Saturday, 22 October 2011

SUMAYYAH BINTI KHUBATH R.A ~ Wanita Pertama Mati Syahid



Assalamualaikum .

Adakah suatu kebetulan sahaja dalam sejarah Islam kalau yang pertama memeluk Islam adalah seorang wanita dan orang yang pertama mati syahid juga seorang wanita ? Tetapi inilah yang terjadi . Allah SWT telah menciptakan Khadijah binti Khuwailid , Ummul Mukminin sebagai muslimah pertama ketika beliau menerima seruan Rasulullah SWT , dan orang yang pertama sekali mati syahid dalam sejarah Islam ialah Sumayyah binti Khubath , ibu kepada Ammar bin Yasir R.A . 

Ketika Islam muncul , Sumayyah berada dalam barisan hadapan para wanita mukminah , bahkan boleh dikatakan bahawa Sumayyah adalah orang yang pertama berbicara kepada kaum musyrikin tentang keislamannya . Namanya berada dalam peringkat ke-7 dalam senarai orang orang yang terawal memeluk Islam .

Ibnu Mas'ud telah berkata , "Orang yang pertama memeluk Islam ada tujuh orang . Mereka adalah Rasulullah , Abu Bakar , Bilal , Khabbab , Shuhaib , Ammar dan Sumayyah , ibu kepada Ammar ."

Sumayyah telah menjadikan kesabaran sebagai tanda baginya . Cuba bayangkan seorang perempuan yang lemah , berumur , boleh bertahan dan bersabar mengahadapi seksaan orang orang yang hatinya lebih keras daripada batu . Beliau tidak mengalami seksaan seorang diri , tetapi seluruh keluarganya mengalami hal yang sama . Tubuh mereka telah hancur akibat daripada sebatan orang orang musyrikin .

Para pemimpin musyrikin berasa sangat hairan melihat kesabaran mereka . Rasulullah berkata , "Bergembiralah kamu wahai keluarga Yasir ! Sesungguhnya balasan bagi kamu adalah syurga .

Sumyyah telah diberikan oleh Abu Huzaifah kepada anak saudaranya , Abu Jahal yang telah menyeksa Sumayyah dengan pelbagai cara agar Sumayyah meninggalkan Islam . Abu Jahal berkata padanya , "Engkau beriman kepada Muhammad semata mata kerana ketampanannya ." Sumayyah tidak menjawab . Setiap kali Abu Jahal menyeksanya dengan seksaan yang kuat , semakin kuat ketahanan Sumayyah .

Ketika Abu Jahal berputus asa melihat ketabahan Sumayyah , dia menusuk kemaluan Sumayyah dengan sebatang tombak . Akhirnya Sumayyah mati syahid dengan penuh kerelaan untuk bertemu dengan penciptanya dalam keadaan taat . 

Semoga Allah meredhai Sumayyah , suaminya Yasir , dan anaknya Ammar bin Yasir . 

AMIN

2 comments:

ila said...

amen.

suke sgt dengar lagu sumayyah,

Aishah Amira said...

@ila - same la kita :)