Monday, 26 December 2011

Dapat Baby Baru !!!!



Assalamualaikum .

Yeahhhh akhirnya , masa yang dinanti nanti telah pun tiba . Masa apakah itu ? Masa di mana aku bergelar seorang mama !!!! Pheeewww . . Lega . Comel sangat anak anak aku tu . Sebenarnya ada 3 kesemuanya tapi unfortunately tinggal 2 je sekarang sebab yang lagi 1 tu umur dia tak panjang . Sedihhhh T_____T .

Ahaks . Mesti dalam kepala otaks korang tu dah tersusun bermacam macam pertanyaan kan ?
Ya aku memang belum kawen lagi . Tapi tak salah kan dapat anak sebelum berkawen ?
*kehkehkeh .

Aku belum bagi nama lagi untuk anak anak aku nie . 
Tak tau nak bagi nama apa . Kalau boleh biarlah nama tu secomel muka diorang kan .
Hukhukhuk . Saat saat aku menerima kelahiran anak anak aku tu , memang berdebar debar gila . 
Aku tak tau nak buat apa kot . Dahlah tak bagi signal langsung nak keluar . 
Tuptup dah terkeluar . neeeeee . Terkejut ft tak sangka . 

Hahahahahaha . . Tapi yang penting anak anak aku tu comel macam aku jugak .
*auchhh . . perahsantan manjang --"

Nak tengok diorang tak ? Jap jap . . tengah loading nie . .




Yeahhh . Comel tak mereka ? Wie . . Jalan masih merangkak lagi ( memang diorang merangkak pun kan ? err bukan ek ? ) --"
Size diorang hanya sebesar tapak tangan je sekarang ni . eee tak sabar nak tengok diorang membesar !!! Kehkehkeh . Tu ha mak dia yang sebenar , si Minah tu . Takut benor tengok aku pegang HP . Ala bukan nak buat pe pun . Nak amek gambar si kecik berdua tu je pun . Gedik lebih je si Minah nie kannn .

Tapi walau siape pun bapak dia ( tak dapat dikenalpasti ) aku nak ucapkan terima kasih sebab ko dah merogol Minah & buat dia bunting tetiba kan . Tapi takpe , yang penting , kepulangan aku kali ni disambut dengan kelahiran mereka berdua depan mata aku sendiri . Hahah happy makkkk !!

Minah kan , dia kan , kedekut nak mampus bila kitorang amek anak dia nak main main . Nanti bila anak dia meowwwww jerk terus dia amek bawak masuk bilik . Kurang ajar betol . Geram je aku . Ko tengok la nanti , aku culik anak ko sekor bawak balik hostel huahuahuahuahua . Padan muka ko kehkeh . Kejam betol aku kan ? Who care ? HAHAHA .

Ok fine . Haiwan peliharaan tak dibenarkan bawak ke hostel . Ala sesekali kita langgar peraturan tak salahkan ? Lagi pun , kucing ni kan common , kat mane mane ade , Hoho dah mula berfikiran jahat aku nie .
--"

Ok la . Over excited gile aku nie bila dapat anak baru . Arghhh damnnn !! Sampai baba gelakkan aku okenggg . Dia cakap apa tau ? "Nie baru anak kucing........" Lepas tu dia ketawa , ceittt ! Sabo jer lahhhhh jahhh oiiii . . :P

*ehem , jangan jeless ea . kite dapat anak baru dah . Awak bile lagi ? Hahaha . 

Blog Hanya Dari Mata Mini Give-Away : TQ Followers !



Assalamualaikum .

Hari ni jari jemari aku terasa gatal nak meng-join-kan diri dalam GA yang dianjurkan oleh jiran aku yang paling howt & sexy gituueee iaitu : Cik Innanie Ariffin . keh3 ,

Sebelum aku membebel dengan lebih lanjut lagi , ape kate kita tengok dulu hadiah hadiah yang bakal di..give-away..kan . wiwiwiw ^^


1x Eksklusif Custom Made Satin Shawl
Design by KZ Nabihah Boutique
( follow & like FB sponsor ) 
2x Leopard - Pronted Cosmetic Bag
Inspired by ELLE
2x Set Hair & Body Care La Source Series 
by Crabtree & Evelyn
Tajaan : Mrs. Lady's Stylo Closet
( follow & like FB sponsor )
dan . . . . .

5 Blog x Blog Review @ Blog HDM

Mangsa Tag :


Tarikh Tutup : 31 Disember 2011 ( SABTU ) Jam 12.30 Tengah Malam

Kalau nak join ringan ringankan jari anda untuk klik :: SINI ::
Jom kasik meriah ini GA . wikikiki >_<

Sunday, 25 December 2011

:: Ragam Mereka ::



Assalamualaikum .

Well hello peeps !
Aku nak ucapkan selamat bercuti buat kaum kerabat BM111 1D , gunakan cuti mid sem ni dengan sebaik baiknyer okengg ! Sebab lepas ni kita akan dilambakkan dengan assignment , quiz & test . ( gegel lutut mase taip ayat ni walaweyy ) Dah bersedia ke diri ni nak menempuh saat saat menjadi seorang pelajar UiTM yang sebenar ? Bukan lah bermaksud selama ni aku bukan pelajar UiTM tapi . . . errr . . ahhh lupe kan !!! Cultural shocked tak hilang hilang lagi . Grrrr .

Aku baru je sampai rumah petang semalam . Penat pun tak hilang lagi kot . Tido manjang . kehkeh . Anak dara ape la macam ni , kalau arwah Tok Mak ada lagi mesti dia bising je kan huhu . Tetibe rindu kat arwah Atok plak T___T . Semalam kan , aku naik bas dari Larkin ke Taman Pelangi Indah , ada la pakcik drebar tu aku tengok hampeh semacam je .


Ade rasa tak puas hati je dalam hati aku ni . Hoho . Bukan ape , pakcik drebar tu macam tak hormat orang langsung . Kot ye pun sibuk kira duit merah merah tu , bila orang tanya jawab la . Takde la orang tu bengang je . Nak dijadikan cerita , mungkin abg brader tu masih baru kat JB ni so tak berapa nak tau jalan & tempat , bila dia tanya pakcik drebar tu buat bodo jekk . Heii geram betul aku . Last last abg brader tu turun terus , agaknye bengang & menyampah bila pertanyaan dia diabaikan . Kalau aku lah , dah menyumpah nyumpah dalam hati agaknyer . Hohok .

Lepas tu , ada pakcik omputih nie , rambut pun dah beruban sikit sikit , dia naik bas yang sama dengan aku bawak luggage , tak tau la dari mane kan . Dia nak ke mane ntah , lupe plak aku . Dia cakap kat pakcik drebar tu kalau dah sampai bagitau dia sebab dia pun tak tau jalan jugak macam abang brader tadi . Dalam masa nak tunggu sampai tempat tu , dia selalu gak bangun ke depan untuk amek duit baki dia dari pakcik drebar . Kali ke-2 dia bangun , ada sorang tu amek tempat duduk dia . Makk aiii sedih aku tengok perangai warga Johor nie .

Tak kesian pe kat pakcik omputih tu , dah name pon pakcik , jangan la wat camtu kat dia . Masa pakcik tu pusing belakang nak duduk kat tempat dia , alih alih tempat dia dah ada orang duduk . Dia plak yang terpaksa berdiri . Dia berdiri depan aku ( sebab aku duduk depan sekali ) sambil pegang luggage dia . Aku nak je cuit pakcik tu suruh dia duduk kat tempat aku , tapi sebab bas tu dipandu dengan laju so aku tak berani nak bangun . Aku ingat nak tunggu bas tu berhenti kejap baru aku bangun . Ada la dalam 3 minit camtu , bila bas berhenti aku bangun la .

Belum sempat nak cuit , orang yang amek tempat duduk pakcik omputih tu tetibe bangun & bagi tempat tu kat pakcik tu balik . Dalam hati aku , alhamdulillah . Masih ada sifat hormat menghormati & berperikemanusiaan dalam diri dia . Takde la aku mengumpat dia banyak banyak kan . Ngaaa .

^^ Tak banyak story yang nak dimorykan . So , tunggu next entry untuk tau apa yang buat aku happy gila hari ni >_<

Sunday, 18 December 2011

Aktiviti Di Hujung Minggu ~



Assalamualaikum .

Hello peeps !! Yeah yeah . Hujung minggu yang mendamaikan sebab takde aktiviti yang perlukan aku si situ hahaha . Ekceli semalam ada perlawanan futsal antara kolej , tapi disebabkan semalam hujan lebat yang teramat sangat so terpaksa lah ditangguhkan ke pagi hari ni . Adik , our fren ( tak tau why we call her ADIK sebenarnya ) suruh aku dengan Nia , my roommate , untuk datang padang futsal kat Tun Fatimah sokong Tun Hassan punya group . Tapi kami ni pemalas yang amat , terpaksa lah kirim salam je .

Hehe sorry Adik . But pape pun , gud luck yarrr !!

Nia , pepagi lagi dah berangan nak kemas bilik la hape la . Tapi tup tup dia buat kuak lentang plak atas katil kan . Haihh sabor je lah cik Myra oiii !! --" . Hahahaha . Sampai aku gerakkan dia suruh basuh baju baru dia bangun . Kalau tak , memang haram lah . Basuh baju nak pakai mesin je . Sebab tapak tangan dia sensitif dengan sabun basuh baju tu . Kesian la kan tak pasal pasal nanti tapak tangan dia mengelupas lah hape la , kesian ya adik adik akak akak abang abang .

Aku plak , lepas rendam baju baju kotor tu ( padahal 3/4 helai jer , biaselah terlebih rajin ginilah jadinya ) terus mandi & bergerak menuju ke library . Hawau tol , pehal skema sangat ayat aku nie ?? --" . Bila perut dah lapar , tekak aku tetiba mengidam nak makan GCB . Ok dear , mane nak cari McD kat sini ? Sanggup kau nak berhempas pulas menahan bas pergi MC ? Harammmm .

Ok ok takpe . Ade lagi seminggu je masa untuk kau tahan nafsu kau nie . Lepas ni bila dah jejak kan kaki di bumi Johor Darul Takzim kau puaskanlah nafsu kau tu :DD

OMG tak sabar nak balik . Balik nanti , aku nak suruh baba masak ikan bakar dengan sambal , maksud aku , selain ikan keli la . Tak kisah ikan ape pun huahuahua tapi selalunya ikan cencaru la . Muak kot makan ikan keli tiap tiap hari . Lepas tu , nak makan roti canai puas puas . Kehkeh . Rindu kat roti canai baba aku . Haha . Korang tak tau kan , baba memang penebar roti canai paling hensem & digemari ramai kat tempat aku :P . <----- [ statement berani mati ]

Pinjam gambar pakcik Google sat >_<

Arghh jadi makin lapar plak perut aku nie . Haha . Ciao dulu yup sayang sayang semua , aku nak gi mentekedarah jap :D . Sesiapa nak join sila lah . Aku belanja pakai duit korang ye ^^ kikiki .

Wednesday, 14 December 2011

Annual Grand Meeting (De'Best) - 07 December 2011



Assalamualaikum .

Hello peeps !! Psstttt nak tau satu gosip tak ?
Dengar kata kat Zon C - Kolej Tun Ali UiTM Lendu , ade skandel Apek tu .
Sape tak kenal ? Alaaaaaa . Penjaga gol bola sepak terhebakkk zaman ini tu hihi .
Skandel dia plak sape ea ?? Yang duk ckp hubungan diorang tu hanya stakat adik abang semata tu lah .
Atoiii tak dapat tangkap lagi kew ??
- dengar kata Dahlia Teck sekarang study kat sini amek MassCom -

Kehkeh . Saje la aku kecik kan statement tu . Korang nampak ke ? Cakap lah tak nampak . Aku nie bukan nye penggosip tegar cam korang hahahaa ( sempat mengutuk ) , aku just bagitau info info terbaru cewahhh . Poyosss . Member aku yang stay kat Tun Ali ( nama asrama ) cakap beliau ni konon hot stuff sangat lah . Ape ape meeting or perjumpaan tak nak join bagai . Tau ayat dia camne ?? Camnie haaaa : Eh ape dia pikir dia tu hot stuff sangat ke sampai tak nak turun & join meeting ni semua ?? .

Haha gila bengang dia . Ntah lah aku pun tak tau nak cakap camne kan . Memang minggu ni kecoh kat FB semua cakap beliau ada kat sini . Memula ingat kan khabar angin jer . Rupanya memang betul pun . Ok lah abaikan cerita pasal beliau . Ekceli aku nak story pasal event yang berlangsung pada 07 December 2011 , event ni sebenarnya induction budak budak Part 1 yang amek Business Studies kat sini . Induction yang meriah jugak .


Semua kelas budak budak Part 1 ada persembahan masing masing . Sebenarnya kitorang kena cabut undi untuk tau siapa yang dapat tarian , yang dapat dikir barat , yang dapat koir , and macam macam lagi lah . Yang malang nya tu , kelas kitorang ( Group D ) dapat cabutan untuk TARIAN KONTEMPORARI .

Nak tau ekspresi kitorang semua masa mula mula dapat tau kitorang dapat tarian tu macam mana ? Hahahhaa . kalau aku , dah rasa nak menangis dah . gila kau !! Seumur hidup aku , aku tak pernah belajar apa apa step untuk menari nie okenggg !! Tetiba kena menari di khalayak ramai , pehhh . Memang OMG lahhhh !! haha .

Tension giler masa belajar step by step tu . Roommate aku , Nia , memang terlebih lebih muka tension dia kalau dapat tengok hahaha . Kesian aku tengok dia . Dah lah kecil molek bagai , lepas tu comel chubby gitue , dapat plak tarian Melayu yang kena bergelek gelek hahahaha . Memang kelassssss lah sebab at last but not least tu dia dapat tangkap step jugak . Tengok tengok tengok !!!! Salute tak ? Heheheehe .

MTs yang jaga kitorang , Iya & Amad . Memang best sebab diorang ni agak sporting jugak . Sporting bila dah lama kenal la . means , bukan dah lama kenal tu dah setahun or 2 tahun kenal tapi , dah beberapa kali perjumpaan tu yang buat kami dengan diorang boleh ngam . Iya tu penari kebudayaan untuk U kitorang . Dia wakil . Memang best lah tengok lenggok dia menari .

Amad plak , Grrrr !! Tak pernah tengok dia menari langsung !!! Hahahahaaah .

Minggu yang memenatkan ( tiap tiap malam pukul 8 or 8.30 pm kitorang ada latihan dance ) . kalau tak sempat buat malam , siang tu pun kitorang buat latihan jugak . kan sebelum next class bermula ada gap kan ? ha time tu lah kitorang berlatih . Sumpah penat !! Sampai demam demam sakit sakit semua . Nia , dah seminggu dia demam tak baik baik . Nani plak dah makin Ok dah . alhamdulillah . Sue , sampai masuk air dibuat nyer hahhaaha . Maheran just sakit sakit biasa je . Aku ? Ohhh , aku fobia nak masuk unit kesihatan tu bila tau Sue masuk air . Hahahaha . Takut noqssssss tengok jarum dia . mak aihhh . trauma kat Hospital Alor Gajah pun tak hilang hilang lagi wakakakaka :DD

Banyak lagi nak story . Tapi aku nak setting gambar dulu . hehehee . Nak upload kat sini ler ape lagi . Ok ciao dulu yup sayang sayang ku . ^^ . Tunggu hupdate terbaru nanti !! Aku upload pic time kitorang menari hahhahaha .

- c i a o -

Friday, 9 December 2011

Another Quick Update ~



Assalamualaikum .

Yeah . Sejak masuk U ni . Aku dah teringin tahap gaban nak ade lappy sendiri .
Ok fine , tau le korang dah ade lappy sendiri hahahaha . Aku masih lagi jadi pengunjung setia perpustakaan dalam ni . Boleh dikatakan aku nak duduk depan PC ni dari pagi sampai ke malam !! Tapi nak buat camne , dah peraturan dia cakap cume boleh guna 2 jam jer , so , 2 jam je lah dapat online .

2 jam tu semata mata untuk buat task & assignment je ok . hehe . Sebab tu aku perlukan lappy untuk aku online mlm2 muahaha . Really need it T__T . Penat tau berjalan dari Kolej/Class untuk ke Ps . . Seriously . Memang semput aku tak baik2 le camni huhu . Tapi takpe , pengorbanan :DD

Ouhh ye , for followers (tak habis2 --") yang rasa Myra belum follow dier , kindly drop ur URL kat bawah ni so senang untuk Myra follow u back . Well , followers sangat berharga bagi Myraa !! :) . Kebanyakkan nye takde link so susah la Myra nak follow :( . Please please & please !! I'm so busy with my assignment & task & segala mcm program kat sini , sangat sangat penat & sangat sangat takde masa nak check satu persatu . Maaf dear T___T . Jadual sangat pack !!

Sebelum Myra mengundurkan diri , ade satu peringatan untuk kita semua .
Tak salah kalau nak share :DD

jika mereka sibuk mencari cinta,biarlah kita sibuk mencari iman..
jika mereka sibuk mencari pasangan,biarlah kita sibuk mecari keredhaan...
jika mereka menangis kerana kecewa,biarlah kita kita menangis rindukan ilahi dan dosa2 yang lalu..
jika mereka lebih cintakan manusia,biarlah kita cintakan allah rasul dan syahid...
jika mereka dambakan dunia biarlah kita dambakan akhirat..