Monday, 27 February 2012

Contest : I Love Being Awesome



Assalamualaikum ..

Saya telah dijemput untuk mengjoinkan diri & jugak untuk memeriahkan contest yang dianjurkan oleh Atiqah Maznan melalui blog beliau iaitu blog Enlighten Me . ( skema serious )


Macam tau tau jer aku suke kat kartun Spongebob ni hahaha . Comel siaa banner nih . ^^
Kalau korang nak join sekali , senang jer . Just ikut cara-cara yang beliau dah provide kat entry beliau ya .
Jom terjah blog beliau untuk join contest ni ^^ : Contest : I Love Being Awesome .

DUE DATE : 29 FEBRUARY 2012 

Cepat sebelum terlambat !!

Final Exam Is Around The Corner !!



Assalamualaikum ...


Huhu . Aku still kat JB .. Sepatutnye hari ni balik Melaka . 
Tapi lately ni aku jadi malas nak ke mana-mana bila dah kat rumah .
Aku buntu la weyh . Penat kepale otak ni duk fikir macam-macam . 
Hailaa .. nak buat camner . Memang perangai aku macam ni .
Datang je badmud dier , terus semua benda yang nak dibuat tak menjadikk ..

dah 4 hari aku skip kelas . 
Huduh benor pangai pelajar tak berapa nak contoh ni .
Asal takde mood jer skip semua mende .
Heishhh . Final Exam lagi seminggu lebih je .
Tapi boleh plak aku nak buat hal ye ? Bukan sengaja pun .

Aku betul betul takde mood .
Aku betul betul feeling sad .
Aku betul betul keliru .
Aku betul betul tatau nak buat pe sekarang nie .

*BerapaBanyakBetulDaaa...

Haihhh !!
Hati tak tenang ..
Jiwa tak tenteram ..
Fikiran melayang ..
Ya Allah , apekene dengan aku ni ..

Mana hilang cita-cita nak dapat DL ?
Mana pergi impian nak banggakan parents kau ?
Apa nak jadi dengan kau ni ?
Masalah baru sikit tapi kau ni dah kire overacting tau tak ?
Dah tak pandai nak setel kan masalah sendiri ke ?
Perlu ke sampai skip kelas bagai ni ?
Tak nak ke sekali tu buat mende yang orang suke ?

Heuheuheuheu ...
Tu la apa yang ada dalam kepale otak aku sekarang ni .
Tapi baru sikit je tu , ada lagi banyak .
Cuma aku tatau nak text macam mana lagi .
Pening la ... 

Ya Allah , bantu hamba-Mu ini ..

Aku tak nak gara-gara mood aku yang tak menentu ni ,
akan beri kesan bila aku mula final exam nanti . Risaunya ...
Hermmmm !

Saturday, 25 February 2012

"Tak Takut Ke?"



Assalamualaikum ...

Baca tajuk , semacam je kan ? Tak takut ke ? Eh , sape cakap tak takut . 
Dalam hati ni dah berdebar-debar dah . 
Jantung plak dah macam nak melompat keluar tau .
Nasib baik ade tulang rangka yang tak berapa nak berangka ni .
Selamat jantung aku .


Hehh , kerappinan [merapu] terserlah akhirnya .
Tapi kerappinan yang membawa erti tau .
Ini bukan sebarang merapu , ini merapu ikan kerabu .
Hambekk , merepek makan kerepek lagi .
Cut , cut , cut !!

Nak cite ke tak ea ?
Cite la . Tak nak . Ala cite la ...
Okey orang cite ...

Sebagai mukadimah cerita , aku nak bagitau ...
Akhirnya aku sampai jugak kat Rumahku Syurgaku ni ..
Rindu noqsss . Sape tak rindu kat family kan ?
Balik je , atau lebih tepat lagi , duduk je kat kerusi makan ,
Baba dah mula bermadah berhelah dia .

Eh ape ? Ingat baba tak pandai nak bermadah berhelah ke ?
Baba ni juara bertahan beb . Haha . 

So macam ni , soalan pertama yang dia tanya ,
"Study ashane ? Okey ke ? Dengor kate aritu test math dapat highest ?"
Highest ? Auta bebenor tu . Aku yang buta math ni takkan dapat highest score betui dak ?

Aku jawab ler ,
"Eh bukan highest la ba ... Highest ade 4 orang tapi i'm out of the list ... Tak tercalon langsung . Hehehe .."
Hehh . mane nak highest kalau dalam kelas tu ada King & Queen math kan . 
Kirimsalam je laaa nak dapat highest --"

Then borak punye borak punye borak , baba bukak topic yang bagi aku tersangatlah sensitip !!
Topic apakah itu ?

---

---

---

---

Saje bagi suspen sikit 

--

--

--

Huhu .
Topic apakah ? [dari tadi ayat same je ... kekeringan idea dah ni]

--

--

-- 

Okey okey ...
Jangan la marah . Aku gurau je .Cepat tol tacing korang ni .
hehehe ...

--

--

--

Camni , baba cakap , "kamu tak makan ubatkan ?"
Dalam hati aku , wahhh guruh berdentum dentam kilat sabung menyabung ...
Bummmm !! Bummmm !!!
[sound effect terover plak . aiseyman batman spiderman cicakman ...]

"Eh mana ada ! Makan la . Just jarang amek je . Contoh , hari ni Myra makan , esok tak makan . Ha camtu la lebih kurang ... Kire makan gak kan ? Hehehee ..."

Keras kepala tu tetap keras kepala . STONEHEAD LA KAU !!
Cehhh nak marah diri sendiri plak . Gile .

Huhu , Then baba cakap , "Tu mate tuu ... dah besar semacam je .. Lupa ke apa yang doctor yang cakap ? Kalau tak makan ubat , mata kamu tu akan terjojol keluar . Nak ke macam tu ? Tak takut ke ?"

Hambekkk ... Sekali kena bebel macam machine gun daaa ... 
Aku ? Redha je la kan . Haha . Ayat nak pasrah ? Macam suwey ! Hahaha .

Tapi betul gak apa yang baba cakap tu . Dulu kan aku pernah bagitau pasal medical checkup aku macam mane . Ni tetibe baba cakap mata aku dah nampak cam besar sikit berbanding dulu , huh terus cuak beb !! Terus pandang baba macam tak pernah pandang sebelum ni . Terus pandang baba macam nak makan orang lepas ni . Terus pandang baba tak berkelip-kelip . & terus pandang baba macam nak nangis ...

Hahaha gile banyak impak dia . Padan muka kau . Degil sangat kan . 
So sekarang , what to do ? 

'Makan ubat jangan tinggal ... Ikut dose yang doctor suruh ... Ikut time ... Ikut nasihat doctor ... Ikut nasihat baba ... Ikut la ikut la ... Asal untuk kebaikan aku , takde hal punye ...'

So tu dia , bermonolog di dalam hati . Haha . ntah buat ntah tidak tu !!

Uncontrolled Hyperthyroidism , tunggu la . Aku akan hapus kan kau .
HAHAhahaHAHAhaha ... [gelak prof jahat]
-scary laughing- 
[T________T]

Thursday, 23 February 2012

Selamat Pengantin Baru , Awak ...

Assalamualaikum .


Siapa yang pernah bercinta mesti faham perasaan Myra sekarang ni . Malam ni Myra ingat nak happy-happy je . Tapi kejadian petang tadi buat Myra rasa down gila . Myra nak story tapi hati ni dah remuk gila . Tak sanggup nak ulang tayang kejadian tu dalam kepala Myra . Kecewa la wey . 

Semua kawan-kawan da balik sebab esok takde class . Sunyi gila duk dalam bilik sorang-sorang . Tu pasal Myra keluar jugak pergi cc . Nanti kalau duduk sorang-sorang asyik teringat je . Haha . Ape la nasib asyik dapat seseorang yang tak setia pada kita . Takpe takpe . Orang kata takde jodohlah namanya tu . Tapi jodoh dia sampai awal , kita tengok je & doakan je dia happy hidup bersama dengan orang yang dia sayang . 

Apa-apa pun , Myra nak ucapkan Selamat Pengantin Baru untuk si dia . Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat . Nak cakap tak kan lupakan semua kenangan yang kitorang ada , Myra tak sanggup nak ingat lagi . Macam ni la , saya takkan ingat lagi kenangan kita tapi saya takkan lupakan semua . . Awak masih lagi di hati saya ni . Tapi jangan risauuu . Esok lusa lupa jugak . Hahaks .

Nah lagu untuk awak ! Special for u okeh . 


Senyum =)

THE OH!SEM TAGLINE CONTEST !



Assalamualaikum...


Kembali dengan entry tentang contest . Kali ni Myra tertarik betul dengan contest anjuran Kedai Kiz ni . Nak nak bila tengok hadiah dia yang ohsem tu kan . Sape yang tak nak jah oii . So apa kata kita proceed terus kat syarat-syarat penyertaan ni . Untuk pengetahuan anda semua , Kedai Kiz bagi kita dua pilihan ye . Bagi yang takde blog tu boleh join jangan risau . Tapi pastikan korang ada facebook . Kalau takde facebook baik korang lupakan cita-cita nak join contest ni secepat mungkin ye . Hoho tengok tengok , mak dah membebel . 

Penyertaan melalui blog
1. Follow belog Kedai Kiz
2. Like Facebook Kedai Kiz *link ada kat sidebar*
3. Buat satu entri di blog anda tentang contest ni
4. Dalam entri tersebut, sertakan tagline yang anda cipta untuk Kedai Kiz
5. Komen entri contest ni beserta nama & url entri.

Penyertaan Melalui Facebook
1. Like page facebook Kedai Kiz ( link ada kat sidebar )
2. Buat satu status bersama tagline untuk Kedai Kiz
3. Pastikan anda Tag "FB kedai Kiz" dalam status tersebut
4. Share Entri Contest ni di facebook page masing-masing
5. Komen di FB page Kedai Kiz beserta nama FB masing-masing

Syarat-syarat Tagline
a. Mestilah sesuai dengan blog kiz
( eg : Cantik dan bergaya, Senang Hati )
b. Mestilah tidak melebihi 60 patah perkataan
c. Mestilah Berbahasa Melayu
d. Tagline mesti original idea

amacam ? Tu baru syarat dia . Belum tengok hadiah lagi . Memang menggigil punya lah kalau tengok hadiah-hadiah gempak tu . Nak tengok ?? Meh klik Kedai Kiz Ohsem ni .

Aku prefer untuk join penyertaan blog ^^" .

Nak tau tagline aku ? Bismillahirrahmanirrahim !

Tagline : Kedai Kiz Menarik Lagi Terkini , Inpirasi Menawan Pilihan Hati , Sangat Bergaya Dan Juga Trendy , Selesa Dipakai Anggun Berseri .

Hah hambek . Berpantun terus aku dibuatnya . Hahaa . Panjang sangat ke ? Takpe kot . Sebab syarat-syarat dia kan tak melebihi 60 PATAH PERKATAAN . So tak salah rasanya aku pertaruhkan tagline ni kan . ( 18 patah perkataan je )

 Heee . Penat dah perah & perah & perah otak ni sampai kering-kontang jadinya . So itulah hasil dari perahan yang berkali-kali tu . Harap lah dapat pikat hati segala juri dan penganjur yang mengadili contest ni , tehee .

DUE DATE : 01 MARCH 2012

Wednesday, 22 February 2012

Hari Terbuka Kolej dan Festival Kebudayaan dan Kesenian Citrawarna II , UiTM Lendu Melaka .




Assalamualaikum .

Adoi bersawang berhabuk sarang lipas sarang tikus sarang burung saranghaeyo semua ada dalam ni . Almaklum lah dah lama aku tak bukak belog picisan aku ni kan . Dahlah kena hack , hadoii . Takpe , yang penting lepas ni aku akan belajar untuk lebih berhati-hati dan jugak belajar macam mana nak hack orang tu balik . HAHAHA siaplah korang lepas ni ! - tapibilenakbelajar? -

Sepanjang aku menyepikan diri , banyak benda yang berlaku dalam hidup aku . Baru-baru ni , aku dah kembali solo . Yeee tak tipu . Kalau tak caya , tanya tuan punya belog nie . haha kalau berani tanya la kan . Okey , kalau korang nak tau , 17-19 Februari yang lepas UiTM Lendu telah mengadakan satu event yang gempak gile . Kenape aku kata gempak gile ? Ni nak cerita la ni. Cuba bersabar . *--"

Okey for UiTM Lendu Students , pastinya mereka tahu apa yang telah terjadi pada majlis perasmian penutupan Open College & Citrawarna II yang diadakan di Padang Kawad malam tu kan . Ye tak ? Betul la tu . Anggaran yang dibuat oleh Datuk malam tu lebih kurang 3000 orang membanjiri padang kawad untuk tengok persembahan dan tengok upacara penyampaian hadiah bagi kolej-kolej yang menang . 

Part yang paling best & serious bangga gila bila Tun Hasan ( THS ) berjaya membolot anugerah kolej terbaik mengalahkan semua berbelas-belas kolej yang lain ( aku tak ingat ada berapa haha ) dengan tamaknya . Untuk Gerak Seri a.k.a Cheers THS berjaya mendapat tempat pertama !!! Hoooreeeyyyy !! Salah seorang ahli cheers itu adalah aku .wahwahwah mentang-mentang aku masuk cheers , dah menang je nak kecoh kat sini aku ahlinya . Tapi bila kena panggil berlatih tiap-tiap malam pemalas !! Hehe .

Untuk Gerak Wira a.k.a Hakka plak , Kolej Kasturi dah kalahkan pemenang tahun lepas iaitu Kolej Tuah . So Kasturi dan Hasan terpaksa buat persembahan terakhir malam tu . Sweet sangat :)







Next , THS juga merupakan juara koir . Ngee . Budak-budak koir memang bagi komitmen yang lebih untuk berlatih tiap-tiap malam . Tak macam sorang budak cheers tu ( aku ler ) , konon nak aktif kolej tapi cakap tak serupa bikin . Haha . Koir Group THS memang kiut miut dan gempak . Boleh nampak diorang punya chemistry dan keseragaman persembahan diorang . Amboi puji lebih-lebih plak ko . Ntah-ntah jeles sebab diorang kiut miut kan . Mana ada !!! Aku just berbangga menjadi warga THS je . Lalalala .

THS juga merupakan juara Sudut 5S Terbaik , dan juara 5S secara keseluruhan . Dan juga mendapat tempat kedua dalam ape tahhh . Tak ingat . Cecece . Yang juara juara semua ingat . Yang kedua ketiga tak nak ingat plak aku ni . Erk tapi sumpah aku tak ingat . Huhuuu .. Jangan marahhhh .

Roommate aku siap cakap macam nie tau , "lepas ni bolehlah aku pakai baju THS pergi kelas dengan perasaan bangga..." Hahah poyo kan ?? Rasa macam nak tampar-tampar je pipi budak comel ni . Tapi tak boleh . Kang kena wrestling kang tak ke naya . --"

So itu je buat masa ni . Next update tak tau lagi bila . But pleaseeee , don't feel bored when u are here . I want all my readers enjoy reading this blog . Gile berharap aku nie . haha .