Friday, 2 September 2011

Cinta Kau Dan Aku

Assalamualaikum...
Salam 1 blogger,

Sape kaki novel kat sini? Ade lah sorang budak tu kan, mentang mentang dia kaki novel, kire semua novel paling latest dia dah baca la gitu. Eleh... hahaha (tak puas hati ni). Ada ke patut dia kata aku ketinggalan zaman. Yek2 oooo je dier tuh. Nasib la dia jauh kan. Kalau dekat, dah lame aku piat piat telinga dia sampai capang jadinyer hahaha. Meh klik Gadis Purple nih.... :)

Lebih kurang macam ni la
Werk werk werk... Bio ler kalau ketinggalan zaman pun, at least tak sejauh zaman batu dulu dulu huhuhuhuh... Okey back to main topic, aku nak review satu novel yang best giler nih. SWEAR tak TIPU... Sumpah best. Kalau korang baca dengan penuh feeling macam aku (ler....) kompom sampai gelak gelak nangis nangis... Haha cer try baca, gitau aku kalau korang tak gelak gelak nangis nangis.. aku sure mesti ada something wrong somewhere ngan wayar korang tuh. Tak pun, korang ni memang jenis yang takde perasaan langsung. hahhaa. Macam Patrick Star... haha aku pun tak tau la ape kene mengena dengan dia tuh. Yang aku tau, Patrick Star tuh comel giler hehehehehehe tutup cite...



Tajuk : Cinta Kau dan Aku
Pengarang : Siti Rosmizah
Penerbit : Buku Prima Sdn Bhd
ISBN : 978-967-5234-28-6
Mukasurat : 684 Halaman
Tarikh Terbit : 4 Mac 2009

Mampukah seorang tomboi menerima cinta lelaki yang juga bosnya?

"Apa, jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat kau tu jantan ke nak jadi driver", marah Mak Timah.


"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikann awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" Soal Farish Hakimi dengan wajah serius.


"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."


Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?


Cinta Kau dan Aku menyelongkar kisah kehidupan seorang gadis lasak pintar; Nur Farisya Iman @ Risya yang mempunyai impian menjadi pemandu. Impian Risya tercapai bila dia ditawarkan jawatan pemandu peribadi pada seorang CEO muda; Farish Hakim. Pertemuan yang tidak disengajakan itu melahirkan cinta pandang pertama Farish pada Farisya. Hubungan yang makin akrab kerana keserasian Farish dengan sifat lurus , tulus juga keselambaan Risya makin melebarkan rasa kasih Farish pada Risya. Keuzuran yang menimpa ibu Risya di kampung dan huluran bantuan segera dari Farish telah membuka lembaran baru dalam kehidupan Risya bila dia diminta ibunya mengahwini Farish selepas selesai ibunya menjalani pembedahan. Risya yang terpaksa akur membuat rencana bersama rakan karibnya, Zack Kapcai dan Zamilah untuk mengelak dari berkahwin dengn Farish, namun rencananya terbongkar tanpa pengetahuannya dan selesai majlis ijabkabul dia dikejutkan dengan penampilan Farish sebagai suaminya!. Akur dengan suratan takdir, perkahwinan dilalui dengan redha namun sikap cemburu yang keterlaluan suami, ego, panas baran ditambah kemunculan adik ipar dan bekas tunangan suami memburukkan lagi suasana rumahtangga. Fitnah yang diatur kedua wanita itu akhirnya meleraikan ikatan perkahwinan yang baru berusia 5 bulan dan penceraian juga tragedi keguguran yang menimpa telahmembuka lembaran baru dalam hidup Farisya. Dia bangkit membina hidup baru.6 bulan berlalu, Farish kembali dan pertemuan secara tidak sengaja dengan bekas isteri akhirnya membawa kepada rentetan pembongkaran pakatan keji yang membawa kepada keruntuhan mahligai mereka dahulu. Farish yang insaf, sedar ingin kembali, namun Farisya yang sudah parah jiwa nya sudah tertutup pintu hati untuk memberi ruang untuk Farish kembali bertakhta.


Cabaran! Itulah perkataan keramat hingga tercetusnya ilham saya ini. Selepas terhasilnya novel pertama saya Andai Itu Takdirnya saya telah mencabar diri saya sendiri untuk melangkah sekali lagi ke dalam dunia penulisan ini. Jika dulu anda berendam air mata tapi kini saya cuba untuk membuat anda ketawa, namun sentiasa bersiap sedia kerana dalam tawa akan ada tangisnya. ~Siti Rosmizah~

Sumber : Kedai Buku . Com

Pendapat Aku : Cerita ni memang superb. Aku mula dah berangan-angan nak jadi macam Siti Rosmizah ni, hehe. First, cerita dia agak kelakar jugak sebab perangai gila-gila antara Farisya, Zamilah & Zack Kapcai tu boleh buat aku tergelak. 3 sahabat sejati, bak kata orang tua tua. ^__^ Bila dah separuh cerita, aku bengang giler dengan perangai Farah (adik Farish) dan Suraya (bekas tunangan Farish) sebab diorang sanggup buat macam macam untuk runtuhkan mahligai Farish & Farisya. Tambah pulak dengan perangai Farish yang percaya bulat bulat cakap adik & bekas tunang dia tu, eeeei geram giler kot. Tapi aku salute dengan Farisya sebab dia tabah hadapi setiap dugaan dalam hidup dia. Dah la kahwin paksa, lepas tu kena fitnah dengan adik ipar & bekas tunang suami sendiri, lepas tu kena cerai gara gara fitnah yang tak berasas tu, dalam hari yang sama dia diceraikan, dia pulak alami keguguran. Kalau ada wanita yang setabah ni dalam dunia ni, aku yakin suatu hari nanti dia akan kecapi kebahagiaan yang dia sendiri tak kan tau.
 
P/S : aku baca novel ni straight dari pukul 9.30 pm - 8.30 am non-stop!!
 
Okey walaupun cerita ni dah lama, tapi sebab aku baru baca, so aku nak promote sikit la, kalau korang baca novel ni korang takkan rugi. Cerita dia memang best. Kalau tak takkan la aku sampai nangis nangis bila baca part Farish ceraikan Farisya tu. Ya Allah, kalau aku kat tempat dia, belum aku aku sekuat wanita tabah tu.
 
^____^

3 comments:

msredcheesecake said...

dulu masa baru kuar ada gak pegang2 buku ni rasa nak beli...tapi tak jadi...rugi tak?

Aishah Amira said...

laaa nape tak beli?
Boleh tahan rugi la MsRedCheeseCake hehehehe :P

Aishah Amira said...
This comment has been removed by the author.