Saturday, 7 April 2012

Betul Ke Dia Bunting ?



Assalamualaikum .

Johor Bahru dilanda hujan lebat lagi . Huwaaa so sad ! Niat untuk keluar mencari kerja terpaksa dibatalkan di saat-saat akhir . Takpe takpe , petang nanti tengok hujan lagi ke tak , kalau tak misi merayap mencari kerja akan aku teruskan :D .

Ni nak cerita ni , si mak kucing iaitu Minah dah macam nak terberanak lagi jer . Apa kes ? Kena rogol dengan perogol misteri tu lagi ke ? Dia tak serik ke nak melahirkan anak ? Aku yang menyambut kelahiran tu *sambil terbayang-bayang saat tersebut* pun dah serik tau . Takut dan seram dan apa-apalah ! Tapi jangan salah faham pulak ya , aku bukan penakut . Aku cuma tak sanggup je tengok Minah dalam kesakitan . Huhuhu =,= .

Sebenarnya masih belum pasti lagi Minah bunting atau tak . Tapi aku macam tergerak hati nak cakap yang dia bunting lagi sekali . Perut dia kemain besar lagi kan . Lepas tu kalau Shrek ( anak dia yang naughty sangat sangat ) kacau dia , mesti mengamuk . Hormon tak stabil kot ? Erk , tapi kucing pun mengalami symptom-symptom seperti ibu-ibu mengandung ke ?

Aku tak pakar dalam hal-hal macam ni lagi-lagi melibatkan kucing yang bunting . Huhu . Tapi kan , kalau betul Minah bunting , bermakna aku akan dapat cucu lagi . Hooooreeeyyyy !! Tak sabarnya nak tunggu saat-saat tu . Tapi dalam masa yang sama , aku berharap saat-saat tu lambat lagi nak sampai . Hoho .

Hihiee . Tak sabarnya nak jadi nenekcunnn :P .

#Berangan

No comments: