Thursday, 22 September 2011

Sayang . .

Assalamualaikum...
Salam 1 blogger & salam 1 Malaysia.

Dulu aku kawan dia , dia kawan aku .
Tapi sekarang , title 'kawan' tu dah tukar jadi 'kekasih'
Kami declare sebagai couple ,
Bukan dengan cara I love u , u love me macam kebanyakkan couples lain buat .

Selama berkawan kitorang selalu bergurau dengan frens yang lain sebagai a couple .
Tak pernah nak seyez pun .
Tapi one day , aku terasa hati dengan dia .
Aku merajuk gile time tu .
Tak tau lah nape kan .

Start dari hari tu , dia kata dia perasan ada 'something' yang tak kena between us .
Days come and go , tetiba je kami couple .
Betul betul secara tiba tiba ~

Pelik kan ? Hahahhaa .
Kalau korang tak faham , aku lagi la tak faham .
Agaknya maybe masa tu ,
masing masing selalu sangat luahkan kekecewaan pasal ex masing masing yang CURANG .
Aku pujuk dia lupakan gadis tu , dia pulak pujuk aku lupakan lelaki tu .
Lama lama korang sendiri faham la .
Aku akan merajuk & marah tiap kali dia story bout his exgf .
Huhuhuhuhu :\

Bila aku tanya dia , kenapa pilih aku sebagai kekasih . . .
Dia kata sebab nasib aku & dia sama .
Sama sama dicurangi dikhianati .
So bila aku dah rasa sakitnya hati bila dikhianati ,
dia yakin aku takkan buat perkara tu kat dia .
Dan dia pun takkan buat macam tu kat aku .

Jujur dari hati ,
masa mula mula aku couple dengan dia ,
Rasa tak berapa comfort sebab dia asyik call aku 24/7 .
Rimas ada , geram ada .
Nak buat kerja pun kadang kadang tak boleh .
Tapi bila ajak mesej , dia tak nak .
Tu yang kadang kadang aku rasa terkongkong sangat .

Sampai lah satu hari ,
Dia tak call aku .
aku tunggu dari pagi sampai ke malam .
Tapi takde pun incoming call dari dia .
Time tu lah rasa rindu , risau , kecewa hadir dalam diri .
Betul la kata orang , bila kita rasa kehilangan , baru la kita perasan yang kehadiran dia dalam hidup kita cukup memberi makna untuk kita lalui hari hari yang mendatang .
Aku try call dia , tapi tak angkat .
Mesej plak , tak reply langsung .
Sehari suntuk aku cuba contact dia .

Yelah , dia jauh . .
Nak cari kat rumah , aku kat mana , dia kat mana ?
Jarak dah memisahkan kami buat masa sekarang ni .
Dia kat Cyberjaya , aku kat JB .
Kalau lah aku ada sayap , dah lama aku terbang cari dia kat sana .
Tapi aku hanya ada dua kaki je .

...

Sehari lepas tu baru dia contact aku balik .
Dia kata , dia demam . .
Bila dia demam , dia tak nak angkat call dari sesiapa pun .
Sebab nya , dia takde mood nak berbual . .

Aku tanya ,
"Dengan cayang pun tak nak angkat call ? tak nak reply mesej ?
Sape lah cayang ni di hati bie kan . . ."

Dia cakap ,
"Sebab bie sayang sayang la bie buat macam tu .
Bie takut sayang kecik hati kalau bie angkat call sayang tapi bie tak dapat layan sayang berbual . . ."
Dalam hati , cuma Tuhan je yang tau betapa aku risau dengan keadaan dia .

Aku pernah tanya dia ,
"kenape tak pernah nak reply mesej cayang ?"

Dia jawab ,
"Sayang , bie takde masa la nak mesej mesej ni . . ."

Bila dia jawab macam tu ,
kecik hati aku dengar . Sanggup dia cakap macam tu kan ?

Bila aku diam , dia sambung . . .
"Masa bie kalau boleh bie nak habiskan dengan dengar suara sayang tau tak . Kalau mesej , macam mana bie nak dengar suara sayang ? Sayang tengok sendiri , banyak masa bie habiskan dengan call sayang kan ? Free kejap pun , bie akan call sayang . Sayang , tak penting kalau bie tak reply mesej sayang . Yang penting sekarang ni , bie dapat selalu call sayang . ."

Hahah , pandai dia amek hati aku .
Memang kata kata dia tu agak berbekas dalam hati aku .
Sejak dari hari tu , aku tak pernah persoalkan kenape dia tak reply setiap mesej aku tu .

Kalau dulu aku rimas , tapi sekarang aku tak tenang kalau dalam sehari tu dia tak call aku .

^^

Perkara yang lepas lepas , kalau boleh aku nak lupakan semua yang buat aku menangis , semua yang bagi kenangan pahit tu .
Aku nak terus melangkah ke depan .
Aku nak berpegang pada kata kata 'sayangi orang yang sayang kita walaupun kita tak menyayangi dia sebagaimana dia menyayangi kita'

:')))

2 comments:

NasZ said...

wah..sweetnya. saya hrp korang bahagia selamanya.

MOHD NASER.com

Aishah Amira said...

@NasZ

thanx abg Nasz :) harap harap camtu la huhu .