Tuesday, 30 August 2011

Semua Orang Duk Buat Entry Nie , So Aku Pun Nak Buat Gak ^____^





    
Assalamualaikum...
Salam 1 blogger,

Allahuakhbar Allahuakhbar Allahuakhbar Allahuakhbar...
Lailahaillallahuallahuakhbar...

Sayu an an an dengar takbir raya nih. Dah lah aku baru jer kehilangan orang yang tersayang. Huhuhuhu. Korang dah balik kampung belum? Atau ada yang kena kerja tahun ni? Haha. Bebudak sekolah mesti seronok duk collect duit raya kan kan kan. Macam time aku kecik-kecik dulu arrrr..

Wajib ada atas meja :) Pembuka selera ni...
Bangun pagi jer, lepas mandi, pakai baju raya, salam cium tangan mak bapak, mintak duit raya kat pakcik makcik (kena beratur dulu errrr... kalau tak tak dapat), makan minum sikit le untuk tenaga, pastu berjalan collect duit tak ingat dunia. Ahahaha. Keluar masuk rumah orang, tapi kan, selalunya, tak ramai yang nak masuk rumah minum-minum atau makan-makan, yang paling penting tu, duit raya dah dalam tangan.

Kuih Semperit : My Favourite
Pastu dulu-dulu punya zaman, seringgit tuh punya lah susah nak dapat kat satu-satu rumah. Bila sekarang, dapat 50 posen jer merungut dalam hati (kedekut betol tuan rumah ni). Sama gak bila kitorang jenjalan ramai-ramai, ciput jer tuan rumah tu bagi. Tapi..... bila sorang dua orang jer yang datang, kire dapat lebih jugak la kan. Tu dah macam taktik kitorang nak dapat duit raya lebih dulu ahahaha.

Ni pun wajib ada hehehehe
Ni dah tua-tua ni agak 'tersedar' diri la kan. Tak macam dulu dah. Dah pandai duduk dapur, tolong masak-masak (laaa sangat), tolong buat air segala bagai, sampai tak tidur malam dibuatnya. ngehngehngeh. Ni semua dah memang tradisi dari dulu agaknyer. bnda pelik-pelik yang kitorang buat. haha. Ape pun, tu semua kenangan. Kenangan dengan keluarga yang lain di pagi raya. Tak semua orang dapat peluang yang sama macam aku. Tahun ni, dah ramai yang takde. Rasa rindu tu jangan cakap lah.

Tart Nenas : Favourite Abang Aku
Lepas sembahyang raya tadi, terus aku bukak blog ni. ops kantoi harharhar. at least aku sembahyang raya errrr... korang pi tak? macam tak jer tuh... Lepas ni maybe kitorang gerak pi Tanah Perkuburan Kebun Teh untuk ziarah semua ahli keluarga yang dah takde. Hmmmm :)

Apa pun, aku doakan semoga hari raya korang semua berjalan dengan lancar. Raya-raya gak, jangan lupe bagi duit raya kataku hehehehehe.

^___^


No comments: