Wednesday, 4 May 2011

Andai Dapat Ku Undurkan Waktu...










assalamualaikum...

hai hai hai... Hari ni aku terasa nak buat entry berkenaan dengan tajuk kat atas ni plak tetiba... Tak tahu kenapa, tapi dah memang lumrah manusia kan... Banyak kesilapan yang kita pernah buat dalam hidup ni *tipulah kalau takde langsung...* dan kalau diberi kesempatan tu aku yakin takde sape pun yang tak nak... semua nak perbetulkan kesilapan masa lalu masing-masing... tapi hakikatnya takde sape pun yang dapat buat macam tu... *so kena lah terima kenyataan ye kawan-kawan.. heheh...*

10 perkara yang aku nak buat kalau dapat diputarkan kembali waktu adalah ~



  1. aku nak jadi kanak-kanak sepuasnya!
  2. aku takkan bergaduh dengan abang ait bak kata pepatah macam anjing dengan kucing .... aku akan belajar rajin-rajin... lebih rajin dari rajin yang sekarang ni... *klise amat siot ayat gua nih...*
  3. aku tak mahu berkenalan dengan sesiapa yang pernah menyakiti hati aku selama ni... especially those guys yang selalu permainkan perasaan aku... huh! jangan haraplah!
  4. aku akan jaga dengan baik camera yang abang belikan untuk aku dulu... *sekarang dah hilang... WTF pada yang mencurik camera kesayangan aku tuhhh...*
  5. aku takkan makan banyak-banyak... isk9... *akibatnya sekarang aku selalu dipanggil chubby perghhh takleyblahh siaaa....*
  6. aku nak mama aku selalu sihat... and akan sentiasa ada dengan aku sampai waktu ni... *aku tahu mustahil....*
  7. aku takkan abaikan pengambilan ubat yang doc suruh tu... sekarang nasib badan lah kan... sape suruh degil sangat nak makan ubat dulu... padan muka aku weyhhhh.... *clap clap*
  8. aku tak mao bergaduh dengan baba macam hari tu lagi... tak mao... tak mao... tak mao...!
  9.  dan kalau boleh, aku nak sebuah keluarga yang sempurna dan bahagia... tapi jangan salah faham, aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang ni okay...
So, dah baca sampai habis???

Apa pendapat korang? dah baca tapi macam merepek jer? sebelum korang bagi macam-macam komen, aku nak inform dulu, apa yang aku tulis kat atas ni semua merupakan perkara yang buat hidup aku berubah... nampak jer remeh.... "camera hilang pun boleh buat hidup aku berubah? mengarutlah...." mesti korang cakap macam ni kan? tak pun "gaduh adik-beradik tu biasalah... semua orang yang pernah bergaduh dengan abang diorang..." haha...

jawapannya, aku terlalu sayangkan camera tu sebab tu merupakan camera pertama aku and banyak pic yang mengundang kenangan lama dengan kawan-kawan, dengan family, dengan Mr. Pinokio, and banyak lagi!

# Mr. Pinokio? Siapakah?? hmmm dia ni.... yang penting aku benci kan Mr. Pinokio ni ye... pinokio kan suka menipu.. ha tu lah gelaran yang paling sesuai buat beliau... takpe takpe, aku maafkan ko wahai Mr. Pinokio... hahahaah ~

okay, jawapan kedua plak, aku dengan abang aku memang tak pernah nak ngam... ataw dalam bahasa jepun nye, 'kamcing'... aku dengan abang aku pantang kalau berdepan, ada jer yang nak digaduhkan... yang paling suka carik gaduh tu of course la aku ~ heheh . kitorang tak boleh duduk depan-depan, silap hari bulan ada yang masuk hospital gara-gara tersandung batu... faham-faham sendirilah kawan... hahaks...

sekian ~

No comments: