Sunday, 15 May 2011

Yay ! #2

assalamualaikum...

pertama sekali aku nak tanya, korang dah makan belum? Dah solat? Kalau belum makan pergilah makan dulu, and kalau belum solat cepat-cepat pergi solat!! Kalau dah duduk diam-diam depan screen and baca apa yang aku nak ceritakan hari ni ^^"

okay sebenarnya aku nak ceritakan hal ni dari semalam punya semalam lagi tapi tetiba tak boleh login kat sini, kenapa ek?? ntahlah. Biarkan je lah. Janji sekarang dah boleh login semula =)

Sambungan kisah persembahan pada majlis penutup minggu orientasi kat sekolah, aku nak bagitahu yang kumpulan aku dapat nombor 1 ^^ seriusly tak sangka yang kitorang boleh menang bukan setakat top 3 jer malahan tempat pertama terus. Terkejut memang terkejut sebab tak dinafikan ramai lagi yang buat persembahan yang mantap.

Tempat kedua dan ketiga dimenangi oleh kumpulan yang bertemakan lakonan. Kumpulan aku merupakan satu-satunya kumpulan bertemakan nyanyian yang menang. Hehe. Kiranya kitorang ni mewakili semua kengkawan yang dapat tema nyanyian la ye.

Aku sebenarnya nak ucapkan jutaan terima kasih kat ahli kumpulan 6 sebab kerjasama dari semua ahli lah yang buat kitorang dapat tempat pertama. Memang tak pernah terfikir pun boleh menang. Tapi alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi sebab kitorang menang. Satu lagi, aku seronok jugak sebab dapat menyanyi solo masa last-last drama musical kitorang tu.

P/s : Ramai yang kata suara aku sedap. Cikk oiiii sedap tang mana pulak tu yunk? Hehe pape pun thanks yup. Suara bak katak panggil hujan ni yang korang kata sedap ye, wahahaha.

Seronok gila masa tu. Jom cekidaut gambar-gambar kenangan minggu oriented kat SMKUT.


Pemenang Tempat Ketiga buat persembahan

Pemenang Tempat Ketiga

Pemenang Tempat Pertama




CANDID





Credit to Afifi Liana

ha tu jelah gambar yang aku dapat buat masa ni. Maaf ye gambar aku takde hihi segan lah nak amik gambar time ni.

Ahli Kumpulan 6
Nazrin
Kamarul
Jasmin
Muneer
Aishah
Farah
Syafika
Mila

Congrats guys ~ walaupun maybe lepas ni kita tak sama kelas tu tak bermakna kita tak boleh lepak dan bertukar-tukar pendapat macam selalu. Jangan lupa kenangan ni sampai bebila okay.




No comments: