Saturday, 26 November 2011

Maaf Pada Semua Followers Belog Myra :'D



Assalamualaikum .

Anda semua sihat ? Apa cer di hujung minggu ni ? Dah solat belum agak2 nyer ? Kalau belum baik anda solat dulu sebelum anda disolatkan ye . Lepas tu , sila pastikan anda duduk dalam keadaan statik . Jangan bergerak sehingga anda rasa lenguh . Harap maklum .

Okay abaikan intro yang skema tahap kucing bertanduk ni . :DD
Sebenarnya aku nak mintak maaf pada korang especially followers aku yang makin bertambah sejak aku join segmen segmen dari jiran tetangga kan . Seingat aku , sebelum aku tinggalkan blog bersawang ni dulu followers aku tak lebih 300 pun . Apa apa pun , thanks sangat3 ! sebab sudi follow belog picisan aku nih . 

Dah 2 minggu aku berada di sini , Insyaallah kalau ada masa nanti aku akan update semua nya . Banyak yang aku nak cerita kan . Just masa yang tak mengizinkan , nak buat macam mane ? Haha . So far aku kat UiTM Lendu Alor Gajah Melaka nie , aku kepenatan sampai dimasukkan ke dalam wad 2 hari 2 malam :'( Mungkin sebab kejutan budaya kan , naik turun bukit , rushing , kejar masa & semua tu . Senang cakap , malam pertama ( bukan malam pengantin tu okeh !! :D ) aku dah dikejarkan ke Hospital Alor Gajah .


Sedih sebab Kak Hanna ( senior part 3 ) tinggalkan aku sorang sorang kat sane waaaaa masa tu rasa nak nangis je sebab 1st time aku masuk wad ni . Selama ni just pergi klinik je . Well , sebab aku tak amek berat pasal thyroid aku so bila diorang check semua , dah jadi makin teruk , means , dari Hyperthyroidism sahaja dah bertukar ke Uncontrolled Hyperthyroidism . Hambekk ! Haha . 

Padan muka aku :P

Lepas keluar wad , budak budak part 1 dah siap hantar semua borang , dari borang fakulti masing masing sampai ke kad matrix . Tinggal aku sorang yang belum buat . Dengan keadaan UiTM yang masih samar samar bagi aku ni , agak susah aku nak carik kat mana Pejabat HEA kat mana Unit Kesihatan kat mana nak buat kad matrix . Agak serabut sikit otak aku sekarang ni . Huhu gara gara masuk wad !! Grrrr . .
Tapi takpe , slow slow buat insyallah setel semua nya kan . 

Doakan semua nya baik2 ok . Doakan jugak semoga selesai segala urusan ni . ^^

P/S : Nanti aku blogwalking satu satu followers tersayang aku yea . Maaf . Keadaan tak mengizinkan lagi . Insyaallah nanti dah free , dah tak banyak aktiviti , aku akan luangkan sikit masa untuk follow korang balik . Maaf sangat .

2 comments:

Fendy said...

Syafakillah...semoga sembuh n sihat...

L said...

hehhe... kesian dia masuk wad.. ngeh3,,, salam maal hijrah k..=)
jom baca kejap=)
http://lolz-l.blogspot.com/2011/11/pandai-sangat-dah-kan.html