Thursday, 20 October 2011

Duit Aku Tu !!

Assalamualaikum .

Aku terbaca kisah ni dalam 1 buku . Nak tau kisah apa ? 
Jom baca ~

Pada suatu hari Jumaat yang hening Amat menaiki bas ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat .

Mak Amat memberikan seringgit untuk tambang pergi dan balik memandangkan Amat sudah pun makan tengah hari di rumah , ada pun perjalanan ke masjid itu 10 km jauhnya .

Amat pun membayar tambang bas kepada konduktor yang hensem tu , lalu konduktor tu pun memulangkan baki wangnya dengan duit syiling 50 sen sekeping . Amat pun amik duit tu simpan dalam kocek baju melayunya .

Sesampainya di masjid , Amat pun mengambil tempat di saf kedua memandangkan saf pertama sudah pun penuh adanya .

Setelah azan berkumandang , pak imam pun mengimamkan solat Jumaat . . .

Amat pun menunaikan sembahyang berjemaah itu . . . Semasa para jemaah rukuk ( termasuk Amat ) , tiba tiba duit 50 sennya terjatuh dan tergolek betul betul jatuh di bawah telapak tangan orang di hadapannya . Risau bila pikir nak balik jalan kaki balik rumah di panas panas terikt u , Amat pun berbisik kepada orang di hadapannya . . . "Jangan amik duit aku tu , aku nak buat tambang balik nanti . . ."

Lalu , orang itu pun menjawab , "Alah , setakat 50 sen aku tak heran lah . Takde saper nak amik duit kau tu ."

Lalu orang di sebelah amat pula terkejut kerana Amat bercakap di dalam sembahyang . Dia pun berkata , "eh korang ni , dalam sembahyang mana boleh bercakap. . ."

lepas tu , ada seseorang yang lain pula bersuara , "Yang kau bercakap tu haper ?"

Sah lah . . . sembahyang mereka terbatal hanya kerana 50 sen . Kuang kuang kuang .

Moral of the story : Jangan bercakap dalam sembahyang !! Lupakan hal hal dunia bila menghadap Allah Yang Maha Esa :))