Wednesday, 17 August 2011

Tak Nak Baca Pun Takpe. Tak Paksa. Tapi Kalau Dah Baca, Please Drop Ur Comment? Nasihat, atau Kritikan, Just Drop It...











Assalamualaikum...
Salam 1 blogger,

Dah takde title lagi panjang ke aku nak letak hahaha... Werkkk xP



Video ni selalu buat hati aku tersentuh.

Eh eh! Kenapa nie? Apehal entry kali ni pasal touching-touching plak ni?

Haha, baca je laaa.... sebelum tu, korang baca dulu entry aku kat SINI... baru lah korang akan faham kenapa aku tersentuh tiap kali aku tengok video kat atas ni... Sebenarnya, dia pernah post video ni kat FB dia dan tulis, "Untuk seseorang yang aku sayang... Tapi aku tak dapat memiliki hatinya... :'("

Apa yang tertulis dalam video tu memang sangat kena dengan kehidupan aku waktu tu... Dia selalu abaikan aku, lebihkan kawan-kawan dia yang lain daripada aku.. Walaupun kitorang tak pernah jumpa, tapi masing-masing faham... Ada sesuatu yang kitorang rasakan tapi takde sapa pun nak mulakan... Dan akhirnya ia terpadam macam tu je... Sedihkan...? Mungkin aku yang bersalah sebab tak tunggu dia, tapi aku sangat takut kalau-kalau aku hanya bertepuk sebelah tangan je. Yelah, cinta alam maya banyak risiko...

Takpelah, itu cerita lama... Sekarang, dah ada seseorang yang mengisi kekosongan hati dia... Seseorang yang dekat dengan dia, tiap-tiap hari boleh jumpa, tak payah tunggu call atau mesej... Rindu je jumpa, jumpa je rindu.... Aku tumpang bahagia dengan kehidupan dia sekarang... Yang buat aku sedih, kehidupan aku sekarang tak macam apa yang aku impikan... Sebak pun ada...

Orang selalu cakap, "kau masih muda dik, jangan asyik fikirkan pasal cinta..." Tapi aku tak boleh menolak andai cinta tu datang pada aku... Aku tak pernah fikir semua tu, tapi cinta tu sendiri yang datang... Haha, aku teringat plak, baru 3 hari lepas aku berdebat dengan Aken pasal cinta. Ahahaha... Dia pun baru putus cinta masa tu. Paling sadis lagi, awek dia minta putus masa harijadi dia... OMG kesian la kat dia, tapi malam tu jugak lepas aku potpet2 dia okay dengan awek dia... Baguslah ^_____^

Aku happy kalau kawan-kawan aku happy....

Tapi sekarang aku sedih... Dan sejak akhir-akhir ni aku selalu fikir, kenapa aku tak tunggu dia? Kenapa aku pilih Iz? Kenapa aku berubah hati masa tu walaupun aku tau aku sayangkan dia? Kenapa aku tak boleh sabar sikit je lagi, mesti dia akan luahkan perasaan dia kat aku kan.... Itu lah kita, asyik KALAU, KALAU dan KALAU!

Hurmmm.... Birthday dia 12 Ogos lepas, tapi aku tak wish pun... Sebab aku tak sanggup nak wish, even wish kat FB dia pun aku tak nak.... Hehe, pengecutnya aku ^__^

Kenapa aku sedih? Korang tau tak kenapa? Hahax.... Aku pilih Iz, sebab aku rasa Zam tak serius dengan aku. Sebab aku rasa Zam main-main. Sebab aku rasa Zam memang sengaja buat aku jatuh hati kat dia then senang-senang dia tinggalkan aku. Yes, itu yang aku rasa dulu... Dan dalam hati aku, aku harap Iz mampu bahagiakan aku. Tapi hakikatnya, Iz tak pernah buat aku rasa happy. Tak pernah, sebabnya, bila aku dapat tau yang dia curang, semua kenangan yang kami cipta seolah-olah palsu belaka... Aku rasa, cuma aku yang anggap kenangan tu kenangan terindah, tapi Iz?

Haha... SUMPAH, aku sedih sangat petang ni... Tak tau kenapa aku cerita semua ni... Penting ke? Tak penting dah pun... Takde apa yang boleh aku ubah... Semua dah tertulis...

Pasal Iz, aku dah tak contact dia lagi dah. =) Biar dia enjoy dengan hidup dia sekarang. aku takmo ganggu. Lagipun, aku nak jauhkan diri dari dia. Biar pun dia selalu mesej aku, call aku, aku takkan layan. 2/3 hari aku tak layan, diamlah dia.. & memang betul pun, sampai sekarang dia tak contact aku lagi. HAHAHA... Pandai kan aku? Dah sebulan kami tak contact, tak jumpa... Rindu? Ishhh tak lah. Tak rindu pun... Untuk apa aku rindu seseorang yang selalu lukakan perasaan aku? Tak berbaloi kot.

Hehe... ^____^

Sekarang ni, aku cuma nak luangkan setiap masa yang ada dengan family & buddies aku... Tu lah penawar untuk setiap garis luka yang ada ni... Cuma diorang yang boleh buat aku happy. Hehe...










1 comment:

petuapakar said...

mestilah, famili always comes first...

I follow u. follow saya balik yer..klik sini untuk follow saya