Wednesday, 22 February 2012

Hari Terbuka Kolej dan Festival Kebudayaan dan Kesenian Citrawarna II , UiTM Lendu Melaka .




Assalamualaikum .

Adoi bersawang berhabuk sarang lipas sarang tikus sarang burung saranghaeyo semua ada dalam ni . Almaklum lah dah lama aku tak bukak belog picisan aku ni kan . Dahlah kena hack , hadoii . Takpe , yang penting lepas ni aku akan belajar untuk lebih berhati-hati dan jugak belajar macam mana nak hack orang tu balik . HAHAHA siaplah korang lepas ni ! - tapibilenakbelajar? -

Sepanjang aku menyepikan diri , banyak benda yang berlaku dalam hidup aku . Baru-baru ni , aku dah kembali solo . Yeee tak tipu . Kalau tak caya , tanya tuan punya belog nie . haha kalau berani tanya la kan . Okey , kalau korang nak tau , 17-19 Februari yang lepas UiTM Lendu telah mengadakan satu event yang gempak gile . Kenape aku kata gempak gile ? Ni nak cerita la ni. Cuba bersabar . *--"

Okey for UiTM Lendu Students , pastinya mereka tahu apa yang telah terjadi pada majlis perasmian penutupan Open College & Citrawarna II yang diadakan di Padang Kawad malam tu kan . Ye tak ? Betul la tu . Anggaran yang dibuat oleh Datuk malam tu lebih kurang 3000 orang membanjiri padang kawad untuk tengok persembahan dan tengok upacara penyampaian hadiah bagi kolej-kolej yang menang . 

Part yang paling best & serious bangga gila bila Tun Hasan ( THS ) berjaya membolot anugerah kolej terbaik mengalahkan semua berbelas-belas kolej yang lain ( aku tak ingat ada berapa haha ) dengan tamaknya . Untuk Gerak Seri a.k.a Cheers THS berjaya mendapat tempat pertama !!! Hoooreeeyyyy !! Salah seorang ahli cheers itu adalah aku .wahwahwah mentang-mentang aku masuk cheers , dah menang je nak kecoh kat sini aku ahlinya . Tapi bila kena panggil berlatih tiap-tiap malam pemalas !! Hehe .

Untuk Gerak Wira a.k.a Hakka plak , Kolej Kasturi dah kalahkan pemenang tahun lepas iaitu Kolej Tuah . So Kasturi dan Hasan terpaksa buat persembahan terakhir malam tu . Sweet sangat :)







Next , THS juga merupakan juara koir . Ngee . Budak-budak koir memang bagi komitmen yang lebih untuk berlatih tiap-tiap malam . Tak macam sorang budak cheers tu ( aku ler ) , konon nak aktif kolej tapi cakap tak serupa bikin . Haha . Koir Group THS memang kiut miut dan gempak . Boleh nampak diorang punya chemistry dan keseragaman persembahan diorang . Amboi puji lebih-lebih plak ko . Ntah-ntah jeles sebab diorang kiut miut kan . Mana ada !!! Aku just berbangga menjadi warga THS je . Lalalala .

THS juga merupakan juara Sudut 5S Terbaik , dan juara 5S secara keseluruhan . Dan juga mendapat tempat kedua dalam ape tahhh . Tak ingat . Cecece . Yang juara juara semua ingat . Yang kedua ketiga tak nak ingat plak aku ni . Erk tapi sumpah aku tak ingat . Huhuuu .. Jangan marahhhh .

Roommate aku siap cakap macam nie tau , "lepas ni bolehlah aku pakai baju THS pergi kelas dengan perasaan bangga..." Hahah poyo kan ?? Rasa macam nak tampar-tampar je pipi budak comel ni . Tapi tak boleh . Kang kena wrestling kang tak ke naya . --"

So itu je buat masa ni . Next update tak tau lagi bila . But pleaseeee , don't feel bored when u are here . I want all my readers enjoy reading this blog . Gile berharap aku nie . haha . 


2 comments:

ZWAN SABRI said...

Aiseyh, kan best klaw zwan ada kt sana.. kompem dapat rasa kemeriahan festival tu.. :)

AishaMyra said...

@ZWAN SABRI yeahhh . mmg rugi zwan takde taw . takpe lain kali boleh datang & time tu mesti lagi meriah sebab ada zwan haha .