Saturday, 22 October 2011

Wasiatku Untuk Kaum Hawa



Bismillahirrahmanirrahim

Sabda Rasulullah , "Isteri yang terbaik ialah isteri yang jika dilihat dia menyenangkan hatimu , jika disuruh dia taat kepadamu , dan ketika engkau sedang merantau , dia menjaga dirinya dan hartamu ." (Diriwayatkan oleh Abu Hurairah , disahihkan oleh Muhammad Syakir) .

Setiap manusia yang hidup di dunia ini akan mengahadapi pelbagai rintangan dan masalah dalam hidup termasuklah para nabi pada zaman dahulu , manusia biasa apatah lagi . Kita sering terjerumus dalam kesalahan dan kemungkaran disebabkan kelemahan IMAN kita . 

sahabat sahabatku , di sekeliling kita , bahkan mungkin juga diri kita sendiri , kita dapat melihat ramai wanita yang tidak lagi tahu menjaga tata tertibnya , sopan santunnya yang dah ke laut , budi bahasanya semua dah tercampak ke longkang .Penyakit 'cikaro' , 'bohsia' , 'minah rempit' , 'gro' , 'pelacur' , makin berleluasa merata rata .

Bahkan begitu ramai gadis gadis ( dan juga lelaki ) remaja yang dah tak pandai menjaga tutur kata mereka dengan menggunakan kata kata kesat seperti 'hanjeng' , 'pukimak' , 'cibai' , 'babi' , dan sebagainya . Nauzubillah !! Wahai anak cucu Hajar dan Khadijah , Bagaimana mungkin kamu merelakan dirimu menjadi boneka di tangan orang yang tidak bertanggungjawab ? Dijual beli seperti barang murahan .  Lalu dicampakkan begitu sahaja dalam keadaan menyesal dan sia sia seorang diri .

Di manakah akalmu ? Lupakah asal usulmu ? Dan , di manakah agamamu ? Wahai permata yang terlindung , wahai mutiara yang tersimpan ! Marilah kita berganding tangan berhijrah sama sama ke jalan yang benar , jalan yang lurus , jalan yang diredhai Allah SWT . 

"Tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang bumi" 
Maka bangkitlah ! Segerakan penghijrahan itu . Jangan dibuang masa lagi . Mungkin sebentar sahaj lagi , kita akan dijemput oleh-Nya . Alangkah ruginya jika kita belum sempat bertaubat T___T .

Akhir kata , GOOD LUCK TO ALL GIRLS OUT THERE ^^"

"Syurga terletak dibawah telapak kaki suami , hargailah suamimu"


2 comments:

Fendy said...

betol...wanita dilahirkan dengan kedudukan yg tinggi...tapi dicemari...

Aishah Amira said...

@Fendy - bila sifat malu hilang dalam diri , semua pun boleh . akal dah terpesong jauh , lagi jauh bila ada yang menggalakkan . T__T