Tuesday, 10 May 2011

Rindu 'Dia' !

Assalamualaikum...

Hari ni hari kedua aku kembali menjadi budak sekolah ^^". Walaupun aku kecewa sebab tak diterima dalam mana-mana U tapi aku tak kisah sebab bagi aku ilmu ada di mana-mana. Mungkin Allah nak tunjukkan jalan hidup aku? Kenapa aku tak berjaya menempatkan diri dalam mana-mana U? Mungkin sebab rezeki aku ada kat Tingkatan 6. Agaknya la. Aku tak kisah asalkan itu yang terbaik untuk diri aku.

Jadi budak sekolah takde lah teruk sangat pun. Setahun setengah je lagi, lepas tu selamat tinggal wahai uniform sekolah ku~ hehe. Aku dapat form 6 kat SMKUT, iaitu SEK. MEN. KEB. ULU TIRAM. Hah apa dia? Macam pernah dengar? er of course la korang pernah dengar or terbaca nama sekolah ni sebab ni kan bekas sekolah student yang dapat 17A dalam SPM tuu... Ala lupa dah ke? *Sape suruh makan semut banyak sangat? Werkk!*

So kat sini aku nak membebel sikit pasal pengalaman jadi budak sekolah balik lepas duk enjoy 5 bulan har har har....

Semalam was the first day aku jejakkan kaki ni kat SMKUT. Memula agak sesat jugak la, yela, baru 1st time pe... Lepas selesai sesi pendaftaran kitorang terus diorientasikan oleh kaunselor sekolah iaitu Cikgu Gadaffi sampai pukul 2.15. Haha aku tak pernah lak terfikir yang hari pendaftaran tu kitorang kena orientasi terus.

So aku pun lepak-lepak la dengan kengkawan lama aku masa kat sekolah rendah dulu. Tapi kitorang berpisah bila masuk sekolah menengah sebab ada sekolah menengah baru kat taman perumahan aku. Potpetpotpet sampai tak ingat dunia kot? Yang aku ni plak duk menahan lapar tahap biawak terbang!!

Korang bayangkan ea, aku bangun pepagi tu je dah lambat taw? Sesat plak tu sampai kat sekolah tu. Tak kira lagi kepenatan yang menggunung bila aku kena patah balik ke rumah sebab tertinggal slip peperiksaan. fuhhh.. malang betul nasib aku semalam.

Yang buat aku bengang, ada anjing ni duk menyalak menganjeng tak sudah bila tengok aku. Celaka eh kau anjing. Tak pasal-pasal kejar aku. Haish dah lah aku ni penakut tahap lipas gergasi bila tengok anjing *trauma ler* lagi-lagi bila anjing tu cabar kepantasan aku dalam berlari yang sememangnya tak boleh pakai langsung ni. Semput seyh....

Lari punya lari punya lari tetibe ada sorang uncle ni tegur aku, "Oi cabut sekolah ka?!" Kurang asam terlebih garam sungguh uncle ni ek. Mentang-mentang aku pakai baju sekolah suka suki dia jer terjah aku camtu sekali. Dalam hati hanya Tuhan je yang taw betapa aku fobia dengan anjing. Tapi kecut jugak tengok uncle India tu terjah aku, kang dibuat nya macam-macam kat aku tak ke naya? Dah lah kawasan perumahan tu boleh tahan sunyi dia....

Pastu cepat je aku tahan teksi yang lalu masa tu. Hambek kau uncle. Nak kejar aku ke? Ha kejar la. Tak dapat punya weyh!! Yahahahaha!! Pastu aku balik rumah ambil semua paper yang penting-penting sebelum drive kereta pergi sekolah. Nak cepat punya pasal sanggup aku drive kereta ouh. Ingat senang ker nak drive pergi sekolah tu? Mau nya tetiba polis buat roadblock hah terduduk la jawabnya aku nanti. *takde lesen sebab tu cuak hehe*

Aku terpaksa bukannya suka-suka. Kalau tak takkan lah aku sanggup drive jauh-jauh camtu. Mata ke atas, tangan ke bahu gitue. Haha ~ Okay tu kenangan semalam.

Ni plak tentang hari ni ~

Pergi sekolah dengan hati gumbira bak bunga tahi ayam kembang mewangi.... cehh~

Sampai sekolah terus masuk dewan. Aku dengan bestie aku masa sekolah rendah dulu macam bese lah potpetpotpet manjang agagagag ~ Shafinaz ni memang kawan aku dari dulu. Tapi dah 4 tahun setengah kitorang lost contact, and alhamdulillah kali ni kitorang du\ipertemukan kembali heheh. Rindu kot kat dak ni,,

har har sorry aku curik pix kau kat FB weee ~
lepas beberapa sesi ceramah *=.=" cikgu bawak kitorang melawat sekolah tu ~ ada bangunan baru and berkemungkinan besar kitorang punya kelas kat situ. Panas kot tadi!! Sesi melawat dah jadi macam sesi bersenam di tengah hari gitue. Pergh sabo aje lah kan. Tapi masalahnya bila duduk dalam dewan plak mata kitorang ni ngengade nak tidur. Adehai, apa nak buat, layan kan aje mata ni sampai tersengguk-sengguk hoho ~

okay lah ada kerja nak buat lepas ni. Dengan hati yang berat bak batu meteor, aku terpaksa offline dulu.

Wassalam ~ ^^"

No comments: