Saturday, 22 October 2011

Aku Risau :'(



Assalamualaikum .

Hello peeps ! Apa cerita di hujung minggu ni ? Have a good weekend okay ^^
Aku takde cerita best , cuma nak bagitau korang tentang kepelikkan kucing aku si Minah ni .

video

Cuba korang tengok video ni . Tak pelik ke ? 
Kenapa ntah dia macam tu ? macam baru lepas bergaduh .
Aku risau ni . . :( 

Dia macam tahan sakit kat kaki tu . Tak boleh nak duduk comel comel macam dulu :'(
Lepas tu kan , tiba tiba jerk dia masuk dalam . Aku rasa dia takut dengan kucing liar tu lah .
Ntah ntah dia gaduh dengan kucing jantan tu .

Huwaaaaa aku sampai menangis tadi masa mula mula tengok dia .
Nak belai pun takut takut je sebab bila aku belai dia meow meow .
bukan meow meow manja tapi meow meow sakit T___T
Sikit sikit meow , macam merintih kesakitan .
Lemah betul aku dengar .

Bila dia baring , dia mesti nak golek golek .
Dah macam ular sawa kekenyangan pun ada .
Dia tak selesa nak baring kut .

Masa aku dukung dia , badan dia mengeras T___T
Dia tahan badan dia dari melengkung .
Mungkin dia sakit kalau aku dukung macam dulu .

Huhuks . Aku sampai menangis nangis dengar dia meow meow .
Tapi menangis diam diam je lah !
Kesian kat dia tau . . apa kena lah dengan dia nih .
Tak kan bergaduh sampai macam tu sekali .
Musykil betul aku :'(



Kalau makin teruk , nanti aku bawak dia pergi klinik haiwan je lah .
Tak sanggup nak tengok dia macam tu .
Aku sayang gila kat dia . . T___T


No comments: