalamualaikum...

Untuk kesekian kalinya airmata aku turut menitis bila baca nasib adik-adik yang terlibat dalam tragedi tanah runtuh kat Hulu Langat tu. Baru balik sekolah pukul 2.30 tadi, memang dah jadi kebiasaan aku kalau balik sekolah jer bukak paper. Pagi tak sempat, balik sekolah sempat-sempatkanlah... Lagi pun membaca kan jambatan ilmu =)

Sedih tak terucap bila baca kisah adik-adik ni... Ada yang kehilangan adik-beradik, anak-anak, kawan-kawan, ahli keluarga... Syukur ke hadrat Ilahi sebab masih ada yang terselamat, tu tandanya Allah masih sayangkan mereka... Paling tragis bila mereka kehilangan orang-orang yang mereka sayang depan mata mereka sendiri... Takpe adik-adik, Allah lebih sayangkan mereka sebab tu Allah ambil mereka...





Sumber : Google





Sumber : Berita Semasa

Mungkin ada hikmah atas apa yang berlaku kat negara kita sekarang... Kerajaan patut ambil tindakan dengan memantau semua bangunan sekolah atau bangunan yang menempatkan anak-anak yatim ni supaya kejadian serupa takkan berulang... Bukan bangunan kerajaan jer, bangunan swasta pun sama jugak tak terkecuali langsung... Kalau boleh tolong pastikan bangunan yang dibina tu selamat, lepas tu kaji dulu kawasan yang nak dibina tu sama ada sesuai atau tidak. Kita takkan nak perkara macam ni berulang lagi?

Mana ada orang yang nak masa depan anak-anak diorang terancam dengan menempatkan anak-anak diorang kat tempat yang tak selamat betul tak? Tapi benda dah jadi, kita pun tak boleh nak putarkan waktu balik... Cuma aku harap sangat lepas ni akan ada pihak yang ditugaskan untuk selalu buat pemantauan kat bangunan-bangunan macam ni especially bangunan yang menempatkan kanak-kanak atau pusat keramaian kat seluruh negara... Kalau tak selamat, beritahu... Paling tidak pun, kita ada usaha sendiri untuk elakkan tragedi sama berulang...

Nyawa setiap orang harus diberi keutamaan... Ingat tu,,

Yang aku kesalkan, kejadian tanah runtuh bukan sekali dua berlaku dalam negara kita... Tapi masih tiada kesedaran dalam diri masing-masing... Apa-apa pun sekarang ni, renung-renungkanlah setiap apa yang berlaku tu dengan lebih mendalam... Kita yang hidup ni kena teruskan perjuangan mncari bekalan di akhirat nanti... al-Fatihah buat semua mangsa yang meninggal dunia... Moga roh mereka sentiasa dicucuri rahmat-Nya...

Takziah juga buat ahli keluarga mangsa tragedi tanah runtuh Hulu Langat...

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul... sedihnya =(

Sunday, 22 May 2011

Mudahnya Mengungkapkan Sayang....

assalamualaikum..

Geramnya aku pasal lelaki hidung belang ni... Cakap kat kita dia dah break dengan orang tu. Rupa-rupanya masih lagi bersayang-sayang kat luar. Manalah tak geram. Dia ingat perempuan ni macam baju ke? Suka-suka nak tukar ganti. Woii pikirlah sikit pasal perasaan seorang perempuan. Cuba kalau kau yang kena? Tak sakit ke rasa hati tu?

Belum kena belum tahu kan... bak kata orang, tak kenal maka tak cinta, dah cinta maka sakitlah yang dapat. Bila dah ada orang lain kita ni sebelah mata pun dia tak pandang, bila dah takde sape-sape muka kita jugaklah yang dia carik. muka kita jugaklah yang kena tengok muka dia tiap saat.

Susah sangat ke nak setia pada satu hati? Kenapa mesti ada yang lain? Tak cukup seorang ke dalam hidup lelaki spesis macam ni? Aku bukan nak menyalahkan sesiapa, tapi rasa bodoh tu memang ketara sangat dalam diri ni.

Cuba kalau orang yang dia sayang buat dia macam tu? Apa yang dia rasa agaknya? Kecewa? Sakit hati? Baik tak payah, sebab orang ni dah rasa dulu semua tu, penyebabnya dialah, bukan orang lain. Kita tolong dia macam-macam, kita buat untuk dia macam-macam, kita jaga hati dan perasaan dia sampai hati kita ni takde sape pun nak tolong jagakan, kita sayang dia mengalahkan kita sayang nyawa kita sendiri, kita percayakan dia bila dia kata nak keluar pergi sana sini, kita pendamkan dalam hati bila perempuan lain sms dia, kita tak pernah tegur dia bila dia panggil orang lain sayang, kita bagi apa yang kita ada asalkan dia bahagia, tapi apa yang kita dapat?

Adehai...

Memanglah orang selalu cakap, jangan percayakan seseorang 100%... ye betul tu. Tapi bila kita dah bagi kepercayaan tu pada dia, kenapa mesti nak cemarkan kepercayaan yang susah kita nak bagi kat orang lain? Ingat senang ke nak hadapi semua ni sendiri??

Out tenangkan hati ~

Saturday, 21 May 2011

Surat Cinta Buat MU...

Andainya dapat ku menulis nota-nota cinta buat diri-Nya...
Ingin ku titipkan bersama semua bunga yang indah berseri...
Ku sembur haruman mewangi bersama kata-kata puji...
Sedang Dia tahu kasih dan cinta-Nya menuju ke syurga...
Cinta ku kepada Dia,
Rindu ku hanya pada-Nya,
Kasih ku tulus buat-Nya,
Setia ku balas kasih-Nya,
Kasih ku kasih yang setia pada yang punya,
Damba ku pada Yang Esa,
Pujian hanya buat-Nya,
Akur ku kebesaran-Nya,
Teragung Maha Suci-Nya,
Taat ku hamba yang hina kepada Pencipta...
Kiranya aku hilang arah,
Jalan hidup ku berubah punah,
Namun kasih-Nya tak pernah akan musnah...
Belas rahmat-Nya terus mencurah-curah...
Nur hidayah-Nya semakin cerah...

=D

Hari Guru di SMKUT

assalamualaikum...

Bosannya hari ni... Daripada aku melalut yang bukan-bukan apa kata aku story pasal Hari Guru yang berlangsung kat SMKUT... Hm seronok jugak that day, tapi aku kepenatan gila kot! Tangga nak ke padang dia kus semangat, mengalahkan Gunung Everest!! Okay aku tipu... Tapi memang tinggi, sampaikan aku cuak separuh mati masa nak turun tu... Kalau lah aku terjatuh ke bawah, mesti masuk ICU... cehh saja nak perbesarkan hal kecik huahuahua...

Takde banyak nak story, just nak kongsikan gambar kami masa hari tu... Apa yang menarik tentang sekolah ni, diorang ada anugerah khas untuk pasa guru weyh! Macam Anugerah Bintang Popular tu.. tapi ni lain sikit, nama anugerah dia, Anugerah Guru Popular... hikhik...

Agak terkejut dengan kejutan budaya kat sekolah ni, sebab selama aku bersekolah kat SMKTPI, Hari Guru dia biasa-biasa je... Tak sangka sekolah ni happening sangat... Antara anugerah yang dicalonkan ialah Anugerah Guru Paling Popular, Anugerah Guru Paling Bergaya sesi pagi / petang, Anugerah Guru Paling Serba Boleh, Anugerah Guru Paling Cantik, Anugerah Guru Paling Handsome, Anugerah Guru Paling Tegas, Anugerah Guru Paling Penyayang, Anugerah Guru Paling bla bla bla... Hee banyak sangat kot sampai tak dapat aku nak ingat semua anugerah yang dicalonkan tu...

See? Happening kan? Mungkin sekolah lain dah pernah buat, tapi seriusly aku masih baru dalam suasana macam tu haha... Jom cekidaut gambar kami-kami yang sewel ni weeee.... ~
















Credit to : Nur Afifi Liana

P/S : yang baju hitam tu siapa??

Thursday, 19 May 2011

Cinta

Assalamualaikum...

Satu lagi kisah untuk renungan bersama... Bacalah, nanti kamu akan memahami apa itu erti cinta yang selama ini kamu pandang sebelah mata...

Suami saya adalah seorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul di hati saya ketika bersandar dibahunya. Selama 3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui bahawa saya mulai merasa letih, lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah danibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal. Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian. "Mengapa?" Dia bertanya dengan nada terkejut. "Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan. "Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.


Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya."Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan."Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati.. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?" Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok. "Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menemui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan. ..

Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya."

Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya. "Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."

"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."

"Siti suka jalan-jalan di Shopping Kompleks tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."

"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu teman baik Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."

"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi pelik. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."

"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu. "

"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."

"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."

"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."

"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki,mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal dirumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti."

"Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku... biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia."

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam kewujudan yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam kewujudan yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

Credit to : Nakada Remyaztsu

Binalah Akhlak Mulia Dalam Diri

Assalamualaikum...

Entry kali ni hanyalah untuk renungan bersama dan untuk saling mengingati sesama umat Islam...

Akhlak dalam Islam, lahir dari hati yang beriman. Ia sebati dengan diri seseorang dan menjadi pakaian hidupnya. Ianya kekal dan berterusan sepanjang hayat sama ada ketika susah atau senang, ketika di tengah ramai atau perseorangan, ketika dalam kelapangan atau kesempitan, ketika aman atau dharurat, ia tetap berakhlak di mana saja dan pada bila-bila masa sekalipun. Jika seseorang boleh berakhlak pada tempat dan ketika tertentu sahaja, ia mungkin hanya lakonan atau hipokrit semata-mata. Ia berpura-pura berakhlak kerana kepentingan tertentu.


Contohnya seorang ketua pejabat boleh berlembut, menjaga wibawa, jaga percakapan dan lain-lain sifat yang baik semasa di pejabat tetapi apabila pulang ke rumah tidak lagi begitu. Ia berubah menjadi seorang yang pemberang, kasar terhadap anak dan isteri. Boleh bersikap baik di pejabat kerana faktor suasana di sana, disiplin yang perlu dipatuhi atau takut pekerja mogok. Berubah sikap di rumah kerana merasakan anak dan isteri adalah miliknya yang boleh dibuat sesuka hati. Ini bukan akhlak. Ia adalah kepura-puraan.

Di sinilah perbezaan antara akhlak dan moral. Moral didorong oleh persekitaran dan peraturan setempat sementara akhlak berlaku atas dorongan iman dan fitrah. Al-Khalqu (kejadian) dan al khulqun (akhlak atau tingkah laku) adalah dua perkataan yang dipakai bersama-sama dalam mentafsirkan definasi akhlak. Yang dimaksudkan dengan al-khalqu adalah bentuk zahir dan al khulqun berbentuk batin. Kerana manusia terdiri jasad lahir dan roh atau jiwa. Jadi tingkah laku manusia mencerminkan hatinya. Kerana gerak laku jasad manusia adalah di dorong oleh hatinya. Hati yang baik mengarahkan anggota-anggota lahir melakukan kebaikan. Sebaliknya hati yang jahat mengarahkan anggota lahir membuat kejahatan. Akhlak adalah penentu kesejahteraan hidup individu dan masyarakat untuk dunia dan akhirat. Oleh itu usaha dan kaedah-kaedah ke arah tercapainya akhlak mulia wajib ditempuh oleh setiap orang. Pembentukan akhlak sepatutnya bermula di peringkat bayi malah sejak dari dalam kandungan ibu.

Menurut Al Ghazali, akhlak mulia terjadi kerana dua sebab. 1. Kurnia Ilahi - dipermudahkan bagi sesetengah manusia seperti nabi-nabi dan rasul-rasul. Sesuai dengan ujian berat dan tugas besar yang dipikul di atas bahu mereka. 2. Dengan usaha - yakni dengan melakukan mujahadah dan riadhah. Membuang sifat-sifat mazmumah (negatif) dan diganti dengan sifat-sifat mahmudah (positif). Contohnya, seorang yang sedar dirinya bersifat bakhil atau kedekut maka hendaklah membiasakan dirinya dengan bersedekah hingga bersedekah itu menjadi kebiasaannya hinggalah ia menjadi pemurah. Seorang yang sombong dan ego mengubat hatinya dengan membiasakan diri membuat kerja-kerja yang dipandang rendah seperti mencuci tandas, menyapu longkang dan bergaul dengan orang-orang kelas bawahan hingga perasaan tawadhuk dan menghargai orang lain menghiasi dirinya.

Begitulah seterusnya dengan sifat-sifat yang lain. Selanjutnya Al Ghazali membentangkan empat jalan yang dapat membantu seseorang itu dapat mengenal cacat cela dan kekurangan dirinya, dengan itu mudahlah ia membaiki dirinya. Pertama: Dengan tunjuk ajar dan pimpinan guru mursyid. Guru yang baik itu sentiasa memberi ilmu kepada murid-muridnya dalam mengenal sifat-sifat tercela dan mampu pula memimpin dalam mengungkai sifat-sifat tercela itu. Kemudian memberi ilmu dan memimpin dalam mengenal dan dan memiliki sifat-sifat terpuji. Guru ini membawa murid-muridnya mencintai Allah dan Rasul. Di kenalkan Allah kepada murid-muridnya, hingga muridnya rasa cinta dan rindu kepada Allah, lalu berlaku taat kepadaNya. Ia mendidik muridnya hingga amat kasih kepada Rasulullah ﷺ. Tetapi guru jenis ini sangat sukar didapati di zaman ini.

Imam al-Ghazali r.m menulis dalam kitabnya أيها الولد (Wahai Anak) nasihat yang ke enam belas tentang "Carilah Guru Yang Mursyid", katanya: Wahai anak ku yang tercinta : 1) Seseorang yang berjalan menuju akhirat itu hendaklah ada padanya seorang guru yang mursyid lagi pandai mendidik supaya guru itu dapat mengikis perangai-perangai yang jahat dengan tarbiyahnya. Guru yang mursyid itu pula akan menunjukkan bagaimana menggantikan perangai-perangai yang jahat itu dengan akhlak yang mulia. 2) Kerja seorang Guru yang mursyid tidak ubah seperti seorang petani yang sentiasa membuang duri dan mencabut rumput yang tumbuh dicelahan tanamannya. Maka dengan itu tanaman akan hidup segar dan menghasilkan pendapatan yang baik. 3) Justeru, murid yang mencari jalan ke negeri akhirat perlulah baginya seorang guru yang boleh menta'dibnya, mentarbiyahnya, dan menunjukkannya kepada jalan Allah SWT yang sebenar.

Sifat guru yang mursyid menurut Imam Al Ghazali: 1) Guru yang mursyid itu ialah guru yang berpaling dari mencintai dunia dan mencintai pangkat. 2) Wujud silsilah atau sanad yang berangkai antara guru yang mursyid itu dengan gurunya yang mursyid juga dan berterusan guru kepada guru yang mursyid itu juga merupakan seorang guru yang mursyid dan berterusan silsilah guru yang mursyid itu sehingga sampai kepada penghulu sekalian Rasul dan Nabi. 3) Guru yang mursyid itu mestilah orang yang telah berjaya mendidik dirinya terlebih dahulu dengan menyedikitkan makan, sedikit bercakap, sedikit tidur, dan banyak solat, banyak bersedekah dan banyak berpuasa. 4) Guru yang mursyid itu telah mampu menjadikan akhlak yang mulia sebagai cara hidupnya yang sempurna seperti sabar, sembahyang, syukur, tawakkal, yakin, qana'ah (merasa cukup dengan apa yang ada), tenang jiwanya, penyantun, tawadhuk, banyak ilmu, benar, malu, menyempurnakan janji, tenang pendirian, tenang pembawaan, berhati-hati dalam segala urusan, dan sebagainya.

Maka apabila ia telah bersifat dengan sifat-sifat yang mulia ini , sebenarnya ia adalah NUR daripada ANWAR Nabi ﷺ yang layak untuk diikuti. Kewujudan guru yang mempunyai sifat-sifat ini sangat jarang sekali malah sukar untuk ditemui, lebih sukar wujudnya daripada الكبريت الأحمر (belerang merah). Secara umumnya, paling tidak guru yang mursyid, atau murabbi atau rabbani itu, beberapa sifat yang perlu ada padanya iaitu mesti berilmu, beramal, berakhlak mulia, menghayati syariat, boleh mendidik manusia serta boleh dicontohi. Kedua: Melalui sahabat yang benar Sahabat yang benar-benar sahabat ialah yang ikhlas menegur cacat cela sahabatnya dan mahu pula meneladani kebaikan-kebaikan sahabatnya. Biasanya seorang kawan kerana kepentingan tertentu mendiamkan sahaja kecelaan kawannya dan sukar pula untuk meniru kebaikan-kebaikan kawannya. Ini bukan sahabat namanya. Sahabat yang baik membawa hati kita dekat kepada Allah. Melihat wajahnya boleh menguatkan iman. Mendengar nasihat dan kata-katanya boleh menyejukkan hati.

Sayidina Ali k.w.j pernah berkata: "Sahabat yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada di sampingmu. Ia sanggup membahayakan dirinya demi kemaslahatanmu. Orang yang setiap masa bekerja untuk keperluanmu. Sanggup mengorbankan segala-galanya untuk kepentinganmu." Sahabat seperti inilah yang akan menguatkan iman dan semangat untuk mengamalkan Islam. Mereka adalah orang yang patut dijadikan rakan seperjuangan dalam menegakkan Islam. Inilah cara bersahabat yang diamalkan oleh sahabat-sahabat Rasulullah dan salafussoleh. Ketiga: Melalui kritikan musuh (orang yang tidak suka dengan kita). Berusahalah untuk mengetahui aib dan kecelaan diri dari ucapan musuh-musuh. Sebab pandangan yang penuh kebencìan musuh itu akan menyingkapkan keburukan kita. Mari kita positifkan kata-kata musuh, kerana mereka akan berkata yang benar tentang kelemahan-kelemahan diri kita. Sekalipun kadangkala datangnya fitnah (buhtan-tuduhan yang tidak betul) dari musuh-musuh, itu juga boleh menjadi pendorong untuk kita baiki diri dan lebih berwaspada.

Sebenarnya manfaat yang boleh diperoleh seseorang dari musuh yang sangat membencinya dan suka mencari-cari kesalahannya adalah lebih banyak dari teman atau kawan yang suka bermanis muka, memuji dan menyembunyikan aib-aibnya. Namun, sudah menjadi perangai manusia untuk menidakkan ucapan musuhnya dan menganggap sebagai ungkapan kedengkian. Tetapi orang yang memiliki mata hati jernih mampu memetik pelajaran dari berbagai keburukan dirinya yang di sebutkan oleh musuhnya. Kalau kita bersikap positif dengan musuh kita akan dapat manfaat. Kerana musuh hanya suka menyebut cacat cela kita sahaja. Kalau ia benar-benar berlaku dapatlah kita membaikinya. Keempat: Melalui pergaulan dengan manusia. Melalui pergaulan, kita akan melihat berbagai-bagai perangai dan karenah manusia. Setiap orang ada kelemahan dan kelebihannya. Setiap kebaikan kita contohi dan keburukan kita jauhi. Jadikan masyarakat atau komuniti yang berhubung dengan kita setiap hari itu sebagai cermin, agar dapat kita melihat biasannya dalam diri kita. Dari sana akan terlihat berbagai-bagai kelemahan yang kemudiannya boleh menyuluh kelemahan diri.

Malanglah orang yang telah Allah perlihatkan kelemahannya melalui kelemahan dan aib orang lain, tetapi ia hanya sibuk dengan keaiban orang itu, lupa membaiki diri. Apabila kita telah mengenal kelemahan diri, mudahlah untuk kita berusaha membaikinya. Walaupun ianya sukar, ia mesti diusahakan kerana ia penentu nasib di akhirat kelak. Sedangkan binatang liarpun boleh dijinakkan, apatah lagi manusia yang mempunyai akal fikiran.

Credit : Nur Farhana