Friday, 30 November 2012

"End Year Giveaway by FD"


Yeahhh dah lama tak join GA ni . Tiba-tiba bersemangat aku nak join GA . Korang MUST join okay . IT'S A MUST . Kenapa ? Sebab banyak gila hadiah untuk dimenangi ! Haha itulah niat utama aku . Ngeh3 ... Serious rugi kalau korang tak join :) <DIANA> kata kalau penyertaan melebihi 100 dia nak tambah lagi hadiah ~ Cool ! If nak join just click kat D tu okay :) D means Diana lahhh ~ Auwww .

HADIAH-II YANG SAYA NAK TUNTUT :
. Satin Shawl
. Long Necklace
. Souvenir dari Russia
. CD filem
. Topup 5 + Review Blog + Bloglist Kekal
. Novel
  Hadiah misteri 
. Domain selama dua tahun

Ha kalau dah suruh listkan hadiah rase macam nak list semua sebenarnya tapi macam melampau pulak kalau aku list kan semua kan . So , itu je la yang termampu . Mwahahahhahhahaaa . ehem kalau ada penambahan hadiah boleh ke nak buat penambahan dalam list hadiah jugak ? weeeeee ~ Guroo je okeh . xD

HADIAH-II NYA :

. Long necklace (1 pemenang )
. Novel (1 pemenang)
. Simple header (1 pemenang)
. Hadiah misteri (1 pemenang)
. Topup 5 + Review Blog + Bloglist Kekal (1 pemenang)
. Topup 5 (1 pemenang)
. Bloglist selama sebulan (1 pemenang)
. Header transparent (1 pemenang)
. Cursor nama (1 pemenang)
. Pashmina (1 pemenang)
. Satin shawl (1 pemenang)
. Cursor nama (2 pemenang)
. CD filem (2 pemenang)
. Hadiah misteri (2 pemenang)
. Keychain Angry Bird (3 pemenang)
. Set pen (4 pemenang)
. Bloglist selama sebulan (5 pemenang)
. Souvenir dari Russia (10 pemenang)

Tiba masa untuk tag kawan-kawan :)

@Awak
@Awak
@Awak

Aku tak tau lah mampu ke nak menang hadiah-II tu sebab selama ni pun aku tak pernah menang mana-II GA mahupun contest ! Sobsobs . Harap-II menang lah ea ^_^

Ouh yeaa . Cik Dianaa cakap ada penambahan hadiah iaitu Domain selama 2 tahun . Nak jugak boleh ? Boleh laa boleh laa , kui3 .. and yeah , kalau korang pun nak , korang kena bagitau sebab kenapa korang nak domain tu ok ? Kalau korang tanya aku , ni jawapan aku ~

Domain memudahkan orang cari blog kita . Tak payah tulis panjang-panjang . Jimat masa . Hehe ...

Tips : Elakkan Ketegangan Mata


Assalamualaikum .

Tips kali ni sesuai sangat dengan korang yang tak reti nak tengok benda lain selain skrin laptop korang tu . Korang tak rasa ke bila korang kerap sangat habiskan masa depan laptop , mata korang mesti rasa letih , tak bermaya sampai jadi merah dan tegang , kan ? Sebenarnyakan , bila kita menatap laptop berjam-jam lamanya , kita akan lupa untuk berkelip ! Masa ni lah mata kita akan rasa kering dan sakit . Tak percaya ? Cuba buat ! Kalau sakit bagitau aku . Hehe . Kalau tak sakit , tak payah laaaa baca sampai habis . Baca sampai sini cukup . 

Haha eh janganlah merajuk . Aku gurau je laaa . 

Jadi , untuk mengelakkan ketegangan mata berlaku , cubalah ikut langkah-langkah kat bawah . InsyaAllah berkesan ! :)


  • Pastikan setiap satu jam , peruntukkan masa 10 minit untuk berehat dan biarkan mata korang berkelip secara normal . 
  • Make sure korang jangan bekerja di dalam bilik gelap atau dalam keadaan yang gelap kerana kurangnya pencahayaan akan menyebabkan ketegangan mata . INGAT !
  • Kalau korang pakai cermin mata atau kanta lekap macam aku , korang kena pastikan yang cermin mata atau kanta lekap yang korang pakai sesuai untuk melihat dari jarak yang dekat atau jauh .
  • Lastly , tolong jangan biarkan ada cahaya terang atau cerah melatari belakang skrin monitor laptop korang . 
INGAT sikit , mata kita nak guna berapa lama ? Haaa . Kalau nak guna lama , jagalah anugerah Allah beri tu sebaik-baiknya yaa . Share lah dengan kawan-kawan biar sama-sama menjaga anugerah Allah sebaik-baiknyaa :)

P/S : aku copy dari Majalah REMAJA :) Benda baik elok kita kongsi . Sharing is Caring !

Selamat Tinggal Kenangan


Aku belajar melupakan kisah silam 
Yang sarat dengan dendam
Dari api yang makin padam
Aku belajar mengharungi hari ini
Yang penuh teka teki
Kerana waktu belum lagi terhenti
Aku belajar mengharungi hari esok
Memang banyak lagi tersorok
Memanggilku untuk menjenguk
Aku berlari jauh tak bertepi
Tak aku peduli kaca dan duri
Yang melukai diri
Aku melangkah dalam keadaan pasrah
Tak ku hiraukan silamku musnah
Ia mengajarku menjadi tabah
Aku belajar mencintai dan dicintai
Menerima dan memberi kasih sayang
Tawa dan tangis
Setiap detik setiap hari
Dari semua yang ku pelajari
Selamat tinggal kenanganku . . .

Sumber : Majalah REMAJA 

Thursday, 29 November 2012

Kotak Komen Hilang


Assalamualaikum .

Okay kali ni aku nak tanya korang , cuba korang tengok blog aku ni , kotak komen kat bawah tu hilang ke ? Huhu dah ada beberapa orang cakap yang kotak komen aku takde . Agak lah kan . Pening jugak aku macam mana boleh hilang sebab certain blogger still boleh komen takde masalah pun . So aku cuba ushar blog sendiri tanpa sign in . Aku dah try and aku tengok kotak komen tu takde lah terbang pi mana . Stay jugak dia kat situ . Adeh fening lah @.@

Tapi takpe . Sebab aku sayang korang , aku cuba carik jalan penyelesaian okayy ^_^ 

Sunday, 25 November 2012

Request Edit Blog Oleh Eyra :)


Assalamualaikum semua .

Maaflah lama aku tak update entry terbaru kan ? So far , aku tengah berusaha siapkan edit blog kawan aku . Maybe aku ni takde la teror sangat bab-bab edit blog ni tapi sebab kawan punya pasal so aku berusaha dengan sedaya upaya aku untuk tolong dia .

So nama kawan aku ni Nadirah and lebih mesra dipanggil Eyra saja :) Kitorang dah lama berkawan cuma tak pernah jumpa . Ala macam tak biasa pulak . Zaman sekarang ni benda mustahil pun boleh jadi mungkin . Tak pernah jumpa takpe , yang penting hati ikhlas berkawan . (^_^)

Dia berblog bukan untuk suka-suka macam aku , macam kita semua . Tapi sebab tuntutan assignment ! Lecturer dia nak dia buat satu blog ni untuk dia post and publish semua assignment dia dalam blog . So bagi yang tak pernah ada blog , mungkin agak susah nak belajar semua tu dalam masa sekejap kan . Sama jugak macam aku masa mula-mula ada blog dulu :)

Nak dijadikan cerita , aku offer dia , nak tak aku tolong editkan blog kau ? Then dia dengan hati gumbira sealam semesta pun terus bersetuju dengan offer aku tu . Sebab dia memang tak tahu langsung nak berblog ni . Dengan kepakaran yang tak berapa nak pakar , aku cuba ubah blog dia ikut kemahuan dia .Oh satu perkara anda perlu tahu , Eyra sangat lah CEREWET ! Korang boleh bayangkan kan macam mana nak deal dengan orang cerewet ni ? Hehehe ... Banyak kali jugak aku kena tukar background , divider , and bla bla bla ....

Tapi aku tak kisah pun sebab dia nak yang terbaik untuk blog dia . Nak markah lebih lah katakan . Jadi , secerewet mana kau Eyra , no biggie !

Aku nak printscreen untuk tatapan korang tapi line agak slow hari ni . Aku malas lah nak edit lagi semua tu . So aku bagi link je kat korang ok . And comment sikit lepas tengok :)


Untuk header , aku tak sempat buat lagi . Dia cerewet ok ! Memang tak dapat buat cepat . LOL :) Hehe . Apa-apa pun , gud luck untuk assignment kau Eyra (^_^)

Ouh ya , korang jangan request aku edit blog korang tau . Sebab aku tak yakin ! Huhu . Takut buruk je lepas edit tu ! Kbye :)


Sunday, 18 November 2012

Freebies Header Bersambung Dengan Body



Assalamualaikum . 

apa khabar uols hari ni ? Aku doakan semuanya baik-baik aje okay . Ekceli tadi aku tengah buat header . Try and error sajeee :) But then aku terpikir nak letak kat sini sebagai freebies untuk korang . suka tak ? Opkoz suka kan ! Amboiii . Hihi . Before aku bagi , aku nak credit doodle yang comel gilaa ni : P E A R L . Aku adore sangat doodle yang dia buat ! Tak caye tengok sendiri haaa . Semua ada 7 warna berlainan and korang boleh pilih mana yang korang suka orait .




Header dah siap transparent untuk memudahkan korang ye . Aku guna size 800 x 300 . Korang boleh edit size dia untuk fit kan ke blog korang sendiri takde masalah pun :) Header ni sesuai untuk korang sambungkan dengan body blog korang . Tu la function sebeno awan nano tu okehh .

NotaKaki : 
Nak amik picture , right click and save image .
Nak tukar size picture pastikan ada photoscape and follow the instruction at Gades.Butterfly .
Nak tau size blog korang , TEMPLATE - CUSTOMIZE - ADJUST WIDTHS . Kat entire blog bar tu lah size blog korang okay !

Gud luck ! Sila komen kalau suka :P Walaupun tak lawa tapi kalau dah amik sila credit yaaa ^^

#Oh yaa time korng view header tu macam ada dashed line dekat awan nano tu right ? aku pun tatau kenapa begitu haha . Tapi kalau dah save image otometik benda tu takde dah :) Jangan risau ek .

Freebies : Header



Assalamualaikum .

Nak freebies tak ? Okay ni first time aku buat freebies . Jangan gelak okay . buruk . Haha . Kalau nak amik and jangan lupe credit okay , kalau tak nak takpe . Sobsobs . :) Kbye . Nak tidur ^^ .


Header ni dah siap transparent tau . Tinggal amik , and tampal kat atas blog korang tuh . Sorry tak lawa . Cuma ini jer yang termampu . Aku bagi satu dulu . Ada masa nanti aku bagi yang lain :)

Selamat pagi semua . Tidur dulu okay ! Esok kerja pukul 10 !! 

Staff Meeting at TGV Cinema



Assalamualaikum .

Selamat pagi semua . Masih ada yang duduk menghadap laptop masing-masing pagi-pagi ni ? Awat tak tido lagi ? Kalau tak boleh tido jum baca entry aku ni . Kali ni aku nak story pasal event kat tempat kerja aku pada malam Rabu lepas . :) Tapi sorry gambar takde tau . sebab semua gambar pada kawan-kawan . aku mane la ada camera , waima henpon berkamera pun takde . sobsobs !!

Okay ceritanya cenggini . Sharp pukul 7.20 pm aku sampai kat Jusco Tebrau City untuk menghadirkan diri dalam staff meeting di mana itu kali pertama aku datang staff meeting ni . Hoho kantoi :P Actually meeting start pukul 8 tapi aku kan staff yang punctual so aku datang 40 minit awal . Haha tu bukan punctual gila . Okay whatever ~

First of all , we all need to be in Cinema 7 untuk sesi meeting with manager . Sir Rahim yang baik hati dan handsome yang handle meeting . He's the one who standing in front and lead the meeting . Dia cakap tentang PUNCTUAL datang kerja . Yeahhh aku lah tu . Choiii :P . Ekceli banyak lagi tapi aku macam malas nak type panjang2 haha . 

Next , Sir David manage the lucky draw session . Dia pegang nombor lucky draw untuk diberi kepada kami semua . Part ni paling best . Hadiah tempat pertama dalam RM600++ okay . Juling mata aku time tu tengok price tag comforter siap dengan cadar as hadiah pertama tu . Dah lah lawa gila . Kaler pink lak . Even aku tak berapa nak suka kaler pink , tapi blog aku pink okay . Hahaw . Hadiah pertama goes to budak India . Tinesh nama dia :) 

Hadiah kedua pulak berharga RM559.90 . Hamboiii memang tau harga dia siap sen sen lagi . Sah sah lah hadiah tu aku yang menang . Auwww ! First time menang lucky draw seumur hidup , memang jakun sikit time tu . kehkehkeh . Menggigil badan aku time nombor bertuah disebut oleh Sir Rahim . I Lap You lah sir !! Haha . Aku dapat comforter jugak . Cuma comforter sahaja lah . Tapi syukur alhamdulillah . Bangga mak . Tak rugi aku datang meeting . Hahahahah . suka suka ! Comforter yang serious comfortable gila !! jangan jelly :D

Other staffs ada yang dapat pillow , baju lepas mandi tu , and macam-macam la . Semua jenama Jean Perry . Thanks TGV and Jean Perry :)


Next , kitorang bergerak menuju ke Arena Prima . apakah ??? Okay . Arena Prima ni tempat budak-budak berlatih & main futsal serta badminton . Tempat dia memang terceruk sikit sampaikan aku tak pernah tahu tempat ni wujud . Haiyaaa . Buat malu je haha . Sesat pulak time nak pergi situ . isk isk . Kat sini , half of us main futsal especially the boys and another half main badminton termasuk our managers . Seronok gila . Spending time with them like a big family yang sangat bahagia :) Ouh lupa nak cakap , untuk futsal , we all match dengan staffs TGV Bukit Indah . Hello , terror jugak mereka . Hehe .

Pukul 1 baru we all balik rumah masing-masing . penat jangan cakap tau . Dah lama tak bersenam lah katakan . Hehe . Tapi serious , salah satu moment terindah dalam hidup yang aku takkan lupa sampai bila-bila . Hope boleh join lagi lepas ni . Tapi tu la , next week aku dah nak balik Melaka . Bye bye TGV :(

- Bulan DEC dah start classes . Wish me luck -


Friday, 16 November 2012

My First Time :)



Assalamualaikum .

Akhirnya . Berkat si budak comel iaitu adek Ukhti Azza buat tutorial camner nak buat header transparent terus aku try & error , Okay tuto beliau memang dah lama pun hohoks . Aku je baru jumpe -.- Nape tak jumpe dari dulu je kan senang . Haishh . Okay sekarang nak tanya sikit komen korang semua pasal header tak berapa nak lawa aku nih . Cun tak ? haha . Dah mengaku tak lawa lagi tanya cun ke tak . Masuk air betul .

Ek biasalah excited pulak tengok header aku ni macam comel je kan . Haa puji artwork sendiri . Seyez tak malu :P


Takpe la tak lawa pun . at least aku try , simple je ni sebab aku takut tak menjadi pulak kalau nak buat macam yang aku nak sangat selama ni . Practice make perfect :) Lepas ni boleh try lagi . 

Okay blog adek zaza memang best . Haha tiba-tibe promote blog beliau ye . 
Ala kite give and take lah sikit kan . Lepas ni memang kerja aku nak buat header je lah . Ayoyoo ... Susah kalau dah tau buat ni , asyik nak mencuba je >_<

Sekian .

Pssttt . Kalau awak baik , comel , hensem , rajin2 la tekan Churp Churp saye kat tepi tu . Tapi jangan lupe bagitau okay so that saye boleh tekan Churp Churp awak pulakk :)

Segmen BW Cuti-Cuti By Emas Putih



Assalamualaikum .


Okay nampak tak banner yang malatopp kaler pink ala-ala comel kiut miut gitu ?? *Ting2x kenyit kenyit mata sikit . Mana tau menang hahahah :D

Baikkllaaahhhhhh . dah lama aku tak join segala bagai segmen semenjak aku bergelar student semula ni kan . So as a start , kali ni aku nak join segmen dari Blogger Emas Putih . So just click the link given kalau nak join sekali yaww :)

Hadiah dia nyatakan di situ , adalah bahawasanya sesiapa yang bertuah akan mendapat top-up RM10 dari beliau . Tak cukup best lagi ? Ha bukan seorang je yang dapat tau . Akan ada 3 blogger bertuah yang pastinye dapat top-up free lepas ni .

Untung lah korang . Dah dapat top-up tu calling2 lah yek . kih3 . :)
Due date : 13.11.12/00.00am - 26.11.12/11.59pm (2 Weeks)

Best Wedding Proposal Ever !!



Assalamualaikum .

Morning all . Mulakan hari anda dengan senyuman okay ! :D 
*senyum sampai nampak gigi . and say cheese !

Pulak . sape nak tangkap gambar . Ah takde-takde . Senyum jer cukup lah okay :) Eh korang , pernah tak korang terbayang macam mana pasangan korang melamar ? Mwehehe . Especially for girls la kan . Takkan kita orang perempuan pergi melamar orang lelaki ! Ewah-ewah . Walaupun zaman dah moden , tapi jangan lah sampai macam tu sekali .

So here's the video tentang the best wedding proposal ever . Gila romantik , penuh dengan kejutan and it was epic ! Kalau aku jadi perempuan tu , peh memang memori paling berharga dalam hidup aku lah . Entah berapa banyak duit yang dia habiskan untuk plan nak propose girlfriend dia nih (^_^)

Aku pun mula la berangan . Who knows future husband aku romantik gila macam ni , auww :D haha . Okay stop dreaming . kalau dia buat camtu , perghh tak dapat aku bayangkan , dengan dancers dia lagi , memang ohsemm habis ! Dah aku pun tak nak membebel banyak sangat . Lets take a look at this video :)

video

Kalau Tak Ikhlas Tak Payah Tolong . Macam Aku Heran ! :(



Assalamualaikum .
Ha nampak tak tajuk kat atas tu . Panjang pulak tiba-tiba . Tadi aku type macam kecik je hahaha .

Dah lama rasanya aku bercuti . Ha jeles tak ? Okay tak payah nak jeles sangatlah kan . Sebab kurang dari dua minggu lagi aku dah nak masuk semester baru . Dah mula belajar . dah mula Stress Tension & Pressure . kui3x . Aku agak tak sabar sebenarnya ni nak masuk semester baru . Nak belajar benda baru . Nak jumpa kawan-kawan lagi (^_^) . Woohooo . Cepat lah bulan Dec !!!

Okay sebenarnya aku nak cerita pasal budak kat tempat keje aku ni . Faham-fahamlah kalau kerja panggung wayang ni , bila public holiday jer memang loading ramai gila . And macam yang dah dijadualkan , semalam aku bukak kaunter kat Candy Bar . Agak kelam-kabut sikit . Messy dengan barang-barang . Ade stuff yang tak cukup bagai . So memang chaos gila !!! 

And this guy yang dapat jaga floor kena panggil dengan supervisor which is Sir David untuk tolong ready kan stock mineral water kat setiap kaunter Candy Bar . Hello , we don't have time nak masuk stor and angkat berkotak-kotak mineral yang berat tu sebab customer serious ramai gila . Back-up pun still kelam-kabut . So that's way David panggil kau . Bukan aku yang mintak tolong tau . It's DAVID . Not ME . 

Yeahh , aku dengan this guy memang anti betul . Kitorang tak boleh bersemuka . Dah 6 tahun kitorang bermusuhan . 6 tahun bukan sekejp brader . Lame tau . Sejak dari zaman sekolah lagi . Kau ada ? Haha kalau takde amik la musuh aku tu . Aku tak nak ada musuh especially dengan dia , mamat sengkek tu . Huhu .

Setiap kaunter dia kena sediakan 2 kotak mineral water . Yang buat aku sakit hati dengan dia tu , tiba kaunter aku je dia boleh hempas kotak tu macam haram . Eh hello brader . Kalau tak ikhlas tak payah tolong lah . Aku tak heran pun dengan kau . Aku tak perlukan bantuan kau pun okay . Bila takde customer nanti pandai lah aku amik sendiri . EEeee sakit betul hati aku .

This guy memang tak pernah nak menyenangkan hidup aku . Asyik nak menyakitkan hati aku kalau bersua . aku pelik betul , aku ada kacau hidup dia ke selama ni ? Sumpah macam bodoh je hempas-hempas kotak mineral . Macam bodoh tau ??  -.- Kaunter lain kau letak elok je kaunter aku kau terus jadi macam haram kan . Entah kenapalah aku boleh satu tempat keje dengan kau !!! Stressed !!

BTW , time aku tengah stalker facebook someone , aku ternampak satu video kelakar ni . Memang cantik lah . Ringan sikit beban dalam hati aku ni . Video ni sumpah laka-laka ( bahasa akak angkat aku kat work place ! Haha ) Jom layannnnn . Ouh one more thing , kelmarin staff meeting memang ohhhsemmm . Aku boleh pulak TERmenang lucky draw bernilai RM559+ . Kau ada ? haha !

video

Monday, 12 November 2012

AD For The First Time !


Assalamualaikum .
Salam 1 Blogger dan salam 1 Malaysia ^^

Macam biasa , kata-kata aluan aku untuk readers sekalian , maaf dah lama tak update . Kerja part time je pun tapi penat nye mcm kerja full time . Huhu . Tu yang sampai takde masa langsung nak update . Okay kali ni aku ada cerita menarik sikit nak conteng kat sini . 3 hari yang lepas bersamaan dengan 9 Nov 2012 , semua pelajar diploma UiTM seluruh negara dah pun mengetahui keputusan peperiksaan mereka . So amacam ? Bangga tak dengan result korang ? atau dalam hati rasa tak puas hati sangat ? Okay first of all , jangan salahkan orang lain kalau result korang tak memuaskan . Semuanya berpunca dari diri kita sendiri tau . Yang nak berjaya bukan diorang , tapi kita . KITA . K I T A . Paham ??

Okay rileks rileks . Aku tau korang rasa macam nak baling batu je dekat si penconteng blog ni kan ? Haha . Jangan ... Jangan tak baling . Hehehe . Kalau boleh baling la batu belah batu bertangkup ke , terus kena telan senang . Kehh3x . Okay berhenti merepek !

Sebenarnya aku nak habaq ni , keputusan result aku banyak peningkatan (^_^) Happy tak ? Haruslah ... Dan yang buat hati aku bertambah-tambah ceria tu , aku dapat AD aka DL . ahh sama je dua-dua . AD for Anugerah Dekan . Translate kan jadi la DL which is Dean's List . Bangga ? Haruslah . Tapi nak diingatkan ye , aku bukan nak riak . Cuma nak berkongsi kejayaan aku ni dengan korang . Mana tau , tiba-tiba adik-adik ke kakak abang kat luar sana terinspirasi bila tau aku berjaya dapat AD kan ? Cehhh sape aku nak menginspirasikan orang ? haha . Biaselah first time dapat AD memang jakun macam ni . haha kutuk diri sendiri lebih baik :D

Orang cakap , student UiTM senang je nak dapat DL ni . Aku sokong , memang tak susah pun . Usaha , Doa , Tawakal . Usaha lebih , lebih la pointer korang . Tapi , nak capai usaha yang maximum tu yang susah . Kita ni manusia yang selalu leka dengan hal-hal dalam hidup kita . Otak kita selalu diserabutkan dengan benda-benda yang kurang penting . contoh paling mudah , orang lain bercinta , kita pun nak bercinta jugak . Dah syok bercinta , lupa pasal pelajaran . Kalau dulu ke hulu ke hilir dengan buku , sekarang ke hulu ke hilir dengan kekasih . Lupa terus harapan mak ayah kat kampung , hantar kita belajar jauh2 untuk kebaikkan kita . 

Tak salah nak bercinta kat kampus . Tapi jangan sampai mengabaikan pelajaran . Kalau korang boleh bahagikan masa bila nak dating , bila pulak nak study , no hal lah ! Tapi kalau tak pandai , sebaiknya kita tumpukan perhatian pada pelajaran kita dulu okay ? Jodoh tak ke mana . Haha ayat paling power untuk pasangan bercinta nih :D

Contoh kat atas ni bukan untuk orang lain semata , tapi untuk diri aku jugak . Masa sem 1 , aku leka sangat bercinta . Sampai terabai pelajaran aku . Lepas tu , bila bergaduh je ha mula lah takde mood nak pergi kelas . Belajar pun tak masuk dalam kepale . Assignment pun bertangguh . Bila jadi macam tu , memang susah dik oi . Tapi bila aku masuk sem 2 ni , aku betul-betul nekad nak belajar dari kesilapan . Takde dah istilah bercinta selagi aku belum berjaya . Fuhhh matlamat jangka panjang tu . Kau ada ??? keh3x .

Mengaku je la yang kau sebenarnya ditinggalkan si dia , tak gitu ?

Tapi apa-apa pun , bercinta ni bukan penghalang total untuk kejayaan kita , banyak lagi faktor lain yang jadi penghalang . Sekali lagi aku tekan kan di sini , TAK SALAH NAK BERCINTA . Tak salah tau . Tapi yang salahnya , kita tak pandai bahagikan masa dan kawal tahap bercinta kita tu . Okay ayat ni memang kena kat vatang hidung aku . Hamek kau . Huh .

So , tahniah untuk semua classmate aku . Aku bangga dengan korang :) So much improvements than last sem . Aja aja fighting BM 111 3D ! Wow 3D ? Ohsemmm lah kelas kita sem 3 nih . :P


Thursday, 18 October 2012

Final Dah Habis


Assalamulaikum .

Lega ! Alhamdulillah semester 2 dah pun berakhir semalam :P last paper iaitu ACC116 : Costing . Tarik nafas dalam-dalam . Macam tak percaya je aku dah jawab semua paper ?? Macam-macam jawapan jugak yang aku tulis kat kertas soalan tu kan haha . Macam-macam jadi dalam semester ni . Macam-macam ragam , macam-macam perangai , macam-macam masalah . Okay tajuk entry kali ni MACAM-MACAM . keh3 buruk !

Semalam habis paper , semalam jugak aku balik Johor . Rindu sangat kat baba , adik dan abang . Kau hadoo ?? :D Dan hari ni , aku dah keluar cari kerja . Hopefully dapat la kerja kat TGV Cinemas @ Jusco Tebrau City sebab aku dah selesa kerja kat situ . Sebab tu aku mintak kerja kat situ lagi . Korang nak ? Amri cakap dia perlukan 11 orang lagi . Heyy , Amri kawan aku start dari hari di interbiu lagi laaa :D

Sekarang ni aku betul-betul rasa tenang , bila tenang otometik aku akan happy ! Senang kan . huhuii . Dalam masa sebulan lebih dari sekarang , aku takkan tension , takkan stress , takkan pressure . Semua tu aku simpan sehingga bermulanya semester 3 nanti .Haa , dah start lecture nanti baru laa aku nikmati perasaan TSP ( tension stress & pressure ) sedalam-dalamnya . Sekarang masanya untuk menikmati hari-hari paling rileks sejak bergelar mahasiswi ni . Hamboiii ayat .

OK lah . Dah habis final haruslah berjimba-jimba dulu sebelum berdebar-debar tunggu result kan ? Jom ! ^^ 

Akhirnye dapat berhoneymoon di rumah sambil hadap xbox kesayangan :D


Thursday, 20 September 2012

Perjalananku

Assalamualaikum .

Maaf kepada semua . Aku baru je berkesempatan jenguk blog yang semakin usang ni , nampaknya blog aku dah makin sunyi ya ? kunjungan kawan2 pun dah kurang . takpe , lagipun blog aku takde pape pun . Biasalah , semester 2 tak memberi aku kelapangan masa untuk blogging :)

Sentiasa busy dengan major assignment , presentation , quiz , test , tapi alhamdulillah Allah permudahkan semuanya untuk aku lalui . Baru tadi aku selesaikan tugasan presentation yang terakhir untuk semester 2 ni . Syukran semuanya berjalan lancar walaupun banyak cabaran yang datang . Bermula dengan semua group members tak dapat berkumpul untuk siapkan paper work , then dengan incident pendrive 'tertukar' lagi , betul2 menguji kemampuan kami semalam . nama pun selalu buat kerja last minute , macam tu lah jadinya .

Kalau tak silap aku ,  untuk presentation sahaja , setiap subjek ada 1 . untuk MKT243 , presentation tentang chapter 1 . basically , kitorang memang tak tau apa pun tentang marketing that time . Tapi , belum cuba belum tau kan ? :) then we have assignment in interviewing company . kami interview company Eze Fashion , di outlet Jusco Bandaraya . MKT sahaja dah 2 kali present .

Untuk ACC116 , aku kena buat presentation bout costing calculation . At first , memang rasa susah nak buat tapi actually , senang tahap cipan sebenarnya . kesedaran agak lambat :P . heheh . Kitorang buat tentang Strawberries Dipped Chocolate , bermula dari ingredients in making , processes in making , then cost of raw material calculation , labour cost , overhead costing , lepas tu macam mana dapat total cost of production , total cost per unit , profit , selling price and selling price per unit . See , senang je kan ? Actually bila kita buat assignment ni , it help us to be more aware of finding the cost material of a product before we proceed on doing business . pengetahuan yang mampu menolong kita di masa hadapan :)

Next is ECO162 . Subject core bagi aku . banyak sangat curve and graph yang kena pro selama 4 bulan . Masuk chapter last , aku dah rasa nak pengsan . Chapter monopolist , monopolistic , oligopoly and so whatever tu . Chapter 7 if im not mistaken . Kitorang kena present dekat depan on how to sketch the curve step by step , and macam mana nak kira profit and loss a firm would be , then either it is short run or long run operation , and macam-macam lagi . Cabaran dia adalah di mana our lec tak puas hati dengan persediaan kami yang zero tu masa nak present . Sampai satu tahap , she grab all her books and walk away . That's how she end our class . Sedih kan ? teruk sangat ke class kami ? atau mungkin dia pressure ? Yela , dah nak kawin mesti macam2 ragam kan ? hihi ... Tapi kitorang tak berhenti terus . Kitorang proceed with the next sub topic presented by Nuqman . At least , we all ada effort untuk belajar walaupun lec anggap kitorang tak pernah prepare untuk class mereka . :(

CTU151 . kami belajar sendiri . Kami buat presentation untuk class , not only for lec . kami terangkan tajuk presentation kami supaya kawan-kawan faham apa yang kami faham . Kami kongsi setiap ilmu bersama . Di setiap hujung presentation , akan ada Q&A session . Dengan cara tu mudah lah nak faham kan ? Besides , dapat markah lebih kalau bertanya . hehehehe . class paling sempoi sepanjang semester . Tak tension . Tak stress . Tak sakit kepala . alhamdulillah (^_^)

Proceed to HKR111 . Subjek kokurikulum aku untuk dua semster bermula semester kedua dan ketiga . HKR belajar pasal ape ek ? Siapa tau ? ehem ehem . belajar pasal kawin lah ! Heheh . Belajar tentang cara memilih bakal pasangan , lepas tu , hukum hakam dalam situasi yang berlainan , dan semua yang berkaitan dengan nikah kahwin . Ala , benda ni kita memang dah pernah belajar masa sekolah kan ? Dalam muamalat munakahat tu . *aku belajar lebih detail masa darjah khas ! Siapa pernah masuk darjah khas ? Hi five sikit :P . Takde masalah untuk subjek ni . Oh ya , class ni bercampur dengan pelbagai course . course untuk group kami ada course business, banking, accounting, and masscom . But no worries , mereka sporting sangat . Setiap Rabu ada presentation . Dengan cara tu kami saling kenal mengenali . macam ni baru best , dapat ramai kawan :) Seronok dapat compete dengan course lain masa buat activity . hahahah . Class yang happening and enjoy . Plus , takde exam pun . Wow seronok ! :D

erk , rasanya dah cukup panjang aku membebel . Insyaallah kalau rajin aku akan membebel lagi di entry akan datang . BTW , malam ni ada test accounting . wish me best of luck guys (^_^) Insyaallah Allah permudahkan semuanya . Untuk BM111 2A-2D , gud luck . Buat yang terbaik . baca doa penerang hati banyak-banyak . Insyaallah mudah jawab paper nanti .

Wassalam .

Saturday, 1 September 2012

Teman Pengganti - Black ft Malique



Assalamualaikum .


Macam tajuk kat atas ni , aku nak story pasal lagu Teman Pengganti . Lagu ni betul-betul buat hati aku sayu . Mesti ramai dah dengar pasal lagu ni . Lagu ni bagi aku , yang terbaik dari malique . Bukan nak cakap lagu-lagu lain tak bagus , tapi lagu ni buat aku tak dapat tidur . Haha . kenapa eh ? Sebab , aku asyik nak dengar lagu dia je . Bila tak dengar , rasa tak best sangat . Tu yang sampai tak nak tidur tu . Haihhh . Over pulak .

Malique Too Phat , dulu aku tak minat dia sangat . Tapi sekarang , aku concern pasal dia tiba-tiba . Aku nak tau kenapa lagu ni macam ni . Sebab kebanyakkan lagu-lagu Malique semua mengisahkan sesuatu . Bukan nak buat cerita tapi as far as i know , ramai cakap Malique sakit . Betul ke ? 

Then kalau dia sakit , dia sakit apa ? Ada orang cakap dia sakit jantung . Dia rahsiakan penyakit dia dari Mellisa (pelakon Gol & Gincu) , kecintaan aka wife dia . Sakit yang lama dia rahsiakan . Sampai satu tahap , dia dapat rasa yang dia takkan dapat hidup lama bila dia asyik dapat mimpi atau visi yang dia nampak wife dia happy dengan seseorang .

Dia nampak semuanya tapi bukan dia yang berada disisi waktu tu . Means , bukan dia yang bahagia bersama Melissa dalam mimpi tu , tapi orang lain . Malique sangat LOW PROFILE . Lagu-lagu dia semua meletop walaupun dia tak muncul kat media . Langsung tak muncul . Sampaikan Jamal Abdillah sendiri cakap susah nak sampaikan lagu Maafkan Aku bila buat persembahan live tanpa kehadiran Malique .

Dia cakap , Malique tak nak muncul kalau takde urusan penting . Bagi aku , menyanyi tu kan profession dia sebagai retis ? Kenapa dia anggap kehadiran dia buat persembahan bersama J. Abdillah tak penting ? Mungkinkah dia sembunyikan sesuatu dari pengetahuan orang lain ? Lirik lagu tu , betul-betul kena dengan cara Malique sekarang .

Kepada peminat-peminat Malique , jangan marah laa aku tulis camni . Aku bukan nak jaga tepi kain sesiapa , ni cuma pendapat aku je . (^_^)

Apa-apa pun , aku doakan supaya Malique sihat sentiasa , dipanjangkan umur oleh Yang Maha Esa , dikurniakan kebahagiaan rumahtangga , karier sentiasa maju dan sentiasa dirahmati dan diberkati Allah .


Saturday, 28 July 2012

Bercintalah - DisisiMu (Inspirasi)


Assalamualaikum .


video

ni lagu ciptaan siapa aku tak pasti . Tapi yang pasti , ianya hak milik Kelab Inspirasi sepenuhnya . Dengar dan komen :) Mereka dah buat album okay . Jangan tak tahu . Hari tu In-Team dijemput membuat persembahan di UiTM Lendu , dan mereka dah pun dengar lagu kumpulan DisisiMu ini . In-Team kata sedap ! Hoorey !

InsyaAllah , berdakwah sambil berhibur akan sentiasa kami berikan kepada rakan-rakan kami di sini dan juga di luar sana (^_^)

P/S : ABAIKAN VIDEO YANG SENGET BENGET TU YE ! MAAF ATAS KESENGETAN VIDEO TERSEBUT HEHE . 

Ucapan Ikhlas


Assalamualaikum .


Credit to : Nazirul Mubinz dan Naufal Abd Aziz

Amacam banner kelab Inspirasi ? Cun kan ? Hasil kerjasama mereka berdua maka terhasillah banner yang comel ni hahaha . Gud job abang-abang sekalian . *Mereka senior aku walaupun kami berlainan course :D

Doakan kejayaan kelab Inspirasi (^_^)

Selamat Berpuasa !!


Assalamualaikum .

Amboi berhabuknya blog ! Haaachuuummm !! Erghhh banyak sangat debu ! Boleh flu kalau tak kemas ni . Kesian readers aku , datang sini bawak balik penyakit hahaha . So sorry . Uolsss kena faham , as a business student , aku akan sentiasa busy . Sangat-sangat busy with tasks , assignments , quiz etc .

But no worries , aku tetap akan curi masa untuk update anything here . Guys , rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan selamat berpuasa kepada uolss kan ? Ala maafkanlah kesilapan hamba , pacal yang hina ini kerana terlupa untuk mengucapkan SELAMAT BERPUASA awal-awal . Di kesempatan ini , hamba tersangatlah ingin meminta maaf atas keterlewatan ucapan tersebut . Maafkan hamba !!

Macam mana puasa uolss ? It was great isn't it ? Berpuasa sambil menimba ilmu , sambil bekerja , sambil mencari rezeki , sambil membantu orang lain , sambil melakukan ibadah-ibadah wajib dan sunat yang lain , tak ke hebat macam tu ? InsyaAllah banyak pahala yang akan kita dapat .

Jadi , janganlah rasa kesal atau tak suka bila bulan ramadhan menjelma ya kawan-kawan . Kalau nak tau , bulan Ramadhan ni lah bulan yang paling dinanti-nantikan oleh kita semua . Bulan yang paling mulia , bulan yang memudahkan doa kita sampai straight kepada Allah . Sebab tu semua orang berebut-rebut berdoa di bulan Ramadhan ni . Bukan nak cakap bulan-bulan lain tak bagus , tapi itu antara keistimewaan bulan puasa ni . Siapa yang nak melepaskan peluang macam tu ?

Adik-adik yang comel-comel ni , puasa cukup tak ? Hahaha terbayang pulak zaman kanak-kanak aku dulu . Istilah puasa setengah hari memang fofuler . Bila balik sekolah je , "mama adik laparlah . tak tahan dah ni . Semalam kan mama cakap boleh puasa setengah hari je ." Ha tu lah padahnya bila mak bapak sendiri yang mengajar anak-anak macam tu . Kekekeke .

Tapi sebenarnya itulah cara-cara paling terbaik nak mengajar anak-anak berpuasa . Kalau tak diajar , sampai bila-bila lah diorang tak nak berpuasa . Tapi bila dah besar-besar macam ni , naik jeles jugak aku tengok adik-adik dapat makan waktu siang-siang kan . Kekekeke . Jeles tak jeles la . Mengenangkan yang aku ni dah besar panjang , so malulah nak tunjuk kejelesan tak bertempat aku tu . *Phuiii .

So akhir kata , aku nak ucapkan :


*Wishing You A Blessed Ramadhan!*

Wednesday, 27 June 2012

Sate Kajang Hj Samuri di Hentian R&R Dengkil Buat Saya Kempunan !



Assalamualaikum.

Aku dah berada di Shah Alam sekarang ni . Kalau kat Shah Alam ni memang rumah Pak Ngah je lah yang kami pergi . Takde rumah lain lagi dah . Once kami keluar lebuh raya KL - JB , kami singgah dulu kat R&R Dengkil . Ingatkan nak makan sate Kajang kat situ tapi takde rezeki plak . Nak-nak aku memang save perut nak makan sate tu , sampai sanggup tak makan hari ni semata-mata tunggu baba amik kat kolej untuk ke sini .

Huhuuu sedihnyaaaa bila sampai je kedai sate tu dah tutup . Kenapa tak tunggu kami sampai je ! Tengok ni , kempunan dah ! 

Sumber : Pakcik Google

Tu baru google gambar kedai , belum google dia punya sate lagi . Perghhh mengancam seh .


Amacam ? nampak cam sedap je kan ? Memang sedap pun ! Dan mengenyangkan , hehehe . Rugi kalau korang tak cuba , aku ni sampai kempunan dibuatnya , takkan korang tak nak try ? Hahaha promote nampak , takpe esok mintak upah dengan Pak Haji Samuri ye . Saya datang jangan halau plak , penat je promote dalam ni kan . hahaha (^,^)

Takpelah next time try datang awal sikit lah baru boleh merasa sate Kajang ni . Lagipun tadi kami sampai agak lewat , dah lengang jugak lah hentian R&R Dengkil tadi . Tapi kami singgah jugak sebab masing-masing dah kebulur . Tak dapat sate , makan nasi pataya pun jadi la daripada tak makan langsung . Aku makan nasi pataya share dengan adik , hehehe . Baba lak makan kuey tiaw goreng . 

Alhamdulillah kenyang jugak sebelum sampai rumah Pak Ngah . Then sampai-sampai je Edin ( cazen ) tanya dah makan belum ? Penat je masak bubur kacang semua supaya kami tak lapar tapi sorry lah kami dah kenyang . Hehehe . Esok masih ada , aku akan melantak sepuasnya . Mana dapat makan macam ni kat UiTM ? So apa lagi , bedal aje lah !

Lagipun sejak jumpa baba & adik tadi badan aku rasa sihat sikit . Sekarang ni tengah ramai yang keracunan makanan kat UiTM Alor Gajah . Kasihan betul . Dengan aku-aku sekali keracunan . Lepas makan muntah-muntah . Tapi aku masih bertahan lagi . Tak nak pergi unit kesihatan dengan alasan masih kuat . Padahal takut masuk air . Niea dan Nanie dah kena masuk air . Aku kan fobia dengan jarum besar dia tuh . memang tak lah . Besides , aku tak seteruk mereka . :)

Jom kita doakan semoga pelajar yang keracunan makanan sampai admit kat hospital tu cepat sembuh . Baru mula semester baru dah sakit-sakit . Ada yang kata punca air dan makanan kurang bersih , ada yang kata sebab salah makan , tapi entahlah . Aku bukan doktor yang jawab kemusykilan korang tu . Kbai .

Mata dah mengantuk . I have to sleep . Lapan hari bercuti di Beijing akan aku nikmati sepuasnya . Nak lari dari kehidupan kampus sekejap . Aku memang macam ni , bulan pertama masuk semester baru mengada-ngada nak balik konon nak dekat dengan family . Padahal malas nak belajar hahaha . InsyaAllah study mood akan ketuk pintu tak lama lagi . Ngeh3x .

Tuesday, 26 June 2012

Semester 2 di UiTM Alor Gajah



Assalamualaikum.

Lama sudah aku tak menjenguk blog yang semakin usang ni . Hai , orang sibuk memang macam ni. kesian blog aku ni dapat tuan yang lupa dia ada blog , memang mintak kasut saiz sepuluh ni .

Tiga minggu lepas aku sibuk dengan preparation nak melangkah semula ke UiTM kan ? Sekarang ni pulak aku masih lagi sibuk tapi sibuk dengan preparation assignment dan presentation yang dah pun bermula . Hihi . Otak dah tepu selama semester break yang lepas , dapat je assignment terus jadi bebal . "Apa nak buat ni?" "Eh macam mana nak siapkan mende alah ni?" "Korang dah siap assignment? Nak tengok.. hehehe." Dan sebagainya.

Macam sem lepas , subjek untuk sem ni pun ada 6 jugak.

MKT - Marketing
ACC - Costing
ECO - Microeconomics
CTU - Pemikiran dan Tamadun Islam
BEL - English
KOKO - Institusi Keluarga

Yeahhh inilah subjek yang akan aku terokai bermula semester ini . Cewahhh nak teroka apekebendenye kalau bukak buku pun idok . Hehe . Biasalah , awal-awal sem konon nak enjoy dulu . tak nak beratkan otak dengan subjek-subjek tough seperti MKT dan ECO . Yerk , tough ke ? Boleh tahanlah , especially bagi mereka-mereka yang fail ekonomi masa SPM . Ngeh3x .

For the second week kuliah , we were shocked by the presentation to the subject MKT . Yeah subjek yang agak asing bagi kami . Kami tu terdiri daripada geng-geng aku la , Nanie , Sue , Maheran & Niea . Yang paling tak disangka-sangka , we will present bout the topic introduction to marketing as well as be the first group in presenting . Kitorang okay je actually tapi segan dengan kelas C . Disebabkan kami gabung kelas so our level confident tu memang takde .

Tapi untuk memartabatkan kelas D ( cewah ) kami buat juga . Preparation tak banyak , pemahaman pun takde , so we try our best in our performing . Agak kaku dan malu-malu . Rasa macam nak baling je mic tu kat muka sorang perempuan yang overacting time kami present kat depan . If you good enough then show us your respect . Boleh ? Once you learn how to respect others , others will respect you .

At the same time , our classmate give their support by listening to our presentation . Yeah love you guys so much ! Faham tak faham belakang cerita . Yang penting kami dah cuba . Lega jugak dah selesai presentation tu . Our lect , Madam Hidayah just cakap yang information yang kami buat tu memang dah sedia ada dalam text book . She aspect kami akan beri info-info baru . Sorry Madam , we are not prepared enough for the presentation . But no worries , for the next presentation , we promise to improve our skills .

Untuk subjek CTU pun dah ada presentation . Setiap bab untuk setiap kumpulan . Seminggu cuma ada sekali sahaja kelas CTU . So semua kumpulan akan present kat depan setiap minggu ikut tajuk yang dah diberi . Aku grouping dengan Shiro dan Mira . At first , aku cuma buatkan handout sahaja and hoping that they will help me with the slideshow or whatever . But rasanya aku jugak yang akan buat semua kerja tu . Shiro sangat busy . Dia dah macam PM plak kat UiTM ni , sekejap dengan soccer , sekejap dengan kolej , and yeah , she don't have much time to spend for the CTU assignment with me . But Mira , I don't know whether she intended to pass over all the assignment to me or she just like Shiro , busy with thing around here . Tapi Mira seem doesn't have anything to worry about , dia nampak free je . Takkan tak boleh hulur bantuan sikit kot ? Kalau macam ni gaya , memang lingkuplah presentation kita . Alahai . Takpelah , just do my work silently . Hmmm .

So tu je nak cerita . Oh ya , from tonight aku dah takde kat UiTM . Esok aku dah fly keluar Malaysia . Semua preparation untuk ke Beijing dah selesai . Alhamdulillah . And one more thing , Capie baru je call aku cakap ada budak-budak Tun Fatimah kutuk-kutuk aku . Cakap belakang and so whatever . Aku rasa aku tau sebab apa . Biasalah mulut manusia bukan macam mulut tempayan , boleh ditutup-tutup . Kesalahan masa lalu kita diungkit-ungkit . Okay fine . Aku faham . Aku memang lost dulu . Sekarang telan je apa orang cakap . Aku tak kan lari punya . Aku tak takut sebab aku ada Allah . Aku tau aku dah berubah . Diorang tak tau apa-apa . So apa yang diorang cakap semua useless . Just think positive and everything will be okay ... :)

Wassalam .