Friday, 27 April 2012

Segmen : Pencarian Blogger Seluruh Dunia !!



Assalamualaikum .


Nama Blog : ✿ The Other Side of Me ✿
Url Blog : myramelancholy.blogspot.com

Nak join click HERE .

Expired Date : 28042012 pukul 12 tengah malam :)

Saturday, 14 April 2012

Mama



Assalamualaikum .

Aku buat entry ni sebab aku rindu sangat dengan arwah mama aku . Rindu sangat . Ntahlah , aku selalu teringatkan mama akhir-akhir ni . Aku pun tak tau kenapa . Aku cuma nak cakap , apa yang korang baca lepas ni memang persis dengan apa yang pernah aku lalui bersama arwah mama aku (': .

Orang kata aku lahir dari perut mak ! (Bukan Org kata , memang betul)

Bila dahaga , yang susukan aku . Mak .
Bila lapar , yang suapkan aku , Mak .
Bila keseOrangan , yang sentiasa di sampingku , Mak .
Kata mak , perkataan pertama yang aku sebut , Mak .
Bila bangun tidur, aku cari , Mak .
Bila nangis , Orang pertama yang datang , Mak .
Bila nak bermanja, aku dekati , Mak .
Bila nak bergesel , aku duduk sebelah , Mak .
Bila sedih , yang bOleh memujukku hanya , Mak .
Bila nakal , yang memarahi aku , Mak .
Bila merajuk , yang memujukku cuma , Mak .
Bila melakukan kesalahan , yang paling cepat marah , Mak .
Bila takut , yang tenangkan aku , Mak .
Bila nak peluk , yang aku suka peluk , Mak .
Aku selalu teringatkan , Mak .
Bila sedih , aku mesti telefOn , Mak .
Bila serOnOk , Orang pertama aku nak beritahhu , Mak .
Bila bengang , aku suka luah pada , Mak .
Bila takut , aku selalu panggil , " Mmaaakkkk ! "
Bila sakit , Orang paling risau adalah , Mak .
Bila nak exam , Orang paling sibuk juga , Mak .
Bila buat hal , yang marah aku dulu , Mak .
Bila ada masalah , yang paling risau , Mak .
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni , Mak .
Yang selalu masak makanan kegemaranku , Mak .
kalau balik ke kampung , yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk , Mak .
Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku , Mak .
Yang selalu berleter kat aku , Mak .
Yang selalu puji aku , Mak .
Yang selalu nasihat aku , Mak .

Bila nak kahwin , Orang pertama aku tunjuk dan rujuk , Mak .

Aku ada pasangan hidup sendiri .

Bila serOnOk , aku cari , Pasanganku .
Bila sedih , aku cari , Mak .
Bila berjaya , aku ceritakan pada , Pasanganku .
Bila gagal , aku ceritakan pada , Mak .
Bila bahagia , aku peluk erat , Pasanganku .
Bila berduka , aku peluk erat , Emakku .
Bila nak bercuti , aku bawa , Pasanganku .
Bila sibuk , aku hantar anak ke rumah , Mak .
Bila sambut valentine , Aku bagi hadiah pada Pasanganku !
Bila sambut hari ibu , aku cuma dapat ucapkan “ Selamat Hari Ibu ” !
Selalu , Aku ingat pasanganku !
Selalu , Mak ingat kat aku !
Bila-bila , Aku akan telefOn pasanganku !
Entah bila , aku nak telefOn mak !
Selalu , aku belikan hadiah untuk pasanganku !
Entah bila , aku nak belikan hadiah untuk emak !

Renungkan :

" Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja , bOlehkah kau kirim wang untuk mak
Mak bukan nak banyak , lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah . "

Berderai air mata jika kita mendengarnya .

Tapi kalau mak sudah tiada .

" MAKKKKK ! RINDU MAK ! RINDU SANGAT ! "

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya !
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya !

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu . Si ibu segera mengesatkan tangan di aprOn menyambut kertas yang dihulurkan Oleh si anak lalu membacanya . KOs upah membantu ibu :

1) TOlOng pergi kedai : RM4.00

2) TOlOng jaga adik : RM4.00

3) TOlOng buang sampah : RM1.00

4) TOlOng kemas bilik : RM2.00

5) TOlOng siram bunga : RM3.00

6) TOlOng sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca , si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya . Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama .

1) KOs mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) KOs berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) KOs air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) KOs kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) KOs menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu . Si anak menatap wajah ibu ,memeluknya dan berkata ,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya .

Dulu aku buat macam mana tau .

Cabut rumput : RM2.00
Cabut uban : RM2.00
Tolong kemas rumah tiap-tiap hari ( termasuk mop lantai , sapu , cuci toilet ) : EM5.00

Errrr , apa lagi ek . Banyak lagi lah . 
Kalau kira betul-betul memang boleh jadi jutawan muda dah aku ni . 
^^

Mama , mama terhebat bagi aku !

Friday, 13 April 2012

Rantai Paling ... ( speechless )



Assalamualaikum .

Hey hey cuba tengok gambar ni ! Anda berani pakai tak kalau ada orang bagi free pun ?


Kalau bagi kat aku , memang aku amek penyapu pastu aku hentak hentak punya lah ( walaupun aku tau yang rantai ni cuma rantai lipas palsu , bukan lipas betul ! ) . Eeeuuwwwww aku tak boleh bayangkan sesiapa yang pakai rantai ni akan jadi mangsa hentakan aku . hahaha .

Thursday, 12 April 2012

Beruntunglah Kiranya Kamu Memperolehinya



Assalamualaikum .

Walaupun kadang-kadang dia tak selalu berada di sisi kita , tapi kita tahu dia dekat dengan kita . Kita tetap sayang dia sebab dia tak pernah lupa kat kita walaupun kita dengan dia jauh terpisah oleh jarak dan waktu . 


Dia ada saat kita sedih .
Dia ada saat kita gembira .
Dia ada saat kita dalam masalah .
Dia ada saat kita perlukan tempat untuk meluahkan perasaan .
Dia ada untuk memberi kita nasihat .
Beruntungkan kalau kita dapat teman seperti dia ?

^^ Saya sayang semua kawan-kawan saya termasuk awak .
Ye , awak . Yang tengah baca entry ni . 
Walaupun saya tak kenal awak , dan awak tak kenal saya .
Tapi kita kawan kan ?

Wednesday, 11 April 2012

Susulan Gempa Bumi di Acheh , Sumatera Indonesia .



Assalamualaikum .

Acheh , Sumatera Indonesia telah dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitude dicatatkan pada jarak 465 kilometer barat daya Banda Acheh yang juga turut dirasai di kawasan Lembah Klang , Kuala Lumpur , Petaling Jaya dan Shah Alam serta Pulau Pinang , Perlis dan Perak .

UPDATED : - Ombak Tsunami dijangka tiba di Georgetown pada 9.11pm dan Port Dickson pada 2.10am. 

- "Doakan kami student Malaysia di sini selamat . Sekarang dalam operasi menyemlamatkan diri . Muslimat telah kami pindahkan ke Masjid Unsyiah . Untuk muslimin , mereka telah pergi ke tempat yang jauh dari kawasan Darussalam dan pusat kota .

Kami telah maklumkan ke Konsulat di Medan dan Kedutaan di Jakarta .

Doakan kami . air sedang naik ke tanah tinggi ." (sumber : Abdullah Hakimi)

- Kelajuan ombak sekitar 800km/j sedang menuju ke Malaysia . 

- Tsunami sudah melanda Pulau Simeulu dengan ketinggian 6 meter . Kelajuan ombak selepas gempa bumi yang akan melanda Banda Acheh sebentar lagi adalah 756km/j .

SEKIRANYA TSUNAMI BERLAKU , JAUHKAN DIRI DARI PANTAI .


Roads in Acheh after Earthquake

Keadaan di sekitar kompleks Queensbay Mall , Penang .

Turut dilaporkan di Pulau Pinang , ratusan penghuni hotel di Pulau Pinang cemas melarikan diri .
"Lima kali goyang , semua penghuni hotel dan warga sekitar berhamburan di jalan raya" - Andi Asrun  .

Keadaan di Gurney Plaza , Penang .

Ribuan pengunjung sebuah pusat membeli-belah dekat Seberang Jaya berpusu-pusu keluar sebaik merasai gegaran kira-kira jam 4.50 petang , gegaran dipercayai berlaku akibat susulan gempa bumi berukuran 8.9 magnitude dilaporkan berlaku 500 kilometer di barat daya Acheh Indonesia . (Foto : Danial Saat . 11/04/2012)

*segala perkembangan terbaru yang diupdate adalah berdasarkan status updated di facebook oleh orang ramai . So jangan percaya 100% . Berserah kepada Allah , Insyaallah kita akan selamat .

Tuesday, 10 April 2012

Segmen : Saya Nak Edit Blog Free ! by Hana .



Assalamualaikum .


Jyeahhhhh ! Dah lama tak join segmen & contest .

Dalam pada aku berblogwalking tadi , aku terjumpa satu segmen dari adeQ Hana ni . Segmen yang buat aku rasa teruja nak join sebab kalau menang hadiah dia ialah full edit blog tau ! Perkara yang aku tunggu-tunggu hehehehe . So , officiallynya aku dah join segmen ni dengan jari kanan . 

Bismillahirrahmanirrahim !

Dik , tolong la akak yang memang tak pandai nak mengedit blog ni yea . ^^ Akak tag semua pembaca blog & follower akak dik . Boleh ke ? Boleh la eh .

Kepada uolss yang interested untuk join this segmen , meh klik Haruno Hana . 

Time korang baca segmen ni , aku tengah tidur ! Krooh kroohhh Kroohhhhhh ...

Monday, 9 April 2012

ABPBH 2011



Assalamualaikum .


Berakhir sudah penantian para retis kita semalam apabila Anugerah Bintang Popular 2011 telah diraih oleh Aaron Aziz si jejaka kacak idaman wanita *ehem ehem !* . Tahniah abang Aaron ! Lu the best lah ! Sebenarnya aku dah agak dah yang abang Aaron akan menang , bukan apa , tengok la filem yang dia lakonkan semuanya mantap-mantap , lagi-lagi filem Ombak Rindu *tak berkesempatan lagi nak tengok* . Dari sketsa yang mereka petik dari filem Ombak Rindu tu je aku dah tau betapa WOW nya cerita dia . *Sambil lap hingus . mammy nak tengok Ombak Rinduuuu ...* 

Tapi , lakonan Maya Karin & Aaron Aziz semalam ternyata tak mengecewakan penonton lagi-lagi aku . Hehehe . Semakin berkobar-kobar pulak nak tengok cerita tu . Apa nak buat , tak menyempat nak tengok pun sebelum ni .

Mesti semua nampak kan apa yang berlaku apabila pemenang untuk Pengacara TV Lelaki Popular diumumkan , tiba-tiba Pak Nil berlari naik ke atas pentas sedangkan pemenang yang diumumkan ialah Zizan Razak . Mula-mula tu aku confused habis . Aku yang salah dengar atau Datin Seri Normala yang salah umumkan ni ? 

Aku agak ramai yang tertanya-tanya macam aku . Rupa-rupanya Pak Nil cuma nak hulurkan trofi tu sendiri pada Zizan . *terharusangat* . Sebenarnya Pak Nil dah pegang gelaran Pengacara TV Lelaki Popular 8 tahun berturut-turut kalau tak silap aku . 

Takpe Pak Nil , walaupun Pak Nil tak menang anugerah semalam , bukan bermakna Pak Nil dah tak popular . Pak Nil tetap mendapat tempat di hati setiap peminat Pak Nil . Moga Pak Nil terus sukses ya .

Okey lah , jom kita tengok keputusan keseluruhan ABPBH 2011 :


Artis Berkumpulan/Duo Popular : Jac , Shila Hamzah & Ning Baizura ( 3 SUARA )
*3 Suara memang hebat . Tak boleh nak dipertikaikan lagi dah . Dah terbukti pun kan . Hehehe .


Artis Baru Wanita Popular : Tasha Shila
*Aku harap gila Izara Aishah yang menang sebab lakonan dia best sangat .


Penyampai Radio Lelaki Popular : Faizal Ismail ( FBI )
*Haha tak payah nak berteka-teki sangat lah . Sah-sah si FBI yang menang . 


Artis Komedi Popular : Didie Alias
*Tak sangka kan ? Kemain lagi dia berfesyen semalam . Paling tak boleh belah bila Sharifah Shahira tanya apa dalam gaun dia yang mengembang tu , batang paip ke ? Hakhak .


Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat : Datuk Sheila Majid
*Memang patut pun anugerah ni diberikan kepada Datuk . Aku setuju . Tapi jeles tengok body dia yang maintain dari dulu sampai sekarang tu . :P


Pengacara Lelaki Popular : Zizan Razak
*Tak dijangka kan . Aku sendiri menjangkakan yang Pak Nil akan menang . Tapi dah rezeki Zizan . 


Artis Baru Lelaki Popular : Johan Ariff As'ari ( BOTAK )
*Botak best ! 


Pelakon TV Lelaki Popular : Fizz Fairuz
*Terkejut aku tengok reaksi Fizz yang terkejut tu . Dia tak sangka dia menang . Yang buat aku tersentuh tu , dia cakap , "saya tak ada fan..." . Terserlah kejujurannya ketika dia menyampaikan ucapan .


Penyampai Radio Wanita Popular : Fara Fauzana 
*Fafau dah memang popular pun hihik . 

Pengacara TV Wanita Popular : Fara Fauzana
*Ha nampak kan ? Fofular giler cik Fafau kiter nih .


Artis Komedi Lelaki Popular : Johan
*Kenapa tak Jozan je ? Sebab Johan terbaik . Bukan bermaksud Zizan tak bagus . Cuma , itulah namanya persaingan sihat kan ?


Anugerah Seri Perak : Datuk Siti Nurhaliza
*Tak mengejutkan aku bila Datuk Siti menang , sebab dia memang layak menang . 


Penyanyi Lelaki Popular : Hafiz 
*Boleh laaa hehehehe .


Pelakon Filem Wanita Popular : Maya Karin
*Agaknya sebab demam Ombak Rindu belum kebah & masih lagi beri impak kepada penonton telah memberi tuah kepada pelakon jelita ini ? Hehehehe .


Pelakon TV Wanita Popular : Fasha Sandha 
*Okeylah ...


Penyanyi Wanita Popular : Yuna
*Bukan popular kat dalam negara je , kat luar negara pun dia popular !!


Pelakon Filem Lelaki Popular : Aaron Aziz 
*Haruslah dia popular sekarang ye tak ? Dah menang ... Hihi 


Anugerah Bintang Paling Popular 2011 : AARON AZIZ
*AHAH ! Sukanya bila Aaron Aziz menang . Barulah berbaloi dengan semua lakonan mantap beliau selama ni kan .

Untuk persembahan pulak , bulu roma aku serious meremang bila Ziana Zain & Azlan Typewriter menyanyi . Bergegar jantung ni ha . Fuhhh , vokal diorang memang mantap lah . Kiranya gabungan yang sempurna bagi aku . Hehe .

Dan seperti yang aku dah tulis sebelum ni , persembahan lakonan Aaron Aziz , Maya Karin & Lisa Surihani tetap memukau penonton . Cuma tu la , Aaron Aziz nampak macam gugup dan gemuruh sikit . Tapi takpe , tetap tak mencacatkan persembahan . 

Korang macam mana ? Puas hati tak dengan keputusan dan persembahan ABPBH25 2011 ?

*baru berkesempatan untuk update blog . huh sedihnya !

Saturday, 7 April 2012

Betul Ke Dia Bunting ?



Assalamualaikum .

Johor Bahru dilanda hujan lebat lagi . Huwaaa so sad ! Niat untuk keluar mencari kerja terpaksa dibatalkan di saat-saat akhir . Takpe takpe , petang nanti tengok hujan lagi ke tak , kalau tak misi merayap mencari kerja akan aku teruskan :D .

Ni nak cerita ni , si mak kucing iaitu Minah dah macam nak terberanak lagi jer . Apa kes ? Kena rogol dengan perogol misteri tu lagi ke ? Dia tak serik ke nak melahirkan anak ? Aku yang menyambut kelahiran tu *sambil terbayang-bayang saat tersebut* pun dah serik tau . Takut dan seram dan apa-apalah ! Tapi jangan salah faham pulak ya , aku bukan penakut . Aku cuma tak sanggup je tengok Minah dalam kesakitan . Huhuhu =,= .

Sebenarnya masih belum pasti lagi Minah bunting atau tak . Tapi aku macam tergerak hati nak cakap yang dia bunting lagi sekali . Perut dia kemain besar lagi kan . Lepas tu kalau Shrek ( anak dia yang naughty sangat sangat ) kacau dia , mesti mengamuk . Hormon tak stabil kot ? Erk , tapi kucing pun mengalami symptom-symptom seperti ibu-ibu mengandung ke ?

Aku tak pakar dalam hal-hal macam ni lagi-lagi melibatkan kucing yang bunting . Huhu . Tapi kan , kalau betul Minah bunting , bermakna aku akan dapat cucu lagi . Hooooreeeyyyy !! Tak sabarnya nak tunggu saat-saat tu . Tapi dalam masa yang sama , aku berharap saat-saat tu lambat lagi nak sampai . Hoho .

Hihiee . Tak sabarnya nak jadi nenekcunnn :P .

#Berangan

Friday, 6 April 2012

Mana Nak Cari Kerja ....



Assalamualaikum .

Kerja oh kerja . Kenapa susah sangat nak dapat ni . Aku dah bosan duduk kat rumah okay . Yang sedih tu , McD kata nak call tapi haram . Sedih la , dah tu je yang paling dekat dengan rumah aku . Kalau yang dekat tak dapat , alamat nya kena cari yang jauh sikit la . Haihh . Aku bukan nak memilih kerja tau , tapi aku risau kalau dapat kerja tempat lain , transport pulak takde .

Kan ke haru macam tu . APTB ! 

Ahh ye , siapa yang ada kerja kosong tu apa kata halo halo aku , mana tau kan ada rezeki dapat lah kerja sementara nak habiskan cuti dua bulan ni . PLEASE O.O . Kerja apa pun aku tak kisah . Asalkan halal dan masyukkkk . Hihik .

Tapi kalau boleh , aku nak tempat kerja tu best & kawan-kawan pun happening , tu yang penting bagi aku . Setakat ni , gaji bukan perkara utama . Aku cuma nak pengalaman bekerja dan isi masa terluang aku je . Yelah student kan , belum masanya untuk aku cari kerja tetap .

Sunday, 1 April 2012

(♡) 1 April 2012 (♡)



Assalamualaikum .

Alamak hari tua daku kembali lagi . eheh . Menyampah lah pulak kan semua orang sibuk update pasal April Fool la , Beware la , perhhh . Cuba la korang update pasal aku , yang semakin tua bila tiba tarikh ni setiap tahun , tak boleh ke ? *tangan ke bahu mata ke atas gitu*

Hek eleh , demand tak beragak --"

Ehem , pepagi lagi aku dah mengadap menatang ni . Mesti brader cc tu suka setiap kali aku datang sini . Yelah , aku tau lah aku ni cun , tapi kalau dia asyik senyum je bila aku datang , mana lah tak terperasan muka ni . Hoho . Takde makne nye . Mesti dia senyum sebab bila aku datang , aku akan duduk berjam-jam sampai panas kerusi kat sini . Lalala . Yang untung nya dia , tapi yang ruginya aku jugak . Apelah . 

Macam biasa , aku sambut birthday sendiri . Bangun pagi , gosok gigi , cuci muka , mandi , siap-siap pakai lawa-lawa , konon nak pergi breakfirst kat Italy dan lunch di Australia , tapi bila dah siap , baru teringat yang sebenarnya aku pakai cenggini nak ke mana je ? Hampeh tak ?

Last-last , aku tukar baju . Dalam masa nak pilih nak pakai baju apa tu , aku mengharapkan miracle datang . harap-harap ada la Putera Raja sesat nak ajak aku keluar hari ni , malas nak tukar baju sebenarnya . Tup-tup doaku dimakbulkan ! Syukran ya Allah ! Siapakah dia ? Jeng jeng jeng !


Dia belah tangan makan korang . Miahaha . Adik aku la . Dia ajak keluar pergi cc je pun , yahooo kemain aku kat rumah tadi , yelah orang nak belanja . Jangan nak perasan putera raja datang ajak keluar . Memang tak lah . Sebelah adik aku , sepupu kami . Jarang dapat jumpa dia . Alang-alang tu , biarlah aku abadikan sekali muka dia dalam entry aku kali ni , sebab dulu kitorang tersangatlah rapat (': . Sobsobsobs ...

Tu je nak cerita sebenarnya . Pagi masih muda lah ! Takde cerita lagi ! huhu . Kalau birthday mesti ramai akan wish kat Facebook je kan ? Aku pun same . Dapat banyak sangat wishes kat timeline . Ada satu wishes dari member baik aku , Capie , yang mampu buat aku rasa nak senyum sepanjang hari !!

Klik untuk tumbesaran

*Nasib baik aku jumpa dia bila naik sem 2 nanti . Selamat ...*

Yang ni plak wish dari abang aku yang paling sengal sedunia , sape lagi kalau bukan si Mirul ni kan . Wishes dia bukan buat aku senyum lagi dah , tapi rasa cam nak gelak guling-guling jer . Ya Allah kenapa lah aku dapat abang yang macam ni ? Yang selalu buat aku ketawa tak kira tempat & masa . Aku sayang kau lah Mirul ! Haha .

Klik untuk tumbesaran
Hehe . Best dapat abang macam ni . Walaupun lain bapak , lain mak , beza umur pun boleh tahan jauh , tapi dia sporting giler . Wah kembang la serba serbi dia jap lagi bila baca entry ni . Meluat la pulak . Haha .

So , tu je cerita dari birthday girl . Oh yer , exam hari tu alhamdulillah aku boleh jawab dengan tenang . Terima kasih untuk kawan-kawan yang sentiasa mendoakan aku ya >< !

Myra akan selalu ingat & (♡) korang !!
heeee ...(♡) 
Ingat jangan sambut April Fool , haram !
Sambut birthday takpe !
Lalalalaa ....