Sunday, 30 October 2011

HASRULHASSAN.COM Mencari Blog Baru



Assalamualaikum .

Jom kita bersegmen bersama HH . Hehe . First time aku join segmen beliau nie ^^


- Khas untuk blog yang kurang dari 300 followers SAHAJA . 
- Akan tersenarai dalam bloglist HASRULHASSAN.COM selama 2 bulan bermula dari 1 Nov - 31 Dec 2011 .


Keputusan Medical Check Up Semalam ...



Assalamualaikum .

Hello peeps !

Hermmm . Aku runsing sangat . Semalam aku buat medical check up kat Poliklinik Damai (PD) , Desa Cemerlang .
Kenapa ? Sebab aku missed appointment dgn doc kat KKSI . Haha . Terlupa okehhh .
So aku pun tak nak la kalau aku dtg nanti doctor tu marah marah sebab aku lupa appointment . 
No no no !

So aku amik keputusan untuk buat check up kat klinik biasa even agak mahal jugak la .
Aku geram je dengan doctor kat KKSI tu sebab tak mau sign borang aku huhuuuu geram geram !

So semalam , lepas xray & urine test semua , aku masuk bilik doctor .
Bila dia check yang aku ada thyroid , dia tanya , "ada makan ubat tak ?"
haishhhh . . Soalan tu jugak yang ditanya ea . Sama mcm doctor kat KKSI .
Oke fine , mereka pegang title yang sama . 

Bila aku ckp takda makan dah , dia suruh panggil baba .
Baba dah masuk , dah duduk , doctor tu tanya , dah berapa lama aku tau aku dapat hyperthyroidism nie ?
Aku just cakap , simtom terasa masa darjah 6 lagi . Tapi buat check up masa form 2 .
Dia tanya lagi , kenapa tak makan ubat ?
Aku macam blur lah . . Baba pun sebenarnya bukan galakkan aku makan ubat tu semua .
Dia lebih suka aku makan vitamin yang ada kat meja dapur tu je .

Yang aku konfius , baba boleh cakap ,
"doc tanya lah dia . kenapa tak makan ubat . she's 18 now , dia sepatutnya boleh fikir sendiri . ."

Grrrr . . . aku jugak yang dipersalahkan . Okay fine . 

Doc check mata aku , dia suruh bukak spec , pandang atas . And dia suluh mata aku .
Lepas tu dia suruh aku berdiri , tangan mendepa ke depan . Dia letak kertas atas tangan aku , and thats it , nampak benar kegigilan tangan ku huhu .

Doc cakap , aku akan dapat susah kalau tak makan ubat .
Sekarang , mata aku dah nampak macam besar sikit . . nak terkeluar dah --"
No wonder kenapa mata aku selalu nampak lebam . .
Hurmmm . 

Lepas tu doc sambung lagi , kalau dah kahwin nanti , mungkin aku susah nak dapat anak .
Part yang nie , memang betul betul buat aku runsing . Susah nak dapat anak ? Takkan lah sampai mcm tu sekali ? Dalam hati agak terkejut walau aku cuba buat muka slumber . .

Teringat kat sorang sepupu aku , Adila nama dia . 
Dia pun ada penyakit yang sama macam aku , Hyperthyroidism .
mata dia sangat besar , nampak macam terbeliak keluar . 
Aku tak nak jadi macam tu . Please . . .

starring eyes 
Ni contoh mata kita bila kena hyperthyroidism . Aku tak nak dowh . Sedih bila bayangkan semua nie .


Yang nie , aku ada . Tapi tak besar macam nie . Dulu sebelum aku amek ubat secara sistematik , benjol kat leher aku memang nampak . After aku makan ubat , dia berkurang . Dah semakin mengecil , tapi still ada walau tak sebesar dulu .

Sebenarnya , thyroid ada dua jenis , HYPERTHYROIDISM ( thyrotoxicosis ) & HYPOTHYROIDISM .
aku , disahkan menghidap hyperthyroidism 4 tahun yang lepas .
Time tu , memang tak tau pape pasal benda nie . Langsung tak mau amek tau ekceli .

But now , aku dah mula search kat google apa itu hyperthyroidism .

Nak tau tanda tanda orang yang menghidapi hyperthyroidism ?

# Bengkak di leher
Aku ada benda nie :(

# Cirit birit
Sebelum nie aku jarang cirit birit tapi lately aku selalu sangat keluar masuk toilet . Parah gila aku kalau dah keluar masuk toilet nie . perhh . .

# Degupan jantung bertambah , sentiasa berdebar debar 
Selalu sangat . Kadang kadang kalau aku nervous or takutkan something , aku punya heartbeat jadi makin laju . Semalam check , doc cakap heartbeat aku melebihi 150 seminit .

# Terketar ketar
Yang nie tak dapat nak elak ah . Kalau berdiri lama lama , katakan melebihi 5 minit , satu badan aku akan menggigil . Orang nampak aku macam sejuk kan asyik menggeletar nie , tapi sebenarnya tak . Paling tak boleh blah , ada orang cakap aku kena parkinson . hampeh !

# Haid tidak teratur 
Aku perasan , kadang kadang 3 bulan sekali dia datang . kadang kadang sebulan lebih dari sekali . Tak tentu . 

# Penumpuan kurang
Haha , aku ingat lagi masa arwah mama ada lagi , aku pegang cawan , semua jatuh . Nak nak cawan kaca , memang berderai la . Pernah aku pecahkan balang kuih secara tak sengaja masa pegang nak keluarkan dari kabinet dapur . Hmm . Sekarang aku cuba lebihkan fokus . Alhamdulillah dah takde pecah kaca pecah gelas semua . Tak selalu berbanding dulu .

# Mata menjadi besar ( bulging )
Aku takda nie . Tak pernah lagi kena . Tapi semalam jugak doctor cakap dah ada tanda tanda mata aku akan jadi besar macam gambar kat atas . Takut sangat . .

# Kejang otot
Time zaman sekolah dulu , aku selalu jugak kena paksa beraktiviti kat padang . Kena PAKSA okey ! Nie semua gara gara aku tak nak join semua aktiviti tu sebab aku tau di mana kemampuan aku . Ada part aku kena lari 100m , aku terjatuh kat tengah padang sebab tiba tiba kaki aku kejang . Sakit dowh !

# Insomnia
Huhay , aku sejak dari zaman sekolah lagi memang tak dapat tido malam . Kecuali kalau dah penat sangat kan . Baru baru nie , aku tak tido sampai 4 hari kot . Ntah macam mana mata aku boleh tahan terbukak je kan . 

# Banyak berpeluh
PELUH ! Aku selalu rimas bab nie . Tak kira aku tengah duduk ke , berdiri ke , baring ke , mesti berpeluh . Boleh nampak kat dahi . Kadang kadang aku malu gila sebab orang jauhkan diri dari aku sebab benda nie arh . Ada masa aku tak boleh terima huhu . Aku tak layak untuk hidup normal ke ?

# Suhu badan naik 
Orang kata suhu badan naik mesti demam kan ? Korang percaya tak kalau aku cakap aku tak pernah rasa yang aku nie demam . Beberapa bulan yang lepas , aku gi klinik sebab sakit leher . Mula mula ingatkan beguk , rupanya aku kena LYMPHADENITIS . sakit sampai menangis nangis aku dibuatnya . Dan doctor tu cakap aku demam sekali , panas jugak . Tapi tak terasa langsung .

# Rambut tak kuat
Hehe , nie sama macam keguguran rambut laaa . Maybe ? Sebab rambut aku selalu gugur bila disikat --"

# Sukar bernafas 
Ini simptom yang pertama sekali berlaku pada aku . Cuba bayangkan , tengah duduk bersila sambil cabut uban arwah mama ( hehe . Mesti korang pun pernah buat macam nie kan ? ) , tiba tiba aku tarik nafas kuat kuat . Bila tak sampai jugak , aku terpaksa bangun dan tarik nafas sekali lagi . Seksa . Sangat tak selesa aku rasa bila nafas tak sampai .

# Turun berat badan
Aku ada cakap dalam entry yang lepas baru baru ni , bila balik kampung , ramai makcik makcik tegur cakap aku makin susut . Tapi aku masih lagi rasa aku nie tembam ! tak tau mana yang susut tu . Ntah lah . Akak sedara aku cakap , nampak sangat aku susut . Dah kurus . Tak makan ke ? Haha . Aku makan banyak kau tau . Kalah makcik Jenab sebelah rumah haha . Orang kuat makan , biase la . 

# Lemah
Ouhh aku lemah betul part nie . Aku bukan seorang yang lemah , tapi hakikatnya aku sangat lemah :(

Tembam tak aku ?! Hehe . PEACE ^^

- c i a o -

BEN ASHAARI & LYSSA SECRET : Antara Dua Blog



Assalamualaikum .

Okay peeps ,
dua bloggers terhangat & terhebakk telah pun bergabung buat segmen yang julung julung kalinya diadakan nie .
Ramai dah join segmen nie . Takkan aku nak lepas kan peluang plak kan haha .
Uolsss dah join ? Kalau belum tekan LyssaBen nie yupp .


1. Persamaan kedua dua blog :

Both of u ada followers yang ramai gile . yang ni memang tak boleh nak disangkal haha . Then , setiap entry yang korang buat ada manfaat untuk para bloggers baru seperti we all . Macam pakcik BA , ada banyak tips & selalu jugak buat segmen untuk merapatkan hubungan antara bloggers baru dan lama . Sis Lyssa plak , rajin buat tutorial , memang sangat sangat membantu hehe . 

2. Pendapat saya :

Sebenarnya blog korang dah memang maju dah pun . Tak tau nak komen apa bab ni hehe . Sebab blog kita  sendiri tak semaju blog uolss kan haha . kalau ada lagi banyak segmen segmen macam nie kan bagus kan ? We all boleh join untuk menambah kenalan , lepas tu , boleh belajar dengan korang selok belok dunia blogging nie . 

Memori Di Shah Alam ~



Assalamualaikum .

Lama gak erh aku menyepi . Haha . Tak tau nak update ape lagi . 
Tapi masa cuti seminggu ni aku pergi Shah Alam , mcm biasa , rumah mak ngah :)
Ada Iqa , Kak Long , Edin , Faiz , Yah , Ema , Nabila , adik aku - Bobo . 
Meriah rumah mak ngah . Tido dalam bilik bersesak sesak .
Lepas tu , masing masing berebut nak guna laptop . Haha . Kelakar je .

Kitorang celebrate birthday Kak Long , then anniversary Mak Ngah & Pak Ngah , and birthday Ucu Shah Alam sekali . Herr ? Ucu Shah Alam ? Pelik ker nape kitorang panggil macam tu ?
Tak payah nak pelik sangat lah kan haha .
Kitorang ada dua Ucu , sorang kat JB , sorang lagi kat SA . 
Kang kalau sebut ucu je kang ade yang konfius plak kang .

Birthday Kak Long :

We all sambut kat SUBANG PARADE . 
Oke , first time aku jejak sana . Haha jakun ? Maybe :'D
Kahkah . Takde lah , just , fun je hang out ramai ramai .
Kitorang makan kat Pizza Hut . 
Ema , Iqa , and yang lain semua sibuk siapkan birthday card untuk Kak Long .


Before we all makan , we all pergi jengah MPH store kat 2nd floor kalau tak silap .
Diorang semua beli sticker yang comel comel untuk tampal kat card tu . 
Aku ada ushar satu novel tau , macam best je aku tengok kan . But , yeah I forgot the title haha .
Nanti aku ushar kat POPULAR plak lah . New arrival :D
Must be yang terbaik sebab kalau aku baca novel tu and ending die mcm hampeh , Grrrr , rasa nak ngamuk plak kan kan kan .

Lepas ushar kat MPH store , kitorang turun bawah balik and menuju ke Restoran Pizza Hut tersebut .
That time , Kak Long takde sebab dia kena amek Ucu kat Giant . And dia kena balik sekali bawak kereta dia sebab bila Ucu follow memang menyempit la kitorang kan . 
Better dia drive datang ke Subang Parade ^^

Kat sana , masing masing nak order haha tapi Mak Ngah just order yang simple simple jer .
Aku ? Kalau dah ke Pizza Hut tak sah kalau takde Garlic Bread & Mushroom Soup .
Itu wajib ada ! hehe .
Sedap wehhh ! Sape yang tak suka nie memang takde taste waaaa suke suki aku jer nak label orang macam tuh hahaha *dush dush dush 

Sumber : Google
Bila Kak Long sampai , Mak Ngah nak kitorang nyanyi lagu Happy Birthday kuat kuat .
Oke kak long , u're a big girl now . Watper nak malu kitorang nyanyi lagu kuat kuat hahahhahahaa 
padahal aku dah tergelak gelak tengok Kak Long , dia malu & ugut tak mau masuk kalau we all still nyanyi kahkah . 

Edin ? dia nak pujuk kak long masuk but at the same time dia sembunyi belakang tembok .
Ade ker patut ? Tak patut tak patut . Patut ke ? Tak kan ? haha .
Adik beradik sama je . Kelakar betul .

Banyak sebenarnya pic yang kitorang snap tapi . . . Aku tak tau nak upload cemaner haha .
Tunggu Iqa upload kat fb nanti baru aku publish semua pic tu kat sini urite ?

banyak gila kenangan ^^ nanti aku sambung story kat i-city plak !! 

So my dearest IQA , please upload semua pic tu ye sayangggg . hehe . 
Sorry if akak troubling u :(

Thursday, 27 October 2011

Jom Join Kempen Tingkatkan Jumlah Followers



Assalamualaikum .

Jom join kempen nie , mau tak ??
 Rugi sape tak join , bila lagi nak tambah follower korang kan . Boleh up traffic lagi . 
Untung laaa haha .


Klik SINI untuk join !! masa dah nak time tu , cepat cepat !

Wednesday, 26 October 2011

Ga For My Lucky Follower



Assalamualaikum !

Inilah padahnya bila berblogwalking huhu . Pantang betul aku nampak orang buat GA nih , jari jemari terus jadi gatal nak ikut join sama . Hiee :')

GA nih dianjurkan sempena genap nya followers beliau yang ke-700 .
Haiii banyak tu . . Cer tengok aku punya , amacam ? Memang kalah sebelum bertanding laa haha .


TARIKH TUTUP : 30 OKTOBER 2011 = 5 hari jer . 
Tapi dah tinggal 4 hari tau !!! Cepat join sebelum terlambat . Wee . .

Korang nak join ? Klik jer kat SINI ^^"

Blogwalking Di Pagi Hari !!



Assalamualaikum .

Hello peeps ! Seperti yang aku janjikan , start form this week aku akan buat fresh entry rite ? Takde dah nak copy and paste nie wewewewewe . . ^^"
Time ni , aku ada kat Shah Alam , AGAIN ! wahaha ~
Mak ngah ajak datang sini , so why not ?
Others from JB pun datang jugak what . hehe .
Sepupu sepupu tersayang aku laa :')

Saja nak habis kan cuti Deepavali kat sini .
Ooppsss !! Lupa nak wish , Happy Deepavali to all Indians & rakyat jelata semua . 
Aku bangga jadi warga negara Malaysia , haha ! Kau bangga tak ? :DD

Hmmm , sambil minum laici sejuk nie , apa kater kita blogwalking reramai . Mau tak ?
Blogwalking sambil follow mengfollow . Sambil menambah kenalan .
Sambil menambah ilmu . Sambil baring baring di atas tilam yang empuk lagi lembut macam donat baru keluar dari kuali panas :P

 ^^" 

HAHA , kemerepekkan yang tak dapat dielakkan . LOL ~


Egokah Aku - Wali Band


Ku tak pernah merasa
Gundah di hatiku ketika dengan mu
Saat kau . . kau belai rambut ku
Sau temani aku , kau basuh luka ku .

Kini semua berlalu . .
Karna engkau tak memilih ku

Salahkah aku mencintai mu
Walau ku tau ku tak dihatimu
Egokah aku memiliki mu
Walau ku tau kau tak memilihku

Ku harap tuhan cabut nyawa mu
Agar tak ada yang miliki mu

Sadarkah kini ku tak rela
Iman ku telah sirna
Mimpi ku tak nyata

Kini semua berlalu . .
Karna engkau tak memilih ku

Salahkah aku mencintai mu
Walau ku tau ku tak dihatimu
Egokah aku memiliki mu
Walau ku tau kau tak memilihku

Ku harap tuhan cabut nyawa mu
Agar tak ada yang miliki mu

Wordless Wednesday #4


# mata lebam ! :'(

Sunday, 23 October 2011

" 25 Things Random Giveaway by Penmerah.com"



Assalamualaikum .

Okey guys , jom join GA from Penmerah.com . ^^


Penmerah cakap : Semoga tuah menjadi milik korang ye!

Iya iya iya aku pun harap macam tu jugak laaaa sebab sebelum nih tak pernah langsung aku menang mana mana GA yang aku join . uhuks ! ( s a d )

hehe , 

Next , jom kita mengetag !!

Mangsa 1 : Genkcorner
Mangsa 2 : Apple Pearl
Mangsa 3 : Gadis Berkaca Mata

Done :) 

TARIKH TUTUP : 20 OKTOBER - 10 NOVEMBER

Wasiatku Untuk Kaum Adam



Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum kawan kawan Myra . 
Firstly , I would like to dedicate this entry to all my Kekanda out there who always been there to support me all my life ( including you , if you're a man ^^ ) . Thank you guys .

Rasulullah SAW bersabda : "Bergaullah dengan wanita dengan sebaik baiknya . Kerana ia diciptakan daripada tulang rusuk yang bengkok , dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas . Oleh sebab itu , jika engkau luruskan dengan paksaan , ia akan patah . Dan jika engkau biarkan , ia akan tetap bengkok ." ( Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim )

Kamu Hawa adalah golongan yang lemah . Mereka perlukan bimbingan dari seseorang yang bergelar lelaki dari kaum Adam untuk memberi mereka petunjuk ke arah yang lebih baik .

Wahai orang orang lelaki , jika kamu melihat atau mengenali seorang perempuan yang kurang baik ( akhlaknya ) ajarlah kami dengan kebenaran dan kesabaran , dilimpahi penuh kasih sayang . Jika kami berpakaian tidak sopan ( tak senonoh ) heng sini , heng sana , ajarlah kami menutup aurat dengan cara yang betul . 

Jika kami suka clubbing / nightlife , ajar kami gunakan masa terluang itu dengan mengaji dan berzikir serta beramal soleh . Jika kami membuat maksiat , berilah petunjuk agar kami segera bertaubat dan dekatkan diri kami dengan Yang Maha Esa . Jika kami kurang ajar ( derhaka ) dengan ibu bapa atau diri kamu , ajarlah kami bahawa syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu dan di bawah telapak kaki suami bagi yang sudah berkahwin .

Jadilah di antara kamu , wahai orang lelaki , khalifah yang terpuji dan mulia hati . Ajarlah kami ( wanita ) dengan kelembutan , kesabaran , keihklasan , kejujuran dan kebenaran . Kau lah ketua keluarga kami , imam kami , wali kami dan pembimbing kami yang bergelar SAHABAT , KEKASIH DAN ISTERI .

Peringatan !!!
Dan janganlah sesekali kamu fitnah , aniaya , keji , herdik , caci , maki , hina , pukul dan zalimi kami dalam apa jua keadaan sekali pun . Nescaya , Allah tidak suka akan orang yang menzalimi orang orang lain . 

Akhir kata , GOOD LUCK TO ALL MEN OUT THERE ^^

Terima kasih tidak terhingga Myra ucapkan kerana masih menyokong dan membimbing kami , kaum wanita :D .

Wassalam .


P/S : Time korang baca ni , aku tengah tido . Muahaha :D

Saturday, 22 October 2011

Kisah Pengemis Dan Isteri yang Cantik



Assalamualaikum .

Aku tak tau lah kenapa lately ni aku jarang publish entry fresh dari kepala otak aku ni .
Asyik copy dari tempat lain dan paste dalam ni . HAHA .
Jangan lah tanya kenapa , sure lah sebab aku ni seorang yang PRIHATIN .
Copy dan paste sesuatu yang memberi manfaat dan kebaikan , aku rasa elok macam tu dari aku merapu sorang sorang kan ? So korang , kalau bosan and need my fresh entry , insyaallah start minggu depan aku berbalik kepada yang lama . Hehehehehehe . Otak tengah tepu , biasa lah kan . 

HARAP MAKLUM . . ^^"


Pada suatu hari , ketika sepasang suami isteri duduk makan di ruang tamu , datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka . 

"Tolonglah encik , saya lapar . Sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi ." 

Dengan muka bengis , si suami sambil menjeling isterinya yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata , "Aku membina perniagaan sehingga berjaya bukan untuk orang lain , tetapi untuk diriku dan keluarga ku ." Si isteri tidak dapat berbuat apa apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah . 

Beberapa tahun kemudian , perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin . Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya menderita seperti dirinya . Setahun kemudian , isteri yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain .

Pada suatu hari , sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan , tiba tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan . Mendengar rayuan pengemis itu , si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan . 

Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis itu , si isteri menangkup muka sambil menangis . Si isteri mengadu si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suami nya yang dulu pernah menengking seorang pengemis . Suami baru itu menjawab dengan tenang , "Demi Allah , sebenarnya akulah pengemis yang dihalau dan ditengking dulu !"

Cerita ini memberi pengajaran bahawa hidup kita ini seperti putaran roda dan tidak akan selamanya berada di atas . Ada masa dan ketikanya kita akan turun ke bawah dan naik semula atau sebaliknya . 

Sabda Rasulullah SAW : "Sedekah itu dapat menutup tujuh puluh ribu kejahatan"

Anas Malik pula meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda : "Barang siapa yang mempunyai harta , maka bersedekahlah dengan kekayaanmu . Barang siapa yang mempunyai ilmu , maka bersedekahlah dengan ilmu tersebut dan barang siapa yang mempunyai tenaga , bersedekahlah dengan tenagamu . 

Doa memohon keselamatan dunia dan akhirat : 

"Ya Allah , aku berlindung kepada-Mu kepada mu dari kekafiran  , dari kemiskinan ( yang menyedihkan ) dan dari seksaan kubur ( yang membinasakan ) . Ya Allah , tiada tuhan melainkan Engkau ."

Semoga memberi manfaat kepada kita semua :D 
Boleh share & like okey ^^"

Wasiatku Untuk Kaum Hawa



Bismillahirrahmanirrahim

Sabda Rasulullah , "Isteri yang terbaik ialah isteri yang jika dilihat dia menyenangkan hatimu , jika disuruh dia taat kepadamu , dan ketika engkau sedang merantau , dia menjaga dirinya dan hartamu ." (Diriwayatkan oleh Abu Hurairah , disahihkan oleh Muhammad Syakir) .

Setiap manusia yang hidup di dunia ini akan mengahadapi pelbagai rintangan dan masalah dalam hidup termasuklah para nabi pada zaman dahulu , manusia biasa apatah lagi . Kita sering terjerumus dalam kesalahan dan kemungkaran disebabkan kelemahan IMAN kita . 

sahabat sahabatku , di sekeliling kita , bahkan mungkin juga diri kita sendiri , kita dapat melihat ramai wanita yang tidak lagi tahu menjaga tata tertibnya , sopan santunnya yang dah ke laut , budi bahasanya semua dah tercampak ke longkang .Penyakit 'cikaro' , 'bohsia' , 'minah rempit' , 'gro' , 'pelacur' , makin berleluasa merata rata .

Bahkan begitu ramai gadis gadis ( dan juga lelaki ) remaja yang dah tak pandai menjaga tutur kata mereka dengan menggunakan kata kata kesat seperti 'hanjeng' , 'pukimak' , 'cibai' , 'babi' , dan sebagainya . Nauzubillah !! Wahai anak cucu Hajar dan Khadijah , Bagaimana mungkin kamu merelakan dirimu menjadi boneka di tangan orang yang tidak bertanggungjawab ? Dijual beli seperti barang murahan .  Lalu dicampakkan begitu sahaja dalam keadaan menyesal dan sia sia seorang diri .

Di manakah akalmu ? Lupakah asal usulmu ? Dan , di manakah agamamu ? Wahai permata yang terlindung , wahai mutiara yang tersimpan ! Marilah kita berganding tangan berhijrah sama sama ke jalan yang benar , jalan yang lurus , jalan yang diredhai Allah SWT . 

"Tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang bumi" 
Maka bangkitlah ! Segerakan penghijrahan itu . Jangan dibuang masa lagi . Mungkin sebentar sahaj lagi , kita akan dijemput oleh-Nya . Alangkah ruginya jika kita belum sempat bertaubat T___T .

Akhir kata , GOOD LUCK TO ALL GIRLS OUT THERE ^^"

"Syurga terletak dibawah telapak kaki suami , hargailah suamimu"


SUMAYYAH BINTI KHUBATH R.A ~ Wanita Pertama Mati Syahid



Assalamualaikum .

Adakah suatu kebetulan sahaja dalam sejarah Islam kalau yang pertama memeluk Islam adalah seorang wanita dan orang yang pertama mati syahid juga seorang wanita ? Tetapi inilah yang terjadi . Allah SWT telah menciptakan Khadijah binti Khuwailid , Ummul Mukminin sebagai muslimah pertama ketika beliau menerima seruan Rasulullah SWT , dan orang yang pertama sekali mati syahid dalam sejarah Islam ialah Sumayyah binti Khubath , ibu kepada Ammar bin Yasir R.A . 

Ketika Islam muncul , Sumayyah berada dalam barisan hadapan para wanita mukminah , bahkan boleh dikatakan bahawa Sumayyah adalah orang yang pertama berbicara kepada kaum musyrikin tentang keislamannya . Namanya berada dalam peringkat ke-7 dalam senarai orang orang yang terawal memeluk Islam .

Ibnu Mas'ud telah berkata , "Orang yang pertama memeluk Islam ada tujuh orang . Mereka adalah Rasulullah , Abu Bakar , Bilal , Khabbab , Shuhaib , Ammar dan Sumayyah , ibu kepada Ammar ."

Sumayyah telah menjadikan kesabaran sebagai tanda baginya . Cuba bayangkan seorang perempuan yang lemah , berumur , boleh bertahan dan bersabar mengahadapi seksaan orang orang yang hatinya lebih keras daripada batu . Beliau tidak mengalami seksaan seorang diri , tetapi seluruh keluarganya mengalami hal yang sama . Tubuh mereka telah hancur akibat daripada sebatan orang orang musyrikin .

Para pemimpin musyrikin berasa sangat hairan melihat kesabaran mereka . Rasulullah berkata , "Bergembiralah kamu wahai keluarga Yasir ! Sesungguhnya balasan bagi kamu adalah syurga .

Sumyyah telah diberikan oleh Abu Huzaifah kepada anak saudaranya , Abu Jahal yang telah menyeksa Sumayyah dengan pelbagai cara agar Sumayyah meninggalkan Islam . Abu Jahal berkata padanya , "Engkau beriman kepada Muhammad semata mata kerana ketampanannya ." Sumayyah tidak menjawab . Setiap kali Abu Jahal menyeksanya dengan seksaan yang kuat , semakin kuat ketahanan Sumayyah .

Ketika Abu Jahal berputus asa melihat ketabahan Sumayyah , dia menusuk kemaluan Sumayyah dengan sebatang tombak . Akhirnya Sumayyah mati syahid dengan penuh kerelaan untuk bertemu dengan penciptanya dalam keadaan taat . 

Semoga Allah meredhai Sumayyah , suaminya Yasir , dan anaknya Ammar bin Yasir . 

AMIN

Aku Risau :'(



Assalamualaikum .

Hello peeps ! Apa cerita di hujung minggu ni ? Have a good weekend okay ^^
Aku takde cerita best , cuma nak bagitau korang tentang kepelikkan kucing aku si Minah ni .

video

Cuba korang tengok video ni . Tak pelik ke ? 
Kenapa ntah dia macam tu ? macam baru lepas bergaduh .
Aku risau ni . . :( 

Dia macam tahan sakit kat kaki tu . Tak boleh nak duduk comel comel macam dulu :'(
Lepas tu kan , tiba tiba jerk dia masuk dalam . Aku rasa dia takut dengan kucing liar tu lah .
Ntah ntah dia gaduh dengan kucing jantan tu .

Huwaaaaa aku sampai menangis tadi masa mula mula tengok dia .
Nak belai pun takut takut je sebab bila aku belai dia meow meow .
bukan meow meow manja tapi meow meow sakit T___T
Sikit sikit meow , macam merintih kesakitan .
Lemah betul aku dengar .

Bila dia baring , dia mesti nak golek golek .
Dah macam ular sawa kekenyangan pun ada .
Dia tak selesa nak baring kut .

Masa aku dukung dia , badan dia mengeras T___T
Dia tahan badan dia dari melengkung .
Mungkin dia sakit kalau aku dukung macam dulu .

Huhuks . Aku sampai menangis nangis dengar dia meow meow .
Tapi menangis diam diam je lah !
Kesian kat dia tau . . apa kena lah dengan dia nih .
Tak kan bergaduh sampai macam tu sekali .
Musykil betul aku :'(



Kalau makin teruk , nanti aku bawak dia pergi klinik haiwan je lah .
Tak sanggup nak tengok dia macam tu .
Aku sayang gila kat dia . . T___T


Thursday, 20 October 2011

Duit Aku Tu !!

Assalamualaikum .

Aku terbaca kisah ni dalam 1 buku . Nak tau kisah apa ? 
Jom baca ~

Pada suatu hari Jumaat yang hening Amat menaiki bas ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat .

Mak Amat memberikan seringgit untuk tambang pergi dan balik memandangkan Amat sudah pun makan tengah hari di rumah , ada pun perjalanan ke masjid itu 10 km jauhnya .

Amat pun membayar tambang bas kepada konduktor yang hensem tu , lalu konduktor tu pun memulangkan baki wangnya dengan duit syiling 50 sen sekeping . Amat pun amik duit tu simpan dalam kocek baju melayunya .

Sesampainya di masjid , Amat pun mengambil tempat di saf kedua memandangkan saf pertama sudah pun penuh adanya .

Setelah azan berkumandang , pak imam pun mengimamkan solat Jumaat . . .

Amat pun menunaikan sembahyang berjemaah itu . . . Semasa para jemaah rukuk ( termasuk Amat ) , tiba tiba duit 50 sennya terjatuh dan tergolek betul betul jatuh di bawah telapak tangan orang di hadapannya . Risau bila pikir nak balik jalan kaki balik rumah di panas panas terikt u , Amat pun berbisik kepada orang di hadapannya . . . "Jangan amik duit aku tu , aku nak buat tambang balik nanti . . ."

Lalu , orang itu pun menjawab , "Alah , setakat 50 sen aku tak heran lah . Takde saper nak amik duit kau tu ."

Lalu orang di sebelah amat pula terkejut kerana Amat bercakap di dalam sembahyang . Dia pun berkata , "eh korang ni , dalam sembahyang mana boleh bercakap. . ."

lepas tu , ada seseorang yang lain pula bersuara , "Yang kau bercakap tu haper ?"

Sah lah . . . sembahyang mereka terbatal hanya kerana 50 sen . Kuang kuang kuang .

Moral of the story : Jangan bercakap dalam sembahyang !! Lupakan hal hal dunia bila menghadap Allah Yang Maha Esa :))

Wink Wink ~

Assalamualaikum .

Terasa nak hupdate pasal seorang sahabat aku ni :)

Kenal dia , dah lama dah . Dekat 2 tahun jugak . * Lame ke ?
Aku kenal dia bukan secara face to face tapi thru 1 game ni . Game yang sure lah ada room for chatting rite .
Banyak giler kisah pasal kitorang ni sebenarnya . 
Kalau nak story semua , 1 hari suntuk pun tak cukup . Kehkehkeh .

Dia , juga seorang blogger baru , jiran sebelah aku la . 
Sama macam aku :) * Tapi dia lagi baru la . Hehehehe .
Korang nak kenal dengan dia tak ? Kalau dah kenal , apa kata korang follow dia sekali ?
Untuk kemeriahan dunia blogging ni , why not kan ? Weeee .

Dia ni , sahabat alam maya yang paling aku sayang .
Means , semua nya boleh ngam kau tau ?
Nak cerita pasal boyfiee , dengan dia lah .
Nak cerita pasal life aku yang pasang surut , dengan dia lah .
Nak cerita pasal problemo yang tak henti henti singgah dalam hidup aku , dengan dia lah .
Nak cerita pasal perasaan aku , dengan dia lah . 
Masalah aku , dia tau . Masalah dia pun , aku tau .
Takde selindung selindung punya .

Tak pelik ke korang ?
Weee , bagi aku , TAK PELIK pun !
Sebab ? Why ?

Bagi aku , berkawan biar lah ikhlas . Jauh macam mana pun dia dengan aku , FB ada , twitter ada , blog pun ada ni haa , sms pun boleh . cuma 3g jer tak pernah , call ? Lagi lah selaluuuuuuuu !
Sebab kalau aku 3g dengan dia dah rasa macam buang tebiat plak .
Yela kan , dengan boyfiee sendiri tak pernah nak 3g . Kehkeh .

Bergaduh ? Tipu lar tak pernah . memang tipu . Tipu sangat .
Ahaks .

Aku dengan dia , banyak kali dah bergaduh weyhhh ! kau nak kira berapa banyak ? Tak perlu aku rasa , nanti kau sendiri lost kat mana kau stop mengira sebelum ni wahahaha .
Dari hal kecik macam semut api sampai hal hal negara beb , bergaduh je kerja .
Macam orang gila pun ada kekadang tu . Hehehehehehe .

Kadang kadang tu , bergaduh pasal boyfiee .
Kadang kadang , bergaduh pasal ada yang tak puas hati .
Kadang kadang , bergaduh pasal benda yang merepek repek .
Semua benda kitorang dah pernah gaduhkan .
Kikikikiki :))

Paling hebat kitorang bergaduh , sampai berbulan bulan tak contact . 
Hebat ?! --" Tu la benda paling teruk kau tau !!

Tapi , semuanya berlaku sebab itulah yang patut berlaku .
LOL --"

Ngeee . Maksud aku , bila kita bergaduh , kita akan tahu perangai sebenar sahabat kita .
Setuju ?

Jom ushar belog beliau . . . Hee , jangan lupa follow sekali !
Haip3 ! Jangan degil ! Jentik jari tu dengan penuh kasih sayang karang tau la !
:D

|
|
|
|



P/S : Dia jarang hupdate belog sebab busy dengan study . But kalau followers dia dah bertambah hope dia semakin bersemangat untuk berblogging okehh . ^^"

- c i a o -

Ingat !!! Jangan Menyampuk !

Assalamualaikum .

Sape kat sini suka menyampuk ? kehkehkeh .
Meh nak kongsi satu cerita ngan korang . Lai lai lai . . . ^^

Nak buat spa kat rumah ? Klik sini

Suatu hari ketika dalam perjalanan balik dari Ipoh , aku singgah sekejap di KLCC . Ada sesuatu untuk aku beli . Ketika aku sedang mencari barang yang ingin dibeli , tiba-tiba perut ku memulas . Apa lagi , aku pun terus bergegas ke tandas yang terdekat . Masuk sahaja ke tandas , aku tengok ada 3 bilik air . Bilik air yang tengah bertutup , jadi aku pun masuk toilet yang kat sebelah .

Adik adik yang nak SPM , jom belajar kat sini !!

Baru sahaja duduk , aku terdengar orang dari sebelah bersuara , "Ha macam mana sekarang ni ?" Aku sebenarnya bukannya suka sangat berbual dengan orang yang aku tak kenal . Tapi entah macam mana , untuk tidak menghampakan itu , akhirnya aku balas juga , "Ok gak ler." Kemudian suara itu bertanya lagi , "Kau nak gi mane ni ???" Isk . . . aku mula rasa muyskil , tapi aku balas jugak , "Aku nak balik . . . Singgah sini nak beli barang sikit ."

Untuk penggemar Angry Bird je !!

Lepas tu suara tu bertanya lagi , "Bila kau nak gerak ni ??" . Aku pun slumber je kata , "Lepas aku sudah ni , habis beli chow la ."

Kemudian , aku terdengar lagi suara orang sebelah tu berkata , "Hei , aku call kau balik lepas ni . Tiap kali aku tanya soalan kat kau , mamat bodoh sebelah aku ni asyik jawab jerrr !!!"


Moral of the story : Jangan menyampuk time orang bercakap !!

Giveaway by : Marliyana Mk

Assalamualaikum .

Yipppiiii . . Jiran saye buat GA nih :D


Mangsa tag saya : ^^"


Korang nak join tak ???
Klik Sini sepantas kilat okehhh !!

TARIKH TUTUP : 18 NOVEMBER 2011

Tuesday, 18 October 2011

Permata Yang Dicari - De Hearty

Assalamualaikum .


Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya 
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untuk ku
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari selama ini
Baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan ku miliki

Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untuk ku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah 
Engkaulah tempatku bergantung harapanku
Ku harap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Dialah permata yang dicari selama ini
Baru ku temui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan ku miliki

Dialah permata yang dicari selama ini
Baru ku temui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi 
Apakah dia kan ku miliki . . .

Best tak ???

Program Perumahan 1Malaysia

Assalamualaikum .

Hello peeps ! Sorry baru hari ni dapat hupdate entry .
Hehehehehe .
Aku agak bz la sekarang . Semalam kan aku kena pergi KKSI kan .
Tapi sekarang ni aku tak nak cerita pasal KKSI , aku nak cerita pasal hamba Allah yang bertuah ni .
Kenapa aku cakap dia bertuah ????
Sebab nya kan nombor dia yang pertama sekali Najib undi untuk Projek Perumahan 1Malaysia (PRIMA) , Presint 11 , Putrajaya , dua hari lepas .

PENIAGA pasar malam, Mohammad Norazam Azman Shah, 25, bertuah nombornya yang pertama diundi Najib untuk memiliki rumah Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Presint 11, Putrajaya, semalam.

Ha kenal tak beliau ?
Hehe , aku pernah story pasal dia dalam entry aku yang lepas .
Story pasal anak sedara aku yang juga anak abang Azam . Ingat tak ? Ingat ?!!!
Tak ingat takpe , meh baca sini ---> Qaid Adam ye !!

Bertuah kan abang Azam ? 
Tak putus putus rezeki yang Allah turunkan pada dia .
Dapat Adam , dapat rumah baru .
Hehehehehehehee .

P/S : Tahniah abang . Get ready tau sebab lepas ni sure kitorang terjah rumah baru abang . Hiehiehie . Tahniah Kak Sue , tahniah Adam comel :))

Sunday, 16 October 2011

Contest My Blog My Diary

Assalamualaikum .


Berblogwalking untuk beberapa minit tadi ,
aku terjumpa ini contest hehe . 
Owner dia comel ja sebab tu belog dia pun comel meow meow ^^
Meh kita meriahkan contest nih mauuu ?

Jangan risau tarikh tutup dia ada lagi 2 minggu okehh .
Tak sempat join hari ni esok boleh join ^^ Hehe .

Hadiah dia supriseeeeee . 

Tekan SINI untuk join ye sayang ^^

Saya Mahu Di Review

Assalamualaikum .


Yeah wanted wanted wanted !!!
Sape nak belog beliau di review ?
Meh tekan ::.SINI.::
Hieeee . Hopefully belog aku terpilih .
^^
Shahazrin mau 5 belog je tauu .
Baik cepat sebelum terlambat >_<

1st Giveaway Mr. Baiz ~ RM300 Untuk Dimenangi !!!

Assalamualaikum .

Hiehiehiehiehie . Incik Baiz buat GA , tengok tajuk pun dah terliur kannnn .
Jom join korang . Hadiah dia memang uuummmpppphhhhh !!


Tag : 


Ouriteeee . Nak join klik Cakkk !!! ye sayang sayang ku sekalian .
Hehehehehe ^^

TARIKH TUTUP : 31 OKTOBER 2011

Saturday, 15 October 2011

Hampeh Gila . :D

Assalamualaikum .

Jom bergelak ketawa plak haha LOL ^^

Ayah balik dari kerja...

Ayah : apa bising2 nie??
Mak : malik is backk!!!!
Aiman : hey abg besar sudah
kluar...wa ingt lu sudah
mampus...
Ayah : lu siapa mau ckp ini
bangsat sama aku? ini tempat
aku punye(banglo ayah)
Aiman : baik lu suma diam!!!
nanti wa sengatt ahh...baru lu
org tau
Mak : lu siapa mau wa
senyap?? syurga lu bawah
tlapak kaki wa lu tau x??
Aiman n Adik terdiamm...
Ayah sambung....syurga lu plak
bawah tlapak kaki wa
kan...amcam? lu goyang ka???

Putus Di Twitter ( Ending Lagu Cinta Muka Buku )

Assalamualaikum .

Weiii layannnn ni ^^


Hahahahahaha . Juz for fun bak kata orang kan .
Don't take it serious ok .
For sure , aku memang tergelak dowh .

Cinta di BUKU LIMA !! serious sengal gila hahahahaha .

Kemuliaan Ibu Mengandung Dalam Islam

Assalamualaikum .


1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. ...

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat.

Mulianya mereka ni kan ?? ^^


"Mana Mak ?"

Assalamualaikum .

Mungkin ada yang dah pernah baca ni , huhu .
Tapi macam biaselah , sharing is caring .
caring sangat ke aku ? Insyaallah ^^


Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bongsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “ Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian,

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan. 

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni." 

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah , “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian . . .

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah ....bangun." Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?" 

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. KataRasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah . Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telefon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Ps: Ingat, kita cuma ada 1 sahaja ibu dan ayah di dunia ini. Jangan sampai apabila mereka sudah tiada, barulah kita hendak menangis.


Jangan lupa untuk tekan butang Share & Tag selepas anda baca ♥