Thursday, 13 October 2011

Wadehelll ~

Assalamualaikum .

Errr . Semalam kan aku pergi buat medical check up kat KKSI kan .
Tau KKSI tu kat mana ke ? Tau ke ? Hahax .
KKSI tu short form for Klinik Kesihatan Sultan Ismail yang dekat dengan Jusco Tebrau City tuhh .
Yelah , kena lah pergi buat check up untuk memenuhi syarat masuk U tu .

Aku sampai pukul 1.00 petang . Tapi takdak orang pun dalam tuh .
Time time diorang semua rehat sebenarnya huhuhu boleh plak aku terlupa kan .
Aku , Baba & Adik lepak lepak jer dalam kereta sementara tunggu pukul 1.40 petang .

Bila masa dah time , aku pun masuk lah dalam klinik tuh .
--" Orang ramai dah beratur panjang . Pergh lenguh kaki berdiri .
Orang dah beratur panjang pun still kaunter pendaftaran tu tak buka buka .
Bengang seketika *


Lepas turn aku sampai , akak tu tanya , "Adik sakit ape ?"
Aku jawab la , "Kak saya nak buat medical check up jer . Untuk ni haa ." Aku tunjuk la surat tu kat kaunter .
Pastu akak tu cakap , "Ouh yang adik beratur panjang panjang ni nape ? Kalau nak buat medical check up adik masuk je lah kat bilik nom 13 tu..."


Errr . . Aku bengang lagi masa tu *
Punya lah lama aku beratur kan . Tetiba dia kata tak yah beratur . Ceitttt !
Apekah ??!!!

Bila aku masuk bilik no. 13 , ada akak nurse tu suruh duduk . Dia selesema . Haha kesian aku tengok .
Dia suruh aku berdiri kat penimbang & nak ukur ketinggian sekali .
Dah siap semua , dia bagi aku cawan kertas untuk urine test .
Lepas tuh , dia tulis kat kertas kuning tu macam ni :

A+B
|
xRay
|
Makmal
|
Doctor

Hah korang faham ke ??

Haha . Akak nurse tu cakap , "Adik nanti pergi kat kaunter A untuk daftar okeh . Lepas tu bayar rm20 kat kaunter B ye . Dah siap semua , adik pergi kat bilik xRay hujung belah kanan ni , buat xRay dulu . Then , adik pergi bilik Spesimen kat sebelah bilik ni untuk buat urine test . Lepas tu baru boleh jumpa doctor ."

Aku pun , pergi lah kat kaunter yang aku beratur tadi .
Pas daftar , gerak ke kaunter sebelah plak untuk bayar .
Sure lah pakai nombor giliran kan .
Tertunggu tunggu jugak aku , bila nombir 1055 dia nak panggil ???
Tersengguk sengguk aku dibuat nyer time tuh haha .

1055 Kaunter 3 - B

Yes !! Dah panggil dah !
Aku duduk depan abang baju kemeja kaler coklat tu .
Aku bagi kad kuning tu sekali .
Dia tengok then dia tanya aku , "Study kat mana dik ?"
Herrr . hehe . Aku jawab la seadanya kan . LOL haha .
Dalam hati ' boleh tahan hensem abang ni '
Wakakaka . Gatai betul huhuh .

Pastu dia terangkan balik apa yang akak nurse tu cakap kat aku .
Takut aku lupa la tuh kan .
Dah bayar , dah amek resit , aku terus blah pi bilik xRay .
Yayayaya huhu dup dap dup dap jugak aku time tuh .
Nasib baik yang tolong xRay tuh akak , bukan abang ke pakcik ke kan .
Haha . Bukan ape , sebab dulu aku buat xRay kat situ , ada sorang abang tuh yang buat .
Erhhh . Segannn .
Beg ni pun pandai buat x-ray HAHA ^^
Dah siap xRay , aku pergi bilik spesimen plak untuk buat urine test .
Erm . Lama gak nak tunggu diorang buat ntah pape kat dalam makmal tuh .
Herrrr .

Then , aku pun tunggu kat bahagian bilik bilik doc tuh .
Heheh . Abang kat kaunter B tu cakap aku kena masuk bilik nombor 4 .
Tak kisah lah memane pun . Asal cepat setel . Aku dah lah lapar giler dengan tak makan dari pagi lagi .
Dah pukul 4 aku rasa masa tu .

1055 - bilik 4

Yahaha . Lagi lagi , kena panggil lagi ^^
Masuk jer , ouhh doctor laki  :) agak peramah jugak .
Tapi aku tak perasan nama doc tu kat name tag dia .
Huhu .

Dia check borang UiTM tu , dia ternampak la aku tulis Thyroid kat bahagian bawah sekali , lain lain penyakit ^^
Nak tipu pun , aku tak pandai . So , tulis je lah .

 "Awak ada thyroid ? Amek rawatan kat klinik mana eh ?"
"Kat Klinik Ihsan & Surgeri kat bandar Tiram tu doc . ."
"Ouhh . makan ubat tak ?"
"Err . Hehe . Tak makan dah"
"Nape tak makan ? E'eh awak ni . Suka suka je tak makan ?"
"Ermmm hehehehe . Ubat dah habis la doc . ."

LOL --" Kena marah hahahahahaha .
Aku ape lagi , buat muka seposen la .

"Saya tak boleh sign lah macam ni . Saya kena check thyroid awak tu dulu kalau nak saya sign . Ni dah berapa haribulan dah cik adik oii . Nanti awak kena buat ujian darah , tunggu keputusan ujian tu pun amek masa 2 minggu . Awak nak pergi bila ???"

Haishhhh . Sabar je lah kena marah kan --"

"16 Nov ni lah doc . Kan ada sebulan lagi tu . Err . ."
"Banyak lah awak . Kenapa sekarang baru datang ? Dapat surat bila ?"

Ceitt doc neh banyak tanya gila kot . Hehe . Urut dada sat ~

"Ala doc , saya baru dapat surat ni hari tu . Tak ingat lah berapa haribulan . Tapi dalam bulan ni jugak . Lagi pun saya mana ada masa nak datang sebelum nih doc . Ni baru ada time tau ."
"Yelah tu . Okay macam ni lah , nanti awak datang hari Sabtu ni boleh ? Pukul 2 petang . Awak kena datang ye . Lagi satu , balik ni awak minum air banyak banyak . Urine test awak tak berapa elok . Memang balik ni awak kena banyak minum air . Saya cakap betul ni . Nanti awak amek ubat dulu sebelum balik . Pergi bilik nombor 13 dulu ok ."

Herr . . Betul betul kena marah dengan doc kali nih . Ampessss haha .

Aku pergi bilik 13 dulu baru amek ubat . Kat bilik tu akak nurse tu cakap , "eh nape doc tak sign ni ?"
Aku buat muka seposen je lah hahahaha . Ngeksssss ~

Tapi akak tu cakap , tak payah datang hari Sabtu . Sebab hari Sabtu untuk kes kes kecik je . errr , besar sangat ke kes aku nih ? aiyoyoyo . . .
Then dia ganti appointment hari Sabtu ke hari Isnin .

Tu jer :D

So korang , hari Isnin nanti aku kena pergi KKSI lagi , doakan doc tu tak marah marah lagi okay !!!


No comments: