Tuesday, 30 August 2011

Lagi Entry Tentang Eid :)

Assalamualaikum...
Salam 1 blogger,

Takmo cakap banyak, jom scroll ke bawah dengan perasaan "____?____"
Terserah pada korang nak perasaan ape pun, tapi semoga perasaan yang happy-happy la huhu
merepek dah aku ni [v__V]










Semua Orang Duk Buat Entry Nie , So Aku Pun Nak Buat Gak ^____^





    
Assalamualaikum...
Salam 1 blogger,

Allahuakhbar Allahuakhbar Allahuakhbar Allahuakhbar...
Lailahaillallahuallahuakhbar...

Sayu an an an dengar takbir raya nih. Dah lah aku baru jer kehilangan orang yang tersayang. Huhuhuhu. Korang dah balik kampung belum? Atau ada yang kena kerja tahun ni? Haha. Bebudak sekolah mesti seronok duk collect duit raya kan kan kan. Macam time aku kecik-kecik dulu arrrr..

Wajib ada atas meja :) Pembuka selera ni...
Bangun pagi jer, lepas mandi, pakai baju raya, salam cium tangan mak bapak, mintak duit raya kat pakcik makcik (kena beratur dulu errrr... kalau tak tak dapat), makan minum sikit le untuk tenaga, pastu berjalan collect duit tak ingat dunia. Ahahaha. Keluar masuk rumah orang, tapi kan, selalunya, tak ramai yang nak masuk rumah minum-minum atau makan-makan, yang paling penting tu, duit raya dah dalam tangan.

Kuih Semperit : My Favourite
Pastu dulu-dulu punya zaman, seringgit tuh punya lah susah nak dapat kat satu-satu rumah. Bila sekarang, dapat 50 posen jer merungut dalam hati (kedekut betol tuan rumah ni). Sama gak bila kitorang jenjalan ramai-ramai, ciput jer tuan rumah tu bagi. Tapi..... bila sorang dua orang jer yang datang, kire dapat lebih jugak la kan. Tu dah macam taktik kitorang nak dapat duit raya lebih dulu ahahaha.

Ni pun wajib ada hehehehe
Ni dah tua-tua ni agak 'tersedar' diri la kan. Tak macam dulu dah. Dah pandai duduk dapur, tolong masak-masak (laaa sangat), tolong buat air segala bagai, sampai tak tidur malam dibuatnya. ngehngehngeh. Ni semua dah memang tradisi dari dulu agaknyer. bnda pelik-pelik yang kitorang buat. haha. Ape pun, tu semua kenangan. Kenangan dengan keluarga yang lain di pagi raya. Tak semua orang dapat peluang yang sama macam aku. Tahun ni, dah ramai yang takde. Rasa rindu tu jangan cakap lah.

Tart Nenas : Favourite Abang Aku
Lepas sembahyang raya tadi, terus aku bukak blog ni. ops kantoi harharhar. at least aku sembahyang raya errrr... korang pi tak? macam tak jer tuh... Lepas ni maybe kitorang gerak pi Tanah Perkuburan Kebun Teh untuk ziarah semua ahli keluarga yang dah takde. Hmmmm :)

Apa pun, aku doakan semoga hari raya korang semua berjalan dengan lancar. Raya-raya gak, jangan lupe bagi duit raya kataku hehehehehe.

^___^


Saturday, 27 August 2011

Selamat Tinggal Atok Mak... Kami Sayang Atok :)

Assalamualaikum...
Salam 1 blogger,

Hilangnya seorang nenek @ Atok Mak yang sangat aku sayangi betul-betul buat aku down...

Tinggal seorang je nenek aku kat dunia ni, tapi Allah dah pun ambil dia dari kami semua.

Seminggu lebih jer lagi nak raya masa tu. Hari Jumaat pukul 1 lebih, aku baru jer lepas mandi sebab bangun lambat. Tetibe Baba tepon number adik. Tapi adik kat sekolah. So aku lah yang angkat.

Baba : Assalamualaikum. Em sape ni?

Aku : Wassalam. Ni Myra. Nape Ba?

Baba : OK, Aishah... Abang mane?

Aku : Abang tido lagi arrr... Belum bangun pun.

Baba : Em.. Kamu pi kejut abang skang.. Pi kejut pi..

Aku : Lah nape ni Ba? Ada pape ke??

Tapi Baba tak jawab pun. Dia suruh aku kejut abang time tu jugak. Ok fine, aku pun kejutlah. Masa aku tengah kejutkan tu, Baba cakap something.

Baba : Aishah, kamu kejut abang suruh bangun now. Then, pegi amek adik kat sekolah ok...?

Aku pelik binti heran jugak sebab volume suara Baba tu slow sangat. Lepas tu, macam nak cakap sesuatu tapi tak terluah..

Aku : Tapi nape?

Baba : Kamu dengar sini baik-baik k.. (aku dengar Baba tarik nafas dalam.. dalam sangat. Macam berat nak cakap) Atok Mak dah meninggal... Skang ni pegi amek adik kat sekolah, lepas tu terus pegi rumah Atok. Nanti Baba susul kamu... Drive tu hati-hati. Jangan laju-laju.

Ya Allah, dugaan apa lagi yang engkau berikan pada kami... Aku menangis. Menangis & menangis. Tak sangka, cepat betul Atok tinggalkan kitorang semua.

Abang dah bangun, aku pun bagitau dia berita mengejut tu. Dia nampak tenang, tapi aku tau, airmata dia dah nak jatuh. Cuma tak nak tunjuk kat aku je. Hanya Allah yang tau hati kami masa tu. Terkenang plak macam mana Mama pergi tinggalkan kitorang. Dalam bulan yang sama, Ramadhan. Tapi, yang beza cuma tarikh & hari...

Lepas Baba letak tepon, aku naik atas. Duduk termenung kat tepi katil. Sedih. Rindu tiba-tiba datang menerpa. Ntahlah... Antara percaya dengan tak, tapi tu la hakikatnya.

Terkenang kali terakhir aku jumpa Atok dulu... Hari pertama puasa, kami datang rumah Atok berbuka ramai-ramai dengan Atok dan keluarga Pak Sham & Mak Wa (adik-beradik Mama). Meriah tetap meriah walau hanya kami yang ada. Atok makan banyak. Lagi-lagi murtabak. Sebabnya, kitorang tak tau pun Pak Sham dah beli murtabak, bila kitorang datang bawak murtabak, kat atas meja dah ada dua pinggan murtabak terhidang. Hahaha.

Kuih raya semua dah beli, tinggal nak susun dalam balang je. Langsir pun dah siap, tunggu Cik Yati datang bawak langsir lepas tu pasang. Rumah dah siap kemas. Baju raya pun dah beli rasanya. Semua tu tunggu hari raya je Tok. Tapi Atok tak sempat, kan...

Tak sempat rasa kuih raya, tak sempat masak ketupat macam tahun-tahun lepas, tak sempat tengok langsir baru... Duit raya pun dah tukar kat bank, duit raya untuk kitorang ye Tok? Rindu nak salam & cium tangan Atok, lepas tu cium dua-dua pipi Atok... Tahun ni, agak-agak ada lagi tak serunding yang rasa dia serupa macam serunding yang Atok buat?

Atok, masa Aca gaduh dengan Baba dulu, Atok yang selalu jadi backup Aca. Papehal mesti Aca ngadu kat Atok. Atok pun tau kan, Mama dah takde... Mesti Atok faham, kan? Ni Atok dah pergi, Aca nak ngadu kat sape lagi lepas ni Tok?

Kalau balik kampung, tujuan tiap-tiap tahun tu sebab nak jenguk Atok. Sihat ke tak, makan apa hari ni, buat apa je kat rumah, masak apa, semua semua tu laaa....

Tapi sekarang? Rumah Atok tu dah sunyi tau? Kalau petang-petang, mesti Atok round satu rumah nak tutup daun tingkap. Yelah, rumah kampung, banyak tingkap... kan Tok kan...? Kalau Aca nak tolong, Atok tak bagi. Boleh exercise Atok cakap. Alah Atok ni... Sekarang, kitorang plak yang buat tu semua... Ntah-ntah, rumah Atok dah kosong ni, tingkap pun dah tak bukak lagi. Tunggu hari raya jelah baru anak cucu cicit Atok balik. Baru 'hidup' rumah tu Tok.

Atok, sehari sebelum Atok pergi, Aca dah plan dengan kawan nak bawak nenek dia jumpa Atok. Kan Atok pernah cakap, nenek dia jiran Atok dulu. Tapi dah lama tak jumpa bila diorang pindah. Dah bertahun tak jumpa, baru tahun ni dapat jejak diorang kat mana kan. Plan kitorang, raya ke-4 ni nak bawak nenek Itam datang rumah kita Tok. Mesti Atok dah lama tak berbual-bual dengan dia kan.

Hmmmm. Semuanya tak kesampaian. Dah takdir Atok pergi, aku terima je. Redha..

Korang boleh tolong aku tak? Tolong sedekahkan al-Fatihah untuk arwah Atok Mak & arwah Mama aku. Semoga sejahtera mereka disana. Tak luak pun kita sedekahkan surah-surah al-Quran pada mereka kan? Yang penting ikhlas.

Al-Fatihah...








Wednesday, 17 August 2011

Tak Nak Baca Pun Takpe. Tak Paksa. Tapi Kalau Dah Baca, Please Drop Ur Comment? Nasihat, atau Kritikan, Just Drop It...











Assalamualaikum...
Salam 1 blogger,

Dah takde title lagi panjang ke aku nak letak hahaha... Werkkk xP



Video ni selalu buat hati aku tersentuh.

Eh eh! Kenapa nie? Apehal entry kali ni pasal touching-touching plak ni?

Haha, baca je laaa.... sebelum tu, korang baca dulu entry aku kat SINI... baru lah korang akan faham kenapa aku tersentuh tiap kali aku tengok video kat atas ni... Sebenarnya, dia pernah post video ni kat FB dia dan tulis, "Untuk seseorang yang aku sayang... Tapi aku tak dapat memiliki hatinya... :'("

Apa yang tertulis dalam video tu memang sangat kena dengan kehidupan aku waktu tu... Dia selalu abaikan aku, lebihkan kawan-kawan dia yang lain daripada aku.. Walaupun kitorang tak pernah jumpa, tapi masing-masing faham... Ada sesuatu yang kitorang rasakan tapi takde sapa pun nak mulakan... Dan akhirnya ia terpadam macam tu je... Sedihkan...? Mungkin aku yang bersalah sebab tak tunggu dia, tapi aku sangat takut kalau-kalau aku hanya bertepuk sebelah tangan je. Yelah, cinta alam maya banyak risiko...

Takpelah, itu cerita lama... Sekarang, dah ada seseorang yang mengisi kekosongan hati dia... Seseorang yang dekat dengan dia, tiap-tiap hari boleh jumpa, tak payah tunggu call atau mesej... Rindu je jumpa, jumpa je rindu.... Aku tumpang bahagia dengan kehidupan dia sekarang... Yang buat aku sedih, kehidupan aku sekarang tak macam apa yang aku impikan... Sebak pun ada...

Orang selalu cakap, "kau masih muda dik, jangan asyik fikirkan pasal cinta..." Tapi aku tak boleh menolak andai cinta tu datang pada aku... Aku tak pernah fikir semua tu, tapi cinta tu sendiri yang datang... Haha, aku teringat plak, baru 3 hari lepas aku berdebat dengan Aken pasal cinta. Ahahaha... Dia pun baru putus cinta masa tu. Paling sadis lagi, awek dia minta putus masa harijadi dia... OMG kesian la kat dia, tapi malam tu jugak lepas aku potpet2 dia okay dengan awek dia... Baguslah ^_____^

Aku happy kalau kawan-kawan aku happy....

Tapi sekarang aku sedih... Dan sejak akhir-akhir ni aku selalu fikir, kenapa aku tak tunggu dia? Kenapa aku pilih Iz? Kenapa aku berubah hati masa tu walaupun aku tau aku sayangkan dia? Kenapa aku tak boleh sabar sikit je lagi, mesti dia akan luahkan perasaan dia kat aku kan.... Itu lah kita, asyik KALAU, KALAU dan KALAU!

Hurmmm.... Birthday dia 12 Ogos lepas, tapi aku tak wish pun... Sebab aku tak sanggup nak wish, even wish kat FB dia pun aku tak nak.... Hehe, pengecutnya aku ^__^

Kenapa aku sedih? Korang tau tak kenapa? Hahax.... Aku pilih Iz, sebab aku rasa Zam tak serius dengan aku. Sebab aku rasa Zam main-main. Sebab aku rasa Zam memang sengaja buat aku jatuh hati kat dia then senang-senang dia tinggalkan aku. Yes, itu yang aku rasa dulu... Dan dalam hati aku, aku harap Iz mampu bahagiakan aku. Tapi hakikatnya, Iz tak pernah buat aku rasa happy. Tak pernah, sebabnya, bila aku dapat tau yang dia curang, semua kenangan yang kami cipta seolah-olah palsu belaka... Aku rasa, cuma aku yang anggap kenangan tu kenangan terindah, tapi Iz?

Haha... SUMPAH, aku sedih sangat petang ni... Tak tau kenapa aku cerita semua ni... Penting ke? Tak penting dah pun... Takde apa yang boleh aku ubah... Semua dah tertulis...

Pasal Iz, aku dah tak contact dia lagi dah. =) Biar dia enjoy dengan hidup dia sekarang. aku takmo ganggu. Lagipun, aku nak jauhkan diri dari dia. Biar pun dia selalu mesej aku, call aku, aku takkan layan. 2/3 hari aku tak layan, diamlah dia.. & memang betul pun, sampai sekarang dia tak contact aku lagi. HAHAHA... Pandai kan aku? Dah sebulan kami tak contact, tak jumpa... Rindu? Ishhh tak lah. Tak rindu pun... Untuk apa aku rindu seseorang yang selalu lukakan perasaan aku? Tak berbaloi kot.

Hehe... ^____^

Sekarang ni, aku cuma nak luangkan setiap masa yang ada dengan family & buddies aku... Tu lah penawar untuk setiap garis luka yang ada ni... Cuma diorang yang boleh buat aku happy. Hehe...










Tuesday, 16 August 2011

For all Muslim

Assalamualaikum...
Salam 1 blogger,

Cuba korang baca ni ~

BEWARE!
Pemberian CD percuma yang bertajuk AHMAD'S DREAM motifnya untuk memurtadkan orang melayu ISLAM!!!! Watak lakonan oleh orang melayu yang berjaya dimurtadkan....Sebarkan kalau sayangkan ISLAM!!! Bahayanya kartun POKEMON. bermaksud' SAYA YAHUDI'. PIKACHU bermaksud ' JADILAH ORANG YAHUDI'. CHARMANDER bermaksud 'ALLAH ITU LEMAH'. (NAUZUBILLAH).

Jadi tolong Copy & Paste kepada semua umat Islam !!

Betul ke? Apa pun, aku harap kita sebagai umat Islam sentiasa berhati-hati ya.
Kadang-kadang kita tak tahu apa maksud setiap perkataan yang kita dengar, sebut, dan baca...
Tapi kita main sebut jer tanpa peduli tentang maksud disebaliknya.
Bagi kita yang tak tau pape, kita anggap benda ni hanya hiburan semata.
Tapi bagi mereka, ini lah cara mereka untuk menyesatkan kita.
Harap kita semua sentiasa dilindungi Allah SWT.

May God bless all of us...

Aku dulu pun selalu tengok natang ni...
Tapi sejak usia ku menginjak dewasa, aku tak layan dah benda-benda ni...
Huhu
T_____T
Seram tetibe...


Charmander

Pikachu
Artikel tentang Ahmad's Dream



Sunday, 14 August 2011

Harga daging beku sepaket RM13.90?

Assalamualaikum...
Salam 1 blogger,

Haha nak story sikit ni... Pagi tadi aku pergi beli telur sepuluh papan & 2 paket daging beku kat Tesco Tebrau... eh bukan nak buat kenduri ye, bukan bukan.... Tapi untuk berniaga bazar. Kat mane? Kalau aku bagitau korang datang serbu ramai ramai tak? Hahahaha....



Harga sepapan telur grad C = RM7.50. Ni dah kira murah la ni??? Yang ni takde masalah pun. Aku nak story pasal harga daging beku tu je.... Rugi la aku beli tadi... 2x ganda kerugian tau???

Biasa nya harga sepaket daging beku = RM8.00 ++. Aku tak ingat sen sen tu berapa... Maybe rm8.50 kot... Tapi tadi kat situ dia tak tulis harga pun. Tak tahu la kenapa?? Aku pun amek jer sebab baba dah bagitau harga sepaket tak sampai RM9 pun.. Bajet ada RM100, cukup la beli 2 paket je...



Bila cashier dah kira semua, total harga lebih dari RM100... tau berapa? RM103.00++ . (again, aku tak ingat berapa sen dia huhu --") Pelik jugak aku, tak kan baba silap kira kot? Dia kata rm100 tu cukup, ada lebih lagi... Tapi ni dah terlebih plak...

Aku bayar la... dah sampai kat kereta, aku check resit tu... harga daging beku kat situ tulis RM13.90... Pelik dah... Tak kan harga naik tak sampai 1jam kot? Sebab nya baba dah pergi Tesco dulu beli barang. Tapi duit yang dia bawak tak cukup so baba balik dulu amek duit. Tapi kerja satu pun tak buat lagi kat rumah tu so aku lah yang kena pergi... baba kata harga RM8.50... Tapi kenapa aku beli harga dah naik plak? Tak ke pelik tu? Ha apa apa pun better aku balik dulu...

Kat rumah...

Aku story kat baba pasal harga daging... Baba cakap harga sebenar dia memang RM8.50... Baba pun dah terkena tadi... Masa baba beli, dia scan harga RM13.90 tapi bila baba suruh check balik harga tu, memang betul la RM8.50... Pekerja kat situ dah keluarkan price tag daging beku tu lepas baba bagitau.. Maybe nak betulkan harga la kan...

Tapi bila aku pergi kat tempat daging beku, price tag dia takde pun... aku pun ragu ragu harga dia berapa... Tapi sebab baba suruh beli, tu yang aku beli jugak... Lepas tu baba bising. Huhu.... Rugi nye belanja hari ni =(

Elok elok belanja tak sampai RM100, dah jadi lebih... Lebih dia bukan sikit, tapi banyak plak tu!!

Macam mana la diorang buat kerja ni... Bukan nak cakap apa, tapi kena la concern sikit... Yang untung diorang, yang rugi kita... Even kalau rugi seringgit pun, kita tetap rugi what! Ni kan lagi yang berbelas belas ringgit... Tolong la peka pasal harga barang ni... Kesian kat kami ni tau... Lagi kesian kat aku, sebab kena bebel dengan baba.... uwaaaaa =(

Pada pengguna yang lain tu, kalau beli barang, tolong check harga barang tu betul betul okay. Takmo jadi cam aku ni. huhu.... Ingat yeee!!

Thursday, 11 August 2011

Sweettwinz 1st GiveAway!

Assalamualaikum...
Salam 1 blogger,


hmmmmm comel kan kan kan? Korang nak tak? hehe... Myra pun nak jugak... Lagi lagi pic 1st tu... Alololo cumey nyer ohohohho geram jerk tengok huhu... Nak join?? Click -------> SINI

|
|
|
|
|
|

GA nie special sket...Sweettwinz akan pilih 2 pemenang bertuah setiap mggu...GA nie berlansung selama sebulan = 4 mggu = 8 pemenang bertuah...setiap hari ahad bermula 14/08/2011, Sweettwinz akan announce 2 pemenang...

|
|
|
|
|
|

tarikh GA berlansung:
1st week: 08/08/2011 - 14/08/2011
2nd week: 15/08/2011 - 21/08/2011
3rd week: 22/08/2011 - 28/08/2011
4th week: 29/08/2011 - 04/09/2011


|
|
|
|
|
|

setiap penyertaan yg tidak bertuah pd mggu 1st akan dibawa ke mggu berikut nyer dan seterus nyer...


Ha amacam? Senang kan? Korang pun boleh buat 2 penyertaan, nak tau macam mane? Click jer kat atas tu ehehehee..

*Harap harap menang... ahahahaha ^_______^



Wednesday, 10 August 2011

Wordless Wednesday #3

Assalamualaikum....
Salam 1 blogger,



Sahur sorang sorang malam tadi . . .
Ditemani Minnie Mouse yang dia hadiahkan tu . 
^_________^










Selamat Berpuasa =)

Assalamualaikum
Salam 1 blogger....

Lama dah aku abaikan blog aku ni kan? Huhu... Bukan sebab aku takde cerita nak dibuat modal, erk... tapi, aku takde masa nak online.. Biaselah.... Bebudak macam aku ni tak mampu lagi nak beli lappy sendiri ahahaha... Nak online, rerajin kan lah diri anda untuk menapak ke CC ~ xP

Sementara aku ada masa yang sangat ciput ni, aku nak ambil kesempatan ni untuk ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam, tak kisah la kat memana pun korang berada, semoga kita sentiasa dilimpahi rahmat di dalam bulan yang mulia ni. [walaupun dah terlambat, aku tetap nak buat ucapan jugak!!]

hehe... and thanks untuk blogger yang sudi menjengah dan meng-follow blog aku yang tak seberapa ni. Maaf sebab tak dapat nak follow korang balik dalam masa yang terdekat ni. Masa amat amat tak mengizinkan aku untuk berbuat demikian. huhu... apatah lagi untuk kembali berblogwalking... T____T

Maaf jugak sebab takde entry fresh dari aku dalam masa 2/3 minggu ni... huwaaaa....! Maaf kan saya T____T. ahak...

Sesi bermaafan ni akan aku lanjutkan sampai tiba hari raya nanti... Uhu!!! T____T Insyaallah, lepas ni aku akan lebihkan perhatian aku pada blog ni pulak.. Dah macam blog usang yang tak berpenghuni jerkkk... hurmm.. Takpelah, aku dalam proses mengumpul duit nak beli lappy ni... alang alang raya pun nak dekat, masyuk la sikit... ehehehehehehehehe...

Apa pun, jangan tinggal puasa ok!!!