Sunday, 26 June 2011

Assalamualaikum...

Zaman sekarang ni dah tak macam zaman dulu-dulu kan? Ada je yang tak puas hati dalam hati masing-masing. Orang lebih dari dia, dia pun nak lebih. Orang kurang dari dia, lagi dia suka. Jenis aku, aku tak kisah pun.

Member ada bf, dah jarang lepak sama-sama, takde hallah... Member pakai hp touch screen, aku pakai hp cikai2 yang takde kaler punyer, pun takde masalah. Member takde duit, aku bagi pinjam... tak pernah pulak tu mintak dia ganti balik... Bila aku takde duit nak tolong dia, mula lah aku rasa bersalah sebab as a friend, aku rasa tak berguna bila tak dapat tolong member yang tengah bermasalah ni....

Tapi boleh dia kata, aku dengan bf aku tipu dia?? "Janji nak bagi, tapi habuk pun takde...." Fulamak... Sekarang apa cerita eh sampai sanggup dia kata aku macam tu? Dia lupa ke, hp baru dia sekarang, sape yang belikan? Iz jugak yang belikan... tak nak la cakap berapa harga, yang penting kitorang ikhlas belikan dia hp tu yerk... tak pernah pun mintak ganti... Marah dia lagi ada la sebab gatal sangat tangan tu nak ganti duit hp... Aku tak kisah pun? Wei yang belikan ko hp tu bf aku la sayang...

Aku ni awek dia sendiri pun pakai hp murah-murah je...

Bukan nak mengumpat ke hape... Tapi sedih la wey.. Member paling baik sanggup kata aku macam tu. Haha. Lumrah lah.. Ada pasang surut dalam apa-apa hubungan pun kan... Kawan tak kawan, mesti ada time2 gaduh mesti ada time2 enjoy sesama...

Tapi takpe, aku tak amik hati pun... Juz kecewa je dengan perangai dia... Hope lepas ni kitorang takkan gaduh lagi la yerk.. Aku susah hati la member sama member gaduh pasal hal kecik macam ni kikiki...



No comments: