Wednesday, 29 June 2011

siapa bertuah dapat hadiah baju raya dari art z'zone

Assalamualaikum...



nampak tak banner kat atas ni?
Ha di pagi yang damai ni aku terasa nak join GA dari Sis Alin hehe.
Korang nak join klik SINI ok!
Rugi taw kalau tak join, untung2 dapat baju raya free jer tahun ni hahaha...
Lagi pun syarat-syarat dia senang jer lah...

|
|
|


|
|
|

Amacam? Huhu...

Saya nak tag :

Tarikh tutup : 20 July 2011

So cepat-cepat join ye!

Wordless Wednesday # 1

Setuju??

Tuesday, 28 June 2011

Tak tau nak letak title ape???

Assalamualaikum...

Jom layan lagu ni jap ! =)

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
Saat ku harus bersabar dan terus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus menunggu
Sesuatu yang sangat sulit tuk ku jalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Saat kau jauh di sana...

Ooo..

Gelisah sesaat saja tiada khabarmu ku curiga
Entah penantianku takkan sia-sia
Dan berikan satu jawapan pasti
Entah sampai aku harus bertahan
Saat kau jauh di sana rasa cemburu
Merasuk ke dalam pikiran ku melayang
Tak tentu arah tentang dirimu
Apakah sama yang kau rasakan

Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a a a aku

Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru

Hapus sendiri pikiran melayang terbang
Perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa ghairah
o..uo...
Banyak segala misi dan ambisimu
Akhiri semuanya cukup sampai di sini
an buktikan pengorbanan cintamu untukku
Ku mohon kau kembali...

Cuba teka lagu apa ni? Tipulah tak tau! Mesti ramai yang dah tau kan...
Hari ni, aku kesepian... kikiki... Iz dah pergi KL dari semalam lagi..
Takde sape duk teman aku sms ke hape ke macam selalu...
Kat sana mana dia ingat yang kat sini ye tak?
Hobi aku di masa lapang selalunya mengarut-ngarut...
So tadi,
aku ada tulis satu surat untuk beliau...
Sebenarnya untuk aku simpan sorang-sorang je,
Tapi rasa nya takpe kot kalau aku kongsi dengan korang...
Dan lagu kat atas ni,
ada kena-mengena sikit dengan apa yang aku tulis...

WARNING!
Tak Payah Baca Kalau Tak Nak Baca...
Surat Ni Agak Emo Sikit (haha...)m

Awak,
Awak ada simpan rahsia apa dengan saya?
Awak kata antara kita tak boleh ada rahsia kan...
Tapi awak jer yang selalu berahsia dengan saya...
Kenapa yerk?
Hari tu, saya check henpon awak...
Nampak satu nama ni, sedap je comel je nama dia...
Tapi siapa dia ni wak??
Lain macam je saya tengok...
Maaflah sebab baca mesej awak dengan dia tanpa kebenaran...
Tapi saya memang nak tahu sape perempuan tu...
Tak payah bukak inbox, cukup baca kat sent item je...
Dari situ saya dapat taw sape dia pada awak...

Awak,
Saya mesej dia pakai number saya...
Sajer nak tahu dari mulut dia sendiri...
Dia tak reply mesej saya tapi dia call saya tau...
Gelabah saya dibuatnya,,,
Tapi kena jawab jugak, nanti apa kate dia kan??
Bila saya tanya dia dengan awak sape, dia cakap macam ni,
"Im his fiancee... U sape eh??"

Hikhik... Rasa nak pitam time tu jugak awak!

Tapi takpe.. Kalau dia mengaku dia tunang awak,
then apa salahnya saya mengaku saya ni CUMA KAWAN awak kan...
Hmmm... Ni ker benda yang awak duk rahsiakan tu?
Awak nak takut apa kalau saya dapat tau pun bukan saya marah..
Sekarang saya dah tau, ada ke saya marah awak?
Takde kan...
Marah dalam hati je ada... Haha..
Untung awak dapat saya tau?!!!
Saya ni jenis tak mudah marah walau pun hati saya terguris...
Awak tak rasa bertuah ker?
Ouhh saya lupe!
Sape lah saya pada awakkan...
Hikhik...

Awak,
Awak tau tak saya sayang awak?
Kalau awak tak tau, meh saya bagitau awak...
SAYA SAYANG AWAK SANGAT...
Dia pun dapat agak walaupun dia tak pernah kenal saya...
Awak yang depan mata saya selalu takkan la tak perasan?
Tapi,
Apa yang saya dengar dari mulut dia,
awak cuma nak pergunakan saya je...
Betul ke macam tu??
Ntah-ntah awak cuma berpura-pura mencintai saya tak?
Dia sendiri yang bagitau saya...

Awak tipu saya ye?
Awak curang belakang saya kan...
Awak tabur janji manis pada dia tapi tak pernah pun awak tunaikan...
Lelaki macam apa lah awak ni??

Bila saya cakap pasal dia, awak marah saya!
Awak kata awak cuma ada saya sorang
and awak anggap dia tak lebih dari seorang adik jer...
Tapi bila dengan dia,
awak cakap saya ni adik angkat awak...
Aik??

Awak nak apa dari saya sebenarnya?
Saya dah takde apa-apa tau...
Hati saya yang saya suruh awak jaga, dah pun awak calarkan...
Lepas ni mungkin terus hancur berkecai kot?
Apa lagi yang saya ada awak?
Awak plak,
mungkin awak akan tinggalkan saya untuk perempuan lain...

Awak,
Kalau kehadiran awak untuk kali kedua dalam hidup saya ni
hanya untuk menyakiti saya,
baik awak lupakan...
=(

Kalau awak nak tau la kan,
saya tak kisah kalau awak lebih memilih dia dari saya...
Sebab saya tak perlukan lelaki macam awak dalam hidup saya tau...
Tapi hakikatnya sekarang,
saya sayangkan awak.
Awak faham tak?

Saya tau la saya tak cantik...
Tapi itu ke ukuran cinta bagi awak?
Dulu awak pernah cakap,
kecantikkan wajah bukan segalanya bagi awak...
Tapi setelah apa yang berlaku,
boleh ke saya percaya semua kata-kata awak???

Semua orang kata saya bodoh sebab percayakan awak...
Erm...
Bodoh ke saya ni awak?
.....

Awak,
Maafkan saya...
Saya tau awak tak suka tengok saya menangis.
Tapi dah terlalu lama saya simpan airmata ni.
Kali ni saya menangis bukan sebab orang lain...
Tapi sebab awak...

Ya awaklah puncanya mengapa saya menangis hari ni..

5 bulan tanpa awak di sisi dah cukup buat saya merana...
5 bulan tu bukan sesuatu yang mudah untuk saya lalui...
Hati saya sakit sebab setiap hari saya menanggung rindu terhadap awak...
Tapi sesaat pun awak tak pernah ingat tentang saya kan?
Sebab tu dia boleh muncul dalam hubungan kita...
Bila awak kembali, hanya Tuhan yang tau betapa gembiranya saya.
Tapi nama 'Lyssa' dah merosakkan segala-galanya..!

Mungkin dia tak tahu tentang kewujudan saya kalau saya sendiri tak buka mulut kan?
Betul tak?

Awak,
Jujurlah pada saya awak...
Sape saya pada awak sebenarnya?
Di mana kedudukan saya dalam hati awak?

Kalau saya bukan sesiapa bagi awak dan tiada ruang untuk saya di hati awak,
Saya rela undur diri...
Saya akan hilang dari hidup awak buat selamanya...
Mungkin Lyssa lebih layak untuk berada di sisi awak...

Sunday, 26 June 2011

1st Giveaway by Cempaka Kuning

Assalamualaikum...

Sekarang ni aku nak join GA plak! wee ~


Klik SINI untuk join

Saya nak tag :
Okay DONE !!

P/S : Harap2 menang hehe ^^"

Contest Header Percuma by SBK

Assalamualaikum...


Nampak tak banner kat atas ni??
Nampak tak?
Kalau tak nampak meh Myra bagi pinjam speck mata Myra ni haha ~

Okay-okay, memandangkan blog Myra ni belum ada header,
(sebenarnya Myra tak berkesempatan untuk buat header sendiri sebab selalu busy....)
so why not Myra join contest SBK kan? hehe...

Ciri-ciri header :

  • Mestilah comel. Ni yang paling penting sekali ok!!
  • Kalau boleh Myra nak letak gambar Myra sendiri... Scroll ke bawah untuk tengok gambar tu ye hehe.
  • Mesti ada kata-kata ni, "Kejayaan semanis madu memerlukan pengorbanan sepahit hempedu" sebab kata-kata ni dari salah seorang cikgu Myra masa darjah 4, and this is my motto in life O.-
  • Mesti ada url blog Myra.
  • Yang lain-lain bergantung kpd kreativiti SBK untuk meng'cute'kan header Myra ye hehe...


Pic 1

Pic 2

Pic 3

Okay ni je yang diperlukan untuk header Myra!
P/S : Pic 3 tu kalau boleh buat dia nampak macam transparent sikit... Tak taw nak cakap macam mana tapi macam tu la hihi...
Okay babai !

Klik SINI untuk join ~

Saya blogger gadis melayu

Assalamualaikum...

Ha nak saya nak join bloglist Cik Ayu lah boleh tak??
Oleh kerana tuan blog dah jemput saya, so saya pun dengan rela hati menjoinkan diri saya hehe...

klik SINI untuk join ^^


Saya nak tag :


DONE xD
Assalamualaikum...

Zaman sekarang ni dah tak macam zaman dulu-dulu kan? Ada je yang tak puas hati dalam hati masing-masing. Orang lebih dari dia, dia pun nak lebih. Orang kurang dari dia, lagi dia suka. Jenis aku, aku tak kisah pun.

Member ada bf, dah jarang lepak sama-sama, takde hallah... Member pakai hp touch screen, aku pakai hp cikai2 yang takde kaler punyer, pun takde masalah. Member takde duit, aku bagi pinjam... tak pernah pulak tu mintak dia ganti balik... Bila aku takde duit nak tolong dia, mula lah aku rasa bersalah sebab as a friend, aku rasa tak berguna bila tak dapat tolong member yang tengah bermasalah ni....

Tapi boleh dia kata, aku dengan bf aku tipu dia?? "Janji nak bagi, tapi habuk pun takde...." Fulamak... Sekarang apa cerita eh sampai sanggup dia kata aku macam tu? Dia lupa ke, hp baru dia sekarang, sape yang belikan? Iz jugak yang belikan... tak nak la cakap berapa harga, yang penting kitorang ikhlas belikan dia hp tu yerk... tak pernah pun mintak ganti... Marah dia lagi ada la sebab gatal sangat tangan tu nak ganti duit hp... Aku tak kisah pun? Wei yang belikan ko hp tu bf aku la sayang...

Aku ni awek dia sendiri pun pakai hp murah-murah je...

Bukan nak mengumpat ke hape... Tapi sedih la wey.. Member paling baik sanggup kata aku macam tu. Haha. Lumrah lah.. Ada pasang surut dalam apa-apa hubungan pun kan... Kawan tak kawan, mesti ada time2 gaduh mesti ada time2 enjoy sesama...

Tapi takpe, aku tak amik hati pun... Juz kecewa je dengan perangai dia... Hope lepas ni kitorang takkan gaduh lagi la yerk.. Aku susah hati la member sama member gaduh pasal hal kecik macam ni kikiki...



Saturday, 25 June 2011

Semalam punye penat, hari ni tak hilang-hilang lagi....

Assalamualaikum...

Aduhai... penatnya badan aku. Alhamdulillah Iz dah balik. & dia tak apa-apa. Hehe. Seronok jugak lepak dengan dia semalam. Rindu tak hilang lagi sebenarnya ni. Sampai sekarang aku lepak with him okay. Macam tak nak balik aka tak tahu jalan nak balik haha. Sewel sudaa...

Aku penat gila kot? Kelmarin Si Kecik Aina tu lepak sekali dengan kitorang. Planning mula-mula nak pergi Desaru mandi laut. But then tukar plan. Kitorang pergi mandi Water Park kat Starhill. Penat jangan cakap la. Sampai sekarang duk mengantuk je! How come nak driving macam ni eh?

Ahh nasiblah. Semalam pun aku hampir lose control stereng kereta, mengantuk plus terkejut lori kat depan bukak lampu besar tetiba. Bro lu ada lesen ke takde lesen bro? Wa dah kat depan lu ni lu boleh main lampu besar lagi. Kalau wa eksiden sape nak jawab bro? Lu jangan ingat tu jalan moyang lu la wey. Hormat pengguna jalan raya yang lain. Aparaaakkk...

Nasib baik ada Iz kat sebelah. Dia pun penat so aku yang drive. Hihi. Dia balas lampu besar balik kat lori tu. Kurang asam betul. Brader tu hampir buat nyawa aku melayang beb. Cilakak punyer orang.

Arghhh mengantuknya!!!!

Aku nak tidur la babe. Chow dulu key?

Wassalam.

Tuesday, 21 June 2011

Menjaga Hati

Masih tertinggal bayanganmu
Yang telah membekas di relung hatiku
Hujan tanpa henti seolah petanda
Cinta tak di sini lagi
Kau telah berpaling...

Biarkan aku menjaga perasaan ini
Menjaga segenap cinta yang telah kau beri
Engkau pergi.. aku takkan pergi...
Kau menjauh.. aku takkan jauh...
Sebenarnya diriku masih mengharapkanmu...
oohh.. oooh..

Masih adakah cahaya rindumu
Yang dulu selalu cerminkan hatimu
Aku takkan bisa menghapus dirimu
Meski ku lihat kini kau diseberang sana

Andai akhirnya kau tak juga kembali
Aku tetap sendiri menjaga hati...


Tetiba teringat lagu ni... Ntah macam mana boleh teringat lagu ni plak... Hati aku sebak la weyy... Masalah bertimbun... terlampau banyak... and aku kena setelkan semuanya sendiri... Rasa tak kuat sangat diri ni nak tanggung sorang-sorang... Nak harapkan dia, dia ntah ke mana... nak harapkan kawan, masing-masing busy... sape lagi yang boleh diharap?

Aku rasa nak hidup sorang-sorang tanpa ada nyawa lain atas muka bumi ni. Takkan ada masalah yang timbul. Takkan ada rasa sakit hati. Semuanya cun je. Haha kalau nak sangat hidup macam ni pergi je la kat plant pluto sane. haha..

Rasa nak nangis je dari tadi... tapi airmata yang keluar cuma setitis dua je... Aku nak buat macam mana sekarang.. Ada orang mintak tolong dengan aku & aku tak boleh tolong orang tu, rasa terkilan & bersalah sangat sebab tak dapat tolong. Diri sendiri & masalah sendiri pun takde sape nak tolong sekarang ni...

Merintih macam mana pun takde sape sudi mendengar ye tak? Kecuali Dia...

Aku takut sangat nak tunggu hari esok... Macam ada benda yang akan berlaku esok. Aku harap takde benda buruk berlaku kat Iz... Aku betul-betul sayangkan dia. Ntah macam mana aku nak teruskan hidup kalau dia takde kat sisi aku? Sekarang je dah terasa macam separuh mati. Apa lagi nanti. Aku tak nak perkara tak elok berlaku kat dia...

Ok aku terpaksa stop kat sini... Nak keluar tenangkan fikiran. Mudah-mudahan otak aku dapat cari jalan nak setelkan masalah yang menimbun ni... Amin...

arghh...

Tension...

Tersangat tension...!!!


Hati Saket

Assalamualaikum...

Semalam baru jer aku hantar dia naik bas kat Skudai. Semalam jugak aku dah ingatkan dia, kalau aku call, tolong lah angkat. Semalam pun aku dah cakap, tolong lah call baba. Anything happen kat sini bila dia takde, aku tak boleh mintak tolong orang lain dah. Aku cuma harapkan dia je sekarang. But why susah sangat dia nak faham?

Ya aku taw lah dia pergi KL tu sebab nak jenguk abang angkat dia excident. Tapi cuba fikir, takkan takde masa langsung nak angkat call aku? Kalau kat hospital, keluar la kejap angkap fon tu bila aku call. Aku kat sini dah macam nak gila la weyy. Mama dia dah call aku dari tadi mintak tolong. Aku nak tolong macam mana bila kereta rosak, tak boleh start.

Tolong la sayang... Aku tak tahu nak buat macam mana ni. Hari ni pun aku tak pergi sekolah sebab kereta buat hal. Takut kena marah dengan baba terpaksa lah aku buat-buat pergi sekolah. Dah tak tahu nak mintak tolong dengan sape lagi dah ni. Semalam punya kes pun belum setel lagi.

Kes excident dengan mamat celaka. Bayangkan, dalam parking lot kat Jusco pun boleh excident. Bertambah masalah aku sekarang ni. Kalau hantar bengkel orang tu cakap makan rm400 jugak siap cat sekali. Mana aku nak cekau duit weyy. Mana aku nak cari duit banyak tu weyy. Buku sekolah pun tak beli lagi. Yuran pun tertangguh sekarang ni.

Aku taw dia pergi KL bukan semata-mata nak jenguk abang angkat dia je. Tapi sebab nak jumpa dengan Lyssa. Aku taw semua la sayang. Ko jangan nak tipu aku lagi. Nampak sangat ko tipu. Baru minggu lepas kita bincang pasal Lyssa tu and now U pergi KL nak jumpa dia plak. Nak buat apa jumpa dia. Tak payahlah... I lagi perlukan U dari dia tu.

U dah janji dengan I kan yang U takkan ada sesiapa lagi lepas ni rite. Hal kita pun tak setel sepenuhnya lagi sekarang ni. Arghh angkat la call I! Tension la weyy!!

Nak pecah otak aku ni la!

Ya Allah beratnya dugaan yang Engkau beri... Tak terdaya aku nak melawan ketentuan-Mu Ya Allah...Jika ini jalan yang Engkau tentukan buatku, aku redha Ya Allah...

Rasa nak menangis pun ada... Saat kita betul-betul perlukan dia, mesti dia takde kat sisi kita, kan? Ya Allah... tetapkan hati ku agar tak mudah berprasangka buruk Ya Allah...

Ku Kembali...

Assalamualaikum...

Hai hai hai! Lama dah aku menyepi & now i'm back! erkk... ada sape-sape yang perasan ker aku dah 2 minggu kena culik ni? ehhh,... haha.. merepek plak memalam ginie...

2 minggu ni aku agak busy... busy dengan many things... pasal homework, pasal my Mr. Pinokio yang tetiba kembali mengacau hidup aku ni, pasal kawan-kawan, and banyak lagi...

Apa pun, aku happy sangat... why? jeng3... nak tahu ker? hm sebelum aku cerita dengan lebih detail lagi, aku nak bagitahu yang aku betul-betul tak sangka Mr. Pinokio aku tu akan contact aku balik. Betul tak tipu. Malam tu aku ada kat rumah atok. Then tergerak hati nak call Cik Ana, anak buah mama beliau yang selalu tolong kat kantin tu... Bila dah berbual lama, Cik Ana tanya aku macam ni :

Cik Ana : Ecah dengan Napi macam mana?

Aku : Eh Napi? Budak yang nakal & jahat tu ke?

Cik Ana : Eleh nakal-nakal pun sayang kan???

Gulp... hahaha... pandai lah Cik Ana perangkap aku. Nak jawab ke tak? Nak jawab macam mana eh??

Aku : Hm dulu sayang laaa... Sekarang dah tak sayang dah...

Cik Ana : Nape plak?

Haish banyak tanya plak orang tua ni laaaa...

Aku : Yela.. Dia dah ada orang lain, takkan nak sayang-sayang lagi kan... Biarlah dia tu...

Tak pepasal mood aku sedih.. Choii!!

Cik Ana : hahaha macam tu plak budak ni... Hm ok lah Cik Ana ada kerja ni. Nanti sembang lagi ok!

Aku : Ok ok... Assalamualaikum...

Then, tak sampai 2 minit aku dapat satu sms from unknown number... Well... terkejut jugak sebab sms tu berbunyi macam ni :

"Cari iz eh?"

FYI, Mr. Pinokio tu A.K.A Napi A.K.A Iz. Pelik eh kenapa banyak sangat nama? Hihi... Napi tu panggilan dia kat rumah... Iz tu panggilan aku kat dia... Mr. Pinokio lak panggilan kedua aku kat dia sebab dia tipu aku sebelum ni... Hm ok, maybe sekarang aku tak kan panggil dia Mr. Pinokio lagi.....

Okay jom tengok apa yang kitorang duk sms malam tu ~

Aku : Yup carik Iz. Sape ni?

Iz : Napi.

Aku : Napi mana?

Iz : Ni I la mengong. Dah tak kenal? Geget telinga tu kang.

Aku : U? Biar betul? Number sape ni?

Ekceli aku gugup time ni... nasib baik just sms jer... seyezly, aku rindu suara dia...

Iz : Num I la. OOo dah tak sayang I ye. Yela kan. Takpe. Ni ha, ATM U I nak pulangkan ni.

Aku : Eh mana ada tak sayang? Sape cakap? HM...

Iz : Tadi U cakap kat Cik Ana, dulu sayang sekarang tak dah...

Aku : Macam mana I nak sayang kat orang yang tak sayang I?

Then dia diam je... Huhu... Sedih la weyhh. Walau apa pun yang aku cakap-cakap selama ni tapi hati aku tetap sayang dia. hehe. Lepas tu aku call dia. Aku paling tak suka bila orang balas sms aku lambat-lambat. Saje nak buat kita tertunggu-tunggu. Haishh bagi penumbuk sebijik kang baru taw.

Aku : Assalamualaikum.

Iz : W'salam. Hah budak kecik!

Aku : Weyy ape budak kecik budak kecik haa....

Iz : Haha takdelah. Rindu nak panggil U budak kecik. Hahaha. Sihat ke ?

Aku : Elehh. Rindu konon. Sihat je la kot. U? Sekarang ni U katne?

Iz : Hm sihat je. I dah kat JB dah.

Aku : JB? Bila U balik??

Iz : Dah dekat seminggu jugaklah.

Aku : Ouh dah seminggu balik pun tak reti-reti nak cari I ke?

Iz : I busy la sayang . Eh budak kecik, nanti call I lagi boleh? I tengah drive ni....

Aku : Tengah drive ke... Nape tak cakap awal-awal. Hm Ok. Ni tengah drive ni, sapelah yang duduk kat sebelah tu kann...

Iz : Haha kat sebelah I ni mestilah awek derrr...

Aku : Ah dah agak dah. Awek keliling pinggang, menyampah! Ok la bye.

Iz : Alolo merajuk plak. Kat sebelah I ni mama kesayangan U la syg oiii... Mana ada orang lain...

Aku : Hm yelah. Dah lah letak la tepon tu. Drive hati-hati. Bye.

Iz : Ok. Bye.

Ha tu lah apa yang kitorang sembang malam tu. Nampak biasa je macam takde benda penting pun sampai aku nak abadikan semua nya dalam blog ni kan? Biarlah, kalau aku nak tulis jugak korang bukan boleh buat pape haha. Saje je buat kenangan sebenarnya... Tapi kan, aku tak tahu macam mana dia tahu semua yang aku cakap kat Cik Ana tu hahah. Nasib lah. Ntah-ntah Cik Ana spy dia sebab tu Cik Ana tanya-tanya pasal Iz kat aku. Jahat tol dorang ni.

Pape pun, aku harap lepas ni kami takkan terpisah lagi. Aku tak sanggup nak kehilangan dia macam dulu. 5 bulan aku tunggu dia taw. Orang kata, 5 bulan apa lah sangat ye tak? Tapi bagi aku 5 bulan tu dah macam 5 tahun. Terseksanya hati cuma Tuhan je yang tahu.


Wednesday, 1 June 2011

Mana Maruah Diri? Dah Campak Ke Laut Ker?

Assalamualaikum...

Omg Omg Omg...
Sedang aku termenung kat dashboard tadi apabila dilanda kekosongan otak yang melampau, aku terpandang satu entry dari sis Zila tentang budak perempuan yang of course masih tak tahu hukum hakam agama agaknya ni terang-terangan buat statement gila macam tu... Ekceli aku buat tak tahu jer memula tu. Masa mengadap twitter plak dah memang ramai yang duk potpet2 bout this girl. And ok, aku perlu tengok what the hell is going on.

And you know what? I think this girl memang takde otak punyer orang kot? WTH dia buat statement like that? Girl, ur mom tak ajar yu macam mana nak jaga maruah diri ker weyh? Ur dad tak pernah ajar yu pasal hukum hakam agama ke?

Aku, sebagai seorang perempuan memang rasa macam nak termuntah as aku baca ayat dia :
N**** E***** . Fourteen . Stay at Bandar Kinrara Puchong . Don't HATE me coz I'm Beautiful okayh :)
BTW, u gorgeous sangat ke?

Haha. Geli aku doe. Okay, kita memang tak boleh nak persalahkan dia 100% rite? Kita suppose tolong dia selagi mampu. I mean, moh kita reramai doakan supaya diampunkan segala dosa-dosa dia ni... Kenapa mudah sangat ea nak pedajal hidup sendiri? Lelaki plak, kenapa mesti nak rosakkan kaum wanita walau dipinta sekali pun? Omg....

Dunia akhir zaman... aku just nak ingatkan dia ni, don't talk about MARUAH DIRI kalau kau sendiri dah gadaikan MARUAH DIRI kau tu. It's very memalukan ok!

Mid-Year Giveaway by Nisa Menaip

Assalamualaikum...

Ehem-ehem.. Ni first time aku join GA ni... Mana tahu boleh menang ye dok?? Aku nak join Giveaway dari Nisa Menaip. Korang nak join tak???

 Jom cekidaut syarat-syarat wajib nak join giveaway ni :)

1. Buat entry yang simple, mesti letak tajuk Mid-Year Giveaway by Nisa Menaip.
2. Letak banner ni dalam entry korang dan link kan gambar ni ke entry giveaway ini. Banner ni tak perlu letak di sidebar.

3. Wajib letak link para sponsors seperti di bawah :
4. Nak tag orang boleh (tak lebih dari 2), taknak tag orang pun takpe. Korang sebar-sebarkan lah pasal giveaway ni pun dah sangat bersyukur :)


5. Mematuhi semua perkara di atas. Sesiapa yang kurang kriteria, akan di reject. Maaf ye, keutamaan diberi kepada yang betul-betul put an effort ikut semua perkara wajib di atas.

6. Dah buat entry, macam biasalah, tinggal kan link entry korang di ruangan komen entry ini. Nanti aku check tau!

kalau nak tahu hadiah ape yang beliau-beliau ni sponsor, meh tekan sini. Mantap-mantap yu hadiah dia. Cakap lah sape yang tak nak? Meh aku sekeh kepala beliau dengan penuh kelembutan heeee~ nak join tak? cepat join sebelum terlambat okehh!!
TARIKH MULA : 31 MEI 2011  >   TARIKH TUTUP : 6 JUN 2011
P/S : Giveaway ni terbuka kepada semua blogger Malaysia, tidak kira lelaki atau perempuan.

Pakcik Ben Gegar Budak Sekolah

Assalamualaikum...

hooray hooray... lagi dan lagi segmen dari pakcik BA... hehe..


klik sini kalau nak join ok!

sebelum myra nak bagitahu kenapa myra buat blog nie, myra nak buat statement sikit kat sini,

Pakcik BA , Myra takde kakak lahhhh . just ada abang jer . nak kirim salam sekali ke ? hehe .
KENAPA SAYA BUAT BLOG?

jeng jeng jeng.... nak tahu tak? jom cekidaut sesame....

Myra mula berjinak-jinak dengan dunia blogging ni pada hujung tahun 2009. See? Baru lagi... That time Myra tak active pun, just selalu buka blog kengkawan jer. Bila tengok kawan-kawan makin ramai yang ada blog, Myra terus jadi active berblogging. Tapi tu pun setelah lebih setengah tahun ada blog. Masa tu tujuan Myra bila mula berblogging ni cuma nak berkongsi kisah hidup Myra dengan kawan-kawan sebab kadang-kadang kita nak cerita kat diorang tapi tak terluah. Since Myra seorang yang suka menulis so tak salah kalau Myra abadikan semuanya dalam blog Myra ni rite?

Ya Myra taw, blog Myra ni takde langsung unsur-unsur ilmiah. hahahaa. Heck, nak tulis unsur-unsur ilmiah pun takut tersalah tulis nanti jadi isu lak ececehh haha. Informasi? kalau ni maybe ada kot. Tapi sikit jer tak banyak. Bila dah naik form 6, baru terasa nak share something yang bermanfaat hahaha kalau tak jangan haraplah.

Selain dari tuuu... Myra nak tambah kengkawan lagi. Yang ni of course ramai yang nak kan kan kan... Sape yang tak nak ada ramai kawan. Heheh.... Dulu follower Myra tak sampai pun 10 orang. Berkat usaha meng'join'kan diri Myra dalam segmen pakcik BA alhamdulillah dah cecah 50 lebih... Syukur la... kekadang jeles gak tengok orang lain sampai 100 juta huhuhu. ok tipu....

Tujuan terpendam Myra plak, em em... yang ni tak tahu nak bagitahu ke tak.. em... malu plak huhu... Ekceli Myra suka melukis & menyanyi. so Myra pernah terfikir nak jadikan blog Myra ni sebagai Official blog untuk Myra tunjukkan bakat Myra. Tapi hajat ni still tak kesampaian... Tak tahu kenapa? Haihh... :(

Ok la dah banyak sangat membebel ni. Hehe.... Ouh yer, Myra dah vote pakcik BA... korang dah? Kalau belum, klik sini. Fighting2!!