Sunday, 18 December 2011

Aktiviti Di Hujung Minggu ~



Assalamualaikum .

Hello peeps !! Yeah yeah . Hujung minggu yang mendamaikan sebab takde aktiviti yang perlukan aku si situ hahaha . Ekceli semalam ada perlawanan futsal antara kolej , tapi disebabkan semalam hujan lebat yang teramat sangat so terpaksa lah ditangguhkan ke pagi hari ni . Adik , our fren ( tak tau why we call her ADIK sebenarnya ) suruh aku dengan Nia , my roommate , untuk datang padang futsal kat Tun Fatimah sokong Tun Hassan punya group . Tapi kami ni pemalas yang amat , terpaksa lah kirim salam je .

Hehe sorry Adik . But pape pun , gud luck yarrr !!

Nia , pepagi lagi dah berangan nak kemas bilik la hape la . Tapi tup tup dia buat kuak lentang plak atas katil kan . Haihh sabor je lah cik Myra oiii !! --" . Hahahaha . Sampai aku gerakkan dia suruh basuh baju baru dia bangun . Kalau tak , memang haram lah . Basuh baju nak pakai mesin je . Sebab tapak tangan dia sensitif dengan sabun basuh baju tu . Kesian la kan tak pasal pasal nanti tapak tangan dia mengelupas lah hape la , kesian ya adik adik akak akak abang abang .

Aku plak , lepas rendam baju baju kotor tu ( padahal 3/4 helai jer , biaselah terlebih rajin ginilah jadinya ) terus mandi & bergerak menuju ke library . Hawau tol , pehal skema sangat ayat aku nie ?? --" . Bila perut dah lapar , tekak aku tetiba mengidam nak makan GCB . Ok dear , mane nak cari McD kat sini ? Sanggup kau nak berhempas pulas menahan bas pergi MC ? Harammmm .

Ok ok takpe . Ade lagi seminggu je masa untuk kau tahan nafsu kau nie . Lepas ni bila dah jejak kan kaki di bumi Johor Darul Takzim kau puaskanlah nafsu kau tu :DD

OMG tak sabar nak balik . Balik nanti , aku nak suruh baba masak ikan bakar dengan sambal , maksud aku , selain ikan keli la . Tak kisah ikan ape pun huahuahua tapi selalunya ikan cencaru la . Muak kot makan ikan keli tiap tiap hari . Lepas tu , nak makan roti canai puas puas . Kehkeh . Rindu kat roti canai baba aku . Haha . Korang tak tau kan , baba memang penebar roti canai paling hensem & digemari ramai kat tempat aku :P . <----- [ statement berani mati ]

Pinjam gambar pakcik Google sat >_<

Arghh jadi makin lapar plak perut aku nie . Haha . Ciao dulu yup sayang sayang semua , aku nak gi mentekedarah jap :D . Sesiapa nak join sila lah . Aku belanja pakai duit korang ye ^^ kikiki .

2 comments:

CIK MAY said...

erk..lapar jugak tgk gbr ikan tu..eh..ikan kan..hihi..tgk sekali imbas je..

~~zAnAfAhMi~~ said...

Masakan famili la paling best dlm dunia sekali pun cuma ikan goreng atau bakar...kan?