Sunday, 25 September 2011

Duit Raya ? Layak ke Saya Nak Dapat Duit Raya Lagi ?

Assalamualaikum...
Salam 1 Blogger dan Salam 1 Malaysia

Waktu waktu petang di hujung minggu macam ni selalunya korang buat apa ?

Jalan jalan dengan member / gf / bf / family atau sorang sorang ?

Tengok wayang ? *ape cerita best sekarang ni ye?

Tak pun , korang pi open house ? *mesti ade yang buat open house lagi kan sekarang ni? raya sebulan pe !

Atau , korang lagi suka duduk kat depan TV sambil layan drama Korea ?



Bese la kan , trend citarasa majoriti masyarakat Malaysia sekarang ni cerita cerita dari Korea la , Jepun la , sampaikan drama kita sendiri dah tak berapa nak menyengat hehehe .

Okay fine , aku pun peminat drama drama luar tu .
Tapi takde lah seFANATIK korang kan . --" Opsss terCAPSLOCK plak . Sorry .
Cerita cerita dari sana memang tersangat sweet & selalunya mesti la pasal a Loving Couple di mana actor dan actress dia super cute and handsome , rite ?
Yeah yeah yeah . Itu jugak la the reason why aku layan cerita cerita Korea / Jepun ni .
Takde sebab lain melainkan sebab yang diatas ni harap maklum ^^

Tapi walau bagaimana pun *--" pehal gua skema sangat hari ni . . .
Aku bukan nak story pasal semua semua yang di atas tu dalam entry ni .
Aku cuma nak story kat korang ,
2 hari yang lepas , aku follow jiran merangkap kakak angkat aku *dah ada anak dah pun . . pi join marhaban yang kawan kawan dia buat dari rumah ke rumah .
hmmm sumpah penat !
Dah macam buat party lak aku tengok , yela , makanan yang disediakan tu memang yummy gile huhuhuhuhuhuhu . *kau memang . . tak habis habis dengan makanan kau tu aishah :P
Yeah , boleh dikatakan , Syurga Makanan ! ^^

Hihihi . Okay okay . Maaflah takde gambar yang boleh aku publish di sini sebagai bukti .
Lagi pun aku bukannya bawak camera time tu .
*Terlupa !
Aku rasa ada dalam 4 buah rumah jugak la jadi mangsa kerakusan aku :D
Tak banyak , sikit je tu .
Wahahahaha .

Takde lah , all the dishes memang sedap gila .
Dari laksa , puding , mi Singapore , mi rebus , roti bakar & telor mata (aku tak tau apa nama roti tu . Tau makan aje ! Hehe) sampai la ke kuih muih stok hari raya hari tu dorang serve hahahaha .
Tapi aku tak makan mi Singapore tu , sorry tuan rumah ! Saya kekenyangan ^^
Air plak , majoriti mereka buat air oren .
Ala air sunquick tu ! Jimat !

Oh ya , dari pemerhatian aku ,
rumah rumah yang aku kunjungi tu , boleh tahan vogue jugak la .
Walaweyyy :)

Jangan ingat makcik makcik zaman sekarang tak pandai hias rumah bagi nampak WOWW tau .
Aku rasa , bakat mereka lagi hebat dari bakat seorang interior designer yang berpengalaman .
*over plak i hihi . Tapi aku memang terkesima jugak tengok decoration rumah dorang start dari halaman depan rumah sampai la ke ruang tamu .
Nak tengok dapur segan la plak kan *macam la rumah kau nak main redah dapur orang je xD

Pastu , TV dia tak nak kalah tu .
Aku berani cakap , semua rumah tu ada tv LCD .
Hebatt . Sure feeling habis kalau tengok drama Korea kat tv tu kannnnnnn ^^

Rumah aku pun tak sehebat rumah dorang ni :)
Tapi tu semua bukan ukuran kebahagiaan family seseorang tau .
Asal ada rumah , ada keluarga yang duduk dalam rumah tu dengan penuh kasih sayang ,
tu dah lebih dari cukup sebenarnya .

Tak perlu rumah yang besar besar , kalau yang tinggal dalam rumah tu tak ramai mane .
Sure akan rasa sunyi kotttt .
Tapi kalau aku , aku akan cuba buat rumah aku semeriah mungkin .
Walau hanya aku , adik & baba je yang tinggal .
Takpe la , kalau abang dah kawen , ada anak , meriah la rumah kami tu nanti .
Tambah plak kalau aku yang kawen lepas tu , hahahaha mesti tak cukup tangan nak mengemas rumah nanti kan ^^

*Oppsss jauh tersasar plak . Hei , belajar pun belum habis dah berangan nak kawen ?
Ala , tu cuma kata kata seorang remaja yang NORMAL ^^
That's all ~

Oh ye ! ade la sorang makcik tu , masa aku tengah salam dia , tetiba je dia hulur duit raya kat aku .
Eiii makcik ni , buat muka saya - blushing - je la ?
Saya dah besar mana boleh dapat duit raya lagi ?
Ape la makcik ni kan , malu lak kat bebudak tu semua . . .
*ececeh . . padahal dalam hati , THANKS MAKCIK ! DAPAT JUGAK DUIT RAYA !
^^

1 comment:

fiQ'Ra said...

nk minta tlg awk~ tq tau :)

http://fiqracake.blogspot.com/2011/08/nak-minta-jasa-baik-awak.html