Monday, 9 April 2012

ABPBH 2011



Assalamualaikum .


Berakhir sudah penantian para retis kita semalam apabila Anugerah Bintang Popular 2011 telah diraih oleh Aaron Aziz si jejaka kacak idaman wanita *ehem ehem !* . Tahniah abang Aaron ! Lu the best lah ! Sebenarnya aku dah agak dah yang abang Aaron akan menang , bukan apa , tengok la filem yang dia lakonkan semuanya mantap-mantap , lagi-lagi filem Ombak Rindu *tak berkesempatan lagi nak tengok* . Dari sketsa yang mereka petik dari filem Ombak Rindu tu je aku dah tau betapa WOW nya cerita dia . *Sambil lap hingus . mammy nak tengok Ombak Rinduuuu ...* 

Tapi , lakonan Maya Karin & Aaron Aziz semalam ternyata tak mengecewakan penonton lagi-lagi aku . Hehehe . Semakin berkobar-kobar pulak nak tengok cerita tu . Apa nak buat , tak menyempat nak tengok pun sebelum ni .

Mesti semua nampak kan apa yang berlaku apabila pemenang untuk Pengacara TV Lelaki Popular diumumkan , tiba-tiba Pak Nil berlari naik ke atas pentas sedangkan pemenang yang diumumkan ialah Zizan Razak . Mula-mula tu aku confused habis . Aku yang salah dengar atau Datin Seri Normala yang salah umumkan ni ? 

Aku agak ramai yang tertanya-tanya macam aku . Rupa-rupanya Pak Nil cuma nak hulurkan trofi tu sendiri pada Zizan . *terharusangat* . Sebenarnya Pak Nil dah pegang gelaran Pengacara TV Lelaki Popular 8 tahun berturut-turut kalau tak silap aku . 

Takpe Pak Nil , walaupun Pak Nil tak menang anugerah semalam , bukan bermakna Pak Nil dah tak popular . Pak Nil tetap mendapat tempat di hati setiap peminat Pak Nil . Moga Pak Nil terus sukses ya .

Okey lah , jom kita tengok keputusan keseluruhan ABPBH 2011 :


Artis Berkumpulan/Duo Popular : Jac , Shila Hamzah & Ning Baizura ( 3 SUARA )
*3 Suara memang hebat . Tak boleh nak dipertikaikan lagi dah . Dah terbukti pun kan . Hehehe .


Artis Baru Wanita Popular : Tasha Shila
*Aku harap gila Izara Aishah yang menang sebab lakonan dia best sangat .


Penyampai Radio Lelaki Popular : Faizal Ismail ( FBI )
*Haha tak payah nak berteka-teki sangat lah . Sah-sah si FBI yang menang . 


Artis Komedi Popular : Didie Alias
*Tak sangka kan ? Kemain lagi dia berfesyen semalam . Paling tak boleh belah bila Sharifah Shahira tanya apa dalam gaun dia yang mengembang tu , batang paip ke ? Hakhak .


Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat : Datuk Sheila Majid
*Memang patut pun anugerah ni diberikan kepada Datuk . Aku setuju . Tapi jeles tengok body dia yang maintain dari dulu sampai sekarang tu . :P


Pengacara Lelaki Popular : Zizan Razak
*Tak dijangka kan . Aku sendiri menjangkakan yang Pak Nil akan menang . Tapi dah rezeki Zizan . 


Artis Baru Lelaki Popular : Johan Ariff As'ari ( BOTAK )
*Botak best ! 


Pelakon TV Lelaki Popular : Fizz Fairuz
*Terkejut aku tengok reaksi Fizz yang terkejut tu . Dia tak sangka dia menang . Yang buat aku tersentuh tu , dia cakap , "saya tak ada fan..." . Terserlah kejujurannya ketika dia menyampaikan ucapan .


Penyampai Radio Wanita Popular : Fara Fauzana 
*Fafau dah memang popular pun hihik . 

Pengacara TV Wanita Popular : Fara Fauzana
*Ha nampak kan ? Fofular giler cik Fafau kiter nih .


Artis Komedi Lelaki Popular : Johan
*Kenapa tak Jozan je ? Sebab Johan terbaik . Bukan bermaksud Zizan tak bagus . Cuma , itulah namanya persaingan sihat kan ?


Anugerah Seri Perak : Datuk Siti Nurhaliza
*Tak mengejutkan aku bila Datuk Siti menang , sebab dia memang layak menang . 


Penyanyi Lelaki Popular : Hafiz 
*Boleh laaa hehehehe .


Pelakon Filem Wanita Popular : Maya Karin
*Agaknya sebab demam Ombak Rindu belum kebah & masih lagi beri impak kepada penonton telah memberi tuah kepada pelakon jelita ini ? Hehehehe .


Pelakon TV Wanita Popular : Fasha Sandha 
*Okeylah ...


Penyanyi Wanita Popular : Yuna
*Bukan popular kat dalam negara je , kat luar negara pun dia popular !!


Pelakon Filem Lelaki Popular : Aaron Aziz 
*Haruslah dia popular sekarang ye tak ? Dah menang ... Hihi 


Anugerah Bintang Paling Popular 2011 : AARON AZIZ
*AHAH ! Sukanya bila Aaron Aziz menang . Barulah berbaloi dengan semua lakonan mantap beliau selama ni kan .

Untuk persembahan pulak , bulu roma aku serious meremang bila Ziana Zain & Azlan Typewriter menyanyi . Bergegar jantung ni ha . Fuhhh , vokal diorang memang mantap lah . Kiranya gabungan yang sempurna bagi aku . Hehe .

Dan seperti yang aku dah tulis sebelum ni , persembahan lakonan Aaron Aziz , Maya Karin & Lisa Surihani tetap memukau penonton . Cuma tu la , Aaron Aziz nampak macam gugup dan gemuruh sikit . Tapi takpe , tetap tak mencacatkan persembahan . 

Korang macam mana ? Puas hati tak dengan keputusan dan persembahan ABPBH25 2011 ?

*baru berkesempatan untuk update blog . huh sedihnya !

No comments: