Tuesday, 13 March 2012

Backstabber , Huh !



Assalamualaikum .


fikir-fikir kan . Aku sayang kau . Tapi sayang , kau cuma 'friend' , bukan 'true friend' seperti yang aku harapkan . Semoga bahagia dengan semua yang kau dah buat . 

Friday, 9 March 2012

Doakan Myra tau .. ♥♥♥



Assalamualaikum .

Rasa macam baru semalam aku jejakkan kaki di bumi jajahan Portugis ini , tapi rupa-rupanya aku dah 4 bulan menimba ilmu di sini . Pejam celik pejam celik , dah nak final dah . Test dan quiz yang berterusan belum tentu buat aku bersedia menghadapi final . Boleh tak aku nak putarkan masa sampai hari pertama aku mengenali kehidupan kampus kat sini ? Heuheuheu . #boleh je kalau kau doraemon !

Mukadimah panjang berjela ni sebenarnya mewakili perasaan aku yang sebenar . Haha poyonya . Aku , errrmmm ... aku sebenarnya cuak nak ambil final exam !! Takut ... Harapan keluarga terlalu tinggi ... aku takut tak mampu untuk direalisasikan . Tapi aku tetap akan cuba sedaya upaya aku . Supaya segala harapan yang aku kendong ke hulur ke hilir semasa menimba ilmu dulu akan tercapai jua suatu hari nanti .

Ini hanyalah permulaan . Baru nak bermula . Pengakhirannya jauh lagi . Masih jauh untuk ku gapai . Dan kalau boleh , aku tak nak semua ni berakhir . Suasana kampus yang tenang dan mendamaikan , dikelilingi rakan-rakan yang sangat supportive dan caring , juga lecturers yang selalu bagi assignment macam takkan ada hari esok , errr ... suasana seperti ini dah semakin sebati dalam diri aku .

3 tahun aku akan berada di sini , sentiasa diburu harapan nan tinggi . Mampukah aku menggapai cita-cita nan murni ini ? Ntah lah . Tapi aku pasti , kejayaan akan sentiasa menjadi milik orang yang berusaha untuk mencapainya walau dalam apa jua keadaan sekalipun . Dan aku , akan berusaha untuk menjadi 'orang' tersebut . ^^

Final exam yang pertama , aku harap sangat aku dapat Dean's List ... #Berangan ! Kan aku dah cakap , dari angan-angan lah bermulanya impian . Study ? Tiap-tiap hari aku study . Walaupun aku selalu skip kelas la apa la , tapi aku tetap mengutamakan pelajaran . Bukan senang nak dapat tawaran masuk U dengan result aku yang bagai nak hancur tu . Tapi dengan izin Allah aku diberi peluang yang ntah ke berapa kali . Takkan aku nak sia-siakannya betul tak ?

Peluang tak selalu datang bergolek . Tapi bila peluang tu dah ada depan mata , grab it ! Jangan lepaskan peluang yang sangat berharga tu . Anggap peluang tu sebagai penentu hidup mati kita . #Bersemangat ni . Chaiyok chaiyok !! Aja aja Fighting guys ! Kita buktikan walaupun ramai lecturers cakap kelas kita ni yang paling tertinggal & terkebelakang , buktikan yang kita boleh beat kelas lain . #aku kan pantang dicabar , tengok apa dah jadi bila korang cabar aku T_T

Satu je nak cakap , wish me luck guys . ^^ Doakan semoga aku boleh jawab paper dengan baik ya . 

Myra sayang korang ...
muahhhhh100xxxx kat Minah & Shrek (my cat) ! 
Hahahahaha .
Okey baiiii . Nak siap-siap balik Melaka .
>_< Selamat Pagi uolsss .

Thursday, 8 March 2012

Tips Nak Nampak Blog Lebih Kemas Dan Menarik



Assalamualaikum allz .


Saper kenal & selalu baca blog Cerita HannaFauzann sebelum ni ? ( Ehem , dulu aku selalu learn tutorial dari blog beliau ^^ ) Saper yang tau dan kenal beliau mesti korang pun tau yang dia dah bersara dari dunia blogging ni kan . Hee . Tadi aku online Facebook jap , then bila ushar notifications tu , ada student from UiTM ( senior De'Best of course ..) tagged aku kat Notes . Nama dia Hanna . Dia salah satu MT's for our De'Best Club ( Diploma in Business Studies ) . Orang nya sweet je . Tinggi & fashionable bagi aku ^^ . Kami sebaya but dia pangkat senior tau . So , apa kena-mengena antara penulis blog Cerita Hannafauzann & Hana my senior ? Sape sangka mereka adalah orang yang sama ? Haha that's the point here .

FYI , Notes yang dia tagged aku tu berkisar tentang tips-tips yang amat penting bagi blogger baru macam we all ni . Tak kisah lah baru ke lama , semuanya sama je . Kalau tak , macam mana nak dapat yang lama kalau takde yang baru and vice versa ? Hoho ^^ . So jom cekidaut tips-tips yang beliau bagi , mana tau berguna untuk kita suatu hari nanti atau pun tak payah tunggu lama-lama , mungkin lepas baca tips tu uols akan terus bersemangat untuk memperbaiki blog masing-masing kan . aku pun same gak .. Blog cekadak camni memang perlukan bimbingan dari senior-senior hahah .

Nak tukar nombor baru , tak tahu nak pilih yang mana ? Klik Hotlink Bagus dan segalanya mudah !
Nak iPad & health and wellness vouchers ? Senang je , tinggal capture gambar dan menang ...

Salam,

Tak terlintas dalam hati aku nak buat notes kat FB ni tapi sejak dah lama tak berblogging rasa nak menulis tu membuak-buak. untuk pengetahuan korang blog aku dulu nama dia "Cerita Hannafauzann" dunno la whether korang pernah dengar atau pun tak. aku antara blogger yang rajin buat tutorial. but nevermind. bukan itu fokus dia. 

so, untuk dapatkan blog yang kemas. First thing, penyusunan gadget dalam blog korang. cukuplah skadar nuffnang, introduction, followers ,bloglist dan history entry korang. kalau ada facebook badge letaklah tapi lebih baik pakai cute icon yang biasanya letak dekat belah hujung blog. taktau mana nak cakap . huhu. lebih banyak gadget lebih berat la blog korang. ingat, blogreaders tak suka blog yg lambat load. next, lupa nak cakap header dulu sbnrnya. pemilihan header yang menarik boleh menarik minat blogger lain untuk datang jengah blog korang. contohnya, blog nisakay.com. header itu juga yang akan membuatkan org akan ingat dekat blog korang since header lah yang diorg nampak dulu before konteks.

Pemilihan font. haaa, yang ni ramai newbie suka. ada font ropol2 senget2. kalau boleh ELAKKAN ! font macam tu akan buat orang sakit mata and meluat nak sambung baca. maaf kalau ada yang terasa. lebih baik gunakan font times new roman, arial atau mana2 font yang tak sakit mata and please size font jangan terlalu kecil, jangan terlalu besar. kecil sangat kang orang baca mcm nak cium screen pulak kan. JANGAN LETAK LAGU DALAM BLOG blogreader biasanya bukak bukan satu blog tapi 5 ke 7 blog dalam satu masa. bayangkan kalau 4 blog letak lagu. dah macam remix tak jadi plak. sakit kepala. lagu yang slow masih boleh diterima . lagu yang agak heavy tu bru bukak terus tekan butang [x] 

Biasakan guna ayat penuh. jangan guna shortform. tak semua orang faham and bila guna ayat penuh kan ke dah menyenang orang baca blog korang and mood nak baca sampai habis tu ada. next ispemilihan tema untuk blog. warna dan template. warna yang ceria menarik perhatian orang untuk dtg blog. ada org dtg jenguk blog hanya sbb suka tengok blog org yg cantik and comel. pemilihan warna terang digalakkan tapi bukan terang striking. itu menjauhkan pembaca. haha. template dan background. blogger " template designer " skrg ada sediakan template yg mudah untuk korang and korang boleh upload sendiri background yang korang. No to striking color and No to nonsense background. background simple mcm polka dots, stripes or abstract patterns. depends on uguys as long as background tu nampak simple but nice and attractive.

kalau nak nampak lagi cantik , try untuk belajar HTML code and edit blog tu sendiri. agak mengelirukan tapi lama-lama u should be fine with the code. kenal setiap code yang ada mcm code gambar, code link, code header, code sidebar. tapi takde la nak suro korang hadap satu-satu. huhu.rujuk blog tutorial. follow tutorial yg diorang sediakan and do it step by step. melalui cara tu korang kenal HTML code tu semua. 

itu je kot. almaklumlah dah lama tak blogging and edit blog. if there's any question, tanya je . i'll try to help . and yeah font dekat notes ni tak boleh ubah thats y aku bold kan mana yang penting. thats all now. thanks for reading :)


PENYUSUNAN GADGET : Untuk blog aku ni , aku rasa memang semak dengan gadget kot . Pendapat korang macam mana ? Hmmm , jap lagi nak buang la gadget gadget yang menyemak tu . Contohnya : 


PEMILIHAN HEADER : What about my header ? Cun tak ? Kalau nak tau , header aku ni SBK yang buatkan sebab aku ada join contest dia tahun lepas . Walaupun aku tak menang tapi aku tetap dapat header muahaha . Ni header pertama aku . Tapi sekarang aku nak header baru , nak tukar angin lah katakan . Just tak tau nak buat header macam mana . Ada sesiapa boleh tolong buatkan tak ? Heee ^^


PEMILIHAN FONT : Emmmm , korang tengok font aku ni , ada rasa pening-pening kepala sampai nak hantuk kepala kat screen laptop tak ? Atau pun kat keyboard ke ... hehehe . 

LAGU DALAM BLOG : Okey . Aku ada letak lagu dalam blog kesayangan aku ni . Nak tau lagu apa ? Ceteka ceteka ... teka laaaa .. Tajuk lagu ni YOU by NUR JANNAH ALIA . Lagu ni taklah slow taklah heavey sangat bagi aku . Tapi errr kalau korang rasa aku patut remove lagu ni disebabkan remix tak jadi tu , just bagitau . Sama ada aku akan tukar lagu ni kepada instrumental atau pun remove terus . huhuhu sad :(


BIASAKAN GUNA AYAT PENUH : Ini , tak perlu diragukan lagi . Hehehehe . Aku memang dah practice guna ayat penuh dua tiga bulan lepas kenal dunia blog ni . Memang la masa mula-mula dulu ayat pakai bantai ayat sms je kan . suka jadi ckew la , tengah jadi ngah la . err dan macam-macam lagi . 

PEMILIHAN TEMA UNTUK BLOG : Tema blog aku , dari dulu lagi bertemakan warna BIRU . Kenapa aku pilih warna biru ? Sebab warna biru mampu menenangkan dan mendamaikan hati aku tak kira masa tu aku tengah bad mood ke , tengah marah ke , tengah sedih ke . Senang cakap , it makes me feel better . Kalau korang tak percaya , time korang tengah marah kan , cuba korang tengok something blue . Bukan blue yang tu okey !!!! Contoh warna biru yang boleh tenangkan fikiran korang is , LAUT !!! yeeeeaaaaahhhhhh , try it if you don't believe it ! >_< Sangat best !

BELAJAR HTML CODE : Dah lama dah ... dah lama aku nak belajar HTML code ni . Tapi tu la , susah sikit lah bila takde laptop lagi . Huhu sadis dan tragis kan ? Online pun kat cc je . Lepas tu bila online bukannya berjam-jam . Bergantung pada fulus lah . Heuheuheu . But no worries , one day aku akan belajar code ni and boleh edit blog sendiri . walalalahhh ... #Berangan je !!! oke jangan sentap . Dari angan-angan lah bermulanya impian . Setuju ? ♥

So , that's all for today . Hope entry kali ni dapat bantu korang untuk improve okey .
Good luck and daaaaaa ...........

Adios ~

Wednesday, 7 March 2012

Wordless Wednesday #10



Assalamualaikum .


#brilliant ! haha memang betul pun kannn ... --"

Wordless Wednesday #9



Assalamualaikum .


#erk , korang pilih yang mana ? Kalau aku ... sanggup pilih nombor 2 walaupun ... huhu !

Wordless Wednesday #8



Assalamualaikum .

#=,= ngee ..

Wordless Wednesday #7



Assalamualaikum .


#Sape pernah kena macam ni ? Hahaha !

Wordless Wednesday #6



Assalamualaikum .


- klik gambar untuk tumbesaran -

Wordless Wednesday #5



Assalamualaikum .


*kan bagus ni haha . silap haribulan kena saman sebab incik pulis ingat awak tak pakai helmet !

Sunday, 4 March 2012

Persoalannya ...



Assalamualaikum 

KLIK UNTUK TUMBESARAN
#Apa pendapat korang ?

Bagi aku , dua-dua penting sebenarnya . Kalau kita pilih orang yang sayangkan kita , tapi kita tak sayangkan dia macam mana ? And macam mana plak bila kita pilih orang yang kita sayang tapi dia tak sayang kita seperti yang kita harapkan . Mesti kecewa kan ?

Aku sebenarnya setuju dengan kata-kata Nanie , benda macam ni datang nya dari hati . Kita takkan tau kita suka dia kalau hati kita tak gembira setiap kali kita jumpa atau terserempak dengan dia , berbual & bergurau senda dengan dia . Kita takkan tau kita benci tengok dia kalau hati kita tak sakit setiap kali kita nampak muka dia , setiap kata-kata dia plak macam pisau tajamnya , sentiasa mencucuk ulu hati kita bila dia berkata-kata .. Itu kalau kita suka & benci seseorang .

Tapi kalau cinta ? Macam mana nak tau ya ?

So hari ni , aku akan bercerita serba sedikit tentang cinta . Orang kata , cinta itu indah . Ya cinta itu indah kalau tiada istilah curang , orang ketiga , perpisahan , dan macam macam lagi . Tapi biasalah , itu yang dinamakan lumrah orang bercinta . Nak tak nak kena lah terima . Itu semua proses sebelum kita bertemu dengan seseorang yang memang ditakdirkan untuk sehidup semati dengan kita .

Bagi aku la kan , kita tak perlu rasanya terus mengejar cinta . Cinta akan datang sendiri & bila dia dah ketuk pintu hati kita , barulah kita fikirkan pasal cinta . Kalau kita asyik fikirkan pasal cinta sampai segalanya terabai susah jugak . Tapi tu la , benda yang selalu terjadi dalam hidup kita , kita akan sedar akan kewujudan cinta tu bila dia terlepas dari genggaman kita atau bila dia hilang dari hidup kita . Memang sedih & rasa menyesal tak sudah time tu .

Maksud aku kat sini , jangan terlalu mengejar cinta yang tak pasti . Tapi bila cinta tu hadir , jangan semudah itu melepaskan ia pergi =) nanti susah nak cari balik tau .