Sunday, 30 October 2011

Keputusan Medical Check Up Semalam ...



Assalamualaikum .

Hello peeps !

Hermmm . Aku runsing sangat . Semalam aku buat medical check up kat Poliklinik Damai (PD) , Desa Cemerlang .
Kenapa ? Sebab aku missed appointment dgn doc kat KKSI . Haha . Terlupa okehhh .
So aku pun tak nak la kalau aku dtg nanti doctor tu marah marah sebab aku lupa appointment . 
No no no !

So aku amik keputusan untuk buat check up kat klinik biasa even agak mahal jugak la .
Aku geram je dengan doctor kat KKSI tu sebab tak mau sign borang aku huhuuuu geram geram !

So semalam , lepas xray & urine test semua , aku masuk bilik doctor .
Bila dia check yang aku ada thyroid , dia tanya , "ada makan ubat tak ?"
haishhhh . . Soalan tu jugak yang ditanya ea . Sama mcm doctor kat KKSI .
Oke fine , mereka pegang title yang sama . 

Bila aku ckp takda makan dah , dia suruh panggil baba .
Baba dah masuk , dah duduk , doctor tu tanya , dah berapa lama aku tau aku dapat hyperthyroidism nie ?
Aku just cakap , simtom terasa masa darjah 6 lagi . Tapi buat check up masa form 2 .
Dia tanya lagi , kenapa tak makan ubat ?
Aku macam blur lah . . Baba pun sebenarnya bukan galakkan aku makan ubat tu semua .
Dia lebih suka aku makan vitamin yang ada kat meja dapur tu je .

Yang aku konfius , baba boleh cakap ,
"doc tanya lah dia . kenapa tak makan ubat . she's 18 now , dia sepatutnya boleh fikir sendiri . ."

Grrrr . . . aku jugak yang dipersalahkan . Okay fine . 

Doc check mata aku , dia suruh bukak spec , pandang atas . And dia suluh mata aku .
Lepas tu dia suruh aku berdiri , tangan mendepa ke depan . Dia letak kertas atas tangan aku , and thats it , nampak benar kegigilan tangan ku huhu .

Doc cakap , aku akan dapat susah kalau tak makan ubat .
Sekarang , mata aku dah nampak macam besar sikit . . nak terkeluar dah --"
No wonder kenapa mata aku selalu nampak lebam . .
Hurmmm . 

Lepas tu doc sambung lagi , kalau dah kahwin nanti , mungkin aku susah nak dapat anak .
Part yang nie , memang betul betul buat aku runsing . Susah nak dapat anak ? Takkan lah sampai mcm tu sekali ? Dalam hati agak terkejut walau aku cuba buat muka slumber . .

Teringat kat sorang sepupu aku , Adila nama dia . 
Dia pun ada penyakit yang sama macam aku , Hyperthyroidism .
mata dia sangat besar , nampak macam terbeliak keluar . 
Aku tak nak jadi macam tu . Please . . .

starring eyes 
Ni contoh mata kita bila kena hyperthyroidism . Aku tak nak dowh . Sedih bila bayangkan semua nie .


Yang nie , aku ada . Tapi tak besar macam nie . Dulu sebelum aku amek ubat secara sistematik , benjol kat leher aku memang nampak . After aku makan ubat , dia berkurang . Dah semakin mengecil , tapi still ada walau tak sebesar dulu .

Sebenarnya , thyroid ada dua jenis , HYPERTHYROIDISM ( thyrotoxicosis ) & HYPOTHYROIDISM .
aku , disahkan menghidap hyperthyroidism 4 tahun yang lepas .
Time tu , memang tak tau pape pasal benda nie . Langsung tak mau amek tau ekceli .

But now , aku dah mula search kat google apa itu hyperthyroidism .

Nak tau tanda tanda orang yang menghidapi hyperthyroidism ?

# Bengkak di leher
Aku ada benda nie :(

# Cirit birit
Sebelum nie aku jarang cirit birit tapi lately aku selalu sangat keluar masuk toilet . Parah gila aku kalau dah keluar masuk toilet nie . perhh . .

# Degupan jantung bertambah , sentiasa berdebar debar 
Selalu sangat . Kadang kadang kalau aku nervous or takutkan something , aku punya heartbeat jadi makin laju . Semalam check , doc cakap heartbeat aku melebihi 150 seminit .

# Terketar ketar
Yang nie tak dapat nak elak ah . Kalau berdiri lama lama , katakan melebihi 5 minit , satu badan aku akan menggigil . Orang nampak aku macam sejuk kan asyik menggeletar nie , tapi sebenarnya tak . Paling tak boleh blah , ada orang cakap aku kena parkinson . hampeh !

# Haid tidak teratur 
Aku perasan , kadang kadang 3 bulan sekali dia datang . kadang kadang sebulan lebih dari sekali . Tak tentu . 

# Penumpuan kurang
Haha , aku ingat lagi masa arwah mama ada lagi , aku pegang cawan , semua jatuh . Nak nak cawan kaca , memang berderai la . Pernah aku pecahkan balang kuih secara tak sengaja masa pegang nak keluarkan dari kabinet dapur . Hmm . Sekarang aku cuba lebihkan fokus . Alhamdulillah dah takde pecah kaca pecah gelas semua . Tak selalu berbanding dulu .

# Mata menjadi besar ( bulging )
Aku takda nie . Tak pernah lagi kena . Tapi semalam jugak doctor cakap dah ada tanda tanda mata aku akan jadi besar macam gambar kat atas . Takut sangat . .

# Kejang otot
Time zaman sekolah dulu , aku selalu jugak kena paksa beraktiviti kat padang . Kena PAKSA okey ! Nie semua gara gara aku tak nak join semua aktiviti tu sebab aku tau di mana kemampuan aku . Ada part aku kena lari 100m , aku terjatuh kat tengah padang sebab tiba tiba kaki aku kejang . Sakit dowh !

# Insomnia
Huhay , aku sejak dari zaman sekolah lagi memang tak dapat tido malam . Kecuali kalau dah penat sangat kan . Baru baru nie , aku tak tido sampai 4 hari kot . Ntah macam mana mata aku boleh tahan terbukak je kan . 

# Banyak berpeluh
PELUH ! Aku selalu rimas bab nie . Tak kira aku tengah duduk ke , berdiri ke , baring ke , mesti berpeluh . Boleh nampak kat dahi . Kadang kadang aku malu gila sebab orang jauhkan diri dari aku sebab benda nie arh . Ada masa aku tak boleh terima huhu . Aku tak layak untuk hidup normal ke ?

# Suhu badan naik 
Orang kata suhu badan naik mesti demam kan ? Korang percaya tak kalau aku cakap aku tak pernah rasa yang aku nie demam . Beberapa bulan yang lepas , aku gi klinik sebab sakit leher . Mula mula ingatkan beguk , rupanya aku kena LYMPHADENITIS . sakit sampai menangis nangis aku dibuatnya . Dan doctor tu cakap aku demam sekali , panas jugak . Tapi tak terasa langsung .

# Rambut tak kuat
Hehe , nie sama macam keguguran rambut laaa . Maybe ? Sebab rambut aku selalu gugur bila disikat --"

# Sukar bernafas 
Ini simptom yang pertama sekali berlaku pada aku . Cuba bayangkan , tengah duduk bersila sambil cabut uban arwah mama ( hehe . Mesti korang pun pernah buat macam nie kan ? ) , tiba tiba aku tarik nafas kuat kuat . Bila tak sampai jugak , aku terpaksa bangun dan tarik nafas sekali lagi . Seksa . Sangat tak selesa aku rasa bila nafas tak sampai .

# Turun berat badan
Aku ada cakap dalam entry yang lepas baru baru ni , bila balik kampung , ramai makcik makcik tegur cakap aku makin susut . Tapi aku masih lagi rasa aku nie tembam ! tak tau mana yang susut tu . Ntah lah . Akak sedara aku cakap , nampak sangat aku susut . Dah kurus . Tak makan ke ? Haha . Aku makan banyak kau tau . Kalah makcik Jenab sebelah rumah haha . Orang kuat makan , biase la . 

# Lemah
Ouhh aku lemah betul part nie . Aku bukan seorang yang lemah , tapi hakikatnya aku sangat lemah :(

Tembam tak aku ?! Hehe . PEACE ^^

- c i a o -

2 comments:

BOBOayeeN said...

Dik...jangan tinggal ubat dan ikut pesan doctor,kak pun ada sakit serius kalo lewat susah nak dirawat..sentisa kita beringat selalu..salam syg..

Aishah Amira said...

@BOBOayeeN thanks kak . salam syg juga ^^