Saturday, 7 May 2011

Happy Mother's Day

assalamualaikum...

arghh rindunya aku dengan mama! Hari Ibu bakal menjelang... tak lama je lagi. I mean, esok la. I really missed the moment when she scold me for being so naughty, and give me a very tight hug when i'm upset, and and and... macam-macam la... tak terungkap apa yang aku nak ungkap kan kat sini... entry ni mungkin agak emosional sikit...

sedih sangat huwaaaaaa....

takpe lah... dah takdir mama aku pergi dulu. aku sentiasa redha dengan ketentuan Ilahi.. walau apa pun yang berlaku kita tak boleh salahkan takdir... walaupun berat bagi aku untuk terima kenyataan mama pergi menghadap Ilahi aku terpaksa terima... ya walaupun berat...

29 September 2011 genap lah 3 tahun mama pergi meninggalkan kami sekeluarga... sedih tetap sedih... nak kata lama sangat tu tak, nak kata sekejap pun tak jugak ~

kenangan yang paling aku ingat sampai sekarang ialah bila keputusan UPSR aku keluar dan aku dapat keputusan yang agak cemerlang time tu. bila aku call mama and inform her about it, dia nampak happy sangat.. hehe... first time dalam sejarah hidup aku mathematics aku dapat A masa tu ~

antara kenangan lain, bila kitorang pergi melancong... untuk pengetahuan para blogger, dulu family aku kerap pergi melancong... tapi cuma melancong dalam negara je lah masa tu adik aku belum wujud lagi ~ HAHA. kitorang pergi P.Pinang, P.Langkawi, P.Aur, Cameron Highland, Genting Highland, and macam-macam tempat lagi! Thailand pun aku pernah jejak .

Masa mama sakit, and baru discharge dari HSA, mama balik rumah. time tu bulan puasa. Aku perasan satu je tentang perubahan mama masa tu. nak tahu apa? mama masak macam-macam untuk kitorang. sumpah tak tipu. mama nampak excited sangat sebab dapat balik rumah. dari bubur kacang, kuih sampai ke puding mama buat. penuh satu fridge nak simpan puding-puding tu.

yang tukang habiskan semua makanan tu mestilah aku! sebab aku paling suka kalau makanan kegemaran aku tu adalah dari air tangan mama sumpah sedap!!!!

memang kitorang kekeyangan gila lepas berbuka tu ~ baba pun sebenarnya terkejut sebab mama masih kuat masuk dapur untuk masak semua makanan tu untuk kitorang.. waktu berbuka paling seronok masa tu... kenangan yang sangat indah dan tak mungkin aku lupakan sampai bebila sebab hari tu adalah hari terakhir mama ada kat rumah dengan kitorang...

esoknya mama masuk ICU sebab mama alah dengan ubat yang doctor bekalkan untuk mama kat rumah... 3 atau 4 hari mama masuk ICU... tak sampai sehari pun mama dapat bertahan lepas keluar dari ICU... tak sampai sehari... dan aku kecewa sangat sebab tak dapat temani mama disaat-saat terakhir mama... padahal mama tunggu aku...

sekarang, aku hanya mampu mendoakan kesejahteraan mama di sana... myra ♥ mama forever...

No comments: