Saturday, 27 August 2011

Selamat Tinggal Atok Mak... Kami Sayang Atok :)

Assalamualaikum...
Salam 1 blogger,

Hilangnya seorang nenek @ Atok Mak yang sangat aku sayangi betul-betul buat aku down...

Tinggal seorang je nenek aku kat dunia ni, tapi Allah dah pun ambil dia dari kami semua.

Seminggu lebih jer lagi nak raya masa tu. Hari Jumaat pukul 1 lebih, aku baru jer lepas mandi sebab bangun lambat. Tetibe Baba tepon number adik. Tapi adik kat sekolah. So aku lah yang angkat.

Baba : Assalamualaikum. Em sape ni?

Aku : Wassalam. Ni Myra. Nape Ba?

Baba : OK, Aishah... Abang mane?

Aku : Abang tido lagi arrr... Belum bangun pun.

Baba : Em.. Kamu pi kejut abang skang.. Pi kejut pi..

Aku : Lah nape ni Ba? Ada pape ke??

Tapi Baba tak jawab pun. Dia suruh aku kejut abang time tu jugak. Ok fine, aku pun kejutlah. Masa aku tengah kejutkan tu, Baba cakap something.

Baba : Aishah, kamu kejut abang suruh bangun now. Then, pegi amek adik kat sekolah ok...?

Aku pelik binti heran jugak sebab volume suara Baba tu slow sangat. Lepas tu, macam nak cakap sesuatu tapi tak terluah..

Aku : Tapi nape?

Baba : Kamu dengar sini baik-baik k.. (aku dengar Baba tarik nafas dalam.. dalam sangat. Macam berat nak cakap) Atok Mak dah meninggal... Skang ni pegi amek adik kat sekolah, lepas tu terus pegi rumah Atok. Nanti Baba susul kamu... Drive tu hati-hati. Jangan laju-laju.

Ya Allah, dugaan apa lagi yang engkau berikan pada kami... Aku menangis. Menangis & menangis. Tak sangka, cepat betul Atok tinggalkan kitorang semua.

Abang dah bangun, aku pun bagitau dia berita mengejut tu. Dia nampak tenang, tapi aku tau, airmata dia dah nak jatuh. Cuma tak nak tunjuk kat aku je. Hanya Allah yang tau hati kami masa tu. Terkenang plak macam mana Mama pergi tinggalkan kitorang. Dalam bulan yang sama, Ramadhan. Tapi, yang beza cuma tarikh & hari...

Lepas Baba letak tepon, aku naik atas. Duduk termenung kat tepi katil. Sedih. Rindu tiba-tiba datang menerpa. Ntahlah... Antara percaya dengan tak, tapi tu la hakikatnya.

Terkenang kali terakhir aku jumpa Atok dulu... Hari pertama puasa, kami datang rumah Atok berbuka ramai-ramai dengan Atok dan keluarga Pak Sham & Mak Wa (adik-beradik Mama). Meriah tetap meriah walau hanya kami yang ada. Atok makan banyak. Lagi-lagi murtabak. Sebabnya, kitorang tak tau pun Pak Sham dah beli murtabak, bila kitorang datang bawak murtabak, kat atas meja dah ada dua pinggan murtabak terhidang. Hahaha.

Kuih raya semua dah beli, tinggal nak susun dalam balang je. Langsir pun dah siap, tunggu Cik Yati datang bawak langsir lepas tu pasang. Rumah dah siap kemas. Baju raya pun dah beli rasanya. Semua tu tunggu hari raya je Tok. Tapi Atok tak sempat, kan...

Tak sempat rasa kuih raya, tak sempat masak ketupat macam tahun-tahun lepas, tak sempat tengok langsir baru... Duit raya pun dah tukar kat bank, duit raya untuk kitorang ye Tok? Rindu nak salam & cium tangan Atok, lepas tu cium dua-dua pipi Atok... Tahun ni, agak-agak ada lagi tak serunding yang rasa dia serupa macam serunding yang Atok buat?

Atok, masa Aca gaduh dengan Baba dulu, Atok yang selalu jadi backup Aca. Papehal mesti Aca ngadu kat Atok. Atok pun tau kan, Mama dah takde... Mesti Atok faham, kan? Ni Atok dah pergi, Aca nak ngadu kat sape lagi lepas ni Tok?

Kalau balik kampung, tujuan tiap-tiap tahun tu sebab nak jenguk Atok. Sihat ke tak, makan apa hari ni, buat apa je kat rumah, masak apa, semua semua tu laaa....

Tapi sekarang? Rumah Atok tu dah sunyi tau? Kalau petang-petang, mesti Atok round satu rumah nak tutup daun tingkap. Yelah, rumah kampung, banyak tingkap... kan Tok kan...? Kalau Aca nak tolong, Atok tak bagi. Boleh exercise Atok cakap. Alah Atok ni... Sekarang, kitorang plak yang buat tu semua... Ntah-ntah, rumah Atok dah kosong ni, tingkap pun dah tak bukak lagi. Tunggu hari raya jelah baru anak cucu cicit Atok balik. Baru 'hidup' rumah tu Tok.

Atok, sehari sebelum Atok pergi, Aca dah plan dengan kawan nak bawak nenek dia jumpa Atok. Kan Atok pernah cakap, nenek dia jiran Atok dulu. Tapi dah lama tak jumpa bila diorang pindah. Dah bertahun tak jumpa, baru tahun ni dapat jejak diorang kat mana kan. Plan kitorang, raya ke-4 ni nak bawak nenek Itam datang rumah kita Tok. Mesti Atok dah lama tak berbual-bual dengan dia kan.

Hmmmm. Semuanya tak kesampaian. Dah takdir Atok pergi, aku terima je. Redha..

Korang boleh tolong aku tak? Tolong sedekahkan al-Fatihah untuk arwah Atok Mak & arwah Mama aku. Semoga sejahtera mereka disana. Tak luak pun kita sedekahkan surah-surah al-Quran pada mereka kan? Yang penting ikhlas.

Al-Fatihah...








2 comments:

Hans said...

al-fatihah
banyak2 bersabar yer

Aishah Amira said...

Hans , thanx . Insyaallah . Myra masih boleh bersabar , masih boleh terima hakikat . T___T